KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...
20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News
Dengan Google I/O yang dijadualkan untuk beberapa hari sahaja lagi, kini lebih maklumat berkaitan dengan tablet Google Nexus 7 yang dibangunkan oleh Asus itu mula kelihatan, termasuk dengan beberapa info berkenaan spesifikasi dan juga gambaran awalnya.

Perkara ini didapati oleh
Gizmodo Australia, mengatakan ianya merupakan daripada dokumen latihan dalaman untuk tablet tersebut. Apa yang diketahui, tablet tersebut akan mula dijual pada bulan Julai kelak, dan akan menjalankan Android 4.1 Jelly bean, seperti diperkatakan sebelum ini.
Dari segi spesifikasi, apa yang dilaporkan adalah Google Nexus 7 kelak akan membawakan skrin sentuh bersaiz 7-inci dengan resolusi 1280×800, cip pemprosesan empat-teras Tegra 3 1.3GHz, 1GB RAM, nVidia GeForce GPU 12-teras, kamera hadapan 1.2-megapixel, sokongan NFC, dan juga bateri dengan jangka masa bertahan sehingga 9 jam.
Berkemungkinan kita akan dapat melihat lebih banyak info berkaitan dengan tablet ini diumumkan oleh Google pada acara Google I/O dalam tempoh dua tiga hari lagi.
Sementara itu, sekiranya ia adalah seperti apa yang diperlihatkan, adakah anda akan mendapatkannya?
Selain dioptimasikan untuk peranti mudah-alih, kini beberapa web juga turut dioptimasikan untuk digunakan tanpa sebarang tetikus, dan salah satunya adalah produk dan aplikasi Google. Melalui kebanyakkan produk-produk Google berasaskan web, anda boleh mengetahui pelbagai kekunci pintas dengan hanya menekan kekunci “?” pada komputer anda.


Dengan menekannya, ia akan memaparkan beberapa pintasan kekunci, membolehkan anda mengakses dan melakukan pelbagai perkara dengan mudah tanpa perlu menyentuh tetikus anda.
Ia mungkin agak berguna bagi mereka yang sering menaip dan sebagainya. Kami telah menguji sokongan ini pada Google Plus, Google Drive, GMail, dan juga Google Docs, dan ia berfungsi tanpa sebarang masalah.
Bagi mereka yang gemar mengikuti perkembangan dunia pengaturcaraan dan juga startup, mungkin sedia maklum akan salah satu majalah digital yang dibangunkan pembangun tempatan,
Hacker Monthly. Kini, pembangun daripada MentariWorks pula hadir dengan projek baru dinamakan sebagai
Hackeries.

Melalui Hackeries, ia mengumpulkan kisah-kisah menarik daripada
laman popular Hacker News, sekaligus memaparkannya dalam bentuk menarik. Ia juga terus menghantar pembaca ke pautan asal, sekaligus memudahkan mereka mengikut perbincangan mengenainya dengan senang.
Pada masa yang sama, Hackeries turut menyediakan langganan melalui emel, membolehkan anda menerima pelbagai kemaskini mutakhir terus ke alamat emel anda dengan mudah.
Bagi anda yang berminat dengan dunia rekabentuk, pengaturcaraan, web dan sebagainya, mungkin boleh
ke laman Hackeries hari ini, dan mengikuti pelbagai perkara dengan mudah melaluinya.
RIM sebelum ini telah mengatakan yang mana peranti BlackBerry 10 pertama daripada mereka kelak akan menggunakan skrin sentuh sepenuhnya. Namun, seperti biasa, RIM yang terkenal dengan papan kekunci fizikal, akan hadir dengan peranti QWERTY mereka. Dan salah seorang perekabentuk hadir dengan gambar konsep untuknya.

Gambaran konsep yang
dibawakan oleh perekabentuk tersebut membawakan beberapa ciri-ciri daripada BlackBerry Bold 9900, dimana salah satunya adalah papan kekuncinya. Dan dengan integrasi skrin sentuh yang telah diperkenalkan oleh RIM sebelum ini, melalui gambaran konsep ini, ia membawakan skrin yang lebih panjang, sekaligus membolehkan para pengguna turut sama menggunakannya dengan mudah.
Walaubagaimanapun, untuk membuat skrin yang sedikit panjang berbanding biasa, pihak RIM perlu mengambil beberapa perkara untuk perhatian, termasuk resolusi sistem operasi mereka, supaya semua aplikasi berjalan dengan lancar padanya.
RIM dijangka akan memperkenalkan peranti BlackBerry 10 mereka pada bulan 10 kelak. Dan dengan penantian selama 4 bulan lagi, mungkin kita boleh melihat lebih banyak gambar konsep dari semasa ke semasa.aa
Dengan Apple yang mula mengantikan aplikasi pemetaan pada iOS 6 dengan platform mereka tersendiri, mengantikan Google Maps, nampaknya Google tidak ingin duduk begitu sahaja, dan
bakal memperkenalkanpengalaman yang lebih menarik lagi kepada pengguna iOS tidak lama lagi.
Perkara ini disahkan oleh salah seorang kaki tangan Google melalui
laman Google+, mengatakan pengalaman penggunaan yang luarbiasa akan diperkenalkan pada iOS melalui Google Maps.
Namun, tiada sebarang tarikh diberikan untuknya. Baru-baru ini, Google telah pun mengumumkan kemaskini untuk Android, membawakan antaramuka 3D lebih menarik, sokongan peta secara luar talian, dan pelbagai penambah-baikkan yang lain lagi.
Apatah lagi dengan beberapa pengguna iOS 6 Beta yang mengatakan sokongan Maps padanya masih tidak menyeluruh, mungkin Google Maps akan menjadi pilihan ramai sekiranya diperkenalkan Google kelak.
Terdapat puluhan laman web yang memudahkan para pengguna untuk membaca manga terus daripada web, seperti
MangaReader, MangoFox dan sebagainya. Tetapi bagaimana sekiranya anda ingin memuat-turun manga tersebut untuk koleksi peribadi? Salah satu aplikasi yang memudahkan proses ini adalah
HakuNeko.

HakuNeko adalah salah satu aplikasi untuk para pengguna Windows, yang mana membolehkan anda memuat-turun pelbagai manga daripada beberapa sumber, seperti MangaReader dan MangaFox dengan mudah.
Melaluinya, ia membawakan antaramuka yang amat ringkas dan senang digunakan. Para pengguna hanya perlu memilih sumber laman mereka, antara MangaReader atau MangaFox, dan kemudiannya membuat pilihan tajuk manga yang ingin dimuat-turun.
Sebaik sahaja memilih sesuatu tajuk, ia akan memaparkan episod yang terdapat pada manga tersebut. Untuk memuat-turun sesuatu episod itu, anda hanya perlu menandakannya, kemudian memilih direktori dimana ia akan disimpan, dan mulakan memuat-turun episod manga tersebut.

Daripada penggunaan kami, ia mengambil sedikit masa yang agak lama untuk memuat-turun berbanding kebiasaannya. Namun, proses untuk memuat-turunnya adalah amat mudah, disamping anda boleh melakukan perkara lain selepas menetapkan untuk memuat-turun sesuatu episod manga tersebut.
Bagi anda yang berminat, boleh
memuat-turun HakuNeko untuk Windows, dan mencubanya sendiri hari ini.
Walaupun BlackBerry 10 kelihatan menarik sekali, namun ia mungkin masih tidak stabil sepenuhnya lagi, dimana kini
dilaporkan RIM bercadang untuk membahagikan syarikat mereka kepada dua bahagian, dimana salah satunya akan memfokuskan kepada telefon pintar, dan satu lagi akan memfokuskan kepada perkhidmatan permesejan mereka, BBM dan BIS.
Lanjutan daripada laporan tersebut, ia turut diperkatakan RIM mungkin akan menjual sebahagian daripada syarikat mereka kepada pihak yang berminat, dengan turut mengatakan, Amazon dan juga Facebook mungkin antara pihak yang berminat.
Untuk makluman, pihak RIM kini sedang bergiat membangunkan platform BlackBerry 10 mereka, sebelum akan hadir dengan beberapa peranti baru tidak lama lagi. Sekiranya perkara ini benar, maka mungkin kita akan dapat melihat platform BBM hadir ke platform lain, selain BlackBerry 10 dilesenkan kepada pihak pengeluar peranti lain.
Jadi, adakah kita akan melihat rombakan drastik daripada pihak RIM tidak lama lagi?

Chris Weeldreyer, pereka bentuk interface di Apple kini bekerja di Facebook sebagai Pengurus Desain Produk (Product Design Manager). Tugas beliau di lebih kepada memimpin sekumpulan perekebentuk user interface di Facebook khas untuk menambah baik penampilan luar aplikasi Facebookdi peranti mudah alih (mobile device), beliau dilaporkan sudah mula bekerja di Facebook sejak 18 Jun 2012 setelah 8 tahun bekerja di Apple. Dalam profil akaun
LindkedIn miliknya, Chris Weeldreyermeletak bidang Industrial Design, Interaction Design, and User Interface Design sebagai kemahirannya. Semasa bekerja di Apple beliau terlibat dengan reka bentuk iWeb dan perisian Numbers, namanya juga tertulis dalam beberapa paten milik Apple. Jika bekas pekerja Apple kini bekerja di Facebook kemungkinan kita akan dapat melihat beberapa reka bentuk terbaru muncul pada user interface aplikasiFacebook di peranti mudah alih seperti tablet dan telefon pintar nanti.

Mozilla mengumumkan bahawa mereka akan memaparkan sesuatu yang baru pada Firefox versi Android di minggu ini dengan menulis ayat “Something BIG is coming your way next week” di akaun
Twitter rasmi mereka, pengumuman itu dikeluarkan 23 Jun 2012. Entah apa yang akan ditampilkan olehMozilla kali ini, mungkinkah Firefox versi Android yang sudah tidak lagi dalam versi Beta? Jika Anda pengguna Android selama ini anda mungkin tidak perasan bahawa pelayar web itu masih lagi dalam status Beta (percubaan) dan tidak lagi dikeluarkan sebagai versi stabil. Dari laman web mereka Mozillamengeluarkan gambar seperti yang Anda lihat di atas, mereka berkata Firefox versi Android yang pantas, pintar dan selamat akan diperkenalkan. Sekali imbas, ia pembayang bahawa versi terbaru pelayar web Mozilla Firefox akan ditampilkan bila-bila masa dalam minggu ini tepatnya antara tarikh 25 Jun hingga 30 Jun 2012 ini. Keputusan Mozilla adalah mungkin dibuat kerana kemunculan Internet Explorer 10 pada tablet terbaru Windows 8 dari Microsoft iaitu Surface.
Popular Posts
-
Nampaknya, platform Windows yang mempunyai bilangan virus yang tinggi merupakan salah satu kebaikkan untuk sistem operasi daripada Microsoft...
-
Google Maps merupakan salah satu produk Google yang diberikan perhatian serius oleh Google, dengan integrasi Google Earth, Street View dan p...
-
Dalam projek komuniti, kepercayaan menjadi tonggak utama dalam pembangunannya. Namun, untuk pembangun CyanogenMod, perkara malang menimp...
-
For those who love to travel, Fleapy is a site which allows users to find the lowest flight fares for both domestic and international fligh...
-
Dengan pelancaran HTC J Butterfly untuk pasaran Jepun, dan juga HTC Droid DNA untuk pasaran Amerika Syarikat, semestinya ramai ternanti ak...