KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...
20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News

Jurutera robotik Toshiba telah berjaya mencipta sebuah robot berkaki empat (
quadruped) sebagai pengesan dalam misi mencari dan menyelamat jika berlaku letupan berbahaya di pusat janakuasa nuklear. Robot Toshiba ini tidak diberikan apa-apa nama untuknya – yang mengagumkan ia boleh berjalan lurus, berpusing 360 darjah, menaiki tangga dan berjalan melepasi halangan di permukaan lantai. Keempat-empat kakinya bergerak lancar menggunakan tindak balas hidraulik serta memiliki berbagai
sensor bagi memudahkannya meneliti kawasan sekitar. Bahagian tengah badan robot dicipta untuk memuatkan bateri serta CPU (Central Processing Unit). Bahagian depan dan belakang dipasang dengan lensa kamera digital untuk membolehkannya ‘melihat’. Bahagian atasnya pula memiliki kren kecil beserta sebuah lagi robot mini beroda empat dilengkapi kamera, dicipta sebagai kamera robot kedua yang mampu menyusup masuk ke ruang-ruang sukar atau ke mana-mana ruang sempit tidak dapat dicapai oleh robot
quadruped tersebut. Keempat-empat hujung kaki robot Toshiba dipasang dengan pelapik getah. Anda boleh lihat
video pengenalan robot nukler Toshiba di YouTube. Gambar robot saiz kecil itu adalah seperti di bawah ini.


Kodak, jenama gah dalam fotografi satu ketika dulu sudah jatuh bankrup kesan dari meningkatnya aktiviti fotografi di peranti mudah alih yang semakin popular ditambah lagi dengan populariti Instagram. Oleh kerana itu, segala aset, paten intelek, produk dan teknologi milik Kodak bakal dijual kepada pihak lain termasuklah teknologi yang dipelopori Kodak dalam industri fotografi. Apple, Google dan Research In Motion sedang dalam proses membeli paten milik Kodak, akhirnya paten tersebut bakal dijual pada harga $525 juta Dolar Amerika sepertimana dipersetujui Kodak. Mana-mana syarikat teknologi yang membeli hak ke atas paten milik Eastman Kodak Company (nama penuh syarikat Kodak) boleh mengaplikasikan teknologi tersebut ke dalam produk masing-masing pada masa akan datang – yakni ke dalam smartphone, tablet atau peranti perkomputeran model baru yang akan dikeluarkan kelak. Selain 3 syarikat besar itu, terdapat 8 lagi syarikat teknologi lain berminat mahu membeli paten teknologi digital Kodak iaitu Facebook, Amazon, Microsoft, Adobe, FujiFilm, Huawei Technologies, HTC dan Shutterfly Inc. Kodak telah
memfailkan status bankrup di Bankruptcy Court di Southern District of New York (Manhattan) selepas membuang 4,000 orang pekerja sepanjang tahun 2012 ini. Kodak telah memberi wang pampasan kepada semua 47,000 pekerja yang dibuang dari organisasi mereka sejak 2003 lagi. Yang saya perasan, Samsung dan Sony tidak menyertai perebutan untuk memiliki paten Kodak.
Sega melancarkan Sonic Jump pada 21 Disember 2012, ini merupakan permainan baru dari Sega dengan 48 level. Cara memainkannya menyerupai Doodle Jump yang popular di peranti iOS. Dalam permainan ini, Sonic The Hedgehog akan melompat ke atas, mengumpul mata dan melepasi berbagai halangan sukar. Pemain dengan mata tertinggi yang berjaya dikumpul akan memenangi permainan. Sonic Jump cuma dapat dimainkan secara menegak sahaja apabila anda bermain di
tablet Android ataupun di
smartphone Android. Yang bestnya anda boleh bermain sebagai 3 karakter sama ada mahu memainkan karakter Sonic, Tails atau Knuckles – setiap satu mempunyai ‘kuasa’ masing-masing. Misi anda adalah untuk melompat tinggi-tinggi, mengumpul cincin emas sebanyak mungkin untuk memperoleh mata terbanyak juga untuk mendapat kuasa baru supaya dapat mengumpul mata dengan dua kali ganda lebih banyak. Untuk mencuba, anda boleh
download Sonic Jump pada harga $2.99 Dolar dari Google Play Store sekarang juga.
Samsung bakal mengeluarkan kemaskini Windows Phone 7.8 khusus untuk model lama peranti Windows Phone mereka yang menggunakan sistem operasi Windows Phone 7.0 hingga Windows Phone 7.5 seperti Omnia 7, Omnia W, Omnia II, Omnia i900. Walau begitu, Samsung tidak memberitahu dengan jelas bilakah tarikh kemaskini tersebut bakal mereka keluarkan. Microsoft selaku pembuat Windows Phone memberitahu bahawa kemaskini naik taraf ke Windows Phone 7.8 bakal dikeluarkan pada awal tahun 2013 antara bulan Januari-Mac. Maka, dari situ peranti-peranti Samsung bakal menerimanya serentak bersama dengan peranti Windows Phone dari jenama lain misalnya Nokia juga HTC. Dengan pengenalan kemaskini itu, peranti Windows Phone model lama milik Samsung akan
menikmati beberapa kelebihan milik Windows Phone 8 seperti saiz Live Tiles yang boleh diubah-ubah mengikut kehendak pemilik, warna
theme yang pelbagai serta imej
lock screen wallpaper yang menggunakan Bing Picture Of The Day.
Sebanyak satu juta aplikasi telah dihantar ke iTunes App Store untuk kelulusan dari pihak Apple sejak tahun 2008 lagi. Daripada sejumlah satu juta aplikasi yang dihantar itu, sebanyak 493,289 aplikasi merupakan aplikasi berbayar, 158,848 buah aplikasi merupakan aplikasi permainan (berbayar dan percuma). Sejumlah 736,247 buah aplikasi merupakan aplikasi aktif yang sedia untuk di download bila-bila masa – inilah jumlah aplikasi dalam iTunes App Store setakat Oktober 2012 saat iPad Mini dan iPad 4 dilancarkan oleh Apple. iTunes kini memiliki jumlah pengguna aktif seramai 400 juta orang dengan pegangan akaun masing-masing termasuk pengguna di Malaysia. Purata setiap pemilik peranti iOS
menggunakan 100 aplikasi di peranti mereka. Dalam setiap laman web jualan produk iOS, Apple menggunakan ayat “beratus ribu aplikasi” untuk membuat peranti-peranti iOS (iPad, iPhone, iPod Touch) nampak lebih hebat dari peranti lain seumpamanya terutama tablet Android juga smartphone Android.

Maghfirah Smart Pen adalah pen pintar sebagai alat bantu mengaji khusus untuk Anda jika bertekad mahu belajar bagaimana untuk membaca ayat-ayat Al-Quran dengan bacaan tajwid yang betul dan lantunan suara yang lancar. Maghfirah Smart Pen mempunyai skrin berwarna dalam ukuran 2.8 inci, terdapat fungsi
loud speaker untuk Anda dengari bacaan ayat-ayat Al-Quran. Cara menggunakannya – letakkan hujung Maghfrah Smart Pen pada mana-mana ayat Al-Quran kemudian tunggu lantunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dikeluarkan oleh gajet ini. Fungsi terjemahan ada disediakan dalam bahasa Inggeris, Cina, bahasa Indonesia. Setiap terjemahan ayat akan dilantukan dalam bentuk audio suara mengikut bahasa dipilih oleh Anda. Kami di iAwani tidak ada maklumat terperinci berapa harga Maghfirah Smart Pen di Malaysia begitu juga di mana Anda boleh mendapatkannya secara
online mahupun secara
walk in, namun kami akan keluarkan maklumat sedemikian di artikel lain setelah mendapat maklum balas dari syarikatnya. Buat masa ini Anda boleh lihat-lihat dahulu
video Maghfirah Smart Pen di
website mereka

Google TV tidaklah popular sangat di Malaysia tapi amat popular di luar negara. Untuk tahun 2013 nanti, LG bakal memperkenalkan model Google TV terbaru keluaran mereka. Kedua-dua model Google TV tersebut adalah GA7900 dan GA6400 – kedua-duanya bakal ditampilkan dalam
Consumer Electronic Show (CES 2013) pada 8-11 Januari 2013 kelak, harga kedua-dua model tidak didedahkan. Untuk menggunakan Google TV, anda perlu sambungkannya dengan talian internet sepanjang masa sebab kandungan Google TV kebayakannya bersumber program penstriman seperti NetFlix, Hulu, Napster, HBO . Kebanyakan program penstriman tersebut tidak membuka khidmat untuk rakyat Malaysia. Selain menikmati hiburan berbentuk penstriman dari internet, anda juga boleh melayari internet melalui Google TV dengan membuka pelayar web Chrome, selain itu anda boleh muat turun apa jua aplikasi dari Google Play Store lalu memasangnya di Google TV kerana peranti ini menggunakan Android sebagai sistem operasinya sepertimana di
smartphone Android dan tablet Android.

Microsoft memperkenalkan Wordament, sebuah aplikasi permainan berasaskan pencarian perkataan khusus untuk peranti-peranti iOS (iPad, iPhone, iPod Touch) yang menggunakan iOS versi 4.3 dan ke atas. Wordament adalah permainan pertama dicipta oleh Microsoft untuk produk mudah alih Apple. Misi utama permainan ini adalah untuk mencari berbagai perkataan sebanyak mungkin dalam masa 2 minit. Saat memainkan Wordament, anda akan bersaing dengan pemain-pemain lain dari seluruh dunia secara online. Setelah Wordament di install dalam peranti iOS, anda boleh memulakan permainan dengan log masuk menggunakan Xbox ID. Jika tidak memiliki akaun Xbox, anda boleh mula bermain dengan menggunakan akaun Windows, alamat email Hotemail ataupun SkyDrive. Kenapa kena log masuk? Tujuannya untuk merekod skor pencapaian anda kemudian untuk melihat skor pencapaian orang lain yang bersaing anda dari seluruh dunia. Setiap skor yang diperolehi akan terpampang di Xbox Gamerscore. Andai kata anda mahu memainkan Wordament,
download ke peranti iOS anda untuk merasai sendiri bagaimana cabarannya.
NASA dikaitkan dengan penerokaan ruang angkasa manakala Hubble pula merupakan teleskop paling berkuasa pernah dicipta manusia semata-mata untuk aktiviti penerokaan angkasa lepas. Kini pihak NASA berkongsi rahsia penemuan mereka dengan anda melalui eBook interaktif diberi tajuk Hubble Space Telescope: Discoveries – sedia untuk anda
download dari
iTunes, khusus untuk iPad yang menggunakan iOS 5.1 dan ke atas. Anda boleh membaca eBook NASA melalui iBook versi 3.0 dan ke atas. Namun, masa untuk memuat turun eBook NASA ke iPad jadi agak panjang kerana saiz eBook ini yang besar (900MB) tapi penantian anda bakal berbaloi kerana eBook tersebut mengandungi gambar-gambar cantik beserta penerangan berbetuk teks yang informatif, menjadikan pengalaman membacanya sesuatu yang bernilai.
Sony bakal mengeluarkan kemaskini Android 4.1 Jelly Bean ke peranti-peranti Android di bawah jenama Xperia menjelang awal tahun 2013 kelak. Telefon pintar Xperia T, Xperia TX dan Xperia V akan menerima kemaskini tersebut antara Februari hingga Mac 2012 manakala telefon Xperia P, Xperia J dan Xperia Go dijadualkan untuk menerima kemaskini android 4.1 menjelang akhir Mac hingga pertengahan April. Apabila tiba penghujung bulan April nanti, Xperia S, Xperia SL, Xperia Ion dan Xperia Acro S akan menerima kemaskini tersebut. Kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich bakal
dikeluarkan untuk model telefon pintar berikut sahaja – Xperia U, Xperia Miro, Xperia Tipo dan Xperia Sola. Jika anda merupakan pemilik salah satu peranti di atas, sila semak keberadaan kemaskini naik taraf itu nanti.
Popular Posts
-
Nampaknya, platform Windows yang mempunyai bilangan virus yang tinggi merupakan salah satu kebaikkan untuk sistem operasi daripada Microsoft...
-
Google Maps merupakan salah satu produk Google yang diberikan perhatian serius oleh Google, dengan integrasi Google Earth, Street View dan p...
-
Dalam projek komuniti, kepercayaan menjadi tonggak utama dalam pembangunannya. Namun, untuk pembangun CyanogenMod, perkara malang menimp...
-
For those who love to travel, Fleapy is a site which allows users to find the lowest flight fares for both domestic and international fligh...
-
Dengan pelancaran HTC J Butterfly untuk pasaran Jepun, dan juga HTC Droid DNA untuk pasaran Amerika Syarikat, semestinya ramai ternanti ak...