KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Tuesday, 17 February 2015

Memperkenalkan blog "Aku Pelajar Sains"


Blog Aku Pelajar Sains www.akudansains.ml 


Saturday, 16 March 2013

Samsung Memperkenalkan Galaxy S4 Secara Rasminya



Setelah pelbagai ura-ura dan desas-desus sebelum ini, hari ini, Samsung secara rasminya telah pun memperkenalkan peranti baru yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia, iaitu Samsung Galaxy S4.



Samsung Galaxy S4 membawakan rekabentuk yang lebih kurang menyerupai Galaxy S3 sebelum ini, tetapi dikatakan oleh Samsung lebih nipis, ringan dan solid berbanding sebelum ini.



Seperti biasa, peranti ini akan didatangkan dengan sokongan 3G dan juga 4G LTE, selain menyertakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya. Peranti ini membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, menjadikan ia membawakan skrin pada kadar ketumpatan 441PPI. Samsung juga turut sama kelihatan menyertakan sokongan IR, untuk memudahkan pengguna untuk mengawal televisyen dan sebagainya.

Dari segi spesifikasi, ia turut menyertakan memori sebesar 2GB RAM, cip pemprosesan Samsung Exynos 5, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, ruangan storan 16GB (dengan pilihan 32GB dan 64GB), serta sokongan mikro-SD. Samsung Galaxy S4 turut sama menyertakan bateri berkapasiti 2600mAh.

Samsung mengatakan mereka komited terhadap inovasi, dan melalui Galaxy S4, mereka menyertakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya.

Antara fungsi yang dikatakan Samsung adalah termasuk sokongan dwi-kamera, Samsung Smart Scroll, Samsung Smart Pause, Air View, S-Translator, Group Play, S-Health, dan beberapa yang lain. Untuk dwi-kamera, ia membawakan sokongan seumpama yang terdapat di Optimus G Pro, membolehkan pengguna merakamkan gambar menggunakan kamera belakang dan juga kamera hadapan pada peranti Galaxy S4. Ini sekaligus mengelakkan perakam gambar daripada terlepas menyertai memori-memori yang dirakamkan.

Peranti ini dijangka akan dijual bermula daripada penghujung April ini.Galaxy S3 vs Galaxy S4Galaxy S3 vs Galaxy S4

Friday, 25 January 2013

Gambar Dan Spesifikasi Galaxy Note 8.0 Tertiris Ke Web

Galaxy Note 8.0Lanjutan daripada beberapa laporan berkenaan Galaxy Note 8.0 sebelum ini, kini gambar awal peranti tersebut tertiris ke web, memperlihatkan rekabentuk yang menyerupai Galaxy S3 dan juga Galaxy Note 2 yang diperkenalkan pada tahun lepas.

Daripada apa yang dikongsikan, ia dikatakan Galaxy Note 8.0 membawakan skrin bersaiz 8-inci dengan resolusi 1280×800 pixel, cip pemprosesan empat-teras 1.6Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, kamera 1.3-megapixel pada bahagian hadapan, sokongan mikro-SD, dan bateri berkapasiti 4600mAh.

Galaxy Note 8.0

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah peranti ini akan dilancarkan kepada umum. Namun, mengikut jangkaan awal, ia dijangka akan dilancarkan pada Mobile World Congress pada penghujung bulan Februari 2013 ini.

galaxy-note-8-tiris_02
 
 
Sumber Gambar: DDay
Sumber Rujukan: Android Authority

Nokia Mengesahkan 808 PureView Merupakan Peranti Symbian Yang Terakhir

Nampaknya, Symbian kini boleh dilabelkan sebagai telah “mati“, dimana hari ini, Nokia melalui kenyataan kewangan mereka, mengumumkan Nokia 808 PureView merupakan peranti terakhir Symbian daripada mereka.

Nokia 808 PureView

Symbian sebelum ini mempunyai peminat dan penyokongnya tersendiri, apatah lagi ia merupakan antara platform telefon pintar terbesar, sebelum Android dan juga iOS.

Pada suku tahun lepas sahaja, peranti Symbian menerima lebih 2.2 juta unit jualan, dimana memperlihatkan ia masih mempunyai peminatnya tersendiri di seluruh dunia.

Nokia 808 PureView telah diperkenalkan kepada umum pada pertengahan tahun lepas, dimana menjadi peranti pertama memperlihatkan sokongan PureView, dengan kamera 41-megapixel.
 
Sumber Rujukan: TechCrunch

Temple Run 2 Dilancarkan Untuk Android

Setelah diperkenalkan untuk pengguna iOS sebelum ini, hari ini, Imangi Studios secara rasminya melancarkan permainan terbaru mereka, Temple Run 2 kepada para pengguna Android seluruh dunia.


Temple Run 2

Ia masih mengekalkan bentuk permainan yang serupa, memerlukan pemain mengawal watak dalam melarikan diri daripada bahaya, dan mengelak pelbagai halangan yang dihadapi. Melalui Temple Run 2, ia membawakan grafik yang lebih baik, watak dengan kuasa istimewa, dan juga persekitaran yang lebih cantik berbanding sebelumnya.

Temple Run 2 ditawarkan secara percuma untuk pengguna Android, dan boleh dimuat-turun semua melalui Google Play Store hari ini.
 

Apple Store Malaysia Menawarkan Potongan Harga Sehari Bersempena Tahun Baru Cina

Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tiba dalam beberapa minggu lagi, kini Apple menawarkan promosi kepada beberapa barangan terpilih mereka hanya untuk hari ini bagi pembelian melalui Apple Store Malaysia.

Daripada apa yang kelihatan, Apple menawarkan potongan harga untuk iPad, iPod Touch, MacBook Air, MacBook Pro, dan beberapa aksesori yang lain.
Apple Store Malaysia - Red Friday

Walaupun potongan harga yang diberikan tidak begitu banyak, namun, bagi mereka yang berminat atau bercadang untuk mendapatkan barangan Apple dalam masa terdekat ini, mungkin boleh menyemaknya di halaman rasmi Apple Store Malaysia.

Jailbreak – Apa Maksud, Definasi, Tujuan Dibuat Untuk iPhone Dan iPad

Jailbreak-iDB-Icon-iawani-1
Ramai di kalangan kita keliru dengan perkataan jailbreak.Dalam perkataan mudah,  jailbreak bermaksud ‘memecah’ batasan sistem operasi iOS dalam iPhone, iPad, iPod Touch kerana ketiga-tiga peranti itu menggunakan iOS sebagai sistem operasinya. Kebaikan jailbreak? Setelah sesebuah model iPhone sudah di jailbreak, pemiliknya boleh muat turun apa jua aplikasi berbayar dari iTunes App Store secara percuma. Kebaikan lain, aplikasi yang tidak diluluskan oleh Apple boleh di muat turun kemudian di install tanpa banyak masalah. Jailbreak membolehkan iPhone yang dikunci untuk talian telekomunikasi tertentu dapat dileraikan lalu digunakan untuk talian dari syarikat lain, namun hal ini jarang berlaku di Malaysia kerana kebanyak pemilik iPhone di sini hanya terikat kepada kontrak talian pasca bayar (postpaid) sahaja selama 12 bulan ataupun 14 bulan. Sistem iPhone mereka tidak dikunci (locked) membolehkan mereka menukar-nukar kad sim talian lain dengan bebas. Memasang semula iOS dengan menggunakan perisian iTunes melalui sambungan ke komputer (desktop pc, laptop) akan membuang jailbreak serta merta menjadikan iPhone, iPad atau iPod Touch dipasang dengan iOS versi asli.

Google Images Ditambahbaik, Carian Gambar Jadi Makin Pantas, Makin Informatif

iawani-google-images-malaysia-1-faster-search
Google Images telah ditambahbaik menjadikannya semakin pantas dan semakin informatif dari segi persembahan hasil carian. Setiap kali kita mencari apa-apa gambar mahupun imej digital di Google Images, hasil carian akan dipersembahkan dalam bentuk Inline Panel menyamai film strip. Maklumat terperinci imej tersebut (meta data) akan dipaparkan di bawah imej atau di sebelah kanan imej seperti dalam contoh di atas. Menurut blog Google Webmaster Central yang mengumumkan perubahan itu, kita tidak akan lagi di bawa masuk ke laman berasingan semata-mata untuk kita melihat laman web di mana imej itu tersimpan, begitu juga dengan berapa jumlah saiz gambar. Sebaliknya semua itu dipaparkan dalam maklumat ringkas mengandungi nama imej, perician mengenainya, link untuk ke laman web yang menyimpannya serta saiz-saiz lain yang boleh anda akses. Setakat ini, dari pemerhatia terhadap Google Images Malaysia, perubahan ini masih belum kelihatan lagi tapi bakal kita nikmati tidak lama lagi.

Thursday, 24 January 2013

BlackBerry 10 Berdepan Cabaran Besar Yang Pembuatnya Terlepas Pandang

iawani-blackberry-10-0
Apbila melancarkan BlackBerry 10 pada 30 Januari 2013, Research In Motion berdepan satu cabaran besar – memenangi semula peminat BlackBerry yang beralih ke peranti sistem operasi lain misalnya iOS, Android, Windows Phone, Nokia OS. Pengalaman penggunaan dan fungsi pintar ada pada BlackBerry 10 turut terdapat pada sistem operasi lain. Antaranya seperti fungsi touch screen, multi tasking, video calls, himpunan aplikasi yang boleh di muat turun lalu di install, video message, kamera digital, akaun sosial, email, menonton video dan capaian internet (Wifi mahupun 3G). Untuk apa beralih semula ke BlackBerry jika apa yang BlackBerry 10 berikan turut sama diberikan oleh sistem operasi lain bahkan jauh lebih baik? BlackBerry hanya menang dari segi jenama dan prestij. Android jadi semakin baik lagipun sistem Android bersifat terbuka membolehkannya di customized mengikut kemahuan pemilik secara teknikal melalui proses rooting.
Kelemahan BlackBerry 10 adalah jumlah aplikasi yang tidak seberapa banyak walaupun sistemnya bagus bahkan interface juga cantik. Kelemahan inilah yang bakal menjadi alasan utama pengguna untuk tidak beralih ke BlackBerry pada peringkat awal kemunculannya kerana Android, iOS dan Windows Phone menawarkan aplikasi lebih banyak bagi memenuhi keperluan pengguna. Apabila BlackBerry World sudah memiliki sejumlah aplikasi yang banyak serta memuaskan hati, barulah kebanyakan pengguna BlackBerry yang telah beralih ke sistem operasi lain mula kembali menggunakan BlackBerry. Proses ini agak perlahan sebenarnya tapi tetap akan berlaku sepertimana yang berlaku kepada Windows Phone. Research In Motion perlu mengiklan BlackBerry 10 secara ‘bermati-matian’ untuk memenangi hati peminat telefon pintar masa kini memandangkan ada saja smartphone model baru diperkenalkan setiap 2 bulan terutama yang menggunakan sistem operasi Android. Itulah dia dua cabaran yang pembuat BlackBerry terlepas pandang – cabaran untuk memenangi semula hati peminat BlackBerry yang beralih ke sistem lain, cabaran untuk membuat pengguna nampak betapa bestnya bertukar ke BlackBerry.

Apple Bakal Membuka Apple Store Di Jakarta, Indonesia

iawani-apple-store-jakarta-indonesia-0
Apple telah melaburkan sejumlah wang antara $2 juta hingga $3 juta Dolar Amerika dalam usaha membuka Apple Store yang pertama di Indonesia khususnya di ibu negaranya, Jakarta – hal ini terkandung dalam salah satu misi Apple mahu membuka 35 Apple Store baru dalam tahun 2013. Dengan pembukaan Apple Store Jakarta, peminat Apple boleh terus membeli gajet-gajet Apple dari pihak Apple sendiri berbanding membelinya daripada Reseller Berlesen atau dari negara jiran terdekat, Singapura. Pihak Apple telah mendapat kelulusan daripada Badan Kordinasi Pelaburan Indonesia (BKPM) dalam proses permohonan mereka untuk mendapat keizinan bagi membina Apple Store di kawasan Jakarta. Persoalannya sekarang – di manakah lokasinya dan bilakah pelancaran rasminya nanti. Apple bekerja keras mahu mengukuhkan jenama niaga mereka di China sehingga Tim Cook, CEO Apple sanggup membuat lawatan rasmi ke China untuk kali kedua pada Disember 2012 selepas lawatan pertamanya pada Mac 2012. Jika Apple memfokus ke China, tidak mustahil Apple turut memfokus ke negara-negara Asia Tenggara yang belum ada Apple Store sendiri seperti Malaysia, Thailand, Brunei, Filifina, Burma dan Vietnam.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News