Apbila melancarkan BlackBerry 10 pada 30
Januari 2013, Research In Motion berdepan satu cabaran besar – memenangi
semula peminat BlackBerry yang beralih ke peranti sistem operasi lain
misalnya iOS, Android, Windows Phone, Nokia OS. Pengalaman penggunaan
dan fungsi pintar ada pada BlackBerry 10 turut terdapat pada sistem
operasi lain. Antaranya seperti fungsi touch screen, multi tasking,
video calls, himpunan aplikasi yang boleh di muat turun lalu di install,
video message, kamera digital, akaun sosial, email, menonton video dan
capaian internet (Wifi mahupun 3G). Untuk apa beralih semula ke
BlackBerry jika apa yang BlackBerry 10 berikan turut sama diberikan oleh
sistem operasi lain bahkan jauh lebih baik? BlackBerry hanya menang
dari segi jenama dan prestij. Android jadi semakin baik lagipun sistem
Android bersifat terbuka membolehkannya di customized mengikut kemahuan
pemilik secara teknikal melalui proses rooting.
Kelemahan BlackBerry 10 adalah jumlah aplikasi yang tidak seberapa
banyak walaupun sistemnya bagus bahkan interface juga cantik. Kelemahan
inilah yang bakal menjadi alasan utama pengguna untuk tidak beralih ke
BlackBerry pada peringkat awal kemunculannya kerana Android, iOS dan
Windows Phone menawarkan aplikasi lebih banyak bagi memenuhi keperluan
pengguna. Apabila BlackBerry World sudah memiliki sejumlah aplikasi yang
banyak serta memuaskan hati, barulah kebanyakan pengguna BlackBerry
yang telah beralih ke sistem operasi lain mula kembali menggunakan
BlackBerry. Proses ini agak perlahan sebenarnya tapi tetap akan berlaku
sepertimana yang berlaku kepada Windows Phone. Research In Motion perlu
mengiklan BlackBerry 10 secara ‘bermati-matian’ untuk memenangi hati
peminat telefon pintar masa kini memandangkan ada saja smartphone model
baru diperkenalkan setiap 2 bulan terutama yang menggunakan sistem
operasi Android. Itulah dia dua cabaran yang pembuat BlackBerry terlepas
pandang – cabaran untuk memenangi semula hati peminat BlackBerry yang
beralih ke sistem lain, cabaran untuk membuat pengguna nampak betapa
bestnya bertukar ke BlackBerry.