
Resident Evil: Revelations akan
diperkenalkan dalam versi baru untuk Sony PlayStation 3, Xbox 360,
Windows PC and Wii U. Sebelum ini Resident Evil: Revelations hanya
dicipta untuk Nintendo 3Ds sahaja. Capcom, pembuat Resident Evil mengumumkan
bahawa pihak mereka bakal membuat pelancaran Resident Evil: Revelation
pada 21 Mei 2013 untuk pasaran Amerika dan membuat pelancaran kedua pada
24 Mei untuk pasaran Eropah – pasaran Asia termasuklah akan menerima
permainan ini beberapa minggu kemudian. Ini satu strategi yang baik
memandangkan filem Resident Evil: Retribution telah ditayangkan pada 3
September 2012 – sedikit sebanyak memberi booster kepada populariti awal Resident Evil: Revelations. Sony telah mengeluarkan video trailer Resident Evil: Revelation untuk pemilik PlayStation 3. Menurut Sony, permainan ini bertemakan stail survival horror.
Versi kali ini menampilkan beberapa musuh baru lebih seram, menyediakan
lebih banyak kemahiran bertarung untuk watak utama, memiliki grafik
visual semakin baik yang akhirnya akan menghadirkan kepuasan maksima
kepada pemain. Sama-sama kita nantikan pelancaran Resident Evil:
Revelations.