
Apple telah melaburkan sejumlah wang antara
$2 juta hingga $3 juta Dolar Amerika dalam usaha membuka Apple Store
yang pertama di Indonesia khususnya di ibu negaranya, Jakarta – hal ini
terkandung dalam salah satu misi Apple mahu membuka 35 Apple Store baru
dalam tahun 2013. Dengan pembukaan Apple Store Jakarta, peminat Apple
boleh terus membeli gajet-gajet Apple dari pihak Apple sendiri
berbanding membelinya daripada Reseller Berlesen atau dari negara jiran
terdekat, Singapura. Pihak Apple telah mendapat kelulusan daripada Badan
Kordinasi Pelaburan Indonesia (BKPM) dalam proses permohonan mereka
untuk mendapat keizinan
bagi membina Apple Store di kawasan Jakarta. Persoalannya sekarang – di
manakah lokasinya dan bilakah pelancaran rasminya nanti. Apple bekerja
keras mahu mengukuhkan jenama niaga mereka di China sehingga Tim Cook,
CEO Apple sanggup membuat lawatan rasmi ke China
untuk kali kedua pada Disember 2012 selepas lawatan pertamanya pada Mac
2012. Jika Apple memfokus ke China, tidak mustahil Apple turut memfokus
ke negara-negara Asia Tenggara yang belum ada Apple Store sendiri
seperti Malaysia, Thailand, Brunei, Filifina, Burma dan Vietnam.