Sokongan ini didatangkan terbina pada Google Chrome, membolehkan anda menambah sesuatu laman web itu sebagai aplikasi pada desktop, disamping membuat akses pantas pada menu Start dan juga Taskbar.
Untuk menggunakannya, anda hanya perlu melayari laman yang anda ingin pinkan pada desktop anda, kemudian, klik pada butang menu, dan klik pada Tools. Seterusnya, anda hanya perlu membuat pilihan, Create Application Shortcuts.
Seterusnya anda akan diberikan pilihan untuk menambah ikon akses pantas dimana, sama ada didesktop, menu Start ataupun Taskbar. Dan sekiranya anda membuka ia, anda akan dapat melihat ia dijalankan dalam bentuk tetingkap khas, tanpa sebarang bar URL mahupun tab dan sebagainya, disamping membolehkan para pengguna menggunakan tetingkap sepenuhnya. Mungkin ia agak berguna untuk beberapa laman seperti Twitter, Box, Evernote dan sebagainya.