membolehkan anda melihat dan memantau apakah yang anda lakukan di Facebook. Dan kini, pihak Facebook terus menambah sokongan baru, membolehkan para pengguna turut melihat senarai carian yang dilakukan pada Facebook terus pada Activity Log.
Sebelum ini, Activity Log hanya sekadar mencatatkan senarai aktiviti seperti “Like”, komen, bermain game dan sebagainya. Dan penambahan untuk melihat apakah carian yang dilakukan semestinya akan memudahkan anda melihat apakah carian yang pernah dilakukan anda dari hari ke hari.
Dan seperti biasa, anda masih mempunyai kawalan ke atasnya, membolehkan anda memadam dan sebagainya dengan mudah. Anda boleh mengakses Activity Log untuk profil anda dengan klik pada halaman profil, dan membuka Activity Log yang terletak pada sebelah kanan nama anda.