KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Thursday, 5 April 2012

[MALAY] Bilangan Aplikasi Windows Phone Melangkaui Angka 80,000



Windows Phone Marketplace diperluaskan dari hari ke hari ke negara-negara baru, dan pada masa yang sama, bilangan aplikasi yang dibangunkan untuk platform mudah-alih daripada Microsoft itu terus bertambah, dan melalui laporan terkini, ianya hanya kurang 20,000 aplikasi lagi sebelum ia melangkaui angka 100,000 aplikasi.



Menurut laporan yang dikeluarkan, pada 1 April yang lepas, sejumlah 20,327 pembangun telah membangunkan sebanyak 82,234 aplikasi untuk platform tersebut. Peningkatan bilangan aplikasi untuk platform tersebut juga dilihat bergerak lancar, dimana pada Disember lepas, ia telah menandakan sejumlah 50,000 aplikasi ditawarkan untuknya, dan melangkaui angka 70,000 aplikasi pada penghujung Februari lepas.

Ini sekaligus meletakkan Windows Phone dibelakang platform iOS, Android dan terus berkembang dari hari ke hari.

[MALAY] Lelong Menguji Aplikasi Untuk Android Dan iOS Dalam Versi Beta






Bagi para pengguna internet tempatan, laman jual beli Lelong.com.my merupakan salah satu laman yang dituju untuk melakukan jual beli dan sebagainya. Akhir-akhir ini dengan pelbagai iklan yang muncul pada laman tersebut, ia menjadi kurang menarik untuk digunakan. Namun begitu, sebagai penyelesaiannya, kini aplikasi mudah-alih Lelong.com.my ditawarkan dalam bentuk beta untuk para pengguna Android dan juga iOS.

Melalui aplikasi tersebut, para penguna dengan mudah boleh membuat carian barangan yang mereka kehendaki, dan mengetahui harga jualannya dan harga bidaan terkini, terus daripada peranti mudah-alih mereka, tanpa perlu membuka komputer dan sebagainya. Walaubagaimanapun, tiada sokongan bidaan atau membeli terus disertakan pada aplikasi versi beta ini, sebaliknya apabila para pengguna memilih pilihan “Buy Now” pada aplikasi tersebut, ia akan membuka pelayar web, dan para pengguna perlu menguruskannya daripada pelayar web peranti anda.

Walaupun ia mungkin salah satu kekurangan disebabkan tidak boleh membeli terus daripada aplikasi tersebut, kebolehan untuk membuat carian barangan dengan mudah terus melalui aplikasi tersebut sendiri adalah salah satu perkara yang baik bagi mereka yang ingin mengetahui harga semasa sesuatu produk, ataupun membuat carian berkenaan sesuatu produk, sebelum menentukan untuk membelinya ataupun tidak.

Bagi para pengguna yang berminat dan sering menggunakan laman Lelong.com.my, mungkin anda boleh memuat-turun aplikasi ini dalam bentuk beta terus daripada Google Play ataupun daripada AppStore hari ini.



Wednesday, 4 April 2012

[MALAY] Mystery Case Files 13th Skull




Genre: Hidden Object
Developer/Publisher: Big Fish Games

Shortly after moving into a creepy mansion in Louisiana, Sara Lawson is struck with tragedy when her husband mysteriously disappears. Sara’s daughter, Magnolia, believes her father was kidnapped by the ghost of a vengeful pirate seeking to protect his lost fortune. With the locals terrified of the pirate’s curse, you are the family’s last hope. Only a MasterDetective with incredible Hidden Object skills can locate Marcus Lawson in Mystery Case Files: 13th Skull!

Features :

* Incredible live videos
* Fantastic gameplay
* Uncover the 13th Skull!

System Requirements :

* OS: Windows XP/Vista
* CPU: 2.0 GHz
* RAM: 1024 MB
* DirectX: 9.0
* Hard Drive: 660 MB

Size : 595 MB

Download

http://uploading.com/files/633m12f8/Mystery.Case.Files.13th.Skull.v1.3.2.667-TE.part1.rar/
http://uploading.com/files/d2b5f3e2/Mystery.Case.Files.13th.Skull.v1.3.2.667-TE.part2.rar/
http://uploading.com/files/3629fab9/Mystery.Case.Files.13th.Skull.v1.3.2.667-TE.part3.rar/

[MALAY] MPAA Ingin Mensasarkan Lebih Banyak Laman Perkongsian Fail



Perkara yang menimpa MegaUpload telah menjadi salah satu perkara yang mengejutkan ramai pengguna internet, disamping pada masa yang sama turut menjadikan ramai penyedia perkhidmatan sedemikian bimbang akan menjadi mangsa yang seterusnya. Dan kini, melalui laman CNet, ia diketahui lima lagi laman lain yang turut dibawah perhatian pihak berkuasa.



Selain daripada MegaUpload yang telah dimatikan buat masa ini, antara yang lain yang turut dibawah perhatian adalah WUpload, DepositFiles, Fileserver, MediaFire dan juga PutLocker. Menurut mereka, laman-laman ini menerima hampir 41 billion paparan untuk setiap setahun, salah satu angka yang amat tinggi sekali.

Setelah MegaUpload dikenakan tindakan pada awal tahun ini, beberapa laman lain telah mengubah cara tawaran mereka untuk perkhidmatan masing-masing, disamping beberapa penyedia yang mematikan sokongan perkongsian pada perkhidmatan mereka.

Namun begitu, tidak kurang juga dengan beberapa penyedia yang mengatakan mereka hanya menawarkan perkhidmatan storan seumpama Dropbox, Box.net dan lain-lain tidak melanggar undang-undang.

Selain daripada beberapa penyedia ini, di Malaysia, salah satu perkhidmatan yang baru dilancarkan dinamakan sebagai KongsiFile, menawarkan sokongan yang lebih kurang sama, membolehkan para pengguna berkongsi fail dengan yang lain dengan mudah.

[MALAY] Laman WUpload Mematikan Sokongan Perkongsian Fail



Nampaknya, seperti beberapa laman perkongsian fail yang lain, yang mana telah mematikan sokongan perkongsian sejak daripada MegaUpload ditimpa malang, kiniWUpload turut sama mematikan sokongan perkongsian pada laman mereka, dan memfokuskan hanya pada sokongan storan sahaja, seperti beberapa perkhidmatan lain, seumpama Dropbox, SkyDrive dan sebagainya.



Perkara ini mungkin lanjutan daripada pengumuman pihak MPAA mengatakan mereka mensasarkan dan memberikan perhatian kepada lima laman perkongsian utama yang lain,termasuk WUpload yang mana merupakan salah satu laman perkongsian popular dikalangan pengguna.

Sebelum ini, beberapa laman perkongsian fail turut sama telah mematikan fungsi perkongsian mereka, termasuk FileSonic dan juga FileServe.

Sekiranya kebanyakkannya beralih kepada konsep seumpama storan awan, mereka mungkin perlu bersaing dengan beberapa nama besar yang lain, terutamanya Dropbox dan juga SkyDrive yang menawarkan fungsi sama dengan lebih banyak kemudahan dan kelebihan lagi. Google juga turut dilihat bakal melancarkan perkhidmatan mereka, dinamakan sebagai Google Drive kepada umum tidak lama lagi.

[MALAY] Pandang Pertama – Aplikasi Instagram Untuk Android



Salah satu perkara yang agak hangat sepanjang hari ini adalah berkenaan dengan aplikasi Instagram yang dilancarkan secara rasminya untuk para pengguna Android, setelah sekian lama aplikasi tersebut hanya ditawarkan secara eksklusif untuk para pengguna iOS. Namun adakah ianya salah satu aplikasi yang amat baik, seperti mana popularitinya yang diperkatakan ramai?



Untuk yang tidak kenali akan aplikasi Instagram, ianya merupakan salah satu aplikasi yang amat popular dikalangan pengguna iOS, membolehkan para pengguna menambah beberapa efek tambahan, disamping berkongsi pada laman-laman sosial yang lain dengan mudah terus melaluinya. Pada platform Android, Instagram menyokong untuk perkongsian gambar terus ke Twitter, Facebook, FourSquare dan juga Tumblr.

Bagi para pengguna Android, Instagram bukanlah satu-satunya aplikasi yang menawarkan fungsi sedemikian, tetapi terdapat beberapa aplikasi lain dengan fungsi yang lebih kurang sama. Namun, disebabkan oleh komuniti Instagram yang agak aktif, ia merupakan salah satu aplikasi yang dinantikan, walaupun beberapa aplikasi lain menawarkan lebih fleksibiliti.



Dari segi percubaan ringkas yang dilakukan kami mahupun rakan lain, ia kelihatan Instagram untuk Android tidak dioptimasikan dari segi penggunaan ruangan storan dan sebagainya. Aplikasi tersebut sendiri bersaiz sehingga lebih 12MB, dan setelah dipasang, ia memakan ruangan storan sebanyak 16MB. Namun, dari segi penggunaan kami sehingga artikel ini ditulis, aplikasi tersebut bergerak lancar, tanpa mengalami sebarang crash dan sebagainya. Namun, salah satu perkara yang mendukacitakan adalah ketiadaan sokongan untuk memindahkan aplikasi tersebut ke kad-SD. Mungkin ia hanya akan diperkenalkan pada kemaskini akan datang kelak.



Secara kasarnya, ia menawarkan sebanyak 17 jenis efek berbeza, dan juga sokongan untuk merakamkan gambar terus daripada kamera, disamping kebolehan untuk memilih gambar yang telah sedia dirakamkan. Salah satu perkara yang diperasan juga adalah ianya tidak menyokong gambar yang bersaiz kecil padanya.

Selain daripada Instagram, untuk Android, beberapa aplikasi yang menawarkan fungsi serupa adalah termasuk Lightbox, MOLOME, myTubo, PicPlz dan banyak lagi. Pada masa yang sama, Android 4.0 ICS juga turut sama menyertakan beberapa sokongan filter dan juga efek padanya, membolehkan para pengguna menambah sebarang efek tambahan tanpa perlu aplikasi tambahan. Setelah melihat semuanya, kami mendapati Instagram untuk Android tidak membawakan sebarang fungsi yang menarik buat masa ini, selain daripada komuniti yang gemarkan gambar (komuniti 500px atau Flickr menawarkan gambar berkualiti lebih baik).

Bagi anda yang telah mencuba Instagram untuk Android, apa kata anda mengenainya?

[MALAY] Aplikasi Instagram Untuk Android Kini Sedia Untuk Dimuat-Turun Dan Digunakan



Akhirnya, salah satu berita gembira untuk para pengguna Android, dimana aplikasi Instagram yang hanya eksklusif untuk para pengguna iOS selama ini, kini sudah pun boleh didapati oleh para pengguna Android, dimana anda boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Google Play Market hari ini.

Sama seperti pada versi iOS, ia membolehkan para pengguna merakamkan gambar menggunakan kamera terbina, kemudiannya menambah efek-efek khas padanya dengan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik lagi. Seterusnya, para pengguna dengan mudah boleh berkongsi gambar tersebut dengan yang lain terus melalui aplikasi tersebut ke laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Tumblr dan juga FourSquare.

Buat masa ini, aplikasi ini hanya menyokong Android 2.2 dan ke atas sahaja, dan bagi para pengguna Android, anda boleh memuat-turunnya secara percuma hari ini daripada Google Play Market.

[MALAY] MapsTD Membolehkan Anda Bermain Tower Defense Pada Google Maps 8-bit



Peta 8-bit yang dibuat oleh Google sempena dengan tarikh 1April lepas sememangnya sesuatu yang menarik sekiranya dibuat permainan dan sebagainya. Dengan konsep tersebut, kini sebuah permainan Tower Defense dilancarkan menggunakan peta 8-bit daripada Google, dan menambah elemen permainan padanya.



Sama seperti permainan Tower Defense yang lain, ia memerlukan para pemain membina beberapa menara dalam melindungi daripada musuh tiba ke istana anda. Melalui MapsTD, ia menawarkan beberapa peringkat perlawanan, dimana dengan bertambahnya setiap fasa, maka bilangan musuh dan kelajuan permainan akan dipertingkatkan lagi, selain pada masa yang sama menambah beberapa lokasi baru padanya.

Memandangkan ia menggunakan peta Google Maps, maka para pengguna boleh memilih kawasan dan lokasi yang anda inginkan untuk memainkan permainan ini.



Bagi anda yang berminat, mungkin boleh melayari laman MapsTD hari ini, dan bermain permainan Tower Defense pada peta Google Maps 8-bit.

[MALAY] Poster Peranti Nokia Dengan Windows Phone 8 Mula Kelihatan



Perkara berkaitan dengan Windows Phone Apollo ataupun Windows Phone 8 telah dikatakan sejak daripada tahun lepas lagi. Walaupun fungsi penuh padanya masih tidak diketahui lagi buat masa ini, namun kini salah satu poster telah mula kelihatan, memperlihatkan peranti awal Nokia bersama sistem operasi Windows Phone 8.



Ia masih tidak diketahui berkenaan dengan kesahihan gambar poster yang didapati oleh pihak Phone Arena ini, namun salah satu perkara yang dapat dilihat adalah penggunaan jenaman Windows Phone 8 padanya. Sekiranya ia benar, maka kita akan dapat melihat mungkin Microsoft akan menjadikannya selari dengan nama sistem operasi untuk desktop daripada mereka yang disasarkan untuk dilancarkan pada penghujung tahun ini, iaitu Windows 8.

Salah satu perkara yang dikatakan akan disertakan pada Windows Phone 8 dan Windows 8 kelak adalah integrasi menyeluruh antara satu sama lain, membolehkan para pengguna mengakses data pada satu sama yang lain dengan mudah. Mungkin perkara ini dijayakan dengan penggunaan SkyDrive, dan mungkin juga Microsoft mempunyai sesuatu yang masih belum diperlihatkan kepada umum.

Selain daripada Windows Phone 8 sendiri, poster tersebut turut memperlihatkan peranti Windows Phone 8 daripada Nokia, yang mana secara tidak langsung mengikut pewarnaan logo Windows sebelum ini.

Jadi, apa kata anda, adakah ianya gambar yang benar, ataupun palsu semata-mata?

Monday, 2 April 2012

[ENGLISH] Super-Bikes Riding Challenge ( RIP )






Genre: Racing
Publisher: Black Bean
Developer: Milestone

Super-bikes has it all, with cutting edge physics, total control over rider movement and immersive gameplay that puts you right in the seat of some of the most powerful bikes on the planet. Super-bikes has something to offer all racing fans! Intense rivalries and superior AI make the game both challenging and rewarding while the graphics, animation and sheer attention to detail make Super-bikes a visual feast!

Features :

* Separate control for the bike and rider position delivers the ultimate precision motorcycle racing experience
* Individually modelled, manufacturer approved bikes featuring the same acceleration, weight, balance, cornering ability as in real life
* Persistent opponents – Thanks to its advanced AI, SUPER-BIKES will feature recurring opponents as the player advances through the game. The player will be able to appreciate how they grow in certain skills and become more challenging as the game progresses, much like his own driving.
* Tracks – SUPER-BIKES will feature 3 categories of tracks: Race Tracks (Assen, Laguna Seca, Donington, Hockenheim, Valencia, Albacete), Country (Alpes, Cote d'Azur, Tuscan Hills, Highlands, Corsica, Amalfi Coast) and City (London, Barcellona, Berlin), for a total of more than 30 tracks thanks to the different variants available.
* Wet Conditions – All tracks will feature a wet condition variant that will have the effect of reduced grip in the handling model. This will add a new challenge to each track in the game.
* End-Level Graphics – SUPER-BIKES will benefit from the implementation of amazing audio and visual effects (e.g. real time environmental mapping, particles animations, blurring effects…).

System Requirements :

* OS: Windows 2000/XP
* Processor: Pentium 3 @ 800 MHz
* Memory: 256 MB
* Video Memory: 64 MB
* Sound Card: DirectX Compatible
* DirectX: 9.0
* Keyboard & Mouse
* DVD Rom Drive

Size : 803 MB

Download

rapidshare

http://rapidshare.com/files/198035434/Super_Bikes_RidChallenge_rip_maxgrab.part01.rar
http://rapidshare.com/files/198036100/Super_Bikes_RidChallenge_rip_maxgrab.part02.rar
http://rapidshare.com/files/198035677/Super_Bikes_RidChallenge_rip_maxgrab.part03.rar
http://rapidshare.com/files/198032379/Super_Bikes_RidChallenge_rip_maxgrab.part04.rar
http://rapidshare.com/files/198033253/Super_Bikes_RidChallenge_rip_maxgrab.part05.rar
http://rapidshare.com/files/198036155/Super_Bikes_RidChallenge_rip_maxgrab.part06.rar
http://rapidshare.com/files/198033119/Super_Bikes_RidChallenge_rip_maxgrab.part07.rar
http://rapidshare.com/files/198033031/Super_Bikes_RidChallenge_rip_maxgrab.part08.rar
http://rapidshare.com/files/198032293/Super_Bikes_RidChallenge_rip_maxgrab.part09.rar

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News