Windows Phone Marketplace diperluaskan dari hari ke hari ke negara-negara baru, dan pada masa yang sama, bilangan aplikasi yang dibangunkan untuk platform mudah-alih daripada Microsoft itu terus bertambah, dan melalui laporan terkini, ianya hanya kurang 20,000 aplikasi lagi sebelum ia melangkaui angka 100,000 aplikasi.
Menurut laporan yang dikeluarkan, pada 1 April yang lepas, sejumlah 20,327 pembangun telah membangunkan sebanyak 82,234 aplikasi untuk platform tersebut. Peningkatan bilangan aplikasi untuk platform tersebut juga dilihat bergerak lancar, dimana pada Disember lepas, ia telah menandakan sejumlah 50,000 aplikasi ditawarkan untuknya, dan melangkaui angka 70,000 aplikasi pada penghujung Februari lepas.
Ini sekaligus meletakkan Windows Phone dibelakang platform iOS, Android dan terus berkembang dari hari ke hari.