Setiap tahun, pada tarikh 1 April, Google akan berkongsi beberapa perkara dan projek “gila” mereka bersama yang lain, dan untuk tahun ini, mereka mulakan dengan Google Maps, iaitu dengan mengaktifkan sokongan 8-bit padanya. Namun, menariknya, mereka turut menghasilkan video memperlihatkan seumpama memperkenalkan permainan tersebut untuk platform NES.
Walaupun kehadirannya pada platform NES itu adalah sekadar lawak April Fool, tetapi para pengguna masih boleh menguji Google Maps dalam bentuk 8-bit pada laman rasmi mereka hari ini, selain mana turut boleh melihatnya dalam bentuk StreetView pada bentuk 8-bit. Untuk mengaktifkan sokongan StreetView pada 8-bit, para pengguna hanya perlu menarik ikon watak yang terdapat padanya, dan meletakkannya pada peta, dan sokongan StreetView pada 8-bit diaktifkan padanya.
Sokongan 8-bit pada Google Maps mungkin kedengaran agak kelakar, tetapi kami pasti, sekiranya Google memperkenalkan sokongan permainan pada Google Maps dalam bentuk 8-bit, mungkin ramai yang akan mengemarinya dan menghabiskan masa yang lama pada Google Maps kelak. Apa kata anda?