Bing merupakan salah satu enjin carian terkemuka di dunia internet yang mana menjana laman Facebook dan juga Yahoo!. Hari ini, Microsoft, syarikat disebalik enjin carian Bing, telah pun melancarkan aplikasi khas untuk para pengguna Windows 7, iaitu perisian Bing Desktop Beta, membolehkan para pengguna melakukan carian dengan mudah terus daripada desktop mereka pada bila-bila masa.
Dengan memasangnya, ia menyediakan sebuah kotak carian pada desktop anda, yang mana dikaburkan sekiranya tidak aktif digunakan. Namun, sokongan carian tersebut bukanlah sesuatu yang kami minati, sebaliknya fungsi tambahan pada Bing Desktop Beta, yang mana menawarkan sokongan untuk memperlihatkan latar desktop berbeza-beza setiap hari, membawakan gambar yang serupa dengan laman Bing.
Perkara ini sekaligus menjadikan desktop anda lebih menarik lagi, dan tidak bosan dengan gambar yang serupa untuk latar desktop pada setiap hari. Bagi anda yang berminat mencubanya, boleh memuat-turunnya secara percuma untuk Windows 7 anda. Selain daripada Bing Desktop Beta, salah satu aplikasi yang menawarkan sokongan untuk mengubah latar desktop secara automatik setiap hari adalah Kuvva.