Sama seperti dengan konsep yang diperkenalkan oleh Google Jepun, GMail turut sama memperkenalkan sokongan untuk menaip emel dengan mudah melalui aplikasi khas dinamakan sebagai GMail Tap. Ia turut menggunakan sokongan kod morse padanya, membolehkan para pengguna menghantar ataupun menaip sesuatu emel dengan hanya menggunakan dua jari sahaja.
Memandangkan ianya menggunakan sokongan kod untuk menaip menggunakan dash dan juga dot, Google turut sama menyediakan sebuah dokumen khas, untuk membolehkan para pengguna mempelajari lebih 26 abjad dan juga angka dalam bentuk dash dan juga dot, dan menghantar kepada rakan mereka dengan mudah.
Walaupun ianya hanya sekadar sebuah idea kreatif gila-gila daripada Google, apakah akan terjadi sekiranya mereka benar-benar memperkenalkan sokongan tersebut. Adakah anda akan menggunakannya?