KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...
20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News
Setelah diperlihatkan dalam bentuk gambar dan juga video lebih awal daripada sepatutnya, pihak Google akhirnya telah pun memperkenalkan peranti Google Nexus 7 kepada umum, yang mana dibangunkan bersama oleh pihak Asus dan dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean.


Melalui Nexus 7, Google mengatakan mereka ingin memfokuskan kepada para pengguna menikmati kandungan digital terus pada tablet mereka, tanpa sebarang masalah termasuk lagdan sebagainya.
Nexus 7 membawakan skrin dengan paparan HD bersama resolusi 1280×800, cip pemprosesan Tegra3 empat-teras bersama GPU 12 teras, kamera hadapan untuk panggilan video, sokongan WiFi, Bluetooth dan NFC, serta bateri yang tahan lama, membolehkan anda menikmati video HD selama 9 jam dengan sekali cas.
Peranti ini akan ditawarkan melalui Google Play Store untuk beberapa negara terlebih dahulu, dan akan diperluaskan kepada negara-negara lain tidak lama lagi. Ia dijual pada harga $199 (~RM635), yang mana jauh lebih murah daripada
1MalaysiaPad.
Google pada acara Google I/O turut mengatakan yang mana lebih ramai pengguna memasuki dan menggunakan Google+ melalui peranti mudah-alih mereka berbanding desktop, dan perkara ini sekaligus membawakan kepada pengenalan aplikasi Google+ untuk tablet.

Sebagai permulaan, bermula hari ini, Google+ akan diperkenalkan kepada para pengguna tablet Android, dan kemaskini aplikasi iPad untuknya bakal diperkenalkan tidak lama lagi.
Melalui Google+ untuk tablet, ia membawakan kesemua fungsi yang sama seperti pada telefon pintar, tetapi lebih dioptimasikan untuk paparan tablet. Pada masa yang sama, sokongan Hangout juga kelihatan lebih menarik pada tablet berbanding pada desktop dan juga telefon pintar.



Bagi anda yang berminat, boleh
memuat-turun Google+ untuk tablet Android hari ini, sementara menantikan aplikasi serupa diperkenalkan pada iPad tidak lama lagi.
Seperti umum sedia maklum, Google Music sedia diintegrasikan bersama Google Play, membolehkan para pengguna membuat pembelian lagu terus daripadanya. Dan dalam usaha untuk menambah nilai pada pengguna, disamping memudahkan proses pembelian, kini Google membawakan sokongan seumpama Shazam padanya.

Fungsi yang dinamakan sebagai What’s This Song ini membolehkan para pengguna membuat carian lagu dengan mudah melaluinya. Sama seperti Shazam, anda hanya perlu klik padanya, dan membuatkan ia mendengar pada sesuatu lagu sebelum ia memaparkan nama dan tajuk lagu berkenaan.
Apa yang menariknya, sokongan tersebut turut diintegrasikan kepada Google Play, membolehkan para pengguna membuat pembelian sesuatu lagu tersebut dengan mudah.
Pada acara Google I/O yang diadakan, selain berkongsi info mengenai Android 4.1 Jelly Bean, pihak Google juga turut berkongsi beberapa perkara menarik berkaitan Google+, iaitu laman sosial mereka yang semakin popular dari hari ke hari.
Menurut Google, kini laman sosial Google+ mempunyai lebih daripada 250 juta pengguna berdaftar, dan lebih daripada 150 juta orang pengguna merupakan pengguna aktif bulanan.



Google turut mengatakan sebanyak lebih 50% daripada pengguna mendaftar masuk ke perkhidmatan tersebut setiap hari, dan pengguna aktif menghabiskan lebih daripada 60 minit setiap hari padanya, dan 12 minit setiap hari pada Stream sahaja.
Perkara ini sekaligus memperlihatkan, Google+ mempunyai golongan pengguna mereka tersendiri, yang lebih kepada berkongsi perkara berilmiah, disamping gambar-gambar berbentuk *GIF dan sebagainya.
Di Malaysia sahaja, beberapa syarikat telah pun turut sama mula memfokuskan pada Google+, memperlihatkan laman sosial tersebut mempunyai potensinya tersendiri, apatah lagi dengan ramai yang mula mengatakan Facebook mula bosan dari hari ke hari.
Dengan pengumuman Android 4.1 Jelly Bean, semestinya ramai yang menantikan bilakah ia akan diperkenalkan kepada umum. Pihak Google telah pun mengumumkan yang mana peranti Galaxy Nexus akan menjadi antara yang terawal menerimanya, dimana akan diperkenalkan melalui OTA seawal Julai ini.

Melalui Android 4.1 Jelly Bean, ia membawakan beberapa kemaskini kecil, termasuk lebih mengoptimasikannya untuk mesra pengguna. Antaranya termasuk sokongan notifikasi yang lebih baik lagi, disamping integrasi carian suara, serta Google Now padanya.
Pihak Google turut mengatakan mereka akan mengeluarkan kod sumbernya pada tempoh yang sama. Dengan pembangun dan pengeluar peranti yang kini memfokuskan kepada ICS, mungkin memerlukan mereka membangunkannya dan memperkenalkannya lebih pantas supaya dapat memperkenalkan Jelly Bean sebelum penghujung tahun ini.
Bersama-sama dengan pengumuman beberapa fungsi baru Android 4.1 Jelly Bean, Google turut sama mengumumkan mengenai Google Play, yang mana membawakan kandungan terus ke peranti Android anda. Salah satu fungsi baru yang diperkenalkan adalah Smart App Updates.

Smart App Updates, memudahkan para pengguna mengemaskini aplikasi yang digunakan mereka, dimana hanya perlu memuat-turun perkara baru sahaja, dan bukannya memerlukan memuat-turun segala fail secara keseluruhan seperti sebelum ini.
Google mengatakan sokongan Smart App Updates ini akan diperkenalkan dan dsiokong kepada para pengguna Gingerbread dan yang terkini.
Umum sedia maklum akan yang mana Google telah pun menjenamakan semula Android Market kepada Google Play, sekaligus memfokuskan kepada gagasan kandungan melaluinya. Dan hari ini, pihak Google mengumumkan melalui Google Play, mereka mempunyai lebih daripada 600,000 aplikasi yang boleh dimuat-turun melaluinya.

Disamping itu, Google juga turut berkongsi statistik lain, mengatakan sebanyak lebih daripada 20 billion muat-turun telah dilakukann melalui Google Play sehingga ke hari ini.
Sokongan jualan juga kini didatangkan pada lebih 132 buah negara, disamping menyokong Google Play pada lebih 190 buah negara.
Bersama-sama dengannya, Google turut mengumumkan yang mana kini melalui Google Play, para pengguna turut boleh membeli majalah dan juga filem dengan mudah.
Sejak daripada Siri diperkenalkan, ramai yang bertanya akan jawapan Google untuknya. Dan nampaknya, kini Google hadir dengan kemaskini sokongan Voice Search pada Google, yang membolehkan para pengguna melakukan carian menggunakan suara dengan interaktif, disamping membolehkan hasil carian dibacakan kepada mereka.


Sokongan ini dibawakan oleh Google dengan menggunakan teknologi Knowledge Graph yang diperkenalkan oleh mereka tidak lama sebelum ini. Ia memaparkan informasi utama yang dicari oleh anda dengan mudah terus melalui rekabentuk yang ringkas.
Namun, nilai tambah padanya boleh dikatakan adalah dimana para pengguna turut sama boleh melihat hasil carian yang lain dengan hanya swipe akan skrin tersebut, dan melihat hasil keputusan carian yang lain padanya.




Jikalau kita dapat lihat, Siri dan beberapa aplikasi lain memfokuskan kepada penggunaan data daripada pelbagai pihak lain, manakala Google menggunakan data sendiri daripada Knowledge Graph. Semestinya ia masih lagi pada peringkat awal, dan akan ditambah baik dengan pelbagai fungsi pada masa akan datang.
Google Voice Search ini bakal didatangkan bersama-sama dengan Android 4.1 Jelly Bean bermula bulan Julai ini kelak.
Dengan perang platform mudah-alih pada hari ini, salah satu perkara yang menjadi keutamaan adalah bagaimana notifikasi diperlihatkan. Dan Android yang sedia terkenal dengan sistem notifikasi yang baik, kini terus menambah-baik bagaimana notifikasi diperlihatkan, sekaligus memudahkan pengguna melakukan pelbagai perkara terus melalui bar notifikasi.

Bar notifikasi yang diberikan nafas baru ini membolehkan para pengguna mengetahui lebih banyak info berkaitan sesuatu notifikasi, disamping menyelesaikan pelbagai perkara terus melalui bar notifikasi tersebut.
Sebagai contoh, sekiranya anda mendapat notifikasi panggilan yang tidak dijawab, anda boleh melakukan panggilan semula, ataupun menghantar balik terus pada bar notifikasi tersebut. Perkara sama juga untuk aplikasi lain, termasuk dimana anda boleh melihat gambar yang dikongsikan pada laman sosial, dan membaca lebih lanjut berkaitan sesuatu perkara, terus daripada bar notifikasi tersebut.


Sistem notifikasi ini juga memudahkan pengguna melakukan pelbagai perkara tanpa memerlukan mereka ke sesuatu aplikasi itu sendiri.
Fungsi baru ini diperkenalkan untuk para pengguna Android 4.1 Jelly Bean, yang mana akan diperkenalkan bermula bulan hadapan.
Salah satu kelebihan pada Google Android adalah sokongan widget padanya, dan melalui Jelly Bean, mereka menjadikan sokongan widget terus menarik lagi, membolehkan ia diperbesarkan dan dikecilkan tanpa menganggu ikon aplikasi dan widget sedia ada pada skrin utama.

Seperti umum sedia maklum, sokongan mengawal saiz widget telah diperkenalkan pada Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Namun, setiap kali ingin membesarkannya, mungkin pengguna menghadapi masalah sekiranya terdapat sebarang ikon lain berdekatan dengannya.
Untuk mengatasinya, Jelly Bean menawarkan sokongan dimana ikon aplikasi akan disusun secara automatik apabila saiz widget diubah, sekaligus memudahkan para pengguna untuk mengubah saiz dan sebagainya.
Android 4.1 Jelly Bean akan diperkenalkan bermula bulan hadapan, dan akan diperkenalkan kepada Motorola Xoom, Galaxy Nexus dan juga Nexus S terlebih dahulu, sebelum pengeluar peranti memperkenalkan kemaskininya kepada peranti yang lain.
Popular Posts
-
Nampaknya, platform Windows yang mempunyai bilangan virus yang tinggi merupakan salah satu kebaikkan untuk sistem operasi daripada Microsoft...
-
Google Maps merupakan salah satu produk Google yang diberikan perhatian serius oleh Google, dengan integrasi Google Earth, Street View dan p...
-
Dalam projek komuniti, kepercayaan menjadi tonggak utama dalam pembangunannya. Namun, untuk pembangun CyanogenMod, perkara malang menimp...
-
For those who love to travel, Fleapy is a site which allows users to find the lowest flight fares for both domestic and international fligh...
-
Dengan pelancaran HTC J Butterfly untuk pasaran Jepun, dan juga HTC Droid DNA untuk pasaran Amerika Syarikat, semestinya ramai ternanti ak...