Salah satu kelebihan pada Google Android adalah sokongan widget padanya, dan melalui Jelly Bean, mereka menjadikan sokongan widget terus menarik lagi, membolehkan ia diperbesarkan dan dikecilkan tanpa menganggu ikon aplikasi dan widget sedia ada pada skrin utama.
Seperti umum sedia maklum, sokongan mengawal saiz widget telah diperkenalkan pada Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Namun, setiap kali ingin membesarkannya, mungkin pengguna menghadapi masalah sekiranya terdapat sebarang ikon lain berdekatan dengannya.
Untuk mengatasinya, Jelly Bean menawarkan sokongan dimana ikon aplikasi akan disusun secara automatik apabila saiz widget diubah, sekaligus memudahkan para pengguna untuk mengubah saiz dan sebagainya.
Android 4.1 Jelly Bean akan diperkenalkan bermula bulan hadapan, dan akan diperkenalkan kepada Motorola Xoom, Galaxy Nexus dan juga Nexus S terlebih dahulu, sebelum pengeluar peranti memperkenalkan kemaskininya kepada peranti yang lain.