
Microsoft tidak akan membina sendiri peranti telefon pintar Windows Phone 8 walaupun mereka membina sendiri tablet Surface, tablet Windows 8 ciptaan Microsoft. Pengenalan serta preview umum ciri-ciri yang ada pada Windows 8 telah dibuat oleh Microsoft dalam satu majlis khas beberapa hari selepas pelancaran rasmi tablet Surface kepada pihak media di Milk Studio. Yang bestnya Windows Phone 8 akan berintegrasi sepenuhnya dengan sistem operasi Windows 8 yang digunakan dalam tablet, laptop, komputer desktop. Ini sekaligus memudahkan aktiviti pemindahan fail digital (merangkumi gambar, lagu, video, dokumen, perisian, aplikasi) dari satu gajet ke gajet lain misalnya dari telefon pintar ke tablet, dari tablet ke telefon pintar semula. Dalam satu temuramah khas dengan Information Weekditerbitkan pada 25 Jun 2012, Greg Sullivan, Pegawai Pemasaran Senior di Windows Phone memberi kenyataan bahawa mereka (pihak Microsoft) tidak akan membina sendiri telefon pintar Windows Phone 8 sebaliknya akan memberi tugas membina peranti Windows Phone 8 itu kepada rakan niaga Microsoft terdiri daripada syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka – Nokia Samsung, Huawei.