Ia kelihatan, setelah Google memperkenalkan rekabentuk baru untuk YouTube sebelum ini, kini mereka terus dalam usaha untuk menambah-baik rekabentuk laman tersebut, dimana terkini kelihatan Google sedang menguji rekabentuk baru laman tersebut untuk segelintir kecil pengguna.
Rekabentuk baru pada YouTube ini kelihatan memfokuskan kepada antaramuka minimalis, dengan menggunakan warna putih dengan lebih meluas lagi. Bentuk kandungan disampaikan juga berbeza, dimana kini tajuk, saluran dan sebagainya diubah ke bahagian bawah video, berbeza dengan sebelum ini.
Walaupun ia kelihatan agak ringkas dan minimalis, namun bagi kami, rekabentuk sedia ada kelihatan lebih menarik berbanding apa yang diuji Google. Namun, ia mungkin hanya sekadar ujian awal, dan masih belum dibuat keputusan lagi sama ada ia akan digunakan ataupun sebaliknya.