
Microsoft akhirnya membeli Yammer dengan nilai pembelian $1.5 billion Dolar Amerika. Jika Anda pertama kali mendengar nama Yammer, aplikasi web ini sebenarnya adalah laman web sosial untuk warga korporat dan ia tidak dibuka untuk umum sepertimana Facebook. Oleh kerana Yammer dikhususkan untuk warga korporat maka mana-mana syarikat boleh menggunakan teknologi Yammer untuk membina jaringan sosial di dalam syarikat mereka, menjadikan setiap kakitangan boleh berhubung secara percuma. Setiap pekerja boleh menerbitkan status, berkongsi gambar, berkongsi maklumat, berkongsi video, mengirim mesej, berkongsi fail serta menggunakan “extranet untuk membolehkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan. Pembelian Yammer merupakan pembelian terbesar Microsoft selepas pembelian Skype dengan nilai 8.5 billion Dolar Amerika. Selepas ini, Yammer akan beroperasi di bawah bahagianMicrosoft Office yang kini di ketuai oleh Kurt DelBene, pasukan Yammer pula akan kekal di bawah seliaan CEO mereka, David Sacks. Mungkin Microsoft Office versi terbaru akan di integrasikan dengan fungsi sosial dimiliki oleh Yammer khusus untuk digunakan dalam syarikat-syarikat pernigaaan besar.
[Amanz]