KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...
20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News
Jika anda selalu memuat turun aplikasi dari Google Play, anda patut
berhati-hati kerana virus yang ada di situ kebanyakannya menyamar
sebagai aplikasi-aplikasi popular. Virus Trojan yang menjangkiti peranti
Android kini mempunyai cara baharu untuk menyusup masuk ke peranti
Android milik anda – iaitu dengan cara menyamar sebagai ikon Google
Play Store dengan perkataan “Play Google Mapker”. Biasanya, ikon Google
Play Store bertulis dengan perkataan “App Store” seperti yang anda lihat
dalam gambar di atas – jika anda sudah biasa masuk ke Google Play
Store, anda akan klik pada ikon itu tanpa berfikir terlebih dahulu juga
tanpa membaca perkataan ikon itu terlebih dahulu kerana ikonnya memang
menyerupai ikon Google Play Store. Bila ikon virus Trojan itu di klik,
ia akan membuka Google Play sebenar tapi akan mengaktifkan aplikasi
Android.DDoS.1 dalam diam kemudian akan bersambung ke
server penggodam yang akhirnya akan mengakibatkan peranti Android anda
menghantar
sms berisi mesej SPAM ke senarai kenalan anda. Jika peranti anda
menggunakan 3G, virus Trojan itu akan menggunakan talian 3G dengan cukup
banyak sekali hingga mengakibatkan bil anda naik mendadak. Jika anda
menggunakan talian prepaid, kredit anda akan habis dimakan oleh Trojan
itu kerana digunakan untuk menghantar sms SPAM berkali-kali.
Sehingga ke 29 Disember 2012, jumlah
kesemua laman web yang ada di indeks dalam internet adalah sebanyak
13.96 billion. Dalam tempoh tiga bulan lalu yakni dari Oktober hingga
Disember 2012, enjin-enjin carian dominan telah mengindeks lebih dari
40-47 billion laman web. Statistik dari Google menyatakan bahawa
internet kini memiliki 45 billion laman web. Bing menyatakan internet
kini memiliki 11.5 billion laman web, Yahoo pula menyatakan internet
kini mempunyai 9.5 billion laman web untuk tempoh hingga ke akhir tahun
2012. Kenapa statistik masing-masing jadi berlainan? Sebab kekerapan
mengindeks setiap enjin carian amat berlainan. Google mengindeks laman
web di internet 5 kali ganda lebih kerap (juga 5 kali lebih pantas) dari
Bing dan Yahoo maka statistik pengindeksan Google jauh lebih besar dari
Yahoo juga Bing.

Satu masa nanti, pemain mp3 tidak akan ada orang yang mahu beli sebab
telefon pintar sudah boleh diguna untuk memainkan lagu-lagu mp3
sepertimana memasangnya di mp3 player. Kebanyakan smartphone sama ada
dalam kelas biasa atau kelas berspesifikasi pertengahan sudah dilengkapi
dengan fungsi pemain mp3 bahkan memiliki jumlah memori dalaman yang
agak besar bermula dari 8GB hingga 64GB – contoh terbaik adalah iPhone
5, Nokia Lumia 920, Samsung Galaxy Note II, Samsung Galaxy S2 dan Sony
Xperia 2. Itu baru smartphone, belum termasuk pemain media lagi.
Kebanyakan peranti pemain media sudah muncul dengan storan lebih luas,
touch screen berwarna penuh dalam saiz besar, fungsi loud speaker,
fungsi rakaman suara serta fungsi akses internet untuk memuat turun
lagu-lagu tambahan ke memori dalamannya. Contoh terbaik untuk peranti
sebagini adalah iPod Touch, Samsung Media Player dan Sony Walkman Z.
Jika dalam tahun 2005-2008, pemain mp3 merupakan gajet berharga tinggi
dari RM80-RM250 tapi kini harganya sudah mulai turun ke RM30-RM120
sahaja kesan dari permintaan yang semakin mengurang.
Biasanya kanak-kanak berumur 11 tahun suka bermain PlayStation,
bermain games di tablet atau di komputer biasa tapi jarang kita dengar
kanak-kanak pandai membina
gaming desktop pc sendiri secara
berdikari tanpa panduan orang dewasa. Tapi kanak-kanak yang satu ini
amat genius kerana dia membina komputer miliknya sendiri bermula dari
asas. Sajid Khan, kanak-kanak berumur 11 tahun yang saya maksudkan itu
mengambil keputusan membina komputernya sendiri simply sebab komputer
lamanya sudah jadi agak perlahan untuk memainkan apa jua
games yang dia
install
ke dalam komputer lama itu. Kata Sajid, proses pembinaan komputer baru
miliknya agak mudah kerana dia hanya perlukan 13 komponen utama seperti
cip pemproses, kipas pengalir haba, papan induk, cakera keras, kad
grafik Nvidia GeForce dan kabel. Sajid Khan belajar
membina komputer miliknya sendiri bermula dari kosong dengan cara menonton video-video panduan dari YouTube.
Samsung Semiconductor Inc. mengumumkan
perancangan bakal membina bangunan baharu mereka berkeluasan 1.1 juta
kaki persegi terletak di San Jose. Kawasan yang bakal dijadikan tapak
untuk bangunan baru Samsung itu terletak di tengah-tengah Silicon
Valley. Ini bukan bangunan sembarangan kerana apabila siap nanti, ia
akan menjadi bangunan setinggi 10 tingkat lengkap dengan kemudahan
tempat letak kereta dan segala kelengkapan asas. Samsung Information
Systems America Inc. (SISA) akan
memindahkan
operasi pejabat pusatnya ke bangunan baru itu setelah pembinaannya
disiapkan kelak. Bangunan baharu Samsung akan menjadi pusat untuk
bahagian penyelidikan, inovasi serta tempat untuk mencipta
teknologi-teknologi baru. San Jose terletak 27 kilometer dari dengan
Palo Alto yang menempatkan pejabat pusat Apple.
Semua sedia maklum yang mana terdapat planet lain dalam alam
semesta ini, namun sehingga hari ini, masih tiada planet dengan
penduduk seumpama di Bumi yang ditemui. Perkara ini dijangka akan
berubah pada tahun hadapan.

Mengikut kajian beberapa saintis, mereka berkongsi akan, mengatakan
yang mana pada tahun 2013 kelak, planet pertama dengan makhluk
didalamnya mungkin akan ditemui.
Melalui laman Space.com, ia dikongsikan mengatakan terdapat lebih 200
bilion bintang di angkasa yang mengehoskan lebih kurang 50 bilion
planet. Dan dengan mengambil kadar 1:10,000 planet yang menyerupai Bumi,
maka jumlah planet seumpama Bumi ini adalah sekitar 5,000,000 planet.
Namun, semestinya untuk menemui planet yang menyerupai Bumi dengan penduduk didalamnya adalah sesuatu proses yang sukar.
Sekiranya kita berjaya menemui planet yang berpenduduk, maka ia akan
memberikan kesan yang amat besar dalam sejarah dan juga tamadun manusia.
Terdapat beberapa aplikasi untuk Windows 8 yang menawarkan memainkan
video terus daripada YouTube,
dan salah satu yang terkini dengan
beberapa fungsi menarik adalah aplikasi AndaTube.
AndaTube ini lebih kepada membolehkan pengguna mendengar lagu
daripada YouTube dengan mudah pada komputer mereka, selain membolehkan
pengguna memuat-turun video untuk koleksi sebagai tontonan di luar
talian internet dengan mudah.
AndaTube juga mengintegrasikan sesuatu video yang dimainkan terus ke
pemain lagu, sekaligus membolehkan pengguna terus mendengarnya walaupun
keluar daripada aplikasi berkenaan, mengakses desktop dan sebagainya.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi AndaTube
daripada Windows Store hari ini, dan menggunakannya dalam mendengar lagu
daripada YouTube dengan mudah.

Asus memperkenalkan ROG Tytan CG8890,
gaming desktop pc
model baru daripada mereka. Harga ROG Tytan CG8890 di Malaysia adalah
RM15,999 berdasarkan informasi dari Asus Republic Of Gamers Malaysia.
Jangan pandang rendah kepada peranti ini – ia bagaikan sebuah Ferrari
dalam arena permainan komputer. Kekotak CPU milik ROG Tytan CG8890
menggunakan cip pemproses Intel Core i7-3960X Extereme berciri 6 teras,
kad grafik Nvidia GeForce GTX690 4GB, memiliki RAM asas 4GB yang boleh
di tambah naik sehingga ke had maksima 16GB, memiliki pemacu cakera
Blu-ray, pembaca kad memori 16 dalam 1 serta mempunyai sistem penyejukan
berteknologi tinggi. Apabila kekotak cpu ROG Tytan CG8890 mula menjadi
panas, 10 kipasnya akan berpusing serentak. Dalam pada itu sistem
penyejukan cecair yang dipasang di dalamnya akan menjadi aktif serta
merta. Penutup
chasis di bahagian atas, kiri dan kanan badannya
akan terbuka secara automatik bertujuan untuk mengalirkan haba keluar
juga untuk menarik udara sejuk masuk ke dalam secara sistematik supaya
komponen di dalam kekal bersuhu normal. Walau ketiga-tiga sistem
penyejukan aktif serentak namun kesemuanya tetap beroperasi dengan
senyap. Baca spesifikasi lanjut ROG TYTAN CG8890 di
laman Asus.
Selain Nvidia dan Samsung, AMD merupakan
syarikat pembuat cip pemproses komputer yang merupakan pesaing hebat
Intel. Namun tidak lama lagi AMD bakal menurunkan jenama Vision dari
kebanyakan produk grafik dan produk cip pemposesan seperti Vision E1,
Vision E2, Vision A4, Vision A6 dan Vision A8 - ini memberi petanda AMD
bakal muncul dengan jenama cip pemproses baharu. Selain itu, AMD bakal
membuang jenama Vision dari produk-produk perkomputerannya pada masa
akan datang. Ini bukanlah perkara baru, pada beberapa tahun lalu AMD
telah meninggalkan beberapa jenama pemasaran dicipta oleh mereka
misalnya AMD Live juga AMD Fusion. Slogan utama mereka berbunyi “Better
By Design” sudah
tidak
digunakan. Intel pula, masih kekal dengan slogan utama mereka – Intel
Inside. AMD memperkenalkan jenama Vision pada tahun 2009. Menjelang
tahun 2013 kelak, nama Vision bakal dihilangkan dari nama AMD pada
produk-produk grafik baru.

Pelbagai desas-desus berkenaan dengan peranti terbaru Sony, iaitu
“Sony Yuga” telah pun kedengaran untuk sekian lama, dan kini dilaporkan,
Sony sedang dalam persiapan untuk mengumumkannya pada CES 2013 kelak.
Daripada apa yang dikongsikan, ia diperkatakan, berkemungkinan “Sony
Yuga” ini akan dikenali sebagai “Xperia Z” dan didatangkan dengan skrin
bersaiz 5-inci dan paparan 1080p padanya, selain dijana menggunakan cip
pemprosesan empat-teras. Dengan spesifikasi tinggi ini, boleh dikatakan
ia akan menjadi peranti berspesifikasi tinggi daripada Sony untuk
pertengahan tahun pertama 2013.
Fungsi tambahan yang bakal dibawakan padanya masih tidak diketahui
sepenuhnya buat masa ini. CES 2013 akan berlangsun dalam masa dua minggu
lagi, dan mungkin kita akan melihat pelbagai gajet dan peralatan
elektronik baru dipamerkan pada acara tersebut kelak.
Sama-sama kita nantikannya.
Sumber Rujukan: The Verge
Popular Posts
-
Nampaknya, platform Windows yang mempunyai bilangan virus yang tinggi merupakan salah satu kebaikkan untuk sistem operasi daripada Microsoft...
-
Google Maps merupakan salah satu produk Google yang diberikan perhatian serius oleh Google, dengan integrasi Google Earth, Street View dan p...
-
Dalam projek komuniti, kepercayaan menjadi tonggak utama dalam pembangunannya. Namun, untuk pembangun CyanogenMod, perkara malang menimp...
-
For those who love to travel, Fleapy is a site which allows users to find the lowest flight fares for both domestic and international fligh...
-
Dengan pelancaran HTC J Butterfly untuk pasaran Jepun, dan juga HTC Droid DNA untuk pasaran Amerika Syarikat, semestinya ramai ternanti ak...