
Jika anda selalu memuat turun aplikasi dari Google Play, anda patut berhati-hati kerana virus yang ada di situ kebanyakannya menyamar sebagai aplikasi-aplikasi popular. Virus Trojan yang menjangkiti peranti Android kini mempunyai cara baharu untuk menyusup masuk ke peranti Android milik anda – iaitu dengan cara menyamar sebagai ikon Google Play Store dengan perkataan “Play Google Mapker”. Biasanya, ikon Google Play Store bertulis dengan perkataan “App Store” seperti yang anda lihat dalam gambar di atas – jika anda sudah biasa masuk ke Google Play Store, anda akan klik pada ikon itu tanpa berfikir terlebih dahulu juga tanpa membaca perkataan ikon itu terlebih dahulu kerana ikonnya memang menyerupai ikon Google Play Store. Bila ikon virus Trojan itu di klik, ia akan membuka Google Play sebenar tapi akan mengaktifkan aplikasi Android.DDoS.1 dalam diam kemudian akan bersambung ke server penggodam yang akhirnya akan mengakibatkan peranti Android anda menghantar sms berisi mesej SPAM ke senarai kenalan anda. Jika peranti anda menggunakan 3G, virus Trojan itu akan menggunakan talian 3G dengan cukup banyak sekali hingga mengakibatkan bil anda naik mendadak. Jika anda menggunakan talian prepaid, kredit anda akan habis dimakan oleh Trojan itu kerana digunakan untuk menghantar sms SPAM berkali-kali.