
Cip pemproses masa kini sudah semakin maju.
Peranti mudah alih semakin bertindak menyamai komputer. Tidak lama lagi
pasti kita akan memiliki komputer riba pada saiz 5 inci sahaja. Samsung
mengumumkan keputusan mahu meneruskan usaha membangunkan cip pemproses
berskala 14nm (nano meter) hasil kerjasama ARM – ini merupakan
spesifikasi cip pemproses jauh lebih bagus dari spesifikasi cip
pemproses masa kini biasanya dibina pada skala 22 nano meter sahaja,
banyak ditemui pada smartphone, tablet, komputer meja, komputer
mudah alih juga peranti perkomputeran lain. Dengan kejayaan mencipta
cip pemproses berskala 14nm, proses penghasilan System On A Chip (SoC)
akan jadi lebih bagus membuatkan peranti mudah alih dapat berfungsi
setaraf prestasi komputer biasa jika dipasang dengan cip 14nm. Tablet
dan smartphone akan dapat melakukan kerja-kerja perkomputeran
dengan lebih efisyen pada masa akan datang walau saiz fizikal
peranti-peranti tersebut jauh lebih kecil dari peranti perkomputeran
tradisional (desktop pc, laptop, netbook, nettop). Proses penghasilan cip pemproses berskala 14nm seakan nampak mustahil pada masa kini tapi saya percaya bakal terlaksana satu hari nanti.