Terdapat beberapa jam tangan pintar di pasaran pada hari ini, yang mana menghubungkan pengguna dengan telefon pintar mereka, membolehkan mereka mengikuti pelbagai notifikasi dengan mudah. Melalui ura-ura terkini, ia kelihatan Apple turut sama akan menyertai industri ini tidak lama lagi.
Mengikut ura-ura yang kedengaran hari ini, ia dikatakan Apple dalam proses membangunkan telefon pintar mereka yang akan boleh dihubungkan dengan pelbagai peranti Apple melalui sokongan Bluetooth. Daripada apa yang dikongsikan, Apple dikatakan bekerjasama dengan Intel untuk membangunkan jam tangan pintar dengan paparan bersaiz 1.5-inci PMOLED.
Sebelum ini, ramai peminat Apple menggunakan iPod Nano yang disambungkan dengan tali tambahan khas untuk digunakan sebagai jam tangan. Namun, melalui kemaskini terbaru Apple untuk keluarga iPod Nano, ia menjadikan perkara ini mustahil.
Pada hari ini sendiri, ramai pengguna yang bergantung kepada telefon pintar masing-masing dalam melihat waktu semasa. Adakah jam tangan daripada Apple ini kelak akan mendapat perhatian ramai, ataupun hadir dengan sesuatu yang bakal merevolusikan industri?