KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Thursday, 27 December 2012

Google Sepanjang Tahun 2012


Google 2012Google sepanjang tahun ini telah membawa pelbagai perubahan dan penambahan pada produk-produk mereka, disamping hadir dengan beberapa inovasi, dan salah satunya adalah Project Glass. Pada masa yang sama juga, Google mematikan beberapa sokongan dan memfokuskan kepada teknologi terbuka.
Project Glass
Pada tahun ini, salah satu perkara yang menjadi bualan ramai adalah Google Glass, yang mana membawakan teknologi Augmented Reality dan mudah-alih setapak lagi ke hadapan dengan mengintegrasikannya pada kaca mata pintar.
Google turut sama telah mendemonstrasikannya pada Google I/O yang diadakan pada pertengahan tahun, selain berkongsi yang mana ia akan mula dijual kepada umum berkemungkinan seawal 2014 kelak.
Google+ Terus Berkembang
Laman sosial daripada Google terus berkembang dengan positif sepanjang tahun ini, dimana Google sendiri baru-baru ini berkongsi mengatakan mereka mempunyai lebih kurang 500 juta pengguna pada platform mereka.
Di Malaysia sendiri, sokongan Hangout yang terdapat pada Google+ dipergunakan dengan meluas, dimana turut digunakan oleh pemimpin politik, termasuk Anwar Ibrahim dan juga Najib Razak dalam berhubung dan berkomunikasi dengan rakyat.
Android Menjadi Lebih Popular
Android Gangnam StyleAndroid – platform mudah-alih daripada Google terus berkembang dengan pesat pada tahun ini. Peranti yang menggunakannya sahaja terdapat dalam pelbagai variasi membolehkan para pengguna seluruh dunia mendapatkannya dengan mudah, mengikut pilihan mereka.
Namun, seperti biasa, ia membawa kepada masalah yang lain, dimana kemaskini kepada platform baru adalah agak lambat, malah tidak disokong oleh beberapa pengeluar.
Versi terbaru Android yang dikeluarkan oleh Google adalah Android 4.2 Jelly Bean, yang mana membawakan beberapa fungsi baru padanya.
Google Now
Ketika pengenalan Android 4.1 Jelly Bean pada pertengahan tahun, salah satu fungsi yang menarik minat ramai pengguna adalah Google Now.
Google Now membawakan fungsi bantuan pintar kepada para pengguna Android, mencadangkan pelbagai perkara berguna ketika bergerak dan mengikut masa setiap hari.
Disamping itu, Google turut memperkenalkan sokongan carian suara yang interaktif kepada pelbagai platform, termasuk pada Android dan juga iOS.
Lebih Banyak Peranti Nexus Diperkenalkan
Seperti semua sedia maklum, Nexus merupakan peranti rasmi untuk Android daripada Google dan beberapa rakan kerjasama mereka. Pada tahun ini, salah satu peranti popular adalah Nexus 7 – tablet daripada Asus yang dijual pada harga sekitar RM899 di Malaysia. Disamping itu, Google juga mengumumkan beberapa peranti Nexus yang lain, termasuk Nexus 4 – telefon pintar daripada LG dan juga Nexus 10 – tablet bersaiz 10-inci daripada Samsung.
Disamping peranti-peranti popular, Google turut menguji peranti prototaip dinamakan sebagai Nexus Q, yang mana berfungsi sebagai medium untuk memainkan media di antara telefon pintar dan beberapa peranti yang lain.
Pengenalan Google Maps Trafik & Transit Di Malaysia
Sokongan Google Maps Trafik dan Transit bukanlah sesuatu yang baru, tetapi pada tahun ini, secara rasminya, sokongan tersebut diperkenalkan untuk para pengguna tempatan, membolehkan pengguna tempatan mendapatkan pelbagai data dan kemaskini semasa dengan mudah. Buat masa ini, di Malaysia, ia hanya disokong di Lembah Klang, Melaka, Ipoh dan juga Pulau Pinang sahaja.
YouTube Malaysia Dilancarkan Secara Rasmi
YouTube bukanlah sesuatu laman yang baru. Pada tahun ini, Google Malaysia secara rasminya melancarkan YouTube Malaysia, dimana selain menawarkan laman video terkemuka itu dalam pilihan bahasa Malaysia, ia juga kini memaparkan kandungan yang dibuat orang tempatan pada halaman utamanya. Bagi para penerbit kandungan tempatan, Google Malaysia turut memperkenalkan sokongan YouTube Partner Program, membolehkan sesiapa sahaja yang memuat-naik kandungan ke YouTube menjana pendapatan melaluinya.
Lebih Banyak Doodle Interaktif
Pada enjin carian utama Google, salah satu perkara yang menarik adalah penggunaan Doodle. Pada tahun ini, Google hadir dengan pelbagai bentuk Doodle yang menarik, daripada yang boleh memainkan lagu, sehingga yang membawakan permainan ringkas bersempena dengan Sukan Olimpik. Google untuk Hari Merdeka juga turut disediakan khas oleh Google.
Lain-Lain
Disamping pelbagai perkara baru, Google juga mematikan beberapa produk mereka, dan salah satu sokongan yang dimatikan mereka adalah sokongan ActiveSync, menjadikan pengguna beberapa platform lain hanya dapat mengakses perkhidmatan Google secara terhad. Untuk mengantikannya, Google mengalakkan pengguna menggunakan sokongan CardDAV dan lain-lain.
Chrome OS dan pelayar web Chrome terus berkembang dengan positif, dimana Chrome WebStore turut dilancarkan secara rasmi di Malaysia, membawakan lebih banyak aplikasi yang memfokuskan pengguna tempatan.
Beberapa pekerja utama Google juga turut meninggalkan syarikat dengan menyertai syarikat lain, mahupun hadir dengan beberapa projek yang baru. Google juga dalam memperluaskan perkhidmatan mereka dan pada masa yang sama membantu negara membangun, telah mengumumkan yang mana mereka akan memfokuskan pasaran tersebut pada tahun-tahun akan datang melalui beberapa produk, dan salah satunya adalah Google FreeZone.
Jadi, apakah yang dinantikan anda daripada Google untuk tahun hadapan?

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News