KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...
20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News

Resident Evil: Revelations akan
diperkenalkan dalam versi baru untuk Sony PlayStation 3, Xbox 360,
Windows PC and Wii U. Sebelum ini Resident Evil: Revelations hanya
dicipta untuk Nintendo 3Ds sahaja. Capcom, pembuat Resident Evil
mengumumkan
bahawa pihak mereka bakal membuat pelancaran Resident Evil: Revelation
pada 21 Mei 2013 untuk pasaran Amerika dan membuat pelancaran kedua pada
24 Mei untuk pasaran Eropah – pasaran Asia termasuklah akan menerima
permainan ini beberapa minggu kemudian. Ini satu strategi yang baik
memandangkan filem Resident Evil: Retribution telah ditayangkan pada 3
September 2012 – sedikit sebanyak memberi
booster kepada populariti awal Resident Evil: Revelations. Sony telah mengeluarkan
video trailer Resident Evil: Revelation untuk pemilik PlayStation 3. Menurut Sony, permainan ini bertemakan stail
survival horror.
Versi kali ini menampilkan beberapa musuh baru lebih seram, menyediakan
lebih banyak kemahiran bertarung untuk watak utama, memiliki grafik
visual semakin baik yang akhirnya akan menghadirkan kepuasan maksima
kepada pemain. Sama-sama kita nantikan pelancaran Resident Evil:
Revelations.
Intel mengambil keputusan untuk
memberhentikan pengeluarkan papan induk untuk desktop pc dalam masa tiga
tahun dari sekarang. Pada 2016 kelak, Intel akan berhenti dari membina
motherboard
dibawah jenama mereka setelah dua puluh tahun bergiat cergas sebagai
pengeluar papan induk melalui divisi Intel Desktop Boards. Walau proses
pengeluaran papan induk diberhentikan namun Intel akan terus
mengeluarkan cip pemproses untuk peranti perkomputeran tradisional
(netbook, laptop, desktop, server) di tahun-tahun akan datang. Baru-baru
ini Intel mendedahkan perancangan mahu masuk ke industri mudah alih
menjadi pembekal cip untuk telefon pintar juga tablet bagi menyaingi
Nvidia serta Qualcomm. Jadi, fahamlah kita kenapa Intel
meninggalkan pembikinan papan induk kerana mahu memfokus
pengeluaran cip mereka kepada peranti mudah alih. Selian itu, Intel sedang memfokus terhadap teknologi
pengecasan tanpa wayar yang pada pendapat mereka bakal mendapat sambutan hangat pada masa akan datang.

Google mencapai prestasi memberansangkan
pada penghujung tahun 2012. Untuk tempoh suku ketiga 2012
(Oktober-Disember), Google berjaya menjana untung kasar sebanyak $14.42
billion. Ini merupakan kenaikan sebanyak 36% daripada untung kasar dalam
tahun-tahun lalu. Jika anda lihat graf di atas, pendapatan Google
sentiasa naik seiring perjalanan masa bermula dari suku pertama 2010.
Untung bersih Google sepanjang beroperasi pada Oktober-Disember 2012
adalah $2.89 billion Dolar Amerika. Pada suku keempat tahun 2011, Google
berjaya menjana pendapatan bersih sebanyak $2.71 billion Dolar.
Mengenai pendapatan sepanjang tahun 2012 pula, Google berjaya menjana
pendapatan kasar $50 billion Dolar Amerika. Ternyata Google menampakkan
penambahan pada jumlah pendapatan tahun ini berbanding tahun sebelumnya.
Sumber pendapatan Google datang dari pengiklanan di dalam laman web
milik mereka misalnya YouTube juga dari penjualan aplikasi-apliaksi
Android. Mengikut
ramalan
eksekutif Google, video Oppa Gangnam Style sahaja sudah boleh
menjadikan Google berjaya menjana untung $8 juta Dolar hanya dari
penayangan iklan.

Tahun 2012 merupakan tahun yang buruk bagi
AMD. Syarikat pembuat cip pemproses itu mencatat untung kasar sebanyak
5.42 billion sepanjang tahun 2012 manakala untuk tempoh sehingga suku
keempat tahun 2012 (Oktober-Disember) AMD cuma mencatat untung bersih
sebanyak $1.16 billion Dolar Amerika, ini merupakan penurunan sebanyak
32% daripada jumlah keuntungan dalam tempoh yang sama pada tahun 2011.
Untung kasar AMD telah menurun sebanyak 17% dari jumlah keuntungan pada
tahun 2011. AMD tidak banyak memperkenalkan produk baharu sepanjang
beropasi pada 2012. Kerjasama mengeluarkan sleekboook juga agak perlahan
manakala pesaing terdekatnya, Intel, rancak dengan pengenalan model cip
pemproses baharu, pengenalan model ultrabook baru yang menggunakan
Windows 8 serta penerokaan ke dalam industri peranti mudah alih dengan
mengeluarkan cip pemproses Intel Atom untuk telefon pintar. Moga tahun
2013 memberi peluang untuk AMD menyerlah cemerlang setelah
memperkenalkan Temash dan Kabini, model baru system on a chip (SoC)
keluaran mereka.
Jika anda selalu memuat turun aplikasi dari Google Play, anda patut
berhati-hati kerana virus yang ada di situ kebanyakannya menyamar
sebagai aplikasi-aplikasi popular. Virus Trojan yang menjangkiti peranti
Android kini mempunyai cara baharu untuk menyusup masuk ke peranti
Android milik anda – iaitu dengan cara menyamar sebagai ikon Google
Play Store dengan perkataan “Play Google Mapker”. Biasanya, ikon Google
Play Store bertulis dengan perkataan “App Store” seperti yang anda lihat
dalam gambar di atas – jika anda sudah biasa masuk ke Google Play
Store, anda akan klik pada ikon itu tanpa berfikir terlebih dahulu juga
tanpa membaca perkataan ikon itu terlebih dahulu kerana ikonnya memang
menyerupai ikon Google Play Store. Bila ikon virus Trojan itu di klik,
ia akan membuka Google Play sebenar tapi akan mengaktifkan aplikasi
Android.DDoS.1 dalam diam kemudian akan bersambung ke
server penggodam yang akhirnya akan mengakibatkan peranti Android anda
menghantar
sms berisi mesej SPAM ke senarai kenalan anda. Jika peranti anda
menggunakan 3G, virus Trojan itu akan menggunakan talian 3G dengan cukup
banyak sekali hingga mengakibatkan bil anda naik mendadak. Jika anda
menggunakan talian prepaid, kredit anda akan habis dimakan oleh Trojan
itu kerana digunakan untuk menghantar sms SPAM berkali-kali.
Sehingga ke 29 Disember 2012, jumlah
kesemua laman web yang ada di indeks dalam internet adalah sebanyak
13.96 billion. Dalam tempoh tiga bulan lalu yakni dari Oktober hingga
Disember 2012, enjin-enjin carian dominan telah mengindeks lebih dari
40-47 billion laman web. Statistik dari Google menyatakan bahawa
internet kini memiliki 45 billion laman web. Bing menyatakan internet
kini memiliki 11.5 billion laman web, Yahoo pula menyatakan internet
kini mempunyai 9.5 billion laman web untuk tempoh hingga ke akhir tahun
2012. Kenapa statistik masing-masing jadi berlainan? Sebab kekerapan
mengindeks setiap enjin carian amat berlainan. Google mengindeks laman
web di internet 5 kali ganda lebih kerap (juga 5 kali lebih pantas) dari
Bing dan Yahoo maka statistik pengindeksan Google jauh lebih besar dari
Yahoo juga Bing.

Satu masa nanti, pemain mp3 tidak akan ada orang yang mahu beli sebab
telefon pintar sudah boleh diguna untuk memainkan lagu-lagu mp3
sepertimana memasangnya di mp3 player. Kebanyakan smartphone sama ada
dalam kelas biasa atau kelas berspesifikasi pertengahan sudah dilengkapi
dengan fungsi pemain mp3 bahkan memiliki jumlah memori dalaman yang
agak besar bermula dari 8GB hingga 64GB – contoh terbaik adalah iPhone
5, Nokia Lumia 920, Samsung Galaxy Note II, Samsung Galaxy S2 dan Sony
Xperia 2. Itu baru smartphone, belum termasuk pemain media lagi.
Kebanyakan peranti pemain media sudah muncul dengan storan lebih luas,
touch screen berwarna penuh dalam saiz besar, fungsi loud speaker,
fungsi rakaman suara serta fungsi akses internet untuk memuat turun
lagu-lagu tambahan ke memori dalamannya. Contoh terbaik untuk peranti
sebagini adalah iPod Touch, Samsung Media Player dan Sony Walkman Z.
Jika dalam tahun 2005-2008, pemain mp3 merupakan gajet berharga tinggi
dari RM80-RM250 tapi kini harganya sudah mulai turun ke RM30-RM120
sahaja kesan dari permintaan yang semakin mengurang.
Biasanya kanak-kanak berumur 11 tahun suka bermain PlayStation,
bermain games di tablet atau di komputer biasa tapi jarang kita dengar
kanak-kanak pandai membina
gaming desktop pc sendiri secara
berdikari tanpa panduan orang dewasa. Tapi kanak-kanak yang satu ini
amat genius kerana dia membina komputer miliknya sendiri bermula dari
asas. Sajid Khan, kanak-kanak berumur 11 tahun yang saya maksudkan itu
mengambil keputusan membina komputernya sendiri simply sebab komputer
lamanya sudah jadi agak perlahan untuk memainkan apa jua
games yang dia
install
ke dalam komputer lama itu. Kata Sajid, proses pembinaan komputer baru
miliknya agak mudah kerana dia hanya perlukan 13 komponen utama seperti
cip pemproses, kipas pengalir haba, papan induk, cakera keras, kad
grafik Nvidia GeForce dan kabel. Sajid Khan belajar
membina komputer miliknya sendiri bermula dari kosong dengan cara menonton video-video panduan dari YouTube.
Samsung Semiconductor Inc. mengumumkan
perancangan bakal membina bangunan baharu mereka berkeluasan 1.1 juta
kaki persegi terletak di San Jose. Kawasan yang bakal dijadikan tapak
untuk bangunan baru Samsung itu terletak di tengah-tengah Silicon
Valley. Ini bukan bangunan sembarangan kerana apabila siap nanti, ia
akan menjadi bangunan setinggi 10 tingkat lengkap dengan kemudahan
tempat letak kereta dan segala kelengkapan asas. Samsung Information
Systems America Inc. (SISA) akan
memindahkan
operasi pejabat pusatnya ke bangunan baru itu setelah pembinaannya
disiapkan kelak. Bangunan baharu Samsung akan menjadi pusat untuk
bahagian penyelidikan, inovasi serta tempat untuk mencipta
teknologi-teknologi baru. San Jose terletak 27 kilometer dari dengan
Palo Alto yang menempatkan pejabat pusat Apple.
Semua sedia maklum yang mana terdapat planet lain dalam alam
semesta ini, namun sehingga hari ini, masih tiada planet dengan
penduduk seumpama di Bumi yang ditemui. Perkara ini dijangka akan
berubah pada tahun hadapan.

Mengikut kajian beberapa saintis, mereka berkongsi akan, mengatakan
yang mana pada tahun 2013 kelak, planet pertama dengan makhluk
didalamnya mungkin akan ditemui.
Melalui laman Space.com, ia dikongsikan mengatakan terdapat lebih 200
bilion bintang di angkasa yang mengehoskan lebih kurang 50 bilion
planet. Dan dengan mengambil kadar 1:10,000 planet yang menyerupai Bumi,
maka jumlah planet seumpama Bumi ini adalah sekitar 5,000,000 planet.
Namun, semestinya untuk menemui planet yang menyerupai Bumi dengan penduduk didalamnya adalah sesuatu proses yang sukar.
Sekiranya kita berjaya menemui planet yang berpenduduk, maka ia akan
memberikan kesan yang amat besar dalam sejarah dan juga tamadun manusia.
Popular Posts
-
Google mencapai prestasi memberansangkan pada penghujung tahun 2012. Untuk tempoh suku ketiga 2012 (Oktober-Disember), Google berjaya m...
-
Apple nampaknya telah pun memulakan pengiraan untuk menyambut angka muat-turun aplikasi yang ke 25 billion daripada Apple AppStore, seka...
-
Dengan Apple yang mula mengantikan aplikasi pemetaan pada iOS 6 dengan platform mereka tersendiri, mengantikan Google Maps, nampaknya Googl...
-
Publisher: Zoo Digital Publishing Developer: Argonaut Games 699.45 MB Genre:Racing In addition to competing on a number of sanctioned...
-
Ramai di kalangan kita keliru dengan perkataan jailbreak .Dalam perkataan mudah, jailbreak bermaksud ‘memecah’ batasan sistem operasi...