KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Monday, 24 September 2012

[amanz.my] (Chrome) Bagaimana Pin Web Kegemaran Sebagai Aplikasi Desktop?




Mungkin ada sesetengah pengguna yang mengakses sesuatu laman web itu hampir setiap hari. Dalam memudahkan perkara tersebut, sokongan bookmark mungkin agak berguna. Selain daripada bookmark anda juga turut sama boleh menambah laman web itu sebagai aplikasi desktop, dan mengaksesnya dengan lebih mudah lagi.
Sokongan ini didatangkan terbina pada Google Chrome, membolehkan anda menambah sesuatu laman web itu sebagai aplikasi pada desktop, disamping membuat akses pantas pada menu Start dan juga Taskbar.
Untuk menggunakannya, anda hanya perlu melayari laman yang anda ingin pinkan pada desktop anda, kemudian, klik pada butang menu, dan klik pada Tools. Seterusnya, anda hanya perlu membuat pilihan, Create Application Shortcuts.
Seterusnya anda akan diberikan pilihan untuk menambah ikon akses pantas dimana, sama ada didesktop, menu Start ataupun Taskbar. Dan sekiranya anda membuka ia, anda akan dapat melihat ia dijalankan dalam bentuk tetingkap khas, tanpa sebarang bar URL mahupun tab dan sebagainya, disamping membolehkan para pengguna menggunakan tetingkap sepenuhnya. Mungkin ia agak berguna untuk beberapa laman seperti Twitter, Box, Evernote dan sebagainya.

[amanz.my] Facebook Kini Membolehkan Anda Melihat Carian Yang Dilakukan Pada Activity Log

Activity Log merupakan salah satu fungsi menarik yang diperkenalkan oleh Facebook tahun lepas,

membolehkan anda melihat dan memantau apakah yang anda lakukan di Facebook. Dan kini, pihak Facebook terus menambah sokongan baru, membolehkan para pengguna turut melihat senarai carian yang dilakukan pada Facebook terus pada Activity Log.
Sebelum ini, Activity Log hanya sekadar mencatatkan senarai aktiviti seperti “Like”, komen, bermain game dan sebagainya. Dan penambahan untuk melihat apakah carian yang dilakukan semestinya akan memudahkan anda melihat apakah carian yang pernah dilakukan anda dari hari ke hari.
Dan seperti biasa, anda masih mempunyai kawalan ke atasnya, membolehkan anda memadam dan sebagainya dengan mudah. Anda boleh mengakses Activity Log untuk profil anda dengan klik pada halaman profil, dan membuka Activity Log yang terletak pada sebelah kanan nama anda.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News