KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Sunday, 18 November 2012

Pantau Penggunaan Komputer Anda Menggunakan Last Activity View


Kadang-kala, anda mungkin terpaksa meminjamkan komputer anda untuk digunakan oleh rakan atau ahli keluarga anda yang lain, yang mana mungkin anda ingin memantau apa yang dilakukan oleh mereka, seperti apakah aplikasi ataupun dokumen yang dibuka oleh mereka.
Untuk memudahkan perkara ini, salah satu aplikasi yang berguna dan ditawarkan secara percuma adalah Last Activity View yang dibangunkan oleh NirSoft.
Antara aktiviti yang diperlihatkan oleh aplikasi ini adalah termasuk aplikasi .EXE yang dijalankan, dokumen yang dibuka, pemasangan perisian, membuka atau mematikan komputer, dan pelbagai aktiviti yang lain yang dijalankan pada komputer anda.
Secara ringkasnya, aplikasi Last Activity View ini mengumpulkan data daripada beberapa lokasi di komputer anda, termasuk daripada Registry, folder Prefetch, Event Log, dan beberapa tempat lain lagi.
Bagi mereka yang menggunakan komputer yang dikongsikan beramai, ia mungkin salah satu perisian yang amat berguna, memandangkan anda boleh melihat perisian apakah yang dipasang pada masa bila, dan membuat troubleshoot untuk komputer dengan mudah.

Jadikan Halaman Tab Baru Pada Chrome Lebih Menarik Dengan Extension New Tab Page


Sebelum ini, kami pernah berkongsi akan salah satu extension untuk Chrome yang menjadikan halaman tab baru pada Chrome anda ringkas dan menarik, iaitu Currently, yang sekadar memperlihatkan masa dan cuaca sahaja. Tetapi bagaimana sekiranya anda ingin lebih maklumat interaktif pada halaman tab baru anda?
Salah satu extension menarik yang kami rasakan adalah New Tab Page, yang mana bukan sekadar memperlihatkan masa, tetapi turut sama menyertakan kemaskini daripada beberapa aplikasi untuk anda melihat ia dengan mudah pada halaman tab baru.
Melalui New Tab Page, ia bukan hanya sekadar memperlihatkan ikon-ikon aplikasi Chrome anda, tetapi turut sama menyertakan sebuah ruangan khas, membolehkan anda melihat kemaskini semasa daripada laman sosial (Twitter dan Facebook), selain membolehkan anda menambah sebuah nota ringkas, untuk mengingatkan anda sesuatu perkara.
Seperti biasa, New Tab Page ini boleh digunakan pada pelayar web Chrome anda, tidak kira pada Windows, Mac ataupun Linux.

Windows Phone 7.8 Telah Mencapai Fasa RTM – Bakal Hadir Dalam Beberapa Minggu


Nokia dan Microsoft telah pun mengadakan acara khas untuk pembangun memfokuskan kepada pembangunan Windows Phone di Singapura hari ini, dan salah satu berita menarik yang dikongsikan melaluinya adalah dimana ia dikatakan Windows Phone 7.8 telah pun mencapai fasa RTM pada minggu ini.
Ia turut diperkatakan kemaskini Windows Phone 7.8 bakal hadir untuk peranti dalam jangka masa beberapa hari atau minggu lagi, dan bukannya pada awal 2013 seperti sebelum ini.
Walaupun fungsi penuh yang didatangkan pada Windows Phone 7.8 masih tidak diketahui lagi, namun daripada apa yang dikongsikan, ia diperkatakan Windows Phoen 7.8 tidak akan menerima IE10 padanya, memandangkan ia tidak menyokong hardware acceleration yang diperlukan.
Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut daripada pihak Microsoft berkenaan Windows Phone 7.8 dalam masa terdekat.

Office Professional Plus 2013 Sedia Untuk Diuji Pengguna Windows 7 Dan 8


    Dengan pelancaran Windows 8 tempoh hari, semestinya ramai yang menantikan bilakah Microsoft Office 2013 akan diperkenalkan kepada umum. Kini, Microsoft telah pun memperkenalkan Microsoft Office Professional Plus 2013 versi ujian selama 60-hari, yang boleh dimuat-turun dan digunakan oleh semua.
Melalui edisi ujian ini, ia membawakan aplikasi Word, Excel, PowerPoint, Publisher, Access, One Note dan juga Lync padanya, dan didatangkan dalam variasi 32-bit dan juga 64-bit.
Namun untuk menggunakannya, pengguna diperlukan untuk menjalankan sistem operasi Windows 7 atau Windows 8, dan tidak boleh digunakan pada XP mahupun Vista.
Bagi mereka yang berminat untuk mencuba sendiri aplikasi pejabat generasi baru daripada Microsoft, mungkin boleh memuat-turun Microsoft Office Professional Plus 2013 (Trial) hari ini, dan menggunakannya pada komputer anda.

Friday, 16 November 2012

Google Chrome Masih Kekal Sebagai Pelayar Web Terpantas


Dengan pelancaran Internet Explorer 10 Preview, salah satu perkara yang diperkatakan adalah mengenai kepantasan pelayar webnya yang mendahului yang lain, dan kini, melalui ujian yang dikendalikan CrossBrowserBook, ia kelihatan walaupun IE10 agak pantas, namun Chrome masih mengekalkan kedudukannya ditangga pertama.
Sebanyak tiga ujian dikendalikan oleh mereka, melibatkan ujian SunSpider, Octane dan juga HTML5. Daripada keputusannya, ia memperlihatkan IE10 mendahului semua pelayar web dari segi ujian SunSpider, namun Chrome 23 menewaskannya dan mendahului yang lain jauh dihadapan pada ujian Octane dan juga HTML5.
Daripadanya, ia memperlihatkan yang mana Internet Explorer 10 membawakan peningkatan dari segi JavaScript, manakala dari segi sokongan HTML5 dan sebagainya, ia masih tidak menyeluruh seperti pelayar web yang lain.
Mungkin pihak Microsoft boleh mengatasinya dengan memperkenalkan kemaskini pelayar web yang lebih pantas seperti mana yang diimplementasikan oleh Chrome dan juga Mozilla akhir-akhir ini.

Nokia Memfailkan Saman Ke Atas HTC Untuk 32 Paten


Baru sahaja beberapa hari yang lepas HTC menyelesaikan masalah paten dengan Apple, dan kini, ia kelihatan mereka menghadapi masalah, apabila Nokia kini memfailkan saman ke atas HTC di dua lokasi, iaitu Eropah dan juga Amerika.
Nokia sememangnya terkenal dalam dunia peranti mudah-alih dan telekomunikasi, dan mereka memegang pelbagai jenis paten berkaitan dengannya. Antara hak cipta yang disenaraikan oleh Nokia adalah termasuk “mengurangkan penggunaan tenaga pada pusat mudah-alih”, “kebolehan mengoperasi sistem navigasi menggunakan imej”, dan sebanyak 30 paten berlainan lagi.
Ia diperkatakan kemungkinan untuk Nokia menang adalah amat tinggi, dan mungkin HTC akan mengambil langkah untuk melesenkan beberapa perkara daripada Nokia, sama seperti Apple melesenkan beberapa paten daripada Nokia pada tahun lepas.

Sony Bakal Memperkenalkan Pesaing iPhone Dan Galaxy S3 Pada Awal Tahun 2013


Sony boleh dikatakan menghasilkan antara telefon pintar yang berkualiti dan rekaan yang menarik. Namun, ia tiada sebarang keluarga utama yang bersaing secara terus dengan iPhone dan juga Galaxy S3 sehingga ke hari ini.
Tetapi ia mungkin berubah, dimana Sony dikatakan akan hadir dengan sebuah model peranti baru yang akan bersaing terus dengan iPhone dan juga Galaxy S3, dan mungkin akan diperkenalkan pada CES 2013 dan Mobile World Congress 2013 kelak, masing-masing pada awal Januari, dan penghujung Februari.
Dari segi rekabentuk dan juga binaan, Sony antara yang terbaik di pasaran, dengan akhir-akhir ini mereka memfokuskan kepada peranti yang kalis air dan debu.
Buat masa ini, peranti berspesifikasi tinggi daripada Sony adalah Xperia TL yang mana masih belum dilancarkan di Malaysia secara rasminya lagi.

Apple Memfailkan Paten Untuk Kebolehan Mengubah Saiz Paparan Berdasarkan Jarak Wajah Pengguna


Ketika menggunakan sesuatu peranti, salah satu perkara yang sering dihadapi adalah saiz paparan yang kecil, memerlukan pengguna perluzoom dan sebagainya. Untuk mengatasi perkara ini, kini Apple memfailkan paten untuk suatu teknologi baru untuk mengatasi perkara ini.
Daripada paten yang dipohon, ia diperkatakan akan menggunakan suatu mekanisma automatik untuk memperlihatkan saiz kandungan, berdasarkan kepada jarak wajah pengguna daripada skrin. Jadi, sekiranya anda mengerakkan wajah sedikit jauh daripada skrin, maka ia mungkin akan membesarkan lagi saiz kandungan untuk memperlihatkannya dengan lebih jelas kepada pengguna.
Memandangkan ia hanya baru sahaja dipohon, maka tidak diketahui bilakah fungsi ini akan diimplementasikan, ataupun mungkin tidak akan diimplementasikan sama sekali. Namun, sekiranya berjaya, dan ia diperkenalkan dengan baik, maka semestinya ia akan memberikan pelbagai nilai tambah untuk pengguna peranti mudah-alih hari ini.

Bagaimana Muat-Turun Dan Baca Manga Kegemaran Anda Di Windows 8?


Pada Windows 8, carian aplikasi “Manga” menghasilkan pelbagai jenis keputusan, yang mana kebanyakkannya memfokuskan kepada sesuatu siri individiu. Tetapi bagaimana sekiranyan anda ingin menguruskan kesemua manga kegemaran melalui satu aplikasi? Untuknya, aplikasi Manga Z pada Windows 8 amat berguna.
Manga Z merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan pembacaan siri manga dengan mudah, dimana ia bergantung kepada dua sumber utama, daripada MangaHere dan juga MangaFox.
Daripada halaman utama Manga Z, ia menyusun senarai manga mengikut kegemaran ramai, dimana butang carian turut disertakan, membolehkan anda membuat carian manga kegemaran, dan membacanya dengan mudah padanya.
Untuk versi percuma, ia tidak membenarkan para pengguna untuk memuat-turun siri manga dengan hanya satu klik, sebaliknya menawarkan kebolehan untuk memuat-turun satu-satu episod (bab) dengan mudah untuk dibaca secara offline.
Pembangunnya juga turut menyediakan versi berbayar, menawarkan beberapa fungsi tambahan seperti muat-turun tanpa had, bebas iklan, dan kebolehan memuat-turun keseluruhan siri dengan hanya satu klik.
Bagi anda yang menggunakan Windows 8, dan berminat dengan manga, mungkin boleh mencubanya hari ini pada komputer anda.

Google Maps Untuk iOS Kini Dalam Ujian


Wall Street Journal, hari ini melaporkan yang mana Google telah pun mula menguji aplikasi pemetaan mereka untuk iOS, dan sedang dalam fasa terakhir sebelum ia dihantar untuk pengesahan daripada Apple di AppStore.
Ia dilaporkan yang mana aplikasi pemetaan Google untuk iOS ini kelak akan menyertakan sokongan navigasi turn-by-turn, membolehkan pengguna menggunakannya sebagai GPS ketika bergerak. Sekiranya ia membawakan pelbagai fungsi menarik, semestinya kita akan dapat melihat Google Maps mendapat perhatian ramai pengguna, apatah lagi dengan data pada Google Maps yang lebih lengkap berbanding Apple Maps.
Selain daripada Google, Nokia juga baru-baru ini telah mengumumkan sokongan aplikasi HERE untuk iOS. Walaupun ia masih tidak diketahui sama ada kedua-duanya akan melepasi pengesahan AppStore ataupun tidak, tetapi, semestinya perkembangan ini akan mengembirakan para pengguna iOS secara keseluruhan.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News