Kadang-kala, anda mungkin terpaksa meminjamkan komputer anda untuk digunakan oleh rakan atau ahli keluarga anda yang lain, yang mana mungkin anda ingin memantau apa yang dilakukan oleh mereka, seperti apakah aplikasi ataupun dokumen yang dibuka oleh mereka.
Untuk memudahkan perkara ini, salah satu aplikasi yang berguna dan ditawarkan secara percuma adalah Last Activity View yang dibangunkan oleh NirSoft.
Antara aktiviti yang diperlihatkan oleh aplikasi ini adalah termasuk aplikasi .EXE yang dijalankan, dokumen yang dibuka, pemasangan perisian, membuka atau mematikan komputer, dan pelbagai aktiviti yang lain yang dijalankan pada komputer anda.
Secara ringkasnya, aplikasi Last Activity View ini mengumpulkan data daripada beberapa lokasi di komputer anda, termasuk daripada Registry, folder Prefetch, Event Log, dan beberapa tempat lain lagi.
Bagi mereka yang menggunakan komputer yang dikongsikan beramai, ia mungkin salah satu perisian yang amat berguna, memandangkan anda boleh melihat perisian apakah yang dipasang pada masa bila, dan membuat troubleshoot untuk komputer dengan mudah.
Muat-Turun Last Activity View Untuk Windows