Samsung telah pun sedia terkenal dengan skrin sentuh mereka, dan kini laporan awal mengatakan Samsung sedang bersedia untuk pengeluaran skrin sentuh AMOLED HD penuh untuk peranti mereka tahun hadapan, yang mana akan menyertakan paparan dengan resolusi 1920×1080 pixel.
Telefon pintar apakah yang bakal menggunakannya masih tidak diketahui, namun memandangkan ia membawakan resolusi yang tinggi, mungkin kita akan melihat ia digunakan pada peranti berspesifikasi tinggi mereka.
Ia turut dilaporkan, skrin baru ini akan menggunakan teknologi FMM dengan 440PPI padanya.
Sebelum ini, pada hujung bulan lepas, Samsung bersama-sama Google telah pun memperkenalkan tablet dengan resolusi tinggi, iaitu Nexus 10 yang membawakan skrin dengan resolusi 2560×1600 pixel, serta dijana menggunakan Android 4.2.