KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...
20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News
Browse »
Home »
» Apple Memfailkan Paten Untuk Kebolehan Mengubah Saiz Paparan Berdasarkan Jarak Wajah Pengguna

Ketika menggunakan sesuatu peranti, salah satu perkara yang sering dihadapi adalah saiz paparan yan
g kecil, memerlukan pengguna perluzoom dan sebagainya. Untuk mengatasi perkara ini, kini Apple memfailkan paten untuk suatu teknologi baru untuk mengatasi perkara ini.
Daripada paten yang dipohon, ia diperkatakan akan menggunakan suatu mekanisma automatik untuk memperlihatkan saiz kandungan, berdasarkan kepada jarak wajah pengguna daripada skrin. Jadi, sekiranya anda mengerakkan wajah sedikit jauh daripada skrin, maka ia mungkin akan membesarkan lagi saiz kandungan untuk memperlihatkannya dengan lebih jelas kepada pengguna.
Memandangkan ia hanya baru sahaja dipohon, maka tidak diketahui bilakah fungsi ini akan diimplementasikan, ataupun mungkin tidak akan diimplementasikan sama sekali. Namun, sekiranya berjaya, dan ia diperkenalkan dengan baik, maka semestinya ia akan memberikan pelbagai nilai tambah untuk pengguna peranti mudah-alih hari ini.
Popular Posts
-
Industri animasi tempatan kian meningkat saban hari, dimana selain daripada beberapa siri animasi popular (Upin dan Ipin, Boboiboy dan seb...