Setelah diuji dalam bentuk beta selama ini, kini Mozilla secara rasminya, melancarkan versi 1.0 untuk Popcorn Maker, sekaligus membolehkan para pengguna umum mencuba dan menggunakan aplikasi web yang membolehkan pengeditan video dilakukan dengan mudah dan senang.
Popcorn Maker dibangunkan menggunakan HTML5, CSS dan juga JavaScript, membolehkan para pengguna melakukan pengeditan video pada web dengan mudah.
Melaluinya, anda hanya perlu menambah suatu URL video, dan seterusnya melakukan pengeditan, seperti menambah imej, menambah teks, menambah beberapa kandungan interaktif serta pautan, dan pelbagai perkara lain.
Popcorn Maker juga sekaligus membolehkan pelbagai video di arena web ini di remix, sekaligus menjadikan sesuatu video itu menepati citarasa seseorang.
Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Popcorn Maker hari ini, dan jangan lupa berkongsi pelbagai video menarik yang dihasilkan anda bersama kami.
Cuba Popcorn Maker pada pelayar web anda hari ini.