KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Tuesday, 17 February 2015

Memperkenalkan blog "Aku Pelajar Sains"


Blog Aku Pelajar Sains www.akudansains.ml 


Saturday, 16 March 2013

Samsung Memperkenalkan Galaxy S4 Secara Rasminya



Setelah pelbagai ura-ura dan desas-desus sebelum ini, hari ini, Samsung secara rasminya telah pun memperkenalkan peranti baru yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia, iaitu Samsung Galaxy S4.



Samsung Galaxy S4 membawakan rekabentuk yang lebih kurang menyerupai Galaxy S3 sebelum ini, tetapi dikatakan oleh Samsung lebih nipis, ringan dan solid berbanding sebelum ini.



Seperti biasa, peranti ini akan didatangkan dengan sokongan 3G dan juga 4G LTE, selain menyertakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya. Peranti ini membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, menjadikan ia membawakan skrin pada kadar ketumpatan 441PPI. Samsung juga turut sama kelihatan menyertakan sokongan IR, untuk memudahkan pengguna untuk mengawal televisyen dan sebagainya.

Dari segi spesifikasi, ia turut menyertakan memori sebesar 2GB RAM, cip pemprosesan Samsung Exynos 5, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, ruangan storan 16GB (dengan pilihan 32GB dan 64GB), serta sokongan mikro-SD. Samsung Galaxy S4 turut sama menyertakan bateri berkapasiti 2600mAh.

Samsung mengatakan mereka komited terhadap inovasi, dan melalui Galaxy S4, mereka menyertakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya.

Antara fungsi yang dikatakan Samsung adalah termasuk sokongan dwi-kamera, Samsung Smart Scroll, Samsung Smart Pause, Air View, S-Translator, Group Play, S-Health, dan beberapa yang lain. Untuk dwi-kamera, ia membawakan sokongan seumpama yang terdapat di Optimus G Pro, membolehkan pengguna merakamkan gambar menggunakan kamera belakang dan juga kamera hadapan pada peranti Galaxy S4. Ini sekaligus mengelakkan perakam gambar daripada terlepas menyertai memori-memori yang dirakamkan.

Peranti ini dijangka akan dijual bermula daripada penghujung April ini.Galaxy S3 vs Galaxy S4Galaxy S3 vs Galaxy S4

Friday, 25 January 2013

Gambar Dan Spesifikasi Galaxy Note 8.0 Tertiris Ke Web

Galaxy Note 8.0Lanjutan daripada beberapa laporan berkenaan Galaxy Note 8.0 sebelum ini, kini gambar awal peranti tersebut tertiris ke web, memperlihatkan rekabentuk yang menyerupai Galaxy S3 dan juga Galaxy Note 2 yang diperkenalkan pada tahun lepas.

Daripada apa yang dikongsikan, ia dikatakan Galaxy Note 8.0 membawakan skrin bersaiz 8-inci dengan resolusi 1280×800 pixel, cip pemprosesan empat-teras 1.6Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, kamera 1.3-megapixel pada bahagian hadapan, sokongan mikro-SD, dan bateri berkapasiti 4600mAh.

Galaxy Note 8.0

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah peranti ini akan dilancarkan kepada umum. Namun, mengikut jangkaan awal, ia dijangka akan dilancarkan pada Mobile World Congress pada penghujung bulan Februari 2013 ini.

galaxy-note-8-tiris_02
 
 
Sumber Gambar: DDay
Sumber Rujukan: Android Authority

Nokia Mengesahkan 808 PureView Merupakan Peranti Symbian Yang Terakhir

Nampaknya, Symbian kini boleh dilabelkan sebagai telah “mati“, dimana hari ini, Nokia melalui kenyataan kewangan mereka, mengumumkan Nokia 808 PureView merupakan peranti terakhir Symbian daripada mereka.

Nokia 808 PureView

Symbian sebelum ini mempunyai peminat dan penyokongnya tersendiri, apatah lagi ia merupakan antara platform telefon pintar terbesar, sebelum Android dan juga iOS.

Pada suku tahun lepas sahaja, peranti Symbian menerima lebih 2.2 juta unit jualan, dimana memperlihatkan ia masih mempunyai peminatnya tersendiri di seluruh dunia.

Nokia 808 PureView telah diperkenalkan kepada umum pada pertengahan tahun lepas, dimana menjadi peranti pertama memperlihatkan sokongan PureView, dengan kamera 41-megapixel.
 
Sumber Rujukan: TechCrunch

Temple Run 2 Dilancarkan Untuk Android

Setelah diperkenalkan untuk pengguna iOS sebelum ini, hari ini, Imangi Studios secara rasminya melancarkan permainan terbaru mereka, Temple Run 2 kepada para pengguna Android seluruh dunia.


Temple Run 2

Ia masih mengekalkan bentuk permainan yang serupa, memerlukan pemain mengawal watak dalam melarikan diri daripada bahaya, dan mengelak pelbagai halangan yang dihadapi. Melalui Temple Run 2, ia membawakan grafik yang lebih baik, watak dengan kuasa istimewa, dan juga persekitaran yang lebih cantik berbanding sebelumnya.

Temple Run 2 ditawarkan secara percuma untuk pengguna Android, dan boleh dimuat-turun semua melalui Google Play Store hari ini.
 

Apple Store Malaysia Menawarkan Potongan Harga Sehari Bersempena Tahun Baru Cina

Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tiba dalam beberapa minggu lagi, kini Apple menawarkan promosi kepada beberapa barangan terpilih mereka hanya untuk hari ini bagi pembelian melalui Apple Store Malaysia.

Daripada apa yang kelihatan, Apple menawarkan potongan harga untuk iPad, iPod Touch, MacBook Air, MacBook Pro, dan beberapa aksesori yang lain.
Apple Store Malaysia - Red Friday

Walaupun potongan harga yang diberikan tidak begitu banyak, namun, bagi mereka yang berminat atau bercadang untuk mendapatkan barangan Apple dalam masa terdekat ini, mungkin boleh menyemaknya di halaman rasmi Apple Store Malaysia.

Jailbreak – Apa Maksud, Definasi, Tujuan Dibuat Untuk iPhone Dan iPad

Jailbreak-iDB-Icon-iawani-1
Ramai di kalangan kita keliru dengan perkataan jailbreak.Dalam perkataan mudah,  jailbreak bermaksud ‘memecah’ batasan sistem operasi iOS dalam iPhone, iPad, iPod Touch kerana ketiga-tiga peranti itu menggunakan iOS sebagai sistem operasinya. Kebaikan jailbreak? Setelah sesebuah model iPhone sudah di jailbreak, pemiliknya boleh muat turun apa jua aplikasi berbayar dari iTunes App Store secara percuma. Kebaikan lain, aplikasi yang tidak diluluskan oleh Apple boleh di muat turun kemudian di install tanpa banyak masalah. Jailbreak membolehkan iPhone yang dikunci untuk talian telekomunikasi tertentu dapat dileraikan lalu digunakan untuk talian dari syarikat lain, namun hal ini jarang berlaku di Malaysia kerana kebanyak pemilik iPhone di sini hanya terikat kepada kontrak talian pasca bayar (postpaid) sahaja selama 12 bulan ataupun 14 bulan. Sistem iPhone mereka tidak dikunci (locked) membolehkan mereka menukar-nukar kad sim talian lain dengan bebas. Memasang semula iOS dengan menggunakan perisian iTunes melalui sambungan ke komputer (desktop pc, laptop) akan membuang jailbreak serta merta menjadikan iPhone, iPad atau iPod Touch dipasang dengan iOS versi asli.

Google Images Ditambahbaik, Carian Gambar Jadi Makin Pantas, Makin Informatif

iawani-google-images-malaysia-1-faster-search
Google Images telah ditambahbaik menjadikannya semakin pantas dan semakin informatif dari segi persembahan hasil carian. Setiap kali kita mencari apa-apa gambar mahupun imej digital di Google Images, hasil carian akan dipersembahkan dalam bentuk Inline Panel menyamai film strip. Maklumat terperinci imej tersebut (meta data) akan dipaparkan di bawah imej atau di sebelah kanan imej seperti dalam contoh di atas. Menurut blog Google Webmaster Central yang mengumumkan perubahan itu, kita tidak akan lagi di bawa masuk ke laman berasingan semata-mata untuk kita melihat laman web di mana imej itu tersimpan, begitu juga dengan berapa jumlah saiz gambar. Sebaliknya semua itu dipaparkan dalam maklumat ringkas mengandungi nama imej, perician mengenainya, link untuk ke laman web yang menyimpannya serta saiz-saiz lain yang boleh anda akses. Setakat ini, dari pemerhatia terhadap Google Images Malaysia, perubahan ini masih belum kelihatan lagi tapi bakal kita nikmati tidak lama lagi.

Thursday, 24 January 2013

BlackBerry 10 Berdepan Cabaran Besar Yang Pembuatnya Terlepas Pandang

iawani-blackberry-10-0
Apbila melancarkan BlackBerry 10 pada 30 Januari 2013, Research In Motion berdepan satu cabaran besar – memenangi semula peminat BlackBerry yang beralih ke peranti sistem operasi lain misalnya iOS, Android, Windows Phone, Nokia OS. Pengalaman penggunaan dan fungsi pintar ada pada BlackBerry 10 turut terdapat pada sistem operasi lain. Antaranya seperti fungsi touch screen, multi tasking, video calls, himpunan aplikasi yang boleh di muat turun lalu di install, video message, kamera digital, akaun sosial, email, menonton video dan capaian internet (Wifi mahupun 3G). Untuk apa beralih semula ke BlackBerry jika apa yang BlackBerry 10 berikan turut sama diberikan oleh sistem operasi lain bahkan jauh lebih baik? BlackBerry hanya menang dari segi jenama dan prestij. Android jadi semakin baik lagipun sistem Android bersifat terbuka membolehkannya di customized mengikut kemahuan pemilik secara teknikal melalui proses rooting.
Kelemahan BlackBerry 10 adalah jumlah aplikasi yang tidak seberapa banyak walaupun sistemnya bagus bahkan interface juga cantik. Kelemahan inilah yang bakal menjadi alasan utama pengguna untuk tidak beralih ke BlackBerry pada peringkat awal kemunculannya kerana Android, iOS dan Windows Phone menawarkan aplikasi lebih banyak bagi memenuhi keperluan pengguna. Apabila BlackBerry World sudah memiliki sejumlah aplikasi yang banyak serta memuaskan hati, barulah kebanyakan pengguna BlackBerry yang telah beralih ke sistem operasi lain mula kembali menggunakan BlackBerry. Proses ini agak perlahan sebenarnya tapi tetap akan berlaku sepertimana yang berlaku kepada Windows Phone. Research In Motion perlu mengiklan BlackBerry 10 secara ‘bermati-matian’ untuk memenangi hati peminat telefon pintar masa kini memandangkan ada saja smartphone model baru diperkenalkan setiap 2 bulan terutama yang menggunakan sistem operasi Android. Itulah dia dua cabaran yang pembuat BlackBerry terlepas pandang – cabaran untuk memenangi semula hati peminat BlackBerry yang beralih ke sistem lain, cabaran untuk membuat pengguna nampak betapa bestnya bertukar ke BlackBerry.

Apple Bakal Membuka Apple Store Di Jakarta, Indonesia

iawani-apple-store-jakarta-indonesia-0
Apple telah melaburkan sejumlah wang antara $2 juta hingga $3 juta Dolar Amerika dalam usaha membuka Apple Store yang pertama di Indonesia khususnya di ibu negaranya, Jakarta – hal ini terkandung dalam salah satu misi Apple mahu membuka 35 Apple Store baru dalam tahun 2013. Dengan pembukaan Apple Store Jakarta, peminat Apple boleh terus membeli gajet-gajet Apple dari pihak Apple sendiri berbanding membelinya daripada Reseller Berlesen atau dari negara jiran terdekat, Singapura. Pihak Apple telah mendapat kelulusan daripada Badan Kordinasi Pelaburan Indonesia (BKPM) dalam proses permohonan mereka untuk mendapat keizinan bagi membina Apple Store di kawasan Jakarta. Persoalannya sekarang – di manakah lokasinya dan bilakah pelancaran rasminya nanti. Apple bekerja keras mahu mengukuhkan jenama niaga mereka di China sehingga Tim Cook, CEO Apple sanggup membuat lawatan rasmi ke China untuk kali kedua pada Disember 2012 selepas lawatan pertamanya pada Mac 2012. Jika Apple memfokus ke China, tidak mustahil Apple turut memfokus ke negara-negara Asia Tenggara yang belum ada Apple Store sendiri seperti Malaysia, Thailand, Brunei, Filifina, Burma dan Vietnam.

BlackBerry Enterprise Service 10 (BES10) Bakal Dilancarkan Seiring BlackBerry 10 (BB10)

/iawani-bes10-blackberry-entrprises-services-10-bb10-0-1
Sebagai persediaan untuk pelancaran rasmi BlackBerry 10, pihak Research In Motion memperkenalkan BlackBerry Enterprise Service 10 (BES10). Perkhidmatan ini ditujukan khas untuk syarikat swasta, badan berkanun dan agensi-agensi kerajaan. Bukan untuk pengguna biasa. Tujuan penyediaannya adalah untuk menyelesaikan masalah pengaksesan data antara sistem operasi mudah alih yang berbeza antara satu sama lain. BES10 memudahkan peranti BlackBerry, peranti Android dan peranti iOS (sama ada tablet atau smartphone) mengakses data yang sama serta berkongsi data dalam pemantauan rapi. Dalam sebuah organisasi kakitangan biasanya memiliki peranti berlainan antara satu sama lain. BlackBerry Enterprises Service wujud sebagai administrator berpusat untuk memantau aktivi penggunaan data organisasi dalam kesemua peranti tersebut, memastikan supaya data penting milik organisasi tidak terlepas keluar bahkan dapat dikawal penggunaannya untuk mengelak kecurian maklumat ataupun kebocoran maklumat.
Peranti milik kakitangan akan didaftarkan terlebih dahulu kemudian diberikan kebenaran untuk mengakses data. Integrasi antara peranti-peranti berlainan yang menggunakan sistem operasi berlainan dalam organisasi dapat dimudahkan dengan adanya BlackBerry Enterprise Service 10. Dari penggunaannya pihak majikan boleh memantau aktiviti peranti yang digunakana oleh kakitangan. Ini secara langsung menggalakkan produktiviti serta memastikan data organisasi dari terbocor keluar secara diam-diam. Sayanya tidak ada link yang dikongsikan oleh Research In Motion untuk kita menggali lebih banyak maklumat mengenai BlackBerry Enterprise Service 10. Hanya video pengenalan ada dikeluarkan. Peter Devenyi, Naib Presiden Senior Di Bahagian Perisian Perniagaan Di Research In Motion menyatakan hal berikut – “BlackBerry Enterprise Service 10 empowers employees to be more productive and better equipped to serve customers while it provides business and IT leaders with the confidence that corporate data is protected and manageable in the same way they have long enjoyed with BlackBerry.” BlackBerry Enterprise Service 10 bakal menjalani pelancaran rasmi pada Mei 2013. Mungkin lebih awal atau lebih lambat dari tarikh itu.

Capcom Membuat Pelancaran Resident Evil: Revelations Untuk Windows PC, PS3, Xbox, Wii U Pada Mei 2013

iawani-resident-evil-revelations-pelancaran-pc-ps3-wii-u-xbox-0-1
Resident Evil: Revelations akan diperkenalkan dalam versi baru untuk Sony PlayStation 3, Xbox 360, Windows PC and Wii U. Sebelum ini Resident Evil: Revelations hanya dicipta untuk Nintendo 3Ds sahaja. Capcom, pembuat Resident Evil mengumumkan bahawa pihak mereka bakal membuat pelancaran Resident Evil: Revelation pada 21 Mei 2013 untuk pasaran Amerika dan membuat pelancaran kedua pada 24 Mei untuk pasaran Eropah – pasaran Asia termasuklah akan menerima permainan ini beberapa minggu kemudian. Ini satu strategi yang baik memandangkan filem Resident Evil: Retribution telah ditayangkan pada 3 September 2012 – sedikit sebanyak memberi booster kepada populariti awal Resident Evil: Revelations. Sony telah mengeluarkan video trailer Resident Evil: Revelation untuk pemilik PlayStation 3. Menurut Sony, permainan ini bertemakan stail survival horror. Versi kali ini menampilkan beberapa musuh baru lebih seram, menyediakan lebih banyak kemahiran bertarung untuk watak utama, memiliki grafik visual semakin baik yang akhirnya akan menghadirkan kepuasan maksima kepada pemain. Sama-sama kita nantikan pelancaran Resident Evil: Revelations.

Intel Memberhentikan Pengeluaran Papan Induk Dalam Masa 3 Tahun Menjelang Akhir 2015

iawani-intel-desktop-board-henti-0
Intel mengambil keputusan untuk memberhentikan pengeluarkan papan induk untuk desktop pc dalam masa tiga tahun dari sekarang. Pada 2016 kelak, Intel akan berhenti dari membina motherboard dibawah jenama mereka setelah dua puluh tahun bergiat cergas sebagai pengeluar papan induk melalui divisi Intel Desktop Boards. Walau proses pengeluaran papan induk diberhentikan namun Intel akan terus mengeluarkan cip pemproses untuk peranti perkomputeran tradisional (netbook, laptop, desktop, server) di tahun-tahun akan datang. Baru-baru ini Intel mendedahkan perancangan mahu masuk ke industri mudah alih menjadi pembekal cip untuk telefon pintar juga tablet bagi menyaingi Nvidia serta Qualcomm. Jadi, fahamlah kita kenapa Intel meninggalkan pembikinan papan induk kerana mahu memfokus pengeluaran cip mereka kepada peranti mudah alih. Selian itu, Intel sedang memfokus terhadap teknologi pengecasan tanpa wayar yang pada pendapat mereka bakal mendapat sambutan hangat pada masa akan datang.

Google Mengumumkan Pendapatan Suku Ke-4 Tahun 2012, Kali Ini Jauh Lebih Bagus Dari Yang Sebelumnya

iawani-google-earning-2012-q3-1
Google mencapai prestasi memberansangkan pada penghujung tahun 2012. Untuk tempoh suku ketiga 2012 (Oktober-Disember), Google berjaya menjana untung kasar sebanyak $14.42 billion. Ini merupakan kenaikan sebanyak 36% daripada untung kasar dalam tahun-tahun lalu. Jika anda lihat graf di atas, pendapatan Google sentiasa naik seiring perjalanan masa bermula dari suku pertama 2010. Untung bersih Google sepanjang beroperasi pada Oktober-Disember 2012 adalah $2.89 billion Dolar Amerika. Pada suku keempat tahun 2011, Google berjaya menjana pendapatan bersih sebanyak $2.71 billion Dolar. Mengenai pendapatan sepanjang tahun 2012 pula, Google berjaya menjana pendapatan kasar $50 billion Dolar Amerika. Ternyata Google menampakkan penambahan pada jumlah pendapatan tahun ini berbanding tahun sebelumnya. Sumber pendapatan Google datang dari pengiklanan di dalam laman web milik mereka misalnya YouTube juga dari penjualan aplikasi-apliaksi Android. Mengikut ramalan eksekutif Google, video Oppa Gangnam Style sahaja sudah boleh menjadikan Google berjaya menjana untung $8 juta Dolar hanya dari penayangan iklan.

Prestasi Kewangan AMD Dalam 2012 Merosot Berbanding Tahun 2011

amd-trinity-a10-chip-1
Tahun 2012 merupakan tahun yang buruk bagi AMD. Syarikat pembuat cip pemproses itu mencatat untung kasar sebanyak 5.42 billion sepanjang tahun 2012 manakala untuk tempoh sehingga suku keempat tahun 2012 (Oktober-Disember) AMD cuma mencatat untung bersih sebanyak $1.16 billion Dolar Amerika, ini merupakan penurunan sebanyak 32% daripada jumlah keuntungan dalam tempoh yang sama pada tahun 2011. Untung kasar AMD telah menurun sebanyak 17% dari jumlah keuntungan pada tahun 2011. AMD tidak banyak memperkenalkan produk baharu sepanjang beropasi pada 2012. Kerjasama mengeluarkan sleekboook juga agak perlahan manakala pesaing terdekatnya, Intel, rancak dengan pengenalan model cip pemproses baharu, pengenalan model ultrabook baru yang menggunakan Windows 8 serta penerokaan ke dalam industri peranti mudah alih dengan mengeluarkan cip pemproses Intel Atom untuk telefon pintar. Moga tahun 2013 memberi peluang untuk AMD menyerlah cemerlang setelah memperkenalkan Temash dan Kabini, model baru system on a chip (SoC) keluaran mereka.

Monday, 31 December 2012

Virus Trojan Android Menyamar Sebagai Ikon Google Play, Menghantar Mesej SPAM Menjangkiti Peranti

androidplayddos

Jika anda selalu memuat turun aplikasi dari Google Play, anda patut berhati-hati kerana virus yang ada di situ kebanyakannya menyamar sebagai aplikasi-aplikasi popular. Virus Trojan yang menjangkiti peranti Android kini mempunyai cara baharu untuk menyusup masuk ke peranti Android milik anda –  iaitu dengan cara menyamar sebagai ikon Google Play Store dengan perkataan “Play Google Mapker”. Biasanya, ikon Google Play Store bertulis dengan perkataan “App Store” seperti yang anda lihat dalam gambar di atas – jika anda sudah biasa masuk ke Google Play Store, anda akan klik pada ikon itu tanpa berfikir terlebih dahulu juga tanpa membaca perkataan ikon itu terlebih dahulu kerana ikonnya memang menyerupai ikon Google Play Store. Bila ikon virus Trojan itu di klik, ia akan membuka Google Play sebenar tapi akan mengaktifkan aplikasi Android.DDoS.1 dalam diam kemudian akan bersambung ke server penggodam yang akhirnya akan mengakibatkan peranti Android anda menghantar sms berisi mesej SPAM ke senarai kenalan anda. Jika peranti anda menggunakan 3G, virus Trojan itu akan menggunakan talian 3G dengan cukup banyak sekali hingga mengakibatkan bil anda naik mendadak. Jika anda menggunakan talian prepaid, kredit anda akan habis dimakan oleh Trojan itu kerana digunakan untuk menghantar sms SPAM berkali-kali.

Jumlah Laman Web Di Internet Pada Hujung 2012 – Google, Bing, Yahoo Mempunyai Statistik Berbeza

iawani-internet-size-december-029-2012

Sehingga ke 29 Disember 2012, jumlah kesemua laman web yang ada di indeks dalam internet adalah sebanyak 13.96 billion. Dalam tempoh tiga bulan lalu yakni dari Oktober hingga Disember 2012, enjin-enjin carian dominan telah mengindeks lebih dari 40-47 billion laman web. Statistik dari Google menyatakan bahawa internet kini memiliki 45 billion laman web. Bing menyatakan internet kini memiliki 11.5 billion laman web, Yahoo pula menyatakan internet kini mempunyai 9.5 billion laman web untuk tempoh hingga ke akhir tahun 2012. Kenapa statistik masing-masing jadi berlainan? Sebab kekerapan mengindeks setiap enjin carian amat berlainan. Google mengindeks laman web di internet 5 kali ganda lebih kerap (juga 5 kali lebih pantas) dari Bing dan Yahoo maka statistik pengindeksan Google jauh lebih besar dari Yahoo juga Bing.

Telefon Pintar Beri Impak Buruk Kepada Pemain Mp3 Hingga Mengakibatkan Harganya Menurun


iawani-pemain-mp3-player-media

Satu masa nanti, pemain mp3 tidak akan ada orang yang mahu beli sebab telefon pintar sudah boleh diguna untuk memainkan lagu-lagu mp3 sepertimana memasangnya di mp3 player. Kebanyakan smartphone sama ada dalam kelas biasa atau kelas berspesifikasi pertengahan sudah dilengkapi dengan fungsi pemain mp3 bahkan memiliki jumlah memori dalaman yang agak besar bermula dari 8GB hingga 64GB – contoh terbaik adalah iPhone 5, Nokia Lumia 920, Samsung Galaxy Note II, Samsung Galaxy S2 dan Sony Xperia 2. Itu baru smartphone, belum termasuk pemain media lagi. Kebanyakan peranti pemain media sudah muncul dengan storan lebih luas, touch screen berwarna penuh dalam saiz besar, fungsi loud speaker, fungsi rakaman suara serta fungsi akses internet untuk memuat turun lagu-lagu tambahan ke memori dalamannya. Contoh terbaik untuk peranti sebagini adalah iPod Touch, Samsung Media Player dan Sony Walkman Z. Jika dalam tahun 2005-2008, pemain mp3 merupakan gajet berharga tinggi dari RM80-RM250 tapi kini harganya sudah mulai turun ke RM30-RM120 sahaja kesan dari permintaan yang semakin mengurang.

Sunday, 30 December 2012

Kanak-kanak 11 Tahun Membina Komputer Desktop Miliknya Sendiri Secara Berdikari

iawani-sajid-khan
Biasanya kanak-kanak berumur 11 tahun suka bermain PlayStation, bermain games di tablet atau di komputer biasa tapi jarang kita dengar kanak-kanak pandai membina gaming desktop pc sendiri secara berdikari tanpa panduan orang dewasa. Tapi kanak-kanak yang satu ini amat genius kerana dia membina komputer miliknya sendiri bermula dari asas. Sajid Khan, kanak-kanak berumur 11 tahun yang saya maksudkan itu mengambil keputusan membina komputernya sendiri simply sebab komputer lamanya sudah jadi agak perlahan untuk memainkan apa jua games yang dia install ke dalam komputer lama itu. Kata Sajid, proses pembinaan komputer baru miliknya agak mudah kerana dia hanya perlukan 13 komponen utama seperti cip pemproses, kipas pengalir haba, papan induk, cakera keras, kad grafik Nvidia GeForce dan kabel. Sajid Khan belajar membina komputer miliknya sendiri bermula dari kosong dengan cara menonton video-video panduan dari YouTube.

Samsung Mengumumkan Pembinaan Bangunan Baru 10 Tingkat Di Tengah Lembah Silikon


iawani-samsung-office-san-jose-1

Samsung Semiconductor Inc. mengumumkan perancangan bakal membina bangunan baharu mereka berkeluasan 1.1 juta kaki persegi terletak di San Jose. Kawasan yang bakal dijadikan tapak untuk bangunan baru Samsung itu terletak di tengah-tengah Silicon Valley. Ini bukan bangunan sembarangan kerana apabila siap nanti, ia akan menjadi bangunan setinggi 10 tingkat lengkap dengan kemudahan tempat letak kereta dan segala kelengkapan asas. Samsung Information Systems America Inc. (SISA) akan memindahkan operasi pejabat pusatnya ke bangunan baru itu setelah pembinaannya disiapkan kelak. Bangunan baharu Samsung akan menjadi pusat untuk bahagian penyelidikan, inovasi serta tempat untuk mencipta teknologi-teknologi baru. San Jose terletak 27 kilometer dari dengan Palo Alto yang menempatkan pejabat pusat Apple.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News