KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Tuesday, 26 June 2012

9 Produk Terbaru Mungkin Dimunculkan Google



      

Menjelang persidangan tahunan untuk pembangun perisian anjuran Google yang di namakan Google Input Output yang ada di adakan pada 27-29 Jun 2012, 9 produk terbaru di jangka akan dikeluarkan pada waktu itu. Berikut adalah senarai 9 produk terbaru yang akan diperkenalkan sepanjang Google Input Output berlangung.

1. Android 4.1 Jelly Bean.
2. Google Assistant ( menyamai fungsi Siri dan S Voice).
3. Google Nexus Tablet.
4. Google Compute Cloud.
6. Google TV 2.0
7. Project Glass.
8. Brightly.
9. Aksesori Android.

[iAwani]

iOS6 Beta Kedua





iOS6 Beta 2 versi pembangun (developer version) kini dilepaskan pada 25 Jun 2012 yang lalu membawakan kod binaan 10A5338d padanya, pelepasan itu tujuannya untuk membantu Apple memperbaiki lagi sistem operasi iOS6 itu serta memperbaiki beberapa kerosakan padanya. Apple dikenali ramai sebagai sebuah syarikat teknologi yang mesra pembangun (developer) jadi mereka melepaskan sistem operasi yang mereka cipta untuk diteliti serta ditambah baik oleh pembangun lain dipacu oleh minat, cara ini berlainan sekali dengan Microsoft. iOS Beta kedua ini boleh digunakan pada iPad Baharu, iPad 2, iPhone 4S, iPhone 4, iPhone 3GS dan iPod Touch generasi keempat. Versi ini masih belum stabil namun bagi pengguna biasa, ia boleh dicuba-cuba. Pastikan Anda tahu apa yang Anda buat, jika tidak yakin, usah cuba. Tunggu sahaja versi stabil iOS6 dikeluarkan nanti.

[Amanz]

Pinterest Versi Android Akan Diperkenal



                                       

Pinterest versi Android dengar khabarnya akan diperkenalkan ketika persidangan Google Input Output, jika belum biasa dengan Pinterest, ia adalah aplikasi web khusus untuk memberitahu orang lain apa yang menarik minat Anda, fungsi sebenar Pinterest adalah untuk mengongsikan apa yang Anda sukai dengan orang lain dengan cara ‘pin’ atau meletaknya di ruang pinboard Anda supaya kawan-kawan/kenalan Anda melihatnya. Maklumat mengenai pengenalan Pinterest versi Android terpampang di aplikasi khas Google Input Output dengan ayat “now available for Android” memaparkan bahawa pihak pencipta Pinterest akan berada di sana ketika acara berlangsung. Ia masih belum ditampilkan di Google Play saat kami menjumpai berita ini namun yang pasti ia akan diwar-warkan buat penggunaAndroid tidak lama lagi setelah versi akhirnya dikeluarkan.

Microsoft Beli Yammer $1.5 Billion



                                               

Microsoft akhirnya membeli Yammer dengan nilai pembelian $1.5 billion Dolar Amerika. Jika Anda pertama kali mendengar nama Yammer, aplikasi web ini sebenarnya adalah laman web sosial untuk warga korporat dan ia tidak dibuka untuk umum sepertimana Facebook. Oleh kerana Yammer dikhususkan untuk warga korporat maka mana-mana syarikat boleh menggunakan teknologi Yammer untuk membina jaringan sosial di dalam syarikat mereka, menjadikan setiap kakitangan boleh berhubung secara percuma. Setiap pekerja boleh menerbitkan status, berkongsi gambar, berkongsi maklumat, berkongsi video, mengirim mesej, berkongsi fail serta menggunakan “extranet untuk membolehkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan. Pembelian Yammer merupakan pembelian terbesar Microsoft selepas pembelian Skype dengan nilai 8.5 billion Dolar Amerika. Selepas ini, Yammer akan beroperasi di bawah bahagianMicrosoft Office yang kini di ketuai oleh Kurt DelBene, pasukan Yammer pula akan kekal di bawah seliaan CEO mereka, David Sacks. Mungkin Microsoft Office versi terbaru akan di integrasikan dengan fungsi sosial dimiliki oleh Yammer khusus untuk digunakan dalam syarikat-syarikat pernigaaan besar.

[Amanz]

(Konsep) Rekabentuk Antaramuka Google Play Pada Android



Google pada awal tahun ini telah pun menjenamakan semula Android Market kepada Google Play Store. Walaubagaipun tidak begitu banyak perubahan yang dibawakan melaluinya. Dan dengan Google I/O yang semakin hampir, salah seorang perekabentuk bebas hadir dengan gambar konsep untuk rekabentuk antaramuka Google Play Store yang baru.



Daripada rekabentuk konsep yang diperlihatkan, ia menunjukkan yang mana ia membawakan akses pantas kepada pelbagai bahagian, seperti Google Music, Movies, Books, Apps, dan sebagainya dengan mudah, disamping rekabentuk yang selari dengan antaramuka lain untuk aplikasi Google pada Android.

Ia masih tidak diketahui adakah Google akan memperkenalkan kemaskini untuk antaramuka Google Play Store. Namun, mungkin ia adalah salah satu perkara menarik yang dinantikan ramai, disamping memudahkan lagi pengguna menemui dan mengakses pelbagai aplikasi dengan pantas lagi.

Jadi, apa kata anda?

[Amanz]

Facebook Mengantikan Semua Alamat Emel Kepada Alamat Facebook.com



Dalam usaha untuk mengalakkan lebih ramai berhubung menggunakan alamat emel yang disediakan oleh Facebook, hari ini pihak Facebook telah pun mula mengantikan semua emel yang dipaparkan pada profil, dengan hanya memperlihatkan emel Facebook sahaja. Namun, untuk beberapa perkara, seperti mendapatkan kata laluan dan notifikasi, emel asal masih digunakan lagi buat masa ini.



Sekiranya anda melayari sebarang profil hari ini, semuanya digantikan dengan penggunaan emel oleh Facebook. Dan bagi beberapa pengguna yang masih belum memilih Facebook Username mereka, emel tersebut dipaparkan dalam bentuk nombor, yang mana semestinya salah satu perkara yang sukar untuk diingati dan dihubungi oleh orang lain.

Bagi mereka yang ingin mengubahnya kembali, anda hanya perlu klik pada pautan About di profil Facebook anda, dan kemudiannya klik pada butang Edit di bahagian emel.

Walaupun untuk mengubahnya, ia merupakan salah satu perkara yang mudah, namun ramai pengguna yang tidak gemarkan cara Facebook mengendalikan perkara ini, dengan tidak memberitahu kepada pengguna berkaitan dengannya.

Maklumat Mengenai Peranti Sentuh Dan QWERTY BlackBerry 10 Mula Kelihatan



Walaupun jenama RIM semakin kurang popular dari hari ke hari, namun salah satu peranti yang dinantikan ramai adalah peranti BlackBerry 10. Kini, sebuah dokumen tertiris di arena web, memperlihatkan dua keluarga Blackberry 10 akan hadir kelak, dinamakan sebagai siri-L dan juga siri-N buat masa ini.



Daripada apa yang kelihatan, siri-L kelak akan membawakan skrin sentuh sepenuhnya, manakala siri-N membawakn sokongan papan kekunci QWERTY bersama dengannya.

Bertambah lagi, mengikut dokumen tersebut, peranti siri-L yang pertama kelak akan membawakan skrin dengan resolusi 768×1280 pixel pada 356PPI. Sekiranya ini benar, maka ia akan sekaligus mendahului skrin Retina pada iPhone 4S yang dicanang oleh Apple sebelum ini.

Siri-N pula dikatakan akan membawakan skrin dengan resolusi 720×720 pixel pada 330PPI.

N4BB turut sama mengatakan sekiranya semuanya berjalan lancar, mungkin peranti BlackBerry 10 pertama akan mula dipasarkan seawal bulan September kelak.

Sehingga kini, pihak RIM masih senyap tanpa sebarang tarikh pelancaran untuknya, selain hanya menyediakan peranti untuk pembangun, dinamakan sebagai BlackBerry 10 Dev Alpha.

Monday, 25 June 2012

Angry Birds : Heikki Kini Boleh Dimainkan Pada Pelayar Web Anda



Rovio, seperti pernah mempromosikan sebelum ini, hari ini telah pun memperkenalkan permainan baru berasaskan web, dinamakan sebagai Angry Birds Heikki, yang mana membawakan serba sedikit tema perlumbaan F1. Hari ini, hanya level Silverstone sahaja diaktifkan, dengan yang lain akan menyusul secara berperingkat.





Salah satu sebab mengapa Rovio memperkenalkannya adalah disebabkan Rovio merupakan salah satu penaja untuk Heikki Kovalainen, salah seorang pelumba F1.

Angry Birds Heikki ini membawakan permainan berasaskan web, dimana selain membawakan watak burung yang biasa, ia turut membawakan watak burung dengan topi keledar, dimana para pemain boleh mengaktifkannya dengan mendapatkan kod khas daripada Facebook untuknya.

Bagi anda yang sememangnya jatuh cinta dengan Angry Birds, boleh memainkan permainan ini pada pelayar web anda hari ini. Namun bagi kami sendiri, kami mula terasa agak kebosanan dengan permainan Angry Birds, dimana mungkin Rovio perlu menghentikannya sementara, dan memperkenalkan Amazing Alex secepat mungkin,

Rakaman Nokia 808 PureView Dibandingkan Dengan Canon 5D Mark III Dan Olympus E-PL2



Kamera pada Nokia 808 PureView merupakan salah satu kamera telefon pintar yang boleh dipuji, membawakan sensor sehingga 41-megapixel, sekaligus menjadikan gambar yang dihasilkan amat berkualiti tinggi. Hari ini, GSM Arena memperlihatkan perbandingan kualiti gambar yang dihasilkan oleh Nokia 808 PureView bersama-sama dengan beberapa kamera lain.





Daripada gambar-gambar perbandingan yang diperlihatkan, ia boleh dikatakan, gambar yang dihasilkan oleh Nokia 808 PureView boleh menyaingi beberapa kamera kompak sedia ada di pasaran hari ini.

Buat masa ini, kami sendiri sekadar dapat melihat Nokia 808 PureView pada Nokia Store sahaja, dan tidak berpeluang untuk mengujinya secara keseluruhan. Namun, daripada beberapa gambar-gambar perbandingan yang diperlihatkan akhir-akhir ini di arena web, mungkin boleh dikatakan sekiranya anda gemar merakamkan pelbagai gambar pada telefon pintar, dan inginkan sesuatu yang setara kamera kompak, mungkin anda boleh mendapatkan Nokia 808 PureView ini.

Google Menguji Rekabentuk Minimalis Pada YouTube



Ia kelihatan, setelah Google memperkenalkan rekabentuk baru untuk YouTube sebelum ini, kini mereka terus dalam usaha untuk menambah-baik rekabentuk laman tersebut, dimana terkini kelihatan Google sedang menguji rekabentuk baru laman tersebut untuk segelintir kecil pengguna.



Rekabentuk baru pada YouTube ini kelihatan memfokuskan kepada antaramuka minimalis, dengan menggunakan warna putih dengan lebih meluas lagi. Bentuk kandungan disampaikan juga berbeza, dimana kini tajuk, saluran dan sebagainya diubah ke bahagian bawah video, berbeza dengan sebelum ini.

Walaupun ia kelihatan agak ringkas dan minimalis, namun bagi kami, rekabentuk sedia ada kelihatan lebih menarik berbanding apa yang diuji Google. Namun, ia mungkin hanya sekadar ujian awal, dan masih belum dibuat keputusan lagi sama ada ia akan digunakan ataupun sebaliknya.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News