KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Saturday, 29 December 2012

Komputer ROG Tytan CG8890 Gaming Desktop Baru Diperkenalkan Asus Dengan Sistem Penyejukan Cecair Dan Bukaan Chasis Automatik

iAwani-asus-ROG-TYTAN-CG8890-malaysia-gaming-desktop-pc

Asus memperkenalkan ROG Tytan CG8890, gaming desktop pc model baru daripada mereka. Harga ROG Tytan CG8890 di Malaysia adalah RM15,999 berdasarkan informasi dari Asus Republic Of Gamers Malaysia. Jangan pandang rendah kepada peranti ini – ia bagaikan sebuah Ferrari dalam arena permainan komputer. Kekotak CPU milik ROG Tytan CG8890 menggunakan cip pemproses Intel Core i7-3960X Extereme berciri 6 teras, kad grafik Nvidia GeForce GTX690 4GB, memiliki RAM asas 4GB yang boleh di tambah naik sehingga ke had maksima 16GB, memiliki pemacu cakera Blu-ray, pembaca kad memori 16 dalam 1 serta mempunyai sistem penyejukan berteknologi tinggi. Apabila kekotak cpu ROG Tytan CG8890 mula menjadi panas, 10 kipasnya akan berpusing serentak. Dalam pada itu sistem penyejukan cecair yang dipasang di dalamnya akan menjadi aktif serta merta. Penutup chasis di bahagian atas, kiri dan kanan badannya akan terbuka secara automatik bertujuan untuk mengalirkan haba keluar juga untuk menarik udara sejuk masuk ke dalam secara sistematik supaya komponen di dalam kekal bersuhu normal. Walau ketiga-tiga sistem penyejukan aktif serentak namun kesemuanya tetap beroperasi dengan senyap. Baca spesifikasi lanjut ROG TYTAN CG8890 di laman Asus.

AMD Bakal Menggugurkan Jenama Vision Dari Produk Grafik Juga Produk Perkomputeran

iAwani-amd-vision-0-tukar

Selain Nvidia dan Samsung, AMD merupakan syarikat pembuat cip pemproses komputer yang merupakan pesaing hebat Intel. Namun tidak lama lagi AMD bakal menurunkan jenama Vision dari kebanyakan produk grafik dan produk cip pemposesan seperti Vision E1, Vision E2, Vision A4, Vision A6 dan Vision A8  - ini memberi petanda AMD bakal muncul dengan jenama cip pemproses baharu. Selain itu, AMD bakal membuang jenama Vision dari produk-produk perkomputerannya pada masa akan datang. Ini bukanlah perkara baru, pada beberapa tahun lalu AMD telah meninggalkan beberapa jenama pemasaran dicipta oleh mereka misalnya AMD Live juga AMD Fusion. Slogan utama mereka berbunyi “Better By Design” sudah tidak digunakan. Intel pula, masih kekal dengan slogan utama mereka – Intel Inside. AMD memperkenalkan jenama Vision pada tahun 2009. Menjelang tahun 2013 kelak, nama Vision bakal dihilangkan dari nama AMD pada produk-produk grafik baru.

Sony Bakal Hadir Dengan Peranti Dengan Sokongan Paparan 1080p Pada CES 2013?

Sony YugaPelbagai desas-desus berkenaan dengan peranti terbaru Sony, iaitu “Sony Yuga” telah pun kedengaran untuk sekian lama, dan kini dilaporkan, Sony sedang dalam persiapan untuk mengumumkannya pada CES 2013 kelak.

Daripada apa yang dikongsikan, ia diperkatakan, berkemungkinan “Sony Yuga” ini akan dikenali sebagai “Xperia Z” dan didatangkan dengan skrin bersaiz 5-inci dan paparan 1080p padanya, selain dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras. Dengan spesifikasi tinggi ini, boleh dikatakan ia akan menjadi peranti berspesifikasi tinggi daripada Sony untuk pertengahan tahun pertama 2013.

Fungsi tambahan yang bakal dibawakan padanya masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini. CES 2013 akan berlangsun dalam masa dua minggu lagi, dan mungkin kita akan melihat pelbagai gajet dan peralatan elektronik baru dipamerkan pada acara tersebut kelak.
Sama-sama kita nantikannya.
 
Sumber Rujukan: The Verge

Gambar Huawei Ascend Mate Bersaiz 6.1-inci Dirakamkan Dengan Lebih Dekat

Peranti bersaiz 6.1-inci daripada Huawei merupakan salah satu perkara yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini, berkemungkinan kerana saiz peranti dan spesifikasi yang dibawakan.

Huawei Ascend Mate

Beberapa gambar telah diperlihatkan sebelum ini, dan kini MyDrivers berkongsi akan gambar yang lebih jelas, disamping dirakamkan bersebelahan dengan sebuah peranti baru berwarna putih yang dikatakan sebagai Huawei Ascend D2.
Huawei Ascend Mate ini dikatakan akan diperlihatkan pada CES 2013 dalam masa dua minggu lagi, membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.8GHz K3V2, memori sebanyak 2GB RAM, kamera 13-megapixel, serta dilengkapi dengan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean padanya.

huawei-ascend-mate-001
Huawei Ascend Mate

Microsoft Sepanjang Tahun 2012

MicrosoftSama seperti Apple dan Google, gergasi dunia perkomputeran, Microsoft turut hadir dengan pelbagai perkara baru sepanjang tahun 2012 ini, disamping pada masa yang sama melihat beberapa orang kuat meninggalkan syarikat gergasi tersebut.
Windows 8
Bercakap mengenai tahun 2012, semestinya salah satu perkara yang tidak boleh ditinggalkan adalah Windows 8, iaitu sistem operasi terbaru daripada Microsoft yang mana bukan sahaja dioptimasikan untuk skrin sentuh, tetapi turut sama sesuai untuk digunakan pada komputer sedia ada dan dikawal menggunakan tetikus.
Seperti biasa, beberapa versi hadir, terutamanya Windows 8 dan juga Windows RT. Menariknya, kesan daripada pengenalan sistem operasi terbaru ini, ia juga membawa trend baru kepada pengenalan peranti seperti komputer AIO, dan komputer riba yang hadir dengan sokongan skrin sentuh, selain lebih ramai pengeluar hadir dengan tablet Windows RT.
Windows Phone 8
Selain daripada sistem operasi untuk perkomputeran, platform operasi untuk mudah-alih daripada Microsoft, iaitu Windows Phone 8 turut sama diumumkan pada tahun ini, membawakan beberapa penambahan, seperti sokongan mikro-SD, sokongan NFC, dan pelbagai yang lain.
Windows Phone 8
Windows Phone 8 juga memberikan lebih kuasa kepada pengguna untuk mengubah bentuk skrin utama dipaparkan dengan kebolehan untuk mengubah saiz Tiles dan sebagainya.
Buat masa ini, untuk pasaran Malaysia, HTC dan juga Nokia telah melancarkan peranti Windows Phone 8 mereka, dan mungkin Samsung hanya akan melancarkannya di Malaysia pada tahun hadapan.
Surface
Bercakap mengenai pengenalan Windows 8, salah satu perkara yang tidak boleh dilupakan adalah tablet yang dibangunkan sendiri oleh Microsoft, iaitu Surface. Namun, sehingga kini ia masih tidak diketahui bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan.
Surface RT
Hasil pengenalan Surface, meja dengan sokongan sentuhan yang dikenali dengan nama biasa sebelum ini diubah untuk dikenali sebagai PixelSense.
Pelayar Web – Internet Explorer 10
Bersama-sama dengan pengenalan sistem operasi baru, Microsoft turut sama mengemaskini pelayar web mereka kepada versi terkini, iaitu Internet Explorer 10. Pada Windows 8, ia menerima pelbagai maklumbalas positif, dan Microsoft juga dilihat bakal memperkenalkan versi akhir untuk Internet Explorer 10 kepada pengguna Windows 7 tidak lama lagi.
Pengenalan Logo Baru
Logo Microsoft yang lama digantikan dengan logo baru, dimana kelihatan mengambil fokus kepada platform operasi mereka – Windows, disamping menampilkan rekabentuk yang lebih ceria.

Outlook.com
Selain daripada perkhidmatan emel sedia ada, iaitu Hotmail.com, Microsoft juga memperkenalkan sebuah perkhidmatan baru yang menampilkan ciri-ciri rekabentuk Metro, disamping memudahkan pengguna mengendalikan emel mereka, melalui Outlook.com.
Alamat baru juga disediakan, menggunakan akhiran @outlook.com, dimana pada masa yang sama membolehkan pengguna perkhidmatan emel Live sedia ada menggunakannya.
Skype
Skype dibawah Microsoft dilihat terus berkembang, dengan ia diintegrasikan dengan lebih mendalam pada Windows Phone 8, disamping membawakan ciri-ciri menarik pada sistem operasi Windows 8.
Microsoft juga mula menyeragamkan penggunaan ID pada Skype, dengan mengintegrasikan pengguna Live Messenger kepada Skype.
Kerjasama Pemetaan Dengan Nokia
Nokia Maps sememangnya salah satu perkhidmatan pemetaan yang terbaik di arena web, dan pada tahun ini, Nokia dan Microsoft mengumumkan kerjasama yang lebih baik, mengantikan penggunaan Bing Maps kepada Nokia Maps pada Windows Phone.
Pelbagai fungsi menarik, seperti sokongan trafik masa-nyata turut ditambah pada Bing dengan sokongan ini.
Lain-Lain
Microsoft dilihat bukan sahaja memfokuskan kepada platform mereka semata-mata, sebaliknya turut sama menawarkan pelbagai perkhidmatan dan aplikasi untuk pengguna platform yang lain.
Aplikasi pejabat mereka – Office 2013 turut menerima pelbagai kemaskini, dan telah pun didatangkan pada Windows RT dalam bentuk ujian. Versi akhirnya dijangka akan diumumkan oleh Microsoft pada awal tahun 2013 ini.
Sama seperti beberapa syarikat lain, Microsoft juga kelihatan kehilangan salah seorang kakitangan utama, iaitu presiden bahagian Windows – Steven Sinofsky.
Pada tahun hadapan, semestinya Microsoft akan hadir dengan pelbagai perkara menarik, apatah lagi dengan pelbagai ura-ura berkaitan tablet Surface baru, serta telefon Surface yang diperkatakan akan hadir daripada Microsoft.

Gambar Rekabentuk Konsep Untuk Tablet Dan Komputer Apple Pada 80-an Diperlihatkan


Rekabentuk peranti Apple sering dipuji ramai disebabkan beberapa ciri-ciri astetik padanya, dan semestinya ramai yang ingin mengetahui bagaimanakah rekabentuk konsep untuk peranti Apple ketika permulaan dulu.

Pada sekitar 80-an, Apple bekerjasama dengan Frogdesign dalam merekabentuk beberapa perkara, dan kini, pengasas Frogdesign- Hartmut Esslinger, melalui buku terbaru beliau, Design Forward berkongsi beberapa rekabentuk konsep awal untuk Apple, terdiri daripada tablet, telefon dan juga komputer.
Memandangkan ia hanya sekadar rekabentuk konsep sahaja, maka peranti ini tidak dipasarkan, dan hanya sekadar idea awal sahaja. Namun, daripada apa yang dikongsikan, kita boleh lihat yang mana rekabentuk awal ini telah menetapkan trend dan inovasi dalam nilai astetik rekabentuk Apple pada hari ini.
 
Sumber Rujukan: TechCrunch
Sumber Gambar: DesignBoom

Google Berkongsi Senarai Aplikasi Android Terbaik Sepanjang 2012

Dengan lebih 750,000 aplikasi yang dikatakan terdapat pada platform Android, semestinya ia agak sukar untuk mencari aplikasi terbaik dan popular yang digunakan ramai. Untuk memudahkannya, kini melalui halaman di Google Play, pihak Google sendiri mengeluarkan senarai aplikasi terbaik untuk Android sepanjang 2012.
Evernote
Daripada senarai yang dikeluarkan oleh Google, Evernote menduduki tangga pertama, dimana melaluinya, ia membolehkan untuk menyimpan nota berbentuk teks, mahupun nota interaktif termasuk gambar, audio dan sebagainya. Terdapat pada pelbagai platform, termasuk Android.
Selain daripada Evernote, yang tersenarai sama adalah termasuk:
  • Pinterest
  • GRIMM’s Snow White
  • Pocket
  • Expedia
  • Ancestry
  • Fancy
  • SeriesGuide Show Manager
  • Pixlr Express
  • TED
Jadi, bagi anda, sekiranya menggunakan Android, apakah aplikasi kegemaran anda sepanjang tahun ini?
Sumber Rujukan: Google Play

Samsung Teruskan Usaha Pembangunan Cip Pemproses Berskala 14 Nano Meter

iawani-samsung-14-nm-chip-set-processor-1
Cip pemproses masa kini sudah semakin maju. Peranti mudah alih semakin bertindak menyamai komputer. Tidak lama lagi pasti kita akan memiliki komputer riba pada saiz 5 inci sahaja. Samsung mengumumkan keputusan mahu meneruskan usaha membangunkan cip pemproses berskala 14nm (nano meter) hasil kerjasama ARM – ini merupakan spesifikasi cip pemproses jauh lebih bagus dari spesifikasi cip pemproses masa kini biasanya dibina pada skala 22 nano meter sahaja, banyak ditemui pada smartphone, tablet, komputer meja, komputer mudah alih juga peranti perkomputeran lain. Dengan kejayaan mencipta cip pemproses berskala 14nm, proses penghasilan System On A Chip (SoC) akan jadi lebih bagus membuatkan peranti mudah alih dapat berfungsi setaraf prestasi komputer biasa jika dipasang dengan cip 14nm. Tablet dan smartphone akan dapat melakukan kerja-kerja perkomputeran dengan lebih efisyen pada masa akan datang walau saiz fizikal peranti-peranti tersebut jauh lebih kecil dari peranti perkomputeran tradisional (desktop pc, laptop, netbook, nettop). Proses penghasilan cip pemproses berskala 14nm seakan nampak mustahil pada masa kini tapi saya percaya bakal terlaksana satu hari nanti.

Presiden Pemasaran Eksekutif Samsung Kini Bertugas Di Motorola Mobility

iawani-brian-wallace-0
Samsung selalu menyajikan kita dengan iklan-iklan tertentu dicipta seakan ‘menjolok’ Apple dengan slogan tertentu misalnya “The Next Big Thing”. Dalam iklan Galaxy S3, Samsung memperli ratusan peminat Apple yang setia beratur panjang berjam-jam lamanya menunggu ketibaan iPhone 5. Tiada siapa tahu idea untuk strategi pengiklanan ‘berani’ sebegitu datang dari seorang lelaki – Brian Wallace. Beliau merupakan Presiden Pemasaran Eksekutif di Samsung Amerika. Kini, Google berjaya menarik masuk Brian Wallace ke Motorola Mobility tapi tidak diumumkan besar-besaran. Matlamat membawa Brian Wallace bekerja di Motorola adalah untuk menjadikan produk Motorola atau produk-produk Google yang lain jadi laris dipasaran melalui pemasaran di iklan-iklan sepertimana dibuat oleh Samsung sebelum ini sehingga orang ramai jadi peka dengan peranti mudah alih berjenama Samsung. Tidak lama selepas ini, Google pasti mengeluarkan strategi serupa untuk produk fizikalnya seperti Nexus 4, Nexus 7, Nexus 7 juga Samsung Galaxy Nexus.

Friday, 28 December 2012

Facebook Bakal Menggunakan Iklan Berbentuk Video Pada Tahun 2013 Kelak


iawani-facebook-video-advertisement-pop-up
Facebook bakal memperkenalkan video iklan menjelang tahun 2013 dipanggil sebagai Sponsored Video. Bila akan dimulakan dan berapa lama durasi video tersebut masih dirahsiakan sekarang ini. Namun yang pasti Facebook bakal mengimplementasi video dalam bentuk auto play saat anda mula masuk ke akaun Facebook milik anda. Oleh kerana video tersebut dimainkan secara automatik saat anda baru saja masuk ke Facebook, kesannya anda akan berhenti dulu dari membuat perkara lain kemudian menumpu perhatian seketika kepada video itu – kerana video akan muncul dalam bentuk pop up window di skrin seperti dalam contoh di atas (menampilkan Sir Richard Branson, pemilik Virgin Air). Strategi pengiklanan menggunakan “sponsored video” bakal digunakan di peranti perkomputeran terlebih dahulu kerana pelayar web di komputer mempunyai ruang yang luas berbanding di peranti mudah alih (tablet,smartphone). Pengguna Facebook sudah menjangkau angka billion. Anda boleh bayangkan berapa puluh ribu pasang mata yang akan melihat video iklan itu setiap saat.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News