KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Friday, 30 March 2012

[MALAY] Laman Rasmi FAM Digodam Lagi – Peminat Mahu Presiden Letak Jawatan



Laman Rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia hari ini telah digodam oleh salah satu kumpulan pengodam tempatan. Perkara ini berlaku berikutan baru-baru ini timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin FAM kerana mengkritik prestasi skuad kebangsaan yang diterajui oleh Datuk K Rajagobal secara terbuka di media. Peristiwa ini dilihat sebagai pemangkin kepada penggodam untuk menggodam laman web FAM.



Ini bukanlah kali pertama laman FAM digodam kerana sebelum ini laman web FAM ini juga digodam berikutan harga tiket yang dinaikkan sebanyak RM50 pada Oktober 2011 yang lepas. Juga, beberapa bulan sebelumnya pada bulan Julai 2011 laman web mereka diserang oleh penggodam dari Tunisia.

Kami merasakan yang pihak FAM perlu memandang serius perkara ini kerana didalam tempoh kurang dari sembilan bulan ( Julai 2011 – Oktober 2011 – Mac 2012) laman web rasmi telah diserang dalam beberapa kali secara kerap, daripada pengodam tempatan mahupun antarabangsa. Tahap sekuriti jenama negara perlu diperkuatkan untuk mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Kemaskini 5.45PM: Kesemua isi kandungan gambar kritikan telah dibuang, dan website FAM sekarang memaparkan struktur isi kandungan website.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News