Melalui aplikasi Pocket Upin, ia turut sama membawakan fungsi permainan yang serupa seperti Pocket Ipin, dimana membolehkan para pengguna untuk menyentuh, dan membuat watak Upin bergelak-tawa. Disamping itu, Pocket Upin turut menyertakan beberapa penambahan, dimana salah satunya adalah permainan baru, membolehkan anda bermain hobi Upin yang baru, iaitu sukan bola sepak. Dalam aplikasi Pocket Upin, para pengguna boleh bermain beberapa permainan tambahan seperti mengawal dan menimbang bola, dan mendapatkan markah yang tinggi melaluinya.
Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan aplikasi yang dibawakan oleh Les Copaque ini pada harga $0.99 daripada Apple AppStore untuk iPod Touch, iPad dan juga iPhone anda.