Penghawa Dingin
Melalui demo ringkas yang diperlihatkan pihak Samsung, para pengguna boleh mengawal penghawa dingin dengan mudah melalui telefon pintar mereka, seperti mengawal suhu penghawa dingin, memulakannya, dan juga mematikannya. Perkara ini amat berguna sekiranya anda berada di luar, dan terlupa untuk menutup atau mematikan penghawa dingin anda. Selain daripada itu, para pengguna juga turut sama boleh memulakan penghawa dingin ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, dan menikmati udara sejuk apabila tiba dirumah kelak.
Mesin Basuh
Melalui integrasi WiFi pada mesin basuh, para pengguna dengan mudah boleh ketahui apabila pakaian selesai dibasuh, dan beralih ke langkah seterusnya seperti mengeringkan pakaian dan sebagainya. Samsung juga membolehkan para pengguna mengawal keselamata melalui telefon pintar, dimana mereka boleh mematikan kebolehan untuk membuka mesin basuh dan sebagainya, supaya tidak membahayakan kanak-kanak, disamping mengetahui apabila seseorang membuka mesin basuh dan sebagainya.
Peti Sejuk
Berbeza dengan yang lain, pada peti sejuk, Samsung mengintegrasikan sebuah tablet ringkas, membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai perkara, seperti kemaskini berita, Twitter dan sebagainya, dan sekaligus membolehkan anda terus berada atas-talian walaupun di dapur.
Beberapa perkara seperti bentuk ais (ais ketul atau ais hancur), suhu dan sebagainya turut boleh dikawal melalui tablet yang diintegrasikan pada peti sejuk itu.
…
Perkara rumah pintar ini bukanlah sesuatu yang baru, dan mungkin pada masa hadapan, lebih banyak lagi perkara akan diintegrasikan bersama-sama dengan sokongan WiFi. Pada acara Samsung Forum 2012 yang diadakan di Bangkok, Thailand ini, Samsung turut sama memperlihatkan sokongan kamera dengan WiFi dan beberapa peranti yang lain lagi, seperti NaviBOT-S dan sebagainya.