Melalui keluarga Galaxy Tab 2, Samsung menawarkan peranti bersaiz 7-inci dan juga 10-inci, dimana kedua-duanya menggunakan sistem operasi Android Ice Cream Sandwich padanya. Ia juga memfokuskan kepada hiburan dan memudahkan para pengguna menikmati kandungan terus pada tablet tanpa sebarang masalah. Speaker bahagian depan disediakan untuk memudahkan anda mendengar pelbagai perkara dengan jelas.
Seperti semua sedia maklum, ia membawakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich dengan antaramuka TouchWiz padanya. Beberapa aplikasi tambahan turut didatangkan, dan salah satunya adalah S Suggest, yang memberikan anda idea-idea berkenaan aplikasi menarik yang mungkin boleh dipasang oleh anda pada tablet Android tersebut.
Sokongan AllShare turut didatangkan pada keluarga Galaxy Tab 2, memudahkan anda berkongsi kandungan dengan pantas kepada pelbagai peranti dengan sokongannya, tanpa perlu melalui proses sukar seperti dahulu lagi, dimana memerlukan anda menghantar melalui Bluetooth, atau menukar kad memori dan sebagainya. Melalui AllShare, anda boleh berkongsi kandungan anda serta-merta, dalam bentuk masa-nyata.
Readers Hub dan juga Game Hub merupakan sesuatu yang baru, menawarkan para pengguna dengan kandungan eksklusif. Melalui Readers Hub, para pengguna boleh mendapatkan pelbagai buku digital, dan juga majalah dan sebagainya dengan mudah.
Dalam bermain dengannya untuk beberapa minit, kami sedikit tertarik dengan penawaran kandungan melalui tablet mereka, yang mana masih lagi tidak diketahui samada adakah tablet Samsung sedia ada akan menerima aplikasi seperti Reading Hub, Games Hub dan sebagainya.
Galaxy Tab 2 disasarkan untuk dilancarkan di Malaysia pada suku tahun kedua tahun ini.