KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...
20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News
Lanjutan daripada beberapa laporan berkenaan Galaxy Note 8.0 sebelum
ini, kini gambar awal peranti tersebut tertiris ke web, memperlihatkan
rekabentuk yang menyerupai Galaxy S3 dan juga Galaxy Note 2 yang
diperkenalkan pada tahun lepas.
Daripada apa yang dikongsikan, ia dikatakan Galaxy Note 8.0
membawakan skrin bersaiz 8-inci dengan resolusi 1280×800 pixel, cip
pemprosesan empat-teras 1.6Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera
5-megapixel pada bahagian belakang, kamera 1.3-megapixel pada bahagian
hadapan, sokongan mikro-SD, dan bateri berkapasiti 4600mAh.
Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah peranti ini akan
dilancarkan kepada umum. Namun, mengikut jangkaan awal, ia dijangka akan
dilancarkan pada Mobile World Congress pada penghujung bulan Februari
2013 ini.
Nampaknya, Symbian kini boleh dilabelkan sebagai telah “
mati“,
dimana hari ini, Nokia melalui kenyataan kewangan mereka, mengumumkan
Nokia 808 PureView merupakan peranti terakhir Symbian daripada mereka.
Symbian sebelum ini mempunyai peminat dan penyokongnya tersendiri,
apatah lagi ia merupakan antara platform telefon pintar terbesar,
sebelum Android dan juga iOS.
Pada suku tahun lepas sahaja, peranti Symbian menerima lebih 2.2 juta
unit jualan, dimana memperlihatkan ia masih mempunyai peminatnya
tersendiri di seluruh dunia.
Nokia 808 PureView telah diperkenalkan kepada umum pada pertengahan
tahun lepas, dimana menjadi peranti pertama memperlihatkan sokongan
PureView, dengan kamera 41-megapixel.
Sumber Rujukan: TechCrunch
Setelah diperkenalkan untuk pengguna iOS sebelum ini, hari
ini, Imangi Studios secara rasminya melancarkan permainan terbaru
mereka, Temple Run 2 kepada para pengguna Android seluruh dunia.
Ia masih mengekalkan bentuk permainan yang serupa, memerlukan pemain
mengawal watak dalam melarikan diri daripada bahaya, dan mengelak
pelbagai halangan yang dihadapi. Melalui Temple Run 2, ia membawakan
grafik yang lebih baik, watak dengan kuasa istimewa, dan juga
persekitaran yang lebih cantik berbanding sebelumnya.
Temple Run 2 ditawarkan secara percuma untuk pengguna Android, dan boleh dimuat-turun semua melalui Google Play Store hari ini.
Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tiba dalam
beberapa minggu lagi, kini Apple menawarkan promosi kepada beberapa
barangan terpilih mereka hanya untuk hari ini bagi pembelian melalui
Apple Store Malaysia.
Daripada apa yang kelihatan, Apple menawarkan potongan harga untuk
iPad, iPod Touch, MacBook Air, MacBook Pro, dan beberapa aksesori yang
lain.
Walaupun potongan harga yang diberikan tidak begitu banyak, namun,
bagi mereka yang berminat atau bercadang untuk mendapatkan barangan
Apple dalam masa terdekat ini, mungkin boleh menyemaknya di
halaman rasmi Apple Store Malaysia.
Ramai di kalangan kita keliru dengan perkataan jailbreak.Dalam perkataan mudah, jailbreak
bermaksud ‘memecah’ batasan sistem operasi iOS dalam iPhone, iPad, iPod
Touch kerana ketiga-tiga peranti itu menggunakan iOS sebagai sistem
operasinya. Kebaikan jailbreak? Setelah sesebuah model iPhone sudah di jailbreak,
pemiliknya boleh muat turun apa jua aplikasi berbayar dari iTunes App
Store secara percuma. Kebaikan lain, aplikasi yang tidak diluluskan oleh
Apple boleh di muat turun kemudian di install tanpa banyak masalah. Jailbreak
membolehkan iPhone yang dikunci untuk talian telekomunikasi tertentu
dapat dileraikan lalu digunakan untuk talian dari syarikat lain, namun
hal ini jarang berlaku di Malaysia kerana kebanyak pemilik iPhone di
sini hanya terikat kepada kontrak talian pasca bayar (postpaid) sahaja
selama 12 bulan ataupun 14 bulan. Sistem iPhone mereka tidak dikunci
(locked) membolehkan mereka menukar-nukar kad sim talian lain dengan
bebas. Memasang semula iOS dengan menggunakan perisian iTunes melalui
sambungan ke komputer (desktop pc, laptop) akan membuang jailbreak serta merta menjadikan iPhone, iPad atau iPod Touch dipasang dengan iOS versi asli.
Google Images telah ditambahbaik
menjadikannya semakin pantas dan semakin informatif dari segi
persembahan hasil carian. Setiap kali kita mencari apa-apa gambar
mahupun imej digital di Google Images, hasil carian akan dipersembahkan
dalam bentuk Inline Panel menyamai
film strip. Maklumat
terperinci imej tersebut (meta data) akan dipaparkan di bawah imej atau
di sebelah kanan imej seperti dalam contoh di atas. Menurut blog
Google Webmaster Central
yang mengumumkan perubahan itu, kita tidak akan lagi di bawa masuk ke
laman berasingan semata-mata untuk kita melihat laman web di mana imej
itu tersimpan, begitu juga dengan berapa jumlah saiz gambar. Sebaliknya
semua itu dipaparkan dalam maklumat ringkas mengandungi nama imej,
perician mengenainya, link untuk ke laman web yang menyimpannya serta
saiz-saiz lain yang boleh anda akses. Setakat ini, dari pemerhatia
terhadap Google Images Malaysia, perubahan ini masih belum kelihatan
lagi tapi bakal kita nikmati tidak lama lagi.
Apbila melancarkan BlackBerry 10 pada 30
Januari 2013, Research In Motion berdepan satu cabaran besar – memenangi
semula peminat BlackBerry yang beralih ke peranti sistem operasi lain
misalnya iOS, Android, Windows Phone, Nokia OS. Pengalaman penggunaan
dan fungsi pintar ada pada BlackBerry 10 turut terdapat pada sistem
operasi lain. Antaranya seperti fungsi touch screen, multi tasking,
video calls, himpunan aplikasi yang boleh di muat turun lalu di install,
video message, kamera digital, akaun sosial, email, menonton video dan
capaian internet (Wifi mahupun 3G). Untuk apa beralih semula ke
BlackBerry jika apa yang BlackBerry 10 berikan turut sama diberikan oleh
sistem operasi lain bahkan jauh lebih baik? BlackBerry hanya menang
dari segi jenama dan prestij. Android jadi semakin baik lagipun sistem
Android bersifat terbuka membolehkannya di customized mengikut kemahuan
pemilik secara teknikal melalui proses rooting.
Kelemahan BlackBerry 10 adalah jumlah aplikasi yang tidak seberapa
banyak walaupun sistemnya bagus bahkan interface juga cantik. Kelemahan
inilah yang bakal menjadi alasan utama pengguna untuk tidak beralih ke
BlackBerry pada peringkat awal kemunculannya kerana Android, iOS dan
Windows Phone menawarkan aplikasi lebih banyak bagi memenuhi keperluan
pengguna. Apabila BlackBerry World sudah memiliki sejumlah aplikasi yang
banyak serta memuaskan hati, barulah kebanyakan pengguna BlackBerry
yang telah beralih ke sistem operasi lain mula kembali menggunakan
BlackBerry. Proses ini agak perlahan sebenarnya tapi tetap akan berlaku
sepertimana yang berlaku kepada Windows Phone. Research In Motion perlu
mengiklan BlackBerry 10 secara ‘bermati-matian’ untuk memenangi hati
peminat telefon pintar masa kini memandangkan ada saja smartphone model
baru diperkenalkan setiap 2 bulan terutama yang menggunakan sistem
operasi Android. Itulah dia dua cabaran yang pembuat BlackBerry terlepas
pandang – cabaran untuk memenangi semula hati peminat BlackBerry yang
beralih ke sistem lain, cabaran untuk membuat pengguna nampak betapa
bestnya bertukar ke BlackBerry.
Apple telah melaburkan sejumlah wang antara
$2 juta hingga $3 juta Dolar Amerika dalam usaha membuka Apple Store
yang pertama di Indonesia khususnya di ibu negaranya, Jakarta – hal ini
terkandung dalam salah satu misi Apple mahu membuka
35 Apple Store baru
dalam tahun 2013. Dengan pembukaan Apple Store Jakarta, peminat Apple
boleh terus membeli gajet-gajet Apple dari pihak Apple sendiri
berbanding membelinya daripada Reseller Berlesen atau dari negara jiran
terdekat, Singapura. Pihak Apple telah mendapat kelulusan daripada Badan
Kordinasi Pelaburan Indonesia (BKPM) dalam proses permohonan mereka
untuk mendapat
keizinan
bagi membina Apple Store di kawasan Jakarta. Persoalannya sekarang – di
manakah lokasinya dan bilakah pelancaran rasminya nanti. Apple bekerja
keras mahu mengukuhkan jenama niaga mereka di China sehingga Tim Cook,
CEO Apple sanggup membuat
lawatan rasmi ke China
untuk kali kedua pada Disember 2012 selepas lawatan pertamanya pada Mac
2012. Jika Apple memfokus ke China, tidak mustahil Apple turut memfokus
ke negara-negara Asia Tenggara yang belum ada Apple Store sendiri
seperti Malaysia, Thailand, Brunei, Filifina, Burma dan Vietnam.
Sebagai persediaan untuk pelancaran rasmi
BlackBerry 10,
pihak Research In Motion memperkenalkan BlackBerry Enterprise Service
10 (BES10). Perkhidmatan ini ditujukan khas untuk syarikat swasta, badan
berkanun dan agensi-agensi kerajaan. Bukan untuk pengguna biasa. Tujuan
penyediaannya adalah untuk menyelesaikan masalah pengaksesan data
antara sistem operasi mudah alih yang berbeza antara satu sama lain.
BES10 memudahkan peranti BlackBerry, peranti Android dan peranti iOS
(sama ada tablet atau smartphone) mengakses data yang sama serta
berkongsi data dalam pemantauan rapi. Dalam sebuah organisasi kakitangan
biasanya memiliki peranti berlainan antara satu sama lain. BlackBerry
Enterprises Service wujud sebagai administrator berpusat untuk memantau
aktivi penggunaan data organisasi dalam kesemua peranti tersebut,
memastikan supaya data penting milik organisasi tidak terlepas keluar
bahkan dapat dikawal penggunaannya untuk mengelak kecurian maklumat
ataupun kebocoran maklumat.
Peranti milik kakitangan akan didaftarkan terlebih dahulu kemudian
diberikan kebenaran untuk mengakses data. Integrasi antara
peranti-peranti berlainan yang menggunakan sistem operasi berlainan
dalam organisasi dapat dimudahkan dengan adanya BlackBerry Enterprise
Service 10. Dari penggunaannya pihak majikan boleh memantau aktiviti
peranti yang digunakana oleh kakitangan. Ini secara langsung
menggalakkan produktiviti serta memastikan data organisasi dari terbocor
keluar secara diam-diam. Sayanya tidak ada link yang dikongsikan oleh
Research In Motion untuk kita menggali lebih banyak maklumat mengenai
BlackBerry Enterprise Service 10. Hanya
video
pengenalan ada dikeluarkan. Peter Devenyi, Naib Presiden Senior Di
Bahagian Perisian Perniagaan Di Research In Motion menyatakan hal
berikut –
“BlackBerry Enterprise Service 10 empowers employees to be
more productive and better equipped to serve customers while it
provides business and IT leaders with the confidence that corporate data
is protected and manageable in the same way they have long enjoyed with
BlackBerry.” BlackBerry Enterprise Service 10 bakal menjalani
pelancaran rasmi pada Mei 2013. Mungkin lebih awal atau lebih lambat
dari tarikh itu.
Resident Evil: Revelations akan
diperkenalkan dalam versi baru untuk Sony PlayStation 3, Xbox 360,
Windows PC and Wii U. Sebelum ini Resident Evil: Revelations hanya
dicipta untuk Nintendo 3Ds sahaja. Capcom, pembuat Resident Evil
mengumumkan
bahawa pihak mereka bakal membuat pelancaran Resident Evil: Revelation
pada 21 Mei 2013 untuk pasaran Amerika dan membuat pelancaran kedua pada
24 Mei untuk pasaran Eropah – pasaran Asia termasuklah akan menerima
permainan ini beberapa minggu kemudian. Ini satu strategi yang baik
memandangkan filem Resident Evil: Retribution telah ditayangkan pada 3
September 2012 – sedikit sebanyak memberi
booster kepada populariti awal Resident Evil: Revelations. Sony telah mengeluarkan
video trailer Resident Evil: Revelation untuk pemilik PlayStation 3. Menurut Sony, permainan ini bertemakan stail
survival horror.
Versi kali ini menampilkan beberapa musuh baru lebih seram, menyediakan
lebih banyak kemahiran bertarung untuk watak utama, memiliki grafik
visual semakin baik yang akhirnya akan menghadirkan kepuasan maksima
kepada pemain. Sama-sama kita nantikan pelancaran Resident Evil:
Revelations.
Intel mengambil keputusan untuk
memberhentikan pengeluarkan papan induk untuk desktop pc dalam masa tiga
tahun dari sekarang. Pada 2016 kelak, Intel akan berhenti dari membina
motherboard
dibawah jenama mereka setelah dua puluh tahun bergiat cergas sebagai
pengeluar papan induk melalui divisi Intel Desktop Boards. Walau proses
pengeluaran papan induk diberhentikan namun Intel akan terus
mengeluarkan cip pemproses untuk peranti perkomputeran tradisional
(netbook, laptop, desktop, server) di tahun-tahun akan datang. Baru-baru
ini Intel mendedahkan perancangan mahu masuk ke industri mudah alih
menjadi pembekal cip untuk telefon pintar juga tablet bagi menyaingi
Nvidia serta Qualcomm. Jadi, fahamlah kita kenapa Intel
meninggalkan pembikinan papan induk kerana mahu memfokus
pengeluaran cip mereka kepada peranti mudah alih. Selian itu, Intel sedang memfokus terhadap teknologi
pengecasan tanpa wayar yang pada pendapat mereka bakal mendapat sambutan hangat pada masa akan datang.
Google mencapai prestasi memberansangkan
pada penghujung tahun 2012. Untuk tempoh suku ketiga 2012
(Oktober-Disember), Google berjaya menjana untung kasar sebanyak $14.42
billion. Ini merupakan kenaikan sebanyak 36% daripada untung kasar dalam
tahun-tahun lalu. Jika anda lihat graf di atas, pendapatan Google
sentiasa naik seiring perjalanan masa bermula dari suku pertama 2010.
Untung bersih Google sepanjang beroperasi pada Oktober-Disember 2012
adalah $2.89 billion Dolar Amerika. Pada suku keempat tahun 2011, Google
berjaya menjana pendapatan bersih sebanyak $2.71 billion Dolar.
Mengenai pendapatan sepanjang tahun 2012 pula, Google berjaya menjana
pendapatan kasar $50 billion Dolar Amerika. Ternyata Google menampakkan
penambahan pada jumlah pendapatan tahun ini berbanding tahun sebelumnya.
Sumber pendapatan Google datang dari pengiklanan di dalam laman web
milik mereka misalnya YouTube juga dari penjualan aplikasi-apliaksi
Android. Mengikut
ramalan
eksekutif Google, video Oppa Gangnam Style sahaja sudah boleh
menjadikan Google berjaya menjana untung $8 juta Dolar hanya dari
penayangan iklan.
Tahun 2012 merupakan tahun yang buruk bagi
AMD. Syarikat pembuat cip pemproses itu mencatat untung kasar sebanyak
5.42 billion sepanjang tahun 2012 manakala untuk tempoh sehingga suku
keempat tahun 2012 (Oktober-Disember) AMD cuma mencatat untung bersih
sebanyak $1.16 billion Dolar Amerika, ini merupakan penurunan sebanyak
32% daripada jumlah keuntungan dalam tempoh yang sama pada tahun 2011.
Untung kasar AMD telah menurun sebanyak 17% dari jumlah keuntungan pada
tahun 2011. AMD tidak banyak memperkenalkan produk baharu sepanjang
beropasi pada 2012. Kerjasama mengeluarkan sleekboook juga agak perlahan
manakala pesaing terdekatnya, Intel, rancak dengan pengenalan model cip
pemproses baharu, pengenalan model ultrabook baru yang menggunakan
Windows 8 serta penerokaan ke dalam industri peranti mudah alih dengan
mengeluarkan cip pemproses Intel Atom untuk telefon pintar. Moga tahun
2013 memberi peluang untuk AMD menyerlah cemerlang setelah
memperkenalkan Temash dan Kabini, model baru system on a chip (SoC)
keluaran mereka.
Popular Posts
-
iPad generasi baru merupakan salah satu perkara yang dinantikan oleh semua melalui acara khas yang diadakan oleh Apple hari ini. Dan dengan ...
-
Temple Run merupakan salah satu permainan yang popular pada platform iOS, yang mana telah dimuat-turun sebanyak lebih 40 juta kali oleh peng...
-
Genre: Racing Publisher: Electronic Arts Developer: Magnetic Fields Thirty-six stages from the official British Rally Championship can be ra...
-
Seperti semua sedia maklum, Apple telah pun memulakan jualan iPad di Singapura semalam, dan hari ini, para peminat Microsoft telah pun menda...