KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Tuesday 29 May 2012

Pembuat Angry Birds Palsu Didenda 50 Ribu Pound Sterling





Syarikat pembuat aplikasi Angry Birds palsu berasal dari negara Latvia yang tidak dinyatakan namanya telah diarah oleh Mahkamah Brtain untuk membayar wang denda sebanyak 50,000 Pound Sterling kerana didapati bersalah mengeluarkan Angry Birds palsu dan aplikasi permainan Cut The Rope palsu kemudian memaparkannya di Google Play sepanjang November tahun 2011. Sebagai tambahan, si pembangun di arah membayar pampasan sebanyak 28,000 Pound Sterling kepada pengguna Android yang telah ditipu. Tindakan sebegini adalah sebagai amaran kepada pembangun lain untuk tidak meniru aplikasi popular sesuka hati. Masalah aplikasi tiruan adalah satu masalah besar yang melanda Google Play hari ini, kebanyakan aplikasi tiruan itu hanya memuatkan dua perkara – virus dan penipuan. Jumlah download kedua-dua aplikasi palsu itu tidak pula dinyatakan, jumlah pengguna Android yang telah menjadi mangsa juga tidak dinyatakan. Namun kes ini menjadi pengajaran kepada pembangun lain.

[ dari BBC ]

Dua Lagi Pegawai Senior RIM BlackBerry Letak Jawatan




Dua lagi pegawai senior di Research In Motion (RIM) pembuat BlackBerry telah meletak jawatan lebih awal dari jangka masa sepatutnya, atas alasan mahu bersara awal. Kedua-dua mereka adalahKarima Bawa, peguam paling ‘top’ merangkap Ketua Pegawai Undang-undang di Research In Motiondan seorang lagi adalah Patrick Spence, Ketua Bahagian Jualan Global. Karima Bawa telah berkerja di RIM BlackBerry selama 12 tahun manakala Patrick Spence telah bekerja di situ selama 14 tahun. Kehilangan mereka adalah tamparan hebat kepada Research In Motion, petanda jelas prestasi syarikat itu jatuh merundum beberapa tahun ini hingga mengakibatkan beberapa pegawai kanan keluar.

[ dari Reuters ]

Internet Defense League





Internet Defense League adalah gabungan organisasi berasaskan industri internet untuk menghalang perlaksanaan SOPA dan PIPA. Ahli-ahlinya terdiri dari nama-nama besar organisasi web based berjuang untuk mempertahankan kebebasan internet. Defense League bermaksud perkumpulan kesemua organisasi ini di bawah satu kesefahaman iaitu menentang SOPA dan PIPA kemudian menyedarkan pengguna internet akan bahaya perlaksanaannya. Mereka ini jugalah yang akan berusaha meraih sokongan pengguna internet serata dunia supaya perlaksanaan SOPA dan PIPA oleh Senat USA tidak dibuat. Antara beberapa ahli yang kini sudah menyertai Internet Defense League adalah WordPress, Imgur, Reddit, Cheezburger Network, Public Knowledge, the Electronic Frontier Foundation dan Craiglist. Setakat ini, Wikipedia dan Tumblr yang dulu pernah mempamerkan protes mereka terhadap SOPA dan PIPA masih belum menyertai Internet Defense League lagi, tapi dijangka menyertai dalam masa terdekat.

[ sumber Internet Defense League ]

Rekabentuk Konsep Untuk Tablet Windows 8 Daripada Samsung Diperlihatkan



Umum sedia maklum yang mana Samsung merupakan antara pengeluar tablet Android popular di pasaran, disamping turut bekerjasama dengan pihak Microsoft untuk peranti Windows Phone. Dengan kehadiran Windows 8, semestinya mereka tidak ingin ketinggalan dalam arena tablet Windows 8, dan kini perekabentuk bebas memperlihatkan beberapa rekabentuk konsep untuk tablet Windows 8 daripada Samsung.













Melalui apa yang diperlihatkan, ia membawakan sokongan projektor terbina, seperti salah satu telefon pintar mereka, membolehkan para pengguna membuat persembahan mahupun menggunakan tablet tersebut seumpama komputer (dimana tablet dikawal menjadi papan kekunci) dengan mudah.

Namun, seperti biasa, ianya hanya sekadar gambara konsep sahaja, dan masih jauh daripada realiti buat masa ini. Dan, seperti dilaporkan oleh BlogSerius, penjenamaan Galaxy digunakan oleh Samsung untuk peranti Android sahaja buat masa ini, dan tidak sesuai menggunakan nama Galaxy One pada tablet Windows ini.

Friday 4 May 2012

[MALAY] Samsung Mengumumkan Galaxy S3 Secara Rasminya




Akhirnya, seperti mana yang dinantikan, hari ini Samsung secara rasminya telah pun melancarkan peranti mereka yang dinantikan ramai, iaitu Samsung Galaxy S3. Melalui peranti baru mereka itu, ia membawakan skrin sebesar 4.8-inci HD Super AMOLED dengan resolusi 306ppi, 1GB RAM, 1.4Ghz Quad-Core, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.9-megapixel dan bateri 2100mAh.



Namun, ia bukan hanya sekadar peranti Android sahaja, tetapi membawakan lebih daripada itu, dan membawakan sokongan interaksi pintar bersama-sama dengannya. Samsung sendiri menambah beberapa fungsi baru pada telefon pintar mereka menjadikan telefon tersebut lebih pintar berbanding yang lain, sekaligus memberikan kelebihan kepada mereka sebagai pengeluar peranti Android.

Salah satu fungsi baru yang didatangkan adalah Smart Stay, dimana ia membolehkan peranti tersebut mengetahui bila anda melihat skrin dan bila tidak, sekaligus mengawal pencahayaan pada peranti. Disamping itu, sokongan input suara turut ditambah-baik, dan kini dipanggil sebagai S-Voice. Anda kini boleh memulakan peranti dengan suara, disamping membuka aplikasi dan mengetahui pelbagai informasi dan sebagainya dengan mudah.

Sokongan NFC dan WiFi Direct turut disertakan melalui sokongan yang dipanggil S Beam (dikenali sebagai Android Beam pada Galaxy Nexus). Ia turut membawakan beberapa sokongan perkongsian menarik, seperti sokongan Face Detection membolehkan anda mengetahui rakan-rakan anda yang terdapat didalam sesuatu gambar yang dirakam, dan pelbagai sokongan perkongsian yang lain.



Sebagai aksesori tambahan, Samsung Galaxy S3 turut sama membawakan sokongan pengecasan tanpa wayar melalui sebuah aksesori khas.

Dari segi sokongan aplikasi, Games Hub membolehkan para pengguna menikmati pelbagai permainan menarik pada peranti empat-teras ini. Movies Hub dan Music Hub turut diumumkan, tetapi kami rasakan ia tidak akan disokong di Malaysia.

Galaxy S3 dijangka akan mula dijual bermula dari Eropah pada penghujung bulan ini, dan diikuti Asia kemudiannya. Mungkin kita akan dapat mensasarkan Galaxy S3 tiba di Malaysia sekitar Jun atau Julai.







UPDATE


Samsung Galaxy S3 yang dinantikan ramai telah pun dilancarkan secara rasmi dan dijangka akan berada di Malaysia sekitar Jun atau Julai kelak. Buat masa ini, harga jualannya tidak diketahui lagi. Namun, fungsi yang dibawakan padanya amat menarik dan berbeza dengan pelbagai peranti lain di pasaran.

Selain daripada sokongan fungsi Android biasa, Samsung sendiri menambah beberapa sokongan tambahan, seperti mod Burst pada kamera, sokongan perkongsian pintar, Smart Stay dan pelbagai lagi. Untuk memberikan idea lebih dekat, Samsung sendiri menyediakan sebuah video ringkas, menerangkan pelbagai fungsi yang didatangkan bersama-sama Samsung Galaxy S3.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News