KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Thursday 28 June 2012

Tablet Nexus 7 Diumumkan Secara Rasmi Oleh Google




Setelah diperlihatkan dalam bentuk gambar dan juga video lebih awal daripada sepatutnya, pihak Google akhirnya telah pun memperkenalkan peranti Google Nexus 7 kepada umum, yang mana dibangunkan bersama oleh pihak Asus dan dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean.





Melalui Nexus 7, Google mengatakan mereka ingin memfokuskan kepada para pengguna menikmati kandungan digital terus pada tablet mereka, tanpa sebarang masalah termasuk lagdan sebagainya.

Nexus 7 membawakan skrin dengan paparan HD bersama resolusi 1280×800, cip pemprosesan Tegra3 empat-teras bersama GPU 12 teras, kamera hadapan untuk panggilan video, sokongan WiFi, Bluetooth dan NFC, serta bateri yang tahan lama, membolehkan anda menikmati video HD selama 9 jam dengan sekali cas.

Peranti ini akan ditawarkan melalui Google Play Store untuk beberapa negara terlebih dahulu, dan akan diperluaskan kepada negara-negara lain tidak lama lagi. Ia dijual pada harga $199 (~RM635), yang mana jauh lebih murah daripada 1MalaysiaPad.

Aplikasi Google+ Mesra Paparan Tablet Diperkenalkan



Google pada acara Google I/O turut mengatakan yang mana lebih ramai pengguna memasuki dan menggunakan Google+ melalui peranti mudah-alih mereka berbanding desktop, dan perkara ini sekaligus membawakan kepada pengenalan aplikasi Google+ untuk tablet.



Sebagai permulaan, bermula hari ini, Google+ akan diperkenalkan kepada para pengguna tablet Android, dan kemaskini aplikasi iPad untuknya bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Melalui Google+ untuk tablet, ia membawakan kesemua fungsi yang sama seperti pada telefon pintar, tetapi lebih dioptimasikan untuk paparan tablet. Pada masa yang sama, sokongan Hangout juga kelihatan lebih menarik pada tablet berbanding pada desktop dan juga telefon pintar.







Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Google+ untuk tablet Android hari ini, sementara menantikan aplikasi serupa diperkenalkan pada iPad tidak lama lagi.

Google Play Didatangkan Dengan Sokongan Seumpama Shazam



Seperti umum sedia maklum, Google Music sedia diintegrasikan bersama Google Play, membolehkan para pengguna membuat pembelian lagu terus daripadanya. Dan dalam usaha untuk menambah nilai pada pengguna, disamping memudahkan proses pembelian, kini Google membawakan sokongan seumpama Shazam padanya.



Fungsi yang dinamakan sebagai What’s This Song ini membolehkan para pengguna membuat carian lagu dengan mudah melaluinya. Sama seperti Shazam, anda hanya perlu klik padanya, dan membuatkan ia mendengar pada sesuatu lagu sebelum ia memaparkan nama dan tajuk lagu berkenaan.

Apa yang menariknya, sokongan tersebut turut diintegrasikan kepada Google Play, membolehkan para pengguna membuat pembelian sesuatu lagu tersebut dengan mudah.

Google+ Kini Mempunyai Lebih 250 Juta Pengguna Berdaftar



Pada acara Google I/O yang diadakan, selain berkongsi info mengenai Android 4.1 Jelly Bean, pihak Google juga turut berkongsi beberapa perkara menarik berkaitan Google+, iaitu laman sosial mereka yang semakin popular dari hari ke hari.

Menurut Google, kini laman sosial Google+ mempunyai lebih daripada 250 juta pengguna berdaftar, dan lebih daripada 150 juta orang pengguna merupakan pengguna aktif bulanan.







Google turut mengatakan sebanyak lebih 50% daripada pengguna mendaftar masuk ke perkhidmatan tersebut setiap hari, dan pengguna aktif menghabiskan lebih daripada 60 minit setiap hari padanya, dan 12 minit setiap hari pada Stream sahaja.

Perkara ini sekaligus memperlihatkan, Google+ mempunyai golongan pengguna mereka tersendiri, yang lebih kepada berkongsi perkara berilmiah, disamping gambar-gambar berbentuk *GIF dan sebagainya.

Di Malaysia sahaja, beberapa syarikat telah pun turut sama mula memfokuskan pada Google+, memperlihatkan laman sosial tersebut mempunyai potensinya tersendiri, apatah lagi dengan ramai yang mula mengatakan Facebook mula bosan dari hari ke hari.

Android 4.1 Jelly Bean Akan Diperkenalkan Bermula Julai 2012



Dengan pengumuman Android 4.1 Jelly Bean, semestinya ramai yang menantikan bilakah ia akan diperkenalkan kepada umum. Pihak Google telah pun mengumumkan yang mana peranti Galaxy Nexus akan menjadi antara yang terawal menerimanya, dimana akan diperkenalkan melalui OTA seawal Julai ini.



Melalui Android 4.1 Jelly Bean, ia membawakan beberapa kemaskini kecil, termasuk lebih mengoptimasikannya untuk mesra pengguna. Antaranya termasuk sokongan notifikasi yang lebih baik lagi, disamping integrasi carian suara, serta Google Now padanya.

Pihak Google turut mengatakan mereka akan mengeluarkan kod sumbernya pada tempoh yang sama. Dengan pembangun dan pengeluar peranti yang kini memfokuskan kepada ICS, mungkin memerlukan mereka membangunkannya dan memperkenalkannya lebih pantas supaya dapat memperkenalkan Jelly Bean sebelum penghujung tahun ini.

Google Play Memperkenalkan Sokongan Smart App Updates



Bersama-sama dengan pengumuman beberapa fungsi baru Android 4.1 Jelly Bean, Google turut sama mengumumkan mengenai Google Play, yang mana membawakan kandungan terus ke peranti Android anda. Salah satu fungsi baru yang diperkenalkan adalah Smart App Updates.



Smart App Updates, memudahkan para pengguna mengemaskini aplikasi yang digunakan mereka, dimana hanya perlu memuat-turun perkara baru sahaja, dan bukannya memerlukan memuat-turun segala fail secara keseluruhan seperti sebelum ini.

Google mengatakan sokongan Smart App Updates ini akan diperkenalkan dan dsiokong kepada para pengguna Gingerbread dan yang terkini.

Google Play Kini Mempunyai Lebih 600,00 Aplikasi – 20 Billion Muat-Turun



Umum sedia maklum akan yang mana Google telah pun menjenamakan semula Android Market kepada Google Play, sekaligus memfokuskan kepada gagasan kandungan melaluinya. Dan hari ini, pihak Google mengumumkan melalui Google Play, mereka mempunyai lebih daripada 600,000 aplikasi yang boleh dimuat-turun melaluinya.



Disamping itu, Google juga turut berkongsi statistik lain, mengatakan sebanyak lebih daripada 20 billion muat-turun telah dilakukann melalui Google Play sehingga ke hari ini.

Sokongan jualan juga kini didatangkan pada lebih 132 buah negara, disamping menyokong Google Play pada lebih 190 buah negara.

Bersama-sama dengannya, Google turut mengumumkan yang mana kini melalui Google Play, para pengguna turut boleh membeli majalah dan juga filem dengan mudah.

Google Memperkenalkan Voice Search Yang Diberi Nafas Baru



Sejak daripada Siri diperkenalkan, ramai yang bertanya akan jawapan Google untuknya. Dan nampaknya, kini Google hadir dengan kemaskini sokongan Voice Search pada Google, yang membolehkan para pengguna melakukan carian menggunakan suara dengan interaktif, disamping membolehkan hasil carian dibacakan kepada mereka.





Sokongan ini dibawakan oleh Google dengan menggunakan teknologi Knowledge Graph yang diperkenalkan oleh mereka tidak lama sebelum ini. Ia memaparkan informasi utama yang dicari oleh anda dengan mudah terus melalui rekabentuk yang ringkas.

Namun, nilai tambah padanya boleh dikatakan adalah dimana para pengguna turut sama boleh melihat hasil carian yang lain dengan hanya swipe akan skrin tersebut, dan melihat hasil keputusan carian yang lain padanya.









Jikalau kita dapat lihat, Siri dan beberapa aplikasi lain memfokuskan kepada penggunaan data daripada pelbagai pihak lain, manakala Google menggunakan data sendiri daripada Knowledge Graph. Semestinya ia masih lagi pada peringkat awal, dan akan ditambah baik dengan pelbagai fungsi pada masa akan datang.

Google Voice Search ini bakal didatangkan bersama-sama dengan Android 4.1 Jelly Bean bermula bulan Julai ini kelak.

Sistem Notifikasi Pada Android 4.1 Jelly Bean Kelihatan Lebih Menarik Lagi



Dengan perang platform mudah-alih pada hari ini, salah satu perkara yang menjadi keutamaan adalah bagaimana notifikasi diperlihatkan. Dan Android yang sedia terkenal dengan sistem notifikasi yang baik, kini terus menambah-baik bagaimana notifikasi diperlihatkan, sekaligus memudahkan pengguna melakukan pelbagai perkara terus melalui bar notifikasi.



Bar notifikasi yang diberikan nafas baru ini membolehkan para pengguna mengetahui lebih banyak info berkaitan sesuatu notifikasi, disamping menyelesaikan pelbagai perkara terus melalui bar notifikasi tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya anda mendapat notifikasi panggilan yang tidak dijawab, anda boleh melakukan panggilan semula, ataupun menghantar balik terus pada bar notifikasi tersebut. Perkara sama juga untuk aplikasi lain, termasuk dimana anda boleh melihat gambar yang dikongsikan pada laman sosial, dan membaca lebih lanjut berkaitan sesuatu perkara, terus daripada bar notifikasi tersebut.





Sistem notifikasi ini juga memudahkan pengguna melakukan pelbagai perkara tanpa memerlukan mereka ke sesuatu aplikasi itu sendiri.

Fungsi baru ini diperkenalkan untuk para pengguna Android 4.1 Jelly Bean, yang mana akan diperkenalkan bermula bulan hadapan.

Sokongan Widget Yang Lebih Pintar Diperkenalkan Pada Jelly Bean



Salah satu kelebihan pada Google Android adalah sokongan widget padanya, dan melalui Jelly Bean, mereka menjadikan sokongan widget terus menarik lagi, membolehkan ia diperbesarkan dan dikecilkan tanpa menganggu ikon aplikasi dan widget sedia ada pada skrin utama.



Seperti umum sedia maklum, sokongan mengawal saiz widget telah diperkenalkan pada Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Namun, setiap kali ingin membesarkannya, mungkin pengguna menghadapi masalah sekiranya terdapat sebarang ikon lain berdekatan dengannya.

Untuk mengatasinya, Jelly Bean menawarkan sokongan dimana ikon aplikasi akan disusun secara automatik apabila saiz widget diubah, sekaligus memudahkan para pengguna untuk mengubah saiz dan sebagainya.

Android 4.1 Jelly Bean akan diperkenalkan bermula bulan hadapan, dan akan diperkenalkan kepada Motorola Xoom, Galaxy Nexus dan juga Nexus S terlebih dahulu, sebelum pengeluar peranti memperkenalkan kemaskininya kepada peranti yang lain.

Papan Kekunci Android 4.1 Boleh Meneka Perkataan Sebelum Anda Mula Menaip



Pelbagai aplikasi pihak ketiga kini membawakan sokongan ramalan perkataan dan sebagainya. Namun, ia memerlukan para pengguna memasukkan sekurang-kurangnya satu huruf sebelum ia dapat meramal. Tetapi, kini Android melangkah setapak kehadapan, membolehkan ia meramal sebelum anda menaip sebarang huruf.



Sokongan ramalan ini didatangkan melalui sokongan Predictive Keyboard, dimana ia memperlihatkan perkataan ramalan berdasarkan kepada perkataan pertama yang anda taip pada sebarang mesej anda.

Seperti biasa, ia didatangkan dengan sistem pintar sendiri, dimana ia akan mempelajari cara menaip anda, dan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.

Android 4.1 Jelly Bean Diumumkan Secara Rasmi



Setelah dikatakan sekian lama, akhirnya hari ini nama Jelly Bean diumumkan secara rasmi oleh Google, dimana ia bakal meneruskan tradisi dan antaramuka yang diperkenalkan pada Ice Cream Sandwich, sekaligus memfokuskan kepada kemudahan untuk para pengguna menggunakan peranti mereka.



Bersama-sama dengan pengumuman nama tersebut, Google turut sama memperkenalkan Project Butter yang mana lebih kepada mengoptimasikan Android untuk berfungsi lebih baik lagi, disamping turut mengatakan Jelly Bean akan membawakan sokongan Google Search yang lebih baik lagi.

Wednesday 27 June 2012

Microsoft Tidak Bina Sendiri Telefon Pintar Windows Phone 8





Microsoft tidak akan membina sendiri peranti telefon pintar Windows Phone 8 walaupun mereka membina sendiri tablet Surface, tablet Windows 8 ciptaan Microsoft. Pengenalan serta preview umum ciri-ciri yang ada pada Windows 8 telah dibuat oleh Microsoft dalam satu majlis khas beberapa hari selepas pelancaran rasmi tablet Surface kepada pihak media di Milk Studio. Yang bestnya Windows Phone 8 akan berintegrasi sepenuhnya dengan sistem operasi Windows 8 yang digunakan dalam tablet, laptop, komputer desktop. Ini sekaligus memudahkan aktiviti pemindahan fail digital (merangkumi gambar, lagu, video, dokumen, perisian, aplikasi) dari satu gajet ke gajet lain misalnya dari telefon pintar ke tablet, dari tablet ke telefon pintar semula. Dalam satu temuramah khas dengan Information Weekditerbitkan pada 25 Jun 2012, Greg Sullivan, Pegawai Pemasaran Senior di Windows Phone memberi kenyataan bahawa mereka (pihak Microsoft) tidak akan membina sendiri telefon pintar Windows Phone 8 sebaliknya akan memberi tugas membina peranti Windows Phone 8 itu kepada rakan niaga Microsoft terdiri daripada syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka – Nokia Samsung, Huawei.

HTC Bina Pembantu Maya Serupa Siri





HTC sedang dalam proses membina sendiri aplikasi pembantu maya yang memberi respon pada arahan suara pengguna (virtual voice assistant) ciptaan mereka menyamai Siri pada iPhone 4S, S Voice padaSamsung Galaxy S3 dan LG Quick Voice pada telefon pintar keluaran LG. Pihak HTC memberi pembayang projek rahsia mereka itu dengan memaparkan gambar palsu perbualan antara pemilik telefon pintar HTC dengan pembantu mayanya dinamakan Spot di dalam laman Facebook rasmi HTC. Walaupun gambar itu palsu kerana ditulis sebagai ‘isnt real’ dan pihak HTC sendiri mengakuinya, namun mereka memberi kenyataan berkias bahawa aplikasi maya itu akan dibina dalam paparan ayat “ever wonder what your pet has been trying to tell you all these years?”. Ayatnya berbentuk tamsilan namun kami memahaminya sebagai klu bahawa pembantu maya bersuara manusia seperti Siri akan ditampilkan oleh HTC, paling tidak pun mungkin akan membina virtual voice pet yang bertindak sebagai binatang peliharaan dalam aplikasi permainan. Ini tekaan kami sahaja. Tapi kami berpendapat HTC pasti tidak mahu ketinggalan dengan Samsung dengan S Voice miliknya dan LG dengan Voice Assistant, pasti akan ada sesuatu yang istimewa untuk pengguna HTC terutama pengguna HTC One X yang kini dianggap saingan terhebat Galaxy S3.

[iAwani]

Volt Buckle Kepala Tali Pinggang Pengecas USB







Volt Buckle adalah gajet yang berfungsi sebagai pengecas berkapasiti 110 volts khusus untuk peranti mudah alih seperti telefon pintar juga tablet. Pada paparan biasa ia cuma tali pinggang lelaki. Apabila kepala tali pinggang itu dicabut dan dipisahkan lalu dilihat dengan lebih dekat, ia sebenarnya adalah pengecas. Cuma cucuk ke mana-mana palam elektrik atau mana-mana soket kemudian sambungkan kabe usb padanya untuk memudahkan pengaliran cas elektrik ke gajet Anda. Dari perspektif lain, ideanya unik dan inovatif kerana menjadikan pengecas berubah kepada sebuah kepala tali pinggang yang boleh dipakai kemudiannya di bawa ke mana-mana, bahkan tidak perlu menyemakkan poket Anda. Dari laman web rasmi Volt Buckle iaitu IndieGogo, pereka asalnya berkata saiz tali pinggang yang didatangkan bersamaVolt Buckle adalah ‘custom designed’ untuk pinggang dari saiz 30 inci hingga 40 inci. Nampaknya sesuai untuk lelaki sahaja.






[iAwani]

Facebook Camera Versi BlackBerry



                         

Pengguna BlackBerry kini berpeluang menggunakan aplikasi Camera yang asalnya dicipta olehFacebook khusus untuk iOS. Versi awal Camera telah diperkenalkan untuk iOS dan kini versiBlackBerry sudah muncul. Ia boleh digunakan pada peranti yang memiliki sistem operasi BlackBerry 6 ke atas. Setakat ini versi terbaru adalah BlackBerry OS 7.1. Dengan memasukkan Camera ke perantiBlackBerry, Anda boleh memuat naik gambar bila-bila masa melalui Wifi/3G, memasukkan deskripsi ayat ke dalam gambar, membuat album, melihat-lihat gambar yang sudah dimuat naik oleh rakan-rakanFacebook Anda kemudian memberi komen. Ia berbeza dengan aplikasi rasmi Facebook khas untukBlackBerry kerana aplikasi Camera dioptimaskan untuk memuat naik gambar sahaja. Camera versiBlackBerry dibina oleh S4BB Limited bukan oleh Facebook. Anda boleh muat turun Camera untuk BlackBerry sekarang dari BlackBerry App World, hanya $2.99 Dolar Amerika sekali download.

[iAwani]

Amazon Kindle Ke Jepun



                                              

Amazon Kindle, gajet pembaca buku digital (eReader) kini akan mula dipasarkan di Jepun. Promosi mengenainya kini muncul di laman web Amazon Jepun dengan ayat bermaksud “akan datang”. Tahun 2011 kami ada terbaca ura-ura mengenai Kindle mahu dipasarkan di Jepun tadi dibatalkan. Kali ini untuk membuat warga Jepun tahu kemunculan Kindle, pihak Amazon sendiri telah memeterasi perjanjian niaga dengan beberapa syarikat penerbitan di Jepun dan mungkin akan berusaha memeterai perjanjian dengan syarikat-syarikat penerbitan besar bagi memudahkan produk informasi (buku, majalah) terbitan mereka dipasarkan di Kindle dalam format digital selain format bercetak yang sudah ada dijual di pasaran. SelepasKindle diterima baik oleh pengguna di Jepun, kami pasti tablet Kindle Fire akan menyusul.

[iAwani]

Firefox 14 Lebih Dua Kali Ganda Pantas Berbanding Pelayar Web Terbina Android



Pihak Mozilla, hari ini telah pun memperkenalkan Firefox untuk Android versi terbaru, iaitu Firefox 14, yang mana bersama-sama dengannya membawakan sokongan elemen rekabentuk antaramuka asal Android, sekaligus menjadikan aplikasi tersebut bergerak dan berfungsi dengan lebih pantas pada peranti Android berbanding sebelumnya.



Dengan ia dioptimasikan untuk kelajuan, maka kini para pengguna boleh menggunakannya dalam melayari laman web, sekaligus fungsi-fungsi asas seperti zoom, menatal dan sebagainya berfungsi lebih laju berbanding biasa. Mozilla turut mengatakan pelayar web Firefox 14 untuk Android ini lebih 2 kali ganda pantas berbanding pelayar web yang terbina pada Android itu sendiri.

Fungsi “Awesome Screen” turut diperkenalkan, membawakan sokongan sync yang lebih baik, membolehkan anda menyimpan pelbagai data seperti kata laluan, Bookmark dan sebagainya pada peranti Android anda. Firefox untuk Android juga turut sama menyokong Flash padanya. Sokongan lain seperti HTML5 dan juga CSS3 turut sama dikemaskini dan ditambah-baik lagi.





Mozilla turut dilaporkan akan memperkenalkan pelayar web Android mereka dengan antaramuka yang dioptimasikan untuk tablet tidak lama lagi. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Firefox 14 untuk Android hari ini, dan mengujinya sendiri pada peranti Android anda.

[Amanz]

Tuesday 26 June 2012

Iphone 5 bakal dikeluarkan dengan skrin lutsinar?


Video yang anda bakal lihat ini adalah hanya satu konsep dari pihakAdneyFilms jika Iphone 5 dilengkapi dengan skrin lutsinar.
Berdasarkan video ini, kita dapat lihat teks dan gambar adalah jelas dipaparkan dan untuk menangkap gambar ,kita hanya perlu lihat apa yang ada di belakang skrin. Ia juga memaparkan projektor terbina yang akan menukarkan apa sahaja permukaan menjadi papan kekunci.
Mungkinkah kita akan melihat ciri ini pada Iphone 5 yang bakal menjelma?.Sama-sama kita nantikan.
[Gajet]

HeatStick : Pemanas Air Mudah Alih


Jika kita sedang mengembara ataupun berkhemah ,untuk mendapatkan air panas kita perlu menghidupkan api terlebih dahulu. Tetapi dengan adanya Heatstick ini,proses untuk mendapatkan air panas menjadi lebih mudah.
Heatstick berfungsi dengan memasukkan pemanas ke dalam botol yang disediakan. Beratnya hanyalah 380 gram dan mampu menapung air sebanyak 0.925 liter.
Dijual pada harga $400 ( RM1200 ) anda boleh dapatkannya di lamanHeatgear.




Iris : Kawal Kamera Dengan Hanya Guna Mata [Konsep]


Kamera yang dipanggil Iris ini menggunakan mata kita sendiri untuk mengawalnya. Ia akan mengesan pergerakan bebola mata kita dan membolehkan pengguna menangkap apa yang mereka lihat.
Direka oleh Mimi Zou,seorang pelajar dari Royal College of Art, Iris dikawal dengan cara mengelip dan menggerakkan bebola mata anda. Ia boleh mengecam subjek yang diambil apabila ia fokus pada mata subjek tersebut.

9 Produk Terbaru Mungkin Dimunculkan Google



      

Menjelang persidangan tahunan untuk pembangun perisian anjuran Google yang di namakan Google Input Output yang ada di adakan pada 27-29 Jun 2012, 9 produk terbaru di jangka akan dikeluarkan pada waktu itu. Berikut adalah senarai 9 produk terbaru yang akan diperkenalkan sepanjang Google Input Output berlangung.

1. Android 4.1 Jelly Bean.
2. Google Assistant ( menyamai fungsi Siri dan S Voice).
3. Google Nexus Tablet.
4. Google Compute Cloud.
6. Google TV 2.0
7. Project Glass.
8. Brightly.
9. Aksesori Android.

[iAwani]

iOS6 Beta Kedua





iOS6 Beta 2 versi pembangun (developer version) kini dilepaskan pada 25 Jun 2012 yang lalu membawakan kod binaan 10A5338d padanya, pelepasan itu tujuannya untuk membantu Apple memperbaiki lagi sistem operasi iOS6 itu serta memperbaiki beberapa kerosakan padanya. Apple dikenali ramai sebagai sebuah syarikat teknologi yang mesra pembangun (developer) jadi mereka melepaskan sistem operasi yang mereka cipta untuk diteliti serta ditambah baik oleh pembangun lain dipacu oleh minat, cara ini berlainan sekali dengan Microsoft. iOS Beta kedua ini boleh digunakan pada iPad Baharu, iPad 2, iPhone 4S, iPhone 4, iPhone 3GS dan iPod Touch generasi keempat. Versi ini masih belum stabil namun bagi pengguna biasa, ia boleh dicuba-cuba. Pastikan Anda tahu apa yang Anda buat, jika tidak yakin, usah cuba. Tunggu sahaja versi stabil iOS6 dikeluarkan nanti.

[Amanz]

Pinterest Versi Android Akan Diperkenal



                                       

Pinterest versi Android dengar khabarnya akan diperkenalkan ketika persidangan Google Input Output, jika belum biasa dengan Pinterest, ia adalah aplikasi web khusus untuk memberitahu orang lain apa yang menarik minat Anda, fungsi sebenar Pinterest adalah untuk mengongsikan apa yang Anda sukai dengan orang lain dengan cara ‘pin’ atau meletaknya di ruang pinboard Anda supaya kawan-kawan/kenalan Anda melihatnya. Maklumat mengenai pengenalan Pinterest versi Android terpampang di aplikasi khas Google Input Output dengan ayat “now available for Android” memaparkan bahawa pihak pencipta Pinterest akan berada di sana ketika acara berlangsung. Ia masih belum ditampilkan di Google Play saat kami menjumpai berita ini namun yang pasti ia akan diwar-warkan buat penggunaAndroid tidak lama lagi setelah versi akhirnya dikeluarkan.

Microsoft Beli Yammer $1.5 Billion



                                               

Microsoft akhirnya membeli Yammer dengan nilai pembelian $1.5 billion Dolar Amerika. Jika Anda pertama kali mendengar nama Yammer, aplikasi web ini sebenarnya adalah laman web sosial untuk warga korporat dan ia tidak dibuka untuk umum sepertimana Facebook. Oleh kerana Yammer dikhususkan untuk warga korporat maka mana-mana syarikat boleh menggunakan teknologi Yammer untuk membina jaringan sosial di dalam syarikat mereka, menjadikan setiap kakitangan boleh berhubung secara percuma. Setiap pekerja boleh menerbitkan status, berkongsi gambar, berkongsi maklumat, berkongsi video, mengirim mesej, berkongsi fail serta menggunakan “extranet untuk membolehkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan. Pembelian Yammer merupakan pembelian terbesar Microsoft selepas pembelian Skype dengan nilai 8.5 billion Dolar Amerika. Selepas ini, Yammer akan beroperasi di bawah bahagianMicrosoft Office yang kini di ketuai oleh Kurt DelBene, pasukan Yammer pula akan kekal di bawah seliaan CEO mereka, David Sacks. Mungkin Microsoft Office versi terbaru akan di integrasikan dengan fungsi sosial dimiliki oleh Yammer khusus untuk digunakan dalam syarikat-syarikat pernigaaan besar.

[Amanz]

(Konsep) Rekabentuk Antaramuka Google Play Pada Android



Google pada awal tahun ini telah pun menjenamakan semula Android Market kepada Google Play Store. Walaubagaipun tidak begitu banyak perubahan yang dibawakan melaluinya. Dan dengan Google I/O yang semakin hampir, salah seorang perekabentuk bebas hadir dengan gambar konsep untuk rekabentuk antaramuka Google Play Store yang baru.



Daripada rekabentuk konsep yang diperlihatkan, ia menunjukkan yang mana ia membawakan akses pantas kepada pelbagai bahagian, seperti Google Music, Movies, Books, Apps, dan sebagainya dengan mudah, disamping rekabentuk yang selari dengan antaramuka lain untuk aplikasi Google pada Android.

Ia masih tidak diketahui adakah Google akan memperkenalkan kemaskini untuk antaramuka Google Play Store. Namun, mungkin ia adalah salah satu perkara menarik yang dinantikan ramai, disamping memudahkan lagi pengguna menemui dan mengakses pelbagai aplikasi dengan pantas lagi.

Jadi, apa kata anda?

[Amanz]

Facebook Mengantikan Semua Alamat Emel Kepada Alamat Facebook.com



Dalam usaha untuk mengalakkan lebih ramai berhubung menggunakan alamat emel yang disediakan oleh Facebook, hari ini pihak Facebook telah pun mula mengantikan semua emel yang dipaparkan pada profil, dengan hanya memperlihatkan emel Facebook sahaja. Namun, untuk beberapa perkara, seperti mendapatkan kata laluan dan notifikasi, emel asal masih digunakan lagi buat masa ini.



Sekiranya anda melayari sebarang profil hari ini, semuanya digantikan dengan penggunaan emel oleh Facebook. Dan bagi beberapa pengguna yang masih belum memilih Facebook Username mereka, emel tersebut dipaparkan dalam bentuk nombor, yang mana semestinya salah satu perkara yang sukar untuk diingati dan dihubungi oleh orang lain.

Bagi mereka yang ingin mengubahnya kembali, anda hanya perlu klik pada pautan About di profil Facebook anda, dan kemudiannya klik pada butang Edit di bahagian emel.

Walaupun untuk mengubahnya, ia merupakan salah satu perkara yang mudah, namun ramai pengguna yang tidak gemarkan cara Facebook mengendalikan perkara ini, dengan tidak memberitahu kepada pengguna berkaitan dengannya.

Maklumat Mengenai Peranti Sentuh Dan QWERTY BlackBerry 10 Mula Kelihatan



Walaupun jenama RIM semakin kurang popular dari hari ke hari, namun salah satu peranti yang dinantikan ramai adalah peranti BlackBerry 10. Kini, sebuah dokumen tertiris di arena web, memperlihatkan dua keluarga Blackberry 10 akan hadir kelak, dinamakan sebagai siri-L dan juga siri-N buat masa ini.



Daripada apa yang kelihatan, siri-L kelak akan membawakan skrin sentuh sepenuhnya, manakala siri-N membawakn sokongan papan kekunci QWERTY bersama dengannya.

Bertambah lagi, mengikut dokumen tersebut, peranti siri-L yang pertama kelak akan membawakan skrin dengan resolusi 768×1280 pixel pada 356PPI. Sekiranya ini benar, maka ia akan sekaligus mendahului skrin Retina pada iPhone 4S yang dicanang oleh Apple sebelum ini.

Siri-N pula dikatakan akan membawakan skrin dengan resolusi 720×720 pixel pada 330PPI.

N4BB turut sama mengatakan sekiranya semuanya berjalan lancar, mungkin peranti BlackBerry 10 pertama akan mula dipasarkan seawal bulan September kelak.

Sehingga kini, pihak RIM masih senyap tanpa sebarang tarikh pelancaran untuknya, selain hanya menyediakan peranti untuk pembangun, dinamakan sebagai BlackBerry 10 Dev Alpha.

Monday 25 June 2012

Angry Birds : Heikki Kini Boleh Dimainkan Pada Pelayar Web Anda



Rovio, seperti pernah mempromosikan sebelum ini, hari ini telah pun memperkenalkan permainan baru berasaskan web, dinamakan sebagai Angry Birds Heikki, yang mana membawakan serba sedikit tema perlumbaan F1. Hari ini, hanya level Silverstone sahaja diaktifkan, dengan yang lain akan menyusul secara berperingkat.





Salah satu sebab mengapa Rovio memperkenalkannya adalah disebabkan Rovio merupakan salah satu penaja untuk Heikki Kovalainen, salah seorang pelumba F1.

Angry Birds Heikki ini membawakan permainan berasaskan web, dimana selain membawakan watak burung yang biasa, ia turut membawakan watak burung dengan topi keledar, dimana para pemain boleh mengaktifkannya dengan mendapatkan kod khas daripada Facebook untuknya.

Bagi anda yang sememangnya jatuh cinta dengan Angry Birds, boleh memainkan permainan ini pada pelayar web anda hari ini. Namun bagi kami sendiri, kami mula terasa agak kebosanan dengan permainan Angry Birds, dimana mungkin Rovio perlu menghentikannya sementara, dan memperkenalkan Amazing Alex secepat mungkin,

Rakaman Nokia 808 PureView Dibandingkan Dengan Canon 5D Mark III Dan Olympus E-PL2



Kamera pada Nokia 808 PureView merupakan salah satu kamera telefon pintar yang boleh dipuji, membawakan sensor sehingga 41-megapixel, sekaligus menjadikan gambar yang dihasilkan amat berkualiti tinggi. Hari ini, GSM Arena memperlihatkan perbandingan kualiti gambar yang dihasilkan oleh Nokia 808 PureView bersama-sama dengan beberapa kamera lain.





Daripada gambar-gambar perbandingan yang diperlihatkan, ia boleh dikatakan, gambar yang dihasilkan oleh Nokia 808 PureView boleh menyaingi beberapa kamera kompak sedia ada di pasaran hari ini.

Buat masa ini, kami sendiri sekadar dapat melihat Nokia 808 PureView pada Nokia Store sahaja, dan tidak berpeluang untuk mengujinya secara keseluruhan. Namun, daripada beberapa gambar-gambar perbandingan yang diperlihatkan akhir-akhir ini di arena web, mungkin boleh dikatakan sekiranya anda gemar merakamkan pelbagai gambar pada telefon pintar, dan inginkan sesuatu yang setara kamera kompak, mungkin anda boleh mendapatkan Nokia 808 PureView ini.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News