KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Saturday 28 April 2012

[MALAY] Samsung Mendahului Nokia Dalam Industri Telefon Mudah-Alih



Nampaknya, Samsung yang kini mengikuti gaya Nokia dengan mengeluarkan pelbagai saiz dan bentuk peranti mula membuahkan hasil, dimana kini melalui statistik semasa yang dikeluarkan, ia mendahului Nokia sebagai syarikat pengeluar telefon mudah-alih terkemuka di dunia.

Melalui angka yang dikeluarkan untuk suku tahun pertama 2012, ia memperlihatkan Samsung telah mengeluarkan sebanyak lebih 93.5 juta telefon mudah-alih, manakala Nokia hanya mengeluarkan sebanyak 82.7 juta sahaja. Apple pula hanya mengeluarkan sebanyak 35.1 juta peranti sepanjang tempoh tersebut.

Pada masa yang sama, dari segi penjualan telefon pintar sendiri, Samsung sekali lagi mengunguli kategori tersebut dengan pengeluaran sebanyak 44.5 juta peranti berbanding Nokia yang menduduki tempat ketiga dengan hanya 11.9 juta peranti sahaja.

Walaubagaimanapun, untuk Nokia ia boleh diperkatakan sebagai salah satu permulaan dan nafas baru melalui fokus mereka kepada Windows Phone. Mungkinkah suku tahun kedua memberikan Nokia peluang mendahului Samsung kembali, atau Samsung akan terus mendahului yang lain?

[ENGLISH] TAPIROO BRINGS YOU MALAYSIAN TRADITIONAL GAME IN IOS



In the past there are a few traditional games that has been made for smartphone platform, such as Congkak & Guli. Recently, a Malaysian developer has introduced another traditional game – galah panjang – to the iOS platform, named Tapiroo which is being sold at $0.99





The game uses characters that are synonymous with Malaysia – Orang Utan and Tapir Malaya. Orang Utan will be controlled by player to block Tapir Malaya from passing through in the towards the next box, just like the traditional game galah panjang.

In terms of design and interface, praise must be given for the clean interface and giving the game a Malaysian village environment. The controls are pretty easy and can be learnt in few moments, where the player has to control Orang Utan and place it in front of Tapir Malaya.

However, on other factors it doesn’t seem addictive. This because it doesn’t provide levels like other games (Angry Birds, Where’s My Chicken etc) and the gameplay will just become faster and focused in collecting the highest score. At the moment, there’s no feature to compare the player scores with their friends and the inability to share the marks via social network, gives less motivation to get higher marks.

For those who are interested, you can puchase Tapiroo at $0.99 from Apple AppStore today and enjoy the traditional game in your iOS devices.

[MALAY] Gambar “Galaxy S3″ Dengan Butang Fizikal Dan Kapasitif Diperlihatkan



Sehari lagi berlalu, dan sekali lagi gambar yang diperkatakan sebagai Galaxy S3 mula kelihatan pada arena web, memperlihatkan beberapa perkara seperti mana diura-urakan sebelum ini, selain turut diperkatakan sebagai rekabentuk akhir untuk peranti tersebut.



Melalui gambar baru yang kelihatan, ia memperlihatkan peranti Samsung dengan skrin yang direkabentuk dari penjuru ke penjuru, selain mana turut menyertakan butang fizikal dan juga kapasitif padanya, berbeza dengan apa yang diperlihatkan pada video sebelum ini.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, ia masih tidak diketahui sama ada ianya merupakan rekabentuk akhir, prototaip dan sebagainya. Segalanya dijangka akan terjawab pada 3 Mei kelak, melalui acara rasmi Samsung untuk pengenalan “The Next Galaxy”.

[ENGLISH] WHERE’S MY CHICKEN DOWNLOADED MORE THAN 50,000 TIMES



There are many games are developed for Android by our local developer, but the success stories from it are very low. However, its different for Accurve Studio which launched their latest Android game, which had gained more than 50,000 downloads since launched two weeks ago.




"Where’s My Chicken is a challenging and fun game with hours of replay value. Each of the levels require quick reflexes, strategy and concentration under pressure as you fend off the increasingly hungry foxes. All levels are randomly generated, so be quick to plan and build your defences."

Accurve Studio had launched many applications particularly for Android before this, but it seems that Where’s My Chicken is gaining traction from day to day. Last week they announced that the game had been downloaded more than 20,000 times, and this week it had reached more than 50,000 downloads.

The game comes in two versions, which is paid version, and ad supported free version. Although the paid version is gaining download numbers from day-to-day, however, the paid version seems like still unpopular to date. It is still unknown whether the company will release the same game for iOS or not.

If you are using Android based device, maybe can give a try by downloading the game directly fromGoogle Play Market.

[MALAY] Google Memperkenalkan Permainan “Zerg Rush” Pada Enjin Carian Mereka



Google sering bereksperimen dengan pelbagai idea menarik. Dan kali ini, mengambil idea daripada permainan popular StarCraft, mereka memperkenalkan permainan khas melalui sokongan HTML5, dimana boleh diaktifkan oleh semua pengguna dengan menaip Zerg Rush pada kotak carian Google.



Melaluinya kelak, anda akan dipaparkan dengan hasil carian seperti biasa, dimana selepas beberapa saat, beberapa abjad “O” akan muncul dan memakan setiap hasil carian anda satu per satu. Anda walaubagaimanapun, boleh bertahan dengan membunuh setiap abjad “O” dengan mengklik atasnya, dan menyelamatkan hasil carian anda.

Akhir sekali, anda boleh berkongsi markah yang dikumpulkan oleh anda melalui Google+, disamping boleh membandingkan dengan rakan-rakan anda yang lain. Bagi mereka yang ingin cuba, boleh mulakannya dengan melakukan carian Zerg Rush sekarang.

[MALAY] Discovery Channel Dan HP Bekerjasama – Menawarkan Pelbagai Hadiah Menarik kepada Pengguna



HP, salah satu pengeluar peralatan perkomputeran terkemuka dunia, kini mengumumkan kerjasama dengan Discovery Channel, salah satu saluran informasi terkemuka dunia, dimana melalui kerjasama ini, kedua-dua syarikat akan bersama menyediakan episod baru untuk siri MythBusters kepada para penonton di Asia Tenggara.



Kerjasama ini juga merupakan sebahagian daripada promosi yang dilakukan oleh HP untuk Ultrabook terbaru mereka, HP Folio 13 yang telah diperkenalkan oleh HP Malaysia sebelum ini. Dengan nama Ultrabook sendiri, mungkin umum sedia ketahui akan yang mana ia membawakan rekabentuk yang amat nipis dan menarik, disamping menyertakan bateri dengan masa bertahan sehingga 9 jam padanya. Di Malaysia, HP Folio 13 dijual pada harga RM2999, namun, melalui promosi yang diadakan oleh pihak HP Malaysia, para pengguna boleh memenanginya secara percuma dengan menyertai peraduan yang diadakan dengan kerjasama Discovery Channel Asia.

Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan Kuala Lumpur, mungkin anda sendiri boleh datang melihat roadshow yang diadakan oleh HP Malaysia bersama Discovery Channel pada 25 hingga 29 April ini di Mid Valley Kuala Lumpur, serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah eksklusif disana. Bagi mereka yang tinggal jauh pula, mungkin boleh menyertaiperaduan yang dianjurkan mereka melalui web, dan memenangi pelbagai hadiah menarik melaluinya.

[MALAY] Google SketchUp Diambil-Alih Oleh Trimble



Dengan persaingan yang semakin hangat antara peranti iOS dan juga Android, ia kelihatan RIM tidak ingin ketinggalan sama, dimana kini diperkatakan, RIM bakal mengumumkan peranti dengan sistem operasi BlackBerry 10 seawal bulan Ogos ini, sebelum memulakan jualannya pada bulan Oktober kelak.

Research In Motion yang diperkatakan mengalami pengurangan pengguna akhir-akhir ini dilihat seperti bakal memperkenalkan BlackBerry 10 dengan peranti mereka yang dikemaskini, serta membawakan pelbagai fungsi baru dan peningkatan daripada sedia ada melaluinya.



Ia diperkatakan peranti pertama untuk BlackBerry 10 kelak akan menjadi peranti yang memfokuskan skrin sentuh sepenuhnya, selain peranti berasaskan QWERTY juga turut akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan. RIM juga disasarkan akan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk tujuan pemasaran mereka melalui peranti BlackBerry 10 kelak.

Jadi, mungkinkah BlackBerry akan kembali beraksi dan memikat hati pengguna bermula daripada BlackBerry 10 kelak?

[MALAY] Ubuntu 12.04 LTS (Precise Pangolin) Dilancarkan Secara Rasminya




Bagi para peminat dan pengguna Ubuntu, hari ini, seperti dinantikan ramai, pihak pembangun Ubuntu bersama-sama dengan Canonical telah pun melancarkan Ubuntu 12.04 LTS (Precise Pangolin) kepada umum, membolehkan para pengguna seluruh dunia memuat-turun dan mula menggunakan versi stabil untuk Ubuntu versi baru ini, dan menggunakan pelbagai perkara baru yang didatangkan bersama dengannya.

Untuk makluman, Ubuntu 12.04 merupakan sistem operasi Ubuntu dengan sokongan jangka panjang, dimana akan disokong selama lebih kurang 5 tahun untuk versi desktop mahupun pelayan. Sekiranya anda tidak gemar untuk mengemaskini sistem operasi anda untuk setiap tahun, mungkin ini adalah salah satu pilihan anda.

Melaluinya, ia menggunakan kernel Linux 3.2, persekitaran desktop GNOME 3.4, serta didatangkan bersama-sama dengan antaramuka Unity padanya. Kini, ia membawakan peningkatan terutamanya pada Unity, membolehkan para pengguna menggunakan desktop dengan mudah, disamping mengawal Unity dengan lebih menyeluruh lagi.

Disamping itu, ia turut membawakan sokongan HUD, untuk akses yang lebih pantas, serta mengantikan menu tradisional yang sering didatangkan pada sistem operasi biasa. Selain daripada itu, Ubuntu 12.04 LTS turut membawakan pelbagai kemaskini untuk sistem operasi mereka, termasuk aplikasi sumber terbuka yang didatangkan bersama-sama dengannya.
Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun Ubuntu 12.04 LTS secara terus daripada pelayan Ubuntu, dan mula menggunakannya hari ini.

[MALAY] Sokongan Lawatan 3D Di Google Maps Turut Diperkenalkan Untuk Lokasi Di Malaysia





Lanjutan daripada pengumuman Google untuk sokongan lawatan gambar 3D terus pada Google Maps, nampaknya, ia turut menyertakan sokongan untuk lokasi-lokasi di Malaysia, dimana para pengguna boleh melayari dan melawat beberapa lokasi popular di Malaysia terus melalui pelayar web anda.

Antara lokasi-lokasi popular yang disertakan, termasuklah Dataran Merdeka, Batu Caves, A Famosa, Bangunan Sultan Abdul Samad, dan banyak lagi lokasi-lokasi popular dikalangan pelancong. Ini merupakan sebahagian daripada lokasi di Malaysia, yang mana termasuk dalam lebih 15,000 lokasi diseluruh dunia yang didatangkan dengan sokongan tersebut.

Untuk menjayakan perkara ini, Google menggunakan gambar yang dikongsikan pengguna daripada Picasa dan Panoramio, dan menjayakannya melalui paparan 3D yang amat menarik sekali.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web terkini, mungkin boleh mengaktifkan sokongan WebGL padanya, dan mula melayari lokasi-lokasi menarik bukan sahaja didalam negara, malah turut diluar negara, terus daripada monitor anda.

[MALAY] Kaspersky : Apple Masih Sedekad Dibelakang Microsoft Dari Segi Sekuriti



Nampaknya, platform Windows yang mempunyai bilangan virus yang tinggi merupakan salah satu kebaikkan untuk sistem operasi daripada Microsoft, membolehkan Microsoft memfokuskan untuk menjadikan sekuriti pada platform tersebut lebih baik lagi, berbanding Apple, yang kini diperkatakan masih jauh dari segi sekuriti dan keselamatan untuk sistem operasi mereka.

Akhir-akhir ini, ia kelihatan lebih banyak virus dihasilkan untuk para pengguna sistem operasi OS X, yang mana dilihat lebih mudah terdedah kepada pencerobohan trojan dan malware. Salah satu sebabnya adalah kerana sifat sambil lewa pengguna OS X sendiri, yang percayai sistem operasi mereka bebas daripada virus.

Pada masa yang sama, ia juga kelihatan Apple mengambil sedikit masa sebelum memperkenalkan kemaskini sekuriti untuk trojan dan sebagainya. Perkara ini dikendalikan lebih pantas untuk Windows, dimana selain Microsoft sendiri mengeluarkan kemaskini melalui Windows Update dan aplikasi antivirus mereka, MSE, Windows turut disokong oleh ramai pengeluar antivirus seluruh dunia.

Namun, perkara ini mungkin permulaan baru kepada Apple, memandangkan sebelum ini, melalui Windows XP, masalah virus turut menjadi salah satu perbualan hangat dan memberikan efek hebat kepada Microsoft.

Jadi, mungkinkah melalui OS X Mountain Lion ia akan mengatasi perkara ini?

[MALAY] Pelayar Web Opera 12 Beta Sedia Untuk Diuji – Menyertakan Pelbagai Fungsi Baru



Selepas Mozilla melancarkan Firefox 12 pada awal minggu ini, kini Opera Software, sedang dalam persiapan untuk melancarkan pelayar web Opera 12 untuk desktop. Sebagai langkah awal, hari ini, mereka telah pun melancarkan Opera 12 Beta kepada umum, membolehkan pengguna menguji terlebih dahulu, sebelum versi stabil diperkenalkan dalam masa beberapa minggu lagi.

Opera 12 “Wahoo” merupakan kemaskini pelayar web untuk desktop daripada Opera, membawakan pelbagai perkara baru padanya, termasuk lebih pantas dan pintar. Ia juga membawakan beberapa sokongan tambahan, dan salah satunya adalah sokongan tema padanya. Melalui sokongan tema, kini anda boleh menjadikan pelayar web Opera menggunakan rekabentuk kegemaran anda, dan mengubahnya dengan mudah pada bila-bila masa. Pembangun juga boleh membangunkan tema mereka dengan mudah, dan berkongsi dengan pengguna lain.



Pada masa yang sama, Opera 12 Beta ini juga membawakan sokongan pemprosesan berasingan untuk plugin. Dengan sokongan baru ini, ia membolehkan anda terus melayari laman web seperti biasa, walaupun sesuatu plugin menghadapi masalah (crash).

Disamping itu, Opera Reader turut didatangkan bersama, membolehkan para pengguna membaca sesuatu laman web dengan lebih mudah seperti membaca buku, terus pada desktop.

Bersama-sama dengan ini, ia turut membawakan pelbagai perkara tambahan, termasuk sokongan 64-bit untuk pengguna Mac dan juga Windows, serta penambah-baikkan untuk sokongan HTML5, CSS3 dan juga WebGL.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Opera 12 Beta hari ini, dan menguji sendiri fungsi-fungsi baru yang didatangkan bersama pada pelayar web generasi baru daripada Opera ini.

[MALAY] Telefon Pintar Galaxy Baru Akan Dijana Oleh Cip Exynos 4 Quad 1.4GHz



Selain daripada mengeluarkan peranti mudah-alih, Samsung juga merupakan pengeluar komponen dalaman untuk peranti mudah-alih, termasuk salah satunya adalah cip pemprosesan. Kini, dengan seminggu lagi untuk pelancaran peranti mereka, Samsung telah pun mengumumkan Galaxy baru mereka kelak akan menggunakan cip pemprosesan Exynos 4 Quad padanya. kelak.

Melalui cip pemprosesan baru ini daripada Samsung, ia membawakan kelajuan operasi sehingga 1.4GHz untuk setiap teras, dimana melaluinya, membolehkan para pengguna menonton dan merakamkan video 1080p pada kadar 30fps, serta membawakan tenaga lebih dua kali ganda berbanding cip versi sebelumnya serta membawakan penjimatan kuasa sehingga lebih 20%.

Selain daripada digunakan pada “The Next Galaxy”, Samsung juga dijangka akan menggunakan cip ini pada pelbagai peranti Galaxy lain yang dikeluarkan oleh mereka pada tahun ini.

[MALAY] Facebook Kini Menawarkan Aplikasi Antivirus Untuk Pengguna Mereka



Facebook dengan menjadi laman sosial terkemuka di dunia, ia turut menjadi salah satu tempat untuk tersebarnya pautan berbahaya dan sebagainya yang boleh menjejaskan pelbagai aktiviti pada komputer anda. Untuk Mengatasi perkara ini daripada berleluasa, kini Facebook bekerjasama dengan beberapa pengeluar antivirus, dan menawarkannya melalui laman sosial mereka.



Melalui laman sosial Facebook, kini mereka telah mempertingkatkan sokongan menyemak URL pada laman sosial mereka, membolehkan mereka mengenal-pasti URL yang berbahaya dengan pantas, dan mengelakkannya daripada dikongsikan melalui laman sosial tersebut.

Dan dalam usaha untuk turut menawarkan perlindungan kepada komputer para pengguna, kini Facebook Security menawarkan halaman khas untuk mendapatkan perisian antivirus untuk komputer anda, membolehkan mereka mendapatkan antivirus dengan percuma ataupun sokongan selama sehingga 6 bulan melalui laman tersebut. Antara perisian antivirus yang ditawarkan melaluinya adalah termasuk daripada Microsoft, McAfee, TrendMicro, Sophos, dan juga Symantec.

Jadi, bagi para pengguna Mac OS X dan juga Windows yang ingin mendapatkan perisian antivirus untuk komputer mereka, mungkin boleh dapatkannya daripada laman khas Facebook, dan mula melindungi komputer anda dengan lebih menyeluruh lagi.

[MALAY] Flickr Mengemaskini Perkhidmatan – Memperkenalkan Pemuat-Naik Media Baru



Walaupun Yahoo! aktif mematikan beberapa perkhidmatan lain, satu-satunya perkhidmatan yang terus menerima penambah-baikkan dan juga fungsi-fungsi baru adalah Flickr. Hari ini, pembangun Flickr memperkenalkan sokongan muat-naik yang serba-baru, disamping berkongsi statistik mengatakan kini Flickr menjadi lokasi untuk perkongsian sebanyak lebih 7 billion gambar dari seluruh dunia.



Menggunakan teknologi sokongan HTML5 pada pelayar web, Flickr membawakan pelbagai penambah-baikkan pada sokongan memuat-naik gambar terus melaluinya. Kini, ia menyertakan sokongan drag-drop pada pelayar web, membolehkan anda memuat-naik gambar dengan pantas lagi terus dari desktop. Flickr turut mengatakan kelajuan muat-naik kini lebih pantas, membawakan peningkatan sehingga 60% kepada pengguna antarabangsa.

Dan dengan teknologi kamera yang semakin meningkat naik, Flickr kini menambah had saiz gambar kepada 30MB bagi pengguna percuma, dan sehingga 50MB untuk pengguna berbayar. Ini membolehkan pengguna menyimpan gambar beresolusi tinggi dan berkongsi dengan lain melalui Flickr dengan lebih mudah lagi.

Sokongan baru ini dijangka akan diperkenalkan kepada semua pengguna Flickr secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang. Pada masa yang sama, pembangunnya turut mengatakan, lebih banyak fungsi baru akan hadir dalam masa akan datang khas kepada pengguna Flickr.

[MALAY] Google Maps Membawakan Sokongan Lawatan 3D Ke Beberapa Lokasi Utama Dunia



Google Maps merupakan salah satu produk Google yang diberikan perhatian serius oleh Google, dengan integrasi Google Earth, Street View dan pelbagai perkara lagi padanya. Dan kini, dalam menjadikannya lebih menarik, Google menyertakan sokongan lawatan 3D dalam bentuk gambar terus pada Google Maps untuk sebanyak lebih kurang 15,000 lokasi di seluruh dunia.



Melalui Google Maps, kini sekiranya anda membuat carian sesuatu lokasi, dan lokasi tersebut menyokong paparan lawatan gambar dalam bentuk 3D, maka ia akan memperlihatkan gambar pada hasil carian yang dihasilkan. Ini, sekaligus membolehkan anda melihat gambar-gambar berkenaan sesuatu lokasi, yang dikumpulkan daripada laman Picasa dan juga Panoramio.



Untuk paparan 3D ini, Google menggunakan sokongan WebGL padanya, jadi ia hanya menyokong pelayar web versi terkini, dan anda perlu aktifkan fungsi tersebut (sekiranya dimatikan) untuk menikmati sokongan tersebut.

Jadi, bagi anda yang gemar melawat sesuatu lokasi terus daripada monitor komputer anda, mungkin boleh ke Google Maps hari ini, dan memulakan lawatan 3D anda.

[MALAY] (Infografik) Panduan Merekabentuk Aplikasi Untuk Platform iOS



Di Malaysia, bilangan pembangun aplikasi untuk platform iOS adalah amat ramai, dan angka tersebut meningkat naik dari hari ke hari. Dalam merekabentuk aplikasi untuk platform tersebut, selain daripada fungsi-fungsi yang ditawarkan, perkara utama yang perlu diberikan perhatian adalah rekabentuk dan antaramuka aplikasi tersebut sendiri. Untuk memberikan beberapa tips penting dalam membangunkan aplikasi untuk platform tersebut,LemonLabs menyediakan sebuah infografik yang amat berguna untuk semua pembangun aplikasi iOS.

[MALAY] Google Memilih Samsung Untuk Mengeluarkan Peranti Nexus Generasi Baru?



Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Android, semestinya ketahui akan yang mana, Google biasanya akan memperkenalkan peranti Nexus baru pada setiap tahun, yang akan menerima sokongan dan kemaskini terlebih dahulu untuk peranti tersebut sebelum peranti Android yang lain. Dan untuk tahun ini, ia kelihatan Samsung sekali lagi memenangi kontrak Google untuknya.


Ia diperkatakan, jenama Nexus akan kekal digunakan, dan disasarkan untuk pelancaran sekitar suku tahun ke-empat tahun 2012 ini. Google diperkatakan memilih Samsung memandangkan mereka berupaya untuk membina peranti berkualiti tinggi, dan mengintegrasikannya dengan mendalam bersama Android. Apatah lagi, Samsung merupakan pengeluar peranti Android nombor satu dunia, menjadikan Google kekal memilih Samsung untuk Nexus.

Jadi, selain daripada Samsung Galaxy S3 yang bakal dilancarkan pada minggu hadapan, nampaknya kita juga boleh menantikan Nexus yang ketiga daripada Samsung dan Google pada penghujung tahun ini.

Tuesday 10 April 2012

[ENGLISH] GOOGLE MAPS BRINGS LIVE TRAFFIC UPDATES AND TRANSIT FOR MALAYSIA



Google recently being a little bit active in Malaysia. After introducing YouTube Malaysia before this, they also added support for Live Traffic Update and the public transit support. Together with it, Google also brings the Bahasa Malaysia support on their popular map service. However, for the time being, the support for real-time traffic conditions only available at the major area only.

To get the access for the real-time traffic conditions on Google Maps, users only need to enable the Traffic layer, and then can see the real-time updates, indicated by colours, which is green for smooth flowing, yellow for slow moving and red for congestion. As for the public transit, the supports includes the direction using public transports, including buses, LRT, Komuter and Monorail.

This also may indicate that many more functions which is targeted local market on the Google Maps will be available soon. One of it which is awaited for a long time is the StreetView function. Google Malaysia last year started to gather data for it, and targeted to unveil the support on StreetView for Malaysia later this year.


[MALAY] Facebook Mengambil-Alih Instagram Untuk $1 Billion



Nampaknya, setelah Instagram memperkenalkan aplikasi Android mereka pada minggu lepas, hari ini, Mark Zuckerberg mengumumkan yang mana mereka telah bersetuju mengambil-alih Instagram, sekaligus terus membawakan pasukan disebalik Instagram menyertai laman sosial terkemuka itu.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan perkhidmatan yang diambil-alih oleh Facebook sebelum ini, Instagram akan terus beroperasi seperti biasa setelah diambil-alih oleh Facebook. Menurut pembangun Instagram mereka akan terus membangunkan aplikasi mereka dengan lebih baik lagi, dan membangunkan rangkaian melaluinya, selain terus membawakan fungsi baru pada aplikasi mereka.

Menurut laman AllThingsD, pengambil-alihan Instagram oleh Facebook ini melibatkan kos sebanyak $1 billion. Harga untuk Instagram ini mungkin meningkat baru-baru ini dengan pengenalan aplikasi Android baru-baru ini, yang menerima pendaftaran sebanyak lebih 1 juta akaun baru dalam tempoh kurang 24 jam ia diperkenalkan.

[MALAY] Google Dalam Proses Mendapatkan Akhiran Domain Baru?



Sebelum ini, ICANN iaitu badan yang menjaga pendaftaran nama domain terkemuka telah pun mengumumkan yang mana merekatelah membuka pendaftaran untuk alamat domain yang baru, membolehkan syarikat besar dan organisasi mengambil peluang mendaftarkan nama domain yang lebih melambangkan syarikat mereka, dan berakhir dengan perkataan pilihan mereka, seperti .microsoft, .sun dan sebagainya.

Melalui laporan yang dikeluarkan oleh AdAge hari ini, ia dilaporkan Google merupakan salah satu syarikat yang sedang membida untuk beberapa nama domain TLD. Walaupun ia tidak diketahui apakah yang bakal dibeli oleh Google, spekulasi mengatakan antaranya adalah .google dan juga .youtube.

Mungkin kita juga boleh lihat Google membida untuk .blog, sekaligus menguntungkan para pengguna Blogger dibawah Google sekiranya benar. Untuk .youtube pula, ia akan menguntungkan jenama, membolehkan mereka membuat pautan langsung ke saluran YouTube dengan menggunakan alamat seperti www.amanz.youtube, www.malaysia.youtube dan sebagainya.

Namun seperti biasa, mungkin terdapat pelbagai syarikat lain yang turut membida untuk beberapa domain popular. Pada awal tahun ini, ia telah dikatakan yang mana untuk mendaftar domain seumpamanya akan melibatkan kos sekitar RM583000 untuk setiap pilihan gTLD.

Mungkinkah kita melihat syarikat besar daripada Malaysia, seperti Telekom Malaysia, Petronas, Media Prima dan sebagainya mendaftarkan sama akhiran domain pilihan mereka?

[MALAY] Gambar Sekitar Ibu Pejabat Apple



Jikalau semua sedia maklum akan bagaimana lokasi disekitar pejabat Google kelihatan, malah boleh dilawat semua melalui sokongan StreetView, masih ramai yang tetanya-tanya bagaimanakah pejabat Apple kelihatan, dan ramai yang ingin ketahui apakah rupa pejabat disebalik gergasi teknologi yang menghasilkan pelbagai peranti yang kini menjadi antara pilihan utama pengguna.

Melalui laman AppleGazette, mereka berkongsikan beberapa gambar disekitar pejabat dan bangunan Apple yang dikumpulkan dari sekitar web, sekaligus memberikan idea bagaimanakah kawasan sekitar bangunan Apple kelihatan.


Penyambut Tamu




Kedai Barangan Apple


Kedai Barangan Apple


Kedai Barangan Apple








Tandas Lelaki


Kafeteria


Tempat Rekreasi


Bilik Mesyuarat


Makmal Ujian Wireless

Semestinya perkara ini mungkin akan berubah tidak lama lagi dengan Apple yang kini dalam pembangunan ibu pejabat baru mereka yang berbentuk piring terbang, yang semestinya akan menyertakan pelbagai rekabentuk baru yang lebih menarik lagi.

[MALAY] Infografik : Sejarah Rekabentuk Web



Bersama-sama dengan perkembangan dunia teknologi dan juga pengaturcaraan, salah satu perkara yang turut sama menerima kesan positif daripadanya adalah dunia rekabentuk web. Sejak daripada dulu, ia telah melihat perkembangan positif sehinggalah kepada Web 2.0, HTML5 dan juga CSS yang semakin popular pada hari ini. Melalui infografik yang disediakan oleh pihak WestHost, ia memaparkan perkembangan dunia rekabentuk web dari dulu sehingga ke hari ini.

Salah satu perkara yang semakin popular pada masa sekarang adalah rekabentuk web yang turut dioptimasikan untuk pelbagai skrin, yang mana menjadikannya sebagai rekabentuk yang responsif. Beberapa perkhidmatan turut disediakan memudahkan anda merekabentuk laman dengan mudah, termasuk daripada Google sendiri, selain beberapa perkhidmatan lain seperti WordPress yang kini mengintegrasikan sokongan untuk merekabentuk web dan laman blog masing-masing dengan mudah.



Dengan perkembangan positif ini, apakah yang bakal didatangkan pada masa hadapan kelak dalam dunia rekabentuk web?

Sunday 8 April 2012

[MALAY] Ulasan iPad Baharu – Berbaloikah Untuk Dimiliki ?



Hari ini genap seminggu saya menggunakan iPad Baharu yang dibeli melalui rakan di Hong Kong. iPad Baharu yang dibeli merupakan model 16GB WiFi dan turut memuatkan iOS 5.1 iPad Baharu ini juga merupakan iPad generasi ketiga dan secara tidak langsung peranti iPad sudah berusia tiga tahun sejak ia diperkenalkan pada tahun 2010.

Ini merupakan iPad kedua saya selepas iPad 1 yang dibeli pada tahun lepas. Sebenarnya saya ingin membeli iPad 2 tahun lepas apabila ia diumumkan tetapi apabila melihat spesifikasinya yang hanya menggunakan kamera berkualiti rendah, saya batalkan rancangan saya dan membeli iPad 1. Apabila iPad Baharu diumumkan yang akan membawakan kamera dengan cip pengimejan sebesar 5Megapixel, saya terus terasa mahu membelinya.

Persoalannya, adakah ia berbaloi untuk dimiliki memandangkan sekarang terdapat banyak pilihan tablet di pasaran? Itu yang saya akan ulas hari ini dan mari kita lihat spesifikasi iPad Baharu.



iPad Baharu menampilkan pemproses dwi-teras Cortex A9X 1GHz yang juga dipasang dengan chipset yang dikenali sebagai A5X. Chipset ini menjanakan kuasa grafik empat teras. Skrin 9.7 inci yang digunakan sama seperti model terdahulu tetapi membawakan sokongan paparan Retina, yang menaikkan resolusi pixel mereka sebanyak 2048 x 1536. Kapasiti memori RAM juga ditambah menjadi 1GB. Dengan pemproses yang lebih laju, iPad Baharu ini masih mampu beroperasi pada tempoh yang sama dengan model terdahulu cuma ketebalan bateri ditambah sedikit tetapi tidak signifikan.

Untuk teknologi pengimejan iPad Baharu, Apple memuatkan kamera iSight, dengan sensor sebesar 5-Megapiksel dan sokongan memfokus secara automatik. Juga terdapat peredam gegaran (stabilization) untuk membantu pengguna menangkap gambar dan merakam video tanpa gegaran. Video yang dirakam pula mempunyai standard 1080p dan dirakam pada kelajuan 30FPS.

Walaupun baterinya sedikit tebal dan menyumbang kepada penambahan berat, ianya bukan satu perbezaan yang signifikan.
Retina Display: Besarkah bezanya dengan iPad terdahulu?

Saya menggunakan iPad 1 dan kadangkala juga menggunakan iPad 2 kepunyaan orang lain. Perbezaanya amat ketara pada iPad Baharu dengan paparan Retina Display. Tulisan lebih tajam dan tidak mempunyai sebarang pixel yang boleh dilihat. Ini adalah kerana Apple telah memadatkan skrin mereka sebanyak 264PPI (Pixel Per Inch), iaitu dua kali ganda dari model sebelum ini. Sekiranya anda mempunyai iPhone 4/4S, kualiti paparan ini adalah setara dengan paparan peranti tersebut.

Walaubagaimanapun, dengan fungsi paparan Retina Display pada iPad Baharu ini memaksa para pembangun aplikasi dan penerbitan khusus untuk iPad untuk menaikkan saiz fail mereka. Sekiranya mereka tidak menaikkan kapasiti imej mereka (dari segi PPI), imej mereka kurang menyerlah dan kemungkinan terdapat kekaburan pada imej mereka.
Kamera iSight 5 MegaPixel: Adakah ia bagus seperti yang dikatakan ?

Memang tidak dinafikan, kamera iPad Baharu adalah lebih berkuasa dari iPad 2. Mampu merakam pada resolusi 1080p dan 30FPS termasuk dengan fungsi peredam gegaran, kamera ini merupakan kemaskini yang ditunggu. Apa yang dikesalkan adalah mengapa Apple tidak memasukkan kamera sebegini pada iPad 2 yang akan menambah nilai pada model tersebut?

Keupayaan rakaman video 1080p telah dipertunjukkan oleh kami pada berita Google Zeitgeist minggu lepas. Walaubagaimanapun, seperti beberapa peranti yang lain, ia turut mengandungi sedikit “noise” padanya. Kamera iSight ini nampaknya mampu merakam gambar dan video dalam suasana yang kurang pencahayaan.



Contoh Rakaman Gambar Menggunakan iPad Baharu



Selain dari fungsi yang telah dinyatakan, kamera iPad Baharu ini juga mampu merakam gambar HDR (High Dynamic Range) dan disertakan dengan pengesan muka. Oleh kerana iPad adalah peranti Apple, anda tidak boleh menukar setting rakaman dan pendedahan cahaya. Saya cuba untuk menukar dari 1080p kepada 720p tetapi tiada pilihan tersebut.

iPad Baharu Cepat Panas?
Buat pertama kalinya saya merasakan ada sedikit kehangatan semasa memegang iPad Baharu. Berbanding dengan peranti mudah-alih keluaran Apple yang lain, iPad Baharu ini sememangnya hangat walau tika melayari internet dan melakukan kerja kerja biasa. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh cip yang lebih laju dan paparan yang sangat padat. Walaubagaimanapun, tidak diketahui sama ada adakah ianya boleh diselesaikan dengan kemaskini iOS ataupun tidak.
ULASAN RINGKAS

PRO
Retina Display membawa pengalaman baru dalam paparan tablet dari Apple.
Kamera yang agak berkebolehan baik untuk video dan gambar kecuali untuk keadaan yang agak gelap.
Berfungsi lebih pantas dari model terdahulu.

KONTRA
Banyak aplikasi masih tidak menggunakan Retina Display.
Disebabkan Retina Display, saiz fail bertambah dan kapasiti 16GB senang dipenuhi didalam masa singkat.
Kamera tanpa kawalan untuk mengubah resolusi 1080p ketika rakaman.
Lebih berat dan sedikit tebal walaupun kedua-duanya tidak dapat dirasakan secara kasarnya.
Cepat menjadi panas (hangat) walaupun digunakan hanya untuk seketika.
Kesimpulan

Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang tablet dan berminat untuk memiliki iPad, saya syorkan iPad ini. iPad 2 pun boleh dibeli tetapi kameranya mempunyai resolusi yang rendah dan tidak berbaloi. Sekiranya anda ingin merakam banyak gambar dan video, maka iPad baharu edisi 32 GB lebih sesuai buat anda.

[MALAY] Google+ Berkembang Secara Positif – Melihat Peningkatan Sebanyak 27% Pada Bulan Mac



Dari hari ke hari, nampaknya, laman sosial daripada pihak Google, iaitu Google+ memperlihatkan peningkatan positif, dengan angka pengguna yang aktif semakin bertambah. Sebelum ini, ketika mengeluarkan laporan setelah setahun beroperasi dibawah Larry Page, Google+ dikatakan mempunyai lebih 100 juta pengguna, dan kini ia disokongn dengan data memperlihatkan Google+ meningkat lebih 27% pada bulan Mac sahaja.



Kami sendiri mendapati yang mana angka pengguna aktif pada laman sosial Google tersebut semakin bertambah dari hari ke hari. Berkemungkinan kerana beberapa perubahan yang tidak disukai pada Facebook, mahupun perbincangan yang lebih menarik pada laman Google+.

Dalam usaha untuk mempromosikannya sendiri, Google telah bekerjasama bersama beberapa orang artis diseluruh dunia, dan sokongan Hangout padanya memberikan salah satu nilai tambah dalam komunikasi dikalangan pengguna. Buat masa ini, para pembangun hanya menantikan Google mengeluarkan API penuh untuk laman sosial mereka, dan kelak mungkin kita akan dapat melihat peningkatan yang amat positif selepasnya.

Jadi, apa pendapat anda berkenaan dengan laman Google+?

Saturday 7 April 2012

[ENGLISH] SOFTSPACE PLANNING ON BRINGING SQUARE-LIKE PAYMENT SYSTEM INTO MALAYSIA



In other countries, Square is gaining traction from day to day. With a similar concept is being developed in Malaysia by SoftSpace, allowing sellers to accept payment using an additional device which is plugged into iPad, iPhone or even iPod Touch.



It is still unknown whether SoftSpace has gained the permission from the Bank Negara Malaysia or not, since it involves money transaction. However, looking at the website it self, seems that they have recieved approval from EMV, allowing the major cards are accepted through the system.

As for the technology used, it seems like the device is similar to the iZettle. It is unknown whether SoftSpace have some kind of joint-venture with iZettle or else. We have contacted SoftSpace, and will update with more information regarding it soon.

[ENGLISH] MAXIS ENTERING DIGITAL BOOK PUBLISHING AND BOOKSTORE WITH MAXIS EBUUK



Maxis, one of the prominent telco in Malaysia is believed to be launching their own digital bookstore targeted to Malaysian users very soon. An app both for iOS and Android has been published, and Maxis has also bought the domain name ebuuk.com.my which will be used as the main page for the service.





Maxis ebuuk allows users to browse through a wide selection of free and paid digital books, directly using iPad, Android device or even the web. The payment process appears to be powered by Maxis own backend, which requires those who intend to buy books via ebuuk to have a registered Maxis mobile number. However to browse through free digital books, it can be done easily without any registration.

Maxis targets to launch the service to the masses in coming weeks. Other than Maxis, for the time being, E-Sentral offers a variety of digital books in English and Bahasa Malaysia through iPad for local users.

[ENGLISH] YOUTUBE LAUNCHES IN MALAYSIA



As we have noted before, Google has just published a localized version of YouTube targeted for Malaysian audience, which can be accessed through YouTube.com.my, YouTube.MY, or even by choosing manually from the provided section in YouTube. YouTube Malaysia, allows users in Malaysia and other parts of the world to easily discover local content and relevant videos, while giving local content creators more exposure in Malaysia and to the world.



The launch also brings some extra features of YouTube to the local audience, including the YouTube Trends and YouTube Partner Program. Google expected to conduct a press conference regarding the launch of YouTube Malaysia around 6pm today, where we will get more details on the launch and the content partners involved with the launch in Malaysia. In the invite, Google shared that over 1 million Malaysians watch more than 1 million hours of videos on YouTube everyday.

Prior to launching Youtube Malaysia, Google has launched localized version of YouTube in some of the countries in Asia Pasific, including Philippines and Singapore, in 2011

[ENGLISH] POLITICAL PARTY IN MALAYSIA USES ‘DRAW SOMETHING’ IN THEIR POLITICAL JOKE



Draw Something, an iOS/Android app that recently been downloaded up to 30 millions in 6 weeks has become an app that is actively discussed, among users, tech news portals and investors. This app requires the player to guess the drawing that has been drawn by their opponent, using the letters supplied.

Recently in Malaysia, an artwork was published in Democratic Action Party (DAP) Facebook Fan Page. The picture below is a parody for a prominent politic member that is involved in National Feedlot Center case. The picture clearly takes Draw Something game concepts as inspiration and the main idea.





It is quite interesting to witness this scenario, as the amount of smartphone users in Malaysia are growing. Furthermore, the upcoming Malaysia elections has a lot of young voters who are voting for the first time. DAP seems to be employing an aggressive online strategy to gain young voters. Angry Birds characters has been also used in by a political party previously in their election campaign for Sarawak.


Angry Birds – DAP [Via]

In last few weeks, there was an app launched to help users know the Malaysian Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak has done during his tenure. We believe that “cyber-campaigning” will be dominating the 13rd Malaysia Election that may happen soon this year.

[ENGLISH] XADIRA LAUNCHES NEW IOS GAME – SUPER TINY FLIGHT



Xadira Games Sdn Bhd has been quite active since earlier this year, when they launched some new titles for iOS devices, and today they added a free version of a game called “Super Tiny Flight” in their portfolio. From the description, Super Tiny Flight is said to be an “an addictive, fun and simple accelerometer controlled game.”



The game itself is very simple, and is highly suitable for kids. The game uses the built-in gyroscope in the device, allowing user to dodge, block, and collect points at the same time. After our tests of playing it for a while, it seems that there is no leveling in the game, and it seems to feel boring after a while. Not to mentions that the ads which are displayed at the middle of the screen (unlike other apps, in the bottom), are very distracting playing the game.

For those who would like to give Super Tiny Flight a try, you may download the game for free from theAppStore today.

[ENGLISH] FLEAPY GETTING A FACELIFT – ADDING MORE NEW FEATURES



For those who love to travel, Fleapy is a site which allows users to find the lowest flight fares for both domestic and international flights. Fleapy have been operating since last year, but at that time only included data from AirAsia. Recently with the new site redesign, they have integrated more data to including flight fares from Firefly, JetStar, Tiger Airways and also Nok Air with more flight carriers around Asia to be added from time to time.



Besides that, the new Fleapy redesign presents the data for each month in a calendar format, allowing users to easily find out the cheapest flight rates on different dates. When a particular date is chosen, the flights from each flight carrier with their flight rates are shown, allowing the user to choose which one they prefer.



After choosing the appropriate date and the flight they want to be on, the site will then redirect to each flight carrier’s particular site, allowing users to book their flight tickets easily.



For those who want to try out the new interface and features, you can head into new.fleapy.com today. If you are using Google Chrome as your main browser, maybe you can try out the Chrome Extensions for Fleapy, for faster and easier access, directly from your browser.

Friday 6 April 2012

[MALAY] Galaxy S3 Bakal Dilancarkan Pada 22 Mei Kelak?



Samsung Galaxy S3 merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia, apatah lagi dengan kejayaan Galaxy S2 yang terjual dengan hangat diseluruh dunia. Melalui salah satu paparan gambar jemputan media untuk acara pelancaran peranti tersebut, kini ia memperlihatkan beberapa maklumat berkaitan dengan peranti tersebut kepada umum.



Melalui gambar jemputan media yang kelihatan kepada umum itu, ia memperlihatkan sedikit gambar peranti Galaxy S3 yang dinantikan ramai, serta tarikh 22 Mei untuk pelancaran peranti tersebut.

Walaubagaimanapun, ia masih lagi tidak diketahui berkaitan kesahihan perkara dan juga gambar ini. Sekiranya ianya benar, mungkin kita akan dapat melihat peranti utama keluarga Android daripada Samsung itu dalam masa lebih sebulan lagi.

Thursday 5 April 2012

[ENGLISH] Charlaine Harris: Dying for Daylight ( Final )




Genre : Hidden Object

Enter a vampire world as Dahlia, a vampire with a fantastic sense of fashion and a razor-sharp wit! Go on an epic hunt to find the legendary sun potion in Dying for Daylight. As vampires have been productive and ultimately accepted into society, their ancient vulnerability remains true – they can only emerge at night. When rumors circulate that a legendary potion exists allowing vampires to walk amid the daylight, Dahlia jumps at the chance to further investigate in this fun Hidden Object game.

Features :

* Incredible atmosphere
* Fantastic action
* Enter a vampire world!

System Requirements :

* OS: Windows XP/Vista
* CPU: 1.0 GHz
* RAM: 1024 MB
* DirectX: 9.0
* Hard Drive: 280 MB

Size : 230 MB

Download

http://www.filefactory.com/file/b55f72c/n/Dying_for_DaylightF.rar

[MALAY]Sidengo Membolehkan Anda Membangunkan Web Untuk Organisasi Dengan Mudah



Membangunkan laman web untuk organisasi dan sebagainya mungkin agak sukar bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang HTML dan juga CSS. Walaupun terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan pembangunan laman web dengan mudah, Sidengo menawarkan salah satu perkhidmatan yang amat menarik sekali, dan disediakan secara percuma untuk semua pengguna.


Contoh Laman Yang Dibangunkan Menggunakan Sidengo


Contoh Laman Yang Dibangunkan Menggunakan Sidengo

Bagi anda yang pernah membuat halaman khas pada About.Me, mungkin tiada sebarang masalah menggunakan laman Sidengo. Seperti Sidengo, ia membolehkan pengguna membangunkan laman web untuk organisasi, perniagaan dan sebagainya dengan mudah, disamping menambah beberapa halaman tambahan, seperti laman untuk produk, pengenalan, dan juga borang tambahan (untuk dihubungi mahupun tempahan).

Anda juga boleh menyertakan pautan ke laman-laman sosial lain, seperti Facebook, Twitter, Flickr mahupun YouTube, disamping sokongan PDF dan sebagainya turut didatangkan bersama-sama. Menariknya, Sidengo juga turut dioptimasikan untuk pengguna peranti mudah-alih, jadi anda tidak lagi perlu risau untuk pengguna yang mengaksesnya melalui telefon pintar mahupun tablet.



Buat masa ini, Sidengo masih ditawarkan dalam bentuk beta secara percuma. Jadi, sementara ianya masih lagi pada peringkat percuma, mungkin anda boleh mencubanya, selain membangunkan laman yang profesional untuk perniagaan ataupun organisasi anda.

[MALAY] Chrome WebStore Membawakan Sokongan Trending



Salah satu kelebihan pada Google Chrome adalah sokongan Chrome Webstore padanya. Hari ini, nampaknya Google telah menambah sokongan baru pada Chrome Webstore mereka, membolehkan para pengguna melihat aplikasi apakah yang sedang hangat dimuat-turun dan digunakan oleh para pengguna Chrome seluruh dunia, melalui pautan dinamakan Trending.



Melaluinya, ia akan memudahkan para pengguna Chrome menemui aplikasi mahupunextension untuk Google Chrome yang popular dan hangat dimuat-turun pada sesuatu hari, sekaligus membolehkan mereka mencubanya dan menggunakannya sekali.

Selain daripada itu, Chrome WebStore juga turut kini memudahkan para pengguna melihataplikasi dan extension dengan sokongan luar-talian, dan membolehkan para pengguna mengetahui apakah aplikasi yang boleh digunakan tanpa rangkaian internet.

Selain daripada itu, ketika menemui pihak Google Malaysia tempoh hari ketika pelancaran YouTube Malaysia, ia turut diketahui yang mana Chrome WebStore yang memfokuskan pengguna Malaysia akan dilancarkan tidak lama lagi. Buat masa ini, Chrome WebStore versi tempatan telah pun diperkenalkan kepada para pengguna Indonesia.

[MALAY] Microsoft Melancarkan Bing Desktop Beta Untuk Pengguna Windows 7



Bing merupakan salah satu enjin carian terkemuka di dunia internet yang mana menjana laman Facebook dan juga Yahoo!. Hari ini, Microsoft, syarikat disebalik enjin carian Bing, telah pun melancarkan aplikasi khas untuk para pengguna Windows 7, iaitu perisian Bing Desktop Beta, membolehkan para pengguna melakukan carian dengan mudah terus daripada desktop mereka pada bila-bila masa.



Dengan memasangnya, ia menyediakan sebuah kotak carian pada desktop anda, yang mana dikaburkan sekiranya tidak aktif digunakan. Namun, sokongan carian tersebut bukanlah sesuatu yang kami minati, sebaliknya fungsi tambahan pada Bing Desktop Beta, yang mana menawarkan sokongan untuk memperlihatkan latar desktop berbeza-beza setiap hari, membawakan gambar yang serupa dengan laman Bing.





Perkara ini sekaligus menjadikan desktop anda lebih menarik lagi, dan tidak bosan dengan gambar yang serupa untuk latar desktop pada setiap hari. Bagi anda yang berminat mencubanya, boleh memuat-turunnya secara percuma untuk Windows 7 anda. Selain daripada Bing Desktop Beta, salah satu aplikasi yang menawarkan sokongan untuk mengubah latar desktop secara automatik setiap hari adalah Kuvva.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News