KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Monday 31 December 2012

Virus Trojan Android Menyamar Sebagai Ikon Google Play, Menghantar Mesej SPAM Menjangkiti Peranti

androidplayddos

Jika anda selalu memuat turun aplikasi dari Google Play, anda patut berhati-hati kerana virus yang ada di situ kebanyakannya menyamar sebagai aplikasi-aplikasi popular. Virus Trojan yang menjangkiti peranti Android kini mempunyai cara baharu untuk menyusup masuk ke peranti Android milik anda –  iaitu dengan cara menyamar sebagai ikon Google Play Store dengan perkataan “Play Google Mapker”. Biasanya, ikon Google Play Store bertulis dengan perkataan “App Store” seperti yang anda lihat dalam gambar di atas – jika anda sudah biasa masuk ke Google Play Store, anda akan klik pada ikon itu tanpa berfikir terlebih dahulu juga tanpa membaca perkataan ikon itu terlebih dahulu kerana ikonnya memang menyerupai ikon Google Play Store. Bila ikon virus Trojan itu di klik, ia akan membuka Google Play sebenar tapi akan mengaktifkan aplikasi Android.DDoS.1 dalam diam kemudian akan bersambung ke server penggodam yang akhirnya akan mengakibatkan peranti Android anda menghantar sms berisi mesej SPAM ke senarai kenalan anda. Jika peranti anda menggunakan 3G, virus Trojan itu akan menggunakan talian 3G dengan cukup banyak sekali hingga mengakibatkan bil anda naik mendadak. Jika anda menggunakan talian prepaid, kredit anda akan habis dimakan oleh Trojan itu kerana digunakan untuk menghantar sms SPAM berkali-kali.

Jumlah Laman Web Di Internet Pada Hujung 2012 – Google, Bing, Yahoo Mempunyai Statistik Berbeza

iawani-internet-size-december-029-2012

Sehingga ke 29 Disember 2012, jumlah kesemua laman web yang ada di indeks dalam internet adalah sebanyak 13.96 billion. Dalam tempoh tiga bulan lalu yakni dari Oktober hingga Disember 2012, enjin-enjin carian dominan telah mengindeks lebih dari 40-47 billion laman web. Statistik dari Google menyatakan bahawa internet kini memiliki 45 billion laman web. Bing menyatakan internet kini memiliki 11.5 billion laman web, Yahoo pula menyatakan internet kini mempunyai 9.5 billion laman web untuk tempoh hingga ke akhir tahun 2012. Kenapa statistik masing-masing jadi berlainan? Sebab kekerapan mengindeks setiap enjin carian amat berlainan. Google mengindeks laman web di internet 5 kali ganda lebih kerap (juga 5 kali lebih pantas) dari Bing dan Yahoo maka statistik pengindeksan Google jauh lebih besar dari Yahoo juga Bing.

Telefon Pintar Beri Impak Buruk Kepada Pemain Mp3 Hingga Mengakibatkan Harganya Menurun


iawani-pemain-mp3-player-media

Satu masa nanti, pemain mp3 tidak akan ada orang yang mahu beli sebab telefon pintar sudah boleh diguna untuk memainkan lagu-lagu mp3 sepertimana memasangnya di mp3 player. Kebanyakan smartphone sama ada dalam kelas biasa atau kelas berspesifikasi pertengahan sudah dilengkapi dengan fungsi pemain mp3 bahkan memiliki jumlah memori dalaman yang agak besar bermula dari 8GB hingga 64GB – contoh terbaik adalah iPhone 5, Nokia Lumia 920, Samsung Galaxy Note II, Samsung Galaxy S2 dan Sony Xperia 2. Itu baru smartphone, belum termasuk pemain media lagi. Kebanyakan peranti pemain media sudah muncul dengan storan lebih luas, touch screen berwarna penuh dalam saiz besar, fungsi loud speaker, fungsi rakaman suara serta fungsi akses internet untuk memuat turun lagu-lagu tambahan ke memori dalamannya. Contoh terbaik untuk peranti sebagini adalah iPod Touch, Samsung Media Player dan Sony Walkman Z. Jika dalam tahun 2005-2008, pemain mp3 merupakan gajet berharga tinggi dari RM80-RM250 tapi kini harganya sudah mulai turun ke RM30-RM120 sahaja kesan dari permintaan yang semakin mengurang.

Sunday 30 December 2012

Kanak-kanak 11 Tahun Membina Komputer Desktop Miliknya Sendiri Secara Berdikari

iawani-sajid-khan
Biasanya kanak-kanak berumur 11 tahun suka bermain PlayStation, bermain games di tablet atau di komputer biasa tapi jarang kita dengar kanak-kanak pandai membina gaming desktop pc sendiri secara berdikari tanpa panduan orang dewasa. Tapi kanak-kanak yang satu ini amat genius kerana dia membina komputer miliknya sendiri bermula dari asas. Sajid Khan, kanak-kanak berumur 11 tahun yang saya maksudkan itu mengambil keputusan membina komputernya sendiri simply sebab komputer lamanya sudah jadi agak perlahan untuk memainkan apa jua games yang dia install ke dalam komputer lama itu. Kata Sajid, proses pembinaan komputer baru miliknya agak mudah kerana dia hanya perlukan 13 komponen utama seperti cip pemproses, kipas pengalir haba, papan induk, cakera keras, kad grafik Nvidia GeForce dan kabel. Sajid Khan belajar membina komputer miliknya sendiri bermula dari kosong dengan cara menonton video-video panduan dari YouTube.

Samsung Mengumumkan Pembinaan Bangunan Baru 10 Tingkat Di Tengah Lembah Silikon


iawani-samsung-office-san-jose-1

Samsung Semiconductor Inc. mengumumkan perancangan bakal membina bangunan baharu mereka berkeluasan 1.1 juta kaki persegi terletak di San Jose. Kawasan yang bakal dijadikan tapak untuk bangunan baru Samsung itu terletak di tengah-tengah Silicon Valley. Ini bukan bangunan sembarangan kerana apabila siap nanti, ia akan menjadi bangunan setinggi 10 tingkat lengkap dengan kemudahan tempat letak kereta dan segala kelengkapan asas. Samsung Information Systems America Inc. (SISA) akan memindahkan operasi pejabat pusatnya ke bangunan baru itu setelah pembinaannya disiapkan kelak. Bangunan baharu Samsung akan menjadi pusat untuk bahagian penyelidikan, inovasi serta tempat untuk mencipta teknologi-teknologi baru. San Jose terletak 27 kilometer dari dengan Palo Alto yang menempatkan pejabat pusat Apple.

Planet Pertama Berpenduduk Seperti Bumi Mungkin Ditemui Pada 2013?

Semua sedia maklum yang mana terdapat planet lain dalam alam semesta ini, namun sehingga hari ini, masih tiada planet dengan penduduk seumpama di Bumi yang ditemui. Perkara ini dijangka akan berubah pada tahun hadapan.

Planet

Mengikut kajian beberapa saintis, mereka berkongsi akan, mengatakan yang mana pada tahun 2013 kelak, planet pertama dengan makhluk didalamnya mungkin akan ditemui.
Melalui laman Space.com, ia dikongsikan mengatakan terdapat lebih 200 bilion bintang di angkasa yang mengehoskan lebih kurang 50 bilion planet. Dan dengan mengambil kadar 1:10,000 planet yang menyerupai Bumi, maka jumlah planet seumpama Bumi ini adalah sekitar 5,000,000 planet.

Namun, semestinya untuk menemui planet yang menyerupai Bumi dengan penduduk didalamnya adalah sesuatu proses yang sukar.
Sekiranya kita berjaya menemui planet yang berpenduduk, maka ia akan memberikan kesan yang amat besar dalam sejarah dan juga tamadun manusia.

AndaTube Membolehkan Pengguna Menonton Dan Memuat-Turun Video YouTube Pada Windows 8

Terdapat beberapa aplikasi untuk Windows 8 yang menawarkan memainkan video terus daripada YouTube,
dan salah satu yang terkini dengan beberapa fungsi menarik adalah aplikasi AndaTube.



AndaTube

AndaTube ini lebih kepada membolehkan pengguna mendengar lagu daripada YouTube dengan mudah pada komputer mereka, selain membolehkan pengguna memuat-turun video untuk koleksi sebagai tontonan di luar talian internet dengan mudah.

AndaTube juga mengintegrasikan sesuatu video yang dimainkan terus ke pemain lagu, sekaligus membolehkan pengguna terus mendengarnya walaupun keluar daripada aplikasi berkenaan, mengakses desktop dan sebagainya.

AndaTube
AndaTube

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi AndaTube daripada Windows Store hari ini, dan menggunakannya dalam mendengar lagu daripada YouTube dengan mudah.
 
 

Saturday 29 December 2012

Komputer ROG Tytan CG8890 Gaming Desktop Baru Diperkenalkan Asus Dengan Sistem Penyejukan Cecair Dan Bukaan Chasis Automatik

iAwani-asus-ROG-TYTAN-CG8890-malaysia-gaming-desktop-pc

Asus memperkenalkan ROG Tytan CG8890, gaming desktop pc model baru daripada mereka. Harga ROG Tytan CG8890 di Malaysia adalah RM15,999 berdasarkan informasi dari Asus Republic Of Gamers Malaysia. Jangan pandang rendah kepada peranti ini – ia bagaikan sebuah Ferrari dalam arena permainan komputer. Kekotak CPU milik ROG Tytan CG8890 menggunakan cip pemproses Intel Core i7-3960X Extereme berciri 6 teras, kad grafik Nvidia GeForce GTX690 4GB, memiliki RAM asas 4GB yang boleh di tambah naik sehingga ke had maksima 16GB, memiliki pemacu cakera Blu-ray, pembaca kad memori 16 dalam 1 serta mempunyai sistem penyejukan berteknologi tinggi. Apabila kekotak cpu ROG Tytan CG8890 mula menjadi panas, 10 kipasnya akan berpusing serentak. Dalam pada itu sistem penyejukan cecair yang dipasang di dalamnya akan menjadi aktif serta merta. Penutup chasis di bahagian atas, kiri dan kanan badannya akan terbuka secara automatik bertujuan untuk mengalirkan haba keluar juga untuk menarik udara sejuk masuk ke dalam secara sistematik supaya komponen di dalam kekal bersuhu normal. Walau ketiga-tiga sistem penyejukan aktif serentak namun kesemuanya tetap beroperasi dengan senyap. Baca spesifikasi lanjut ROG TYTAN CG8890 di laman Asus.

AMD Bakal Menggugurkan Jenama Vision Dari Produk Grafik Juga Produk Perkomputeran

iAwani-amd-vision-0-tukar

Selain Nvidia dan Samsung, AMD merupakan syarikat pembuat cip pemproses komputer yang merupakan pesaing hebat Intel. Namun tidak lama lagi AMD bakal menurunkan jenama Vision dari kebanyakan produk grafik dan produk cip pemposesan seperti Vision E1, Vision E2, Vision A4, Vision A6 dan Vision A8  - ini memberi petanda AMD bakal muncul dengan jenama cip pemproses baharu. Selain itu, AMD bakal membuang jenama Vision dari produk-produk perkomputerannya pada masa akan datang. Ini bukanlah perkara baru, pada beberapa tahun lalu AMD telah meninggalkan beberapa jenama pemasaran dicipta oleh mereka misalnya AMD Live juga AMD Fusion. Slogan utama mereka berbunyi “Better By Design” sudah tidak digunakan. Intel pula, masih kekal dengan slogan utama mereka – Intel Inside. AMD memperkenalkan jenama Vision pada tahun 2009. Menjelang tahun 2013 kelak, nama Vision bakal dihilangkan dari nama AMD pada produk-produk grafik baru.

Sony Bakal Hadir Dengan Peranti Dengan Sokongan Paparan 1080p Pada CES 2013?

Sony YugaPelbagai desas-desus berkenaan dengan peranti terbaru Sony, iaitu “Sony Yuga” telah pun kedengaran untuk sekian lama, dan kini dilaporkan, Sony sedang dalam persiapan untuk mengumumkannya pada CES 2013 kelak.

Daripada apa yang dikongsikan, ia diperkatakan, berkemungkinan “Sony Yuga” ini akan dikenali sebagai “Xperia Z” dan didatangkan dengan skrin bersaiz 5-inci dan paparan 1080p padanya, selain dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras. Dengan spesifikasi tinggi ini, boleh dikatakan ia akan menjadi peranti berspesifikasi tinggi daripada Sony untuk pertengahan tahun pertama 2013.

Fungsi tambahan yang bakal dibawakan padanya masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini. CES 2013 akan berlangsun dalam masa dua minggu lagi, dan mungkin kita akan melihat pelbagai gajet dan peralatan elektronik baru dipamerkan pada acara tersebut kelak.
Sama-sama kita nantikannya.
 
Sumber Rujukan: The Verge

Gambar Huawei Ascend Mate Bersaiz 6.1-inci Dirakamkan Dengan Lebih Dekat

Peranti bersaiz 6.1-inci daripada Huawei merupakan salah satu perkara yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini, berkemungkinan kerana saiz peranti dan spesifikasi yang dibawakan.

Huawei Ascend Mate

Beberapa gambar telah diperlihatkan sebelum ini, dan kini MyDrivers berkongsi akan gambar yang lebih jelas, disamping dirakamkan bersebelahan dengan sebuah peranti baru berwarna putih yang dikatakan sebagai Huawei Ascend D2.
Huawei Ascend Mate ini dikatakan akan diperlihatkan pada CES 2013 dalam masa dua minggu lagi, membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.8GHz K3V2, memori sebanyak 2GB RAM, kamera 13-megapixel, serta dilengkapi dengan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean padanya.

huawei-ascend-mate-001
Huawei Ascend Mate

Microsoft Sepanjang Tahun 2012

MicrosoftSama seperti Apple dan Google, gergasi dunia perkomputeran, Microsoft turut hadir dengan pelbagai perkara baru sepanjang tahun 2012 ini, disamping pada masa yang sama melihat beberapa orang kuat meninggalkan syarikat gergasi tersebut.
Windows 8
Bercakap mengenai tahun 2012, semestinya salah satu perkara yang tidak boleh ditinggalkan adalah Windows 8, iaitu sistem operasi terbaru daripada Microsoft yang mana bukan sahaja dioptimasikan untuk skrin sentuh, tetapi turut sama sesuai untuk digunakan pada komputer sedia ada dan dikawal menggunakan tetikus.
Seperti biasa, beberapa versi hadir, terutamanya Windows 8 dan juga Windows RT. Menariknya, kesan daripada pengenalan sistem operasi terbaru ini, ia juga membawa trend baru kepada pengenalan peranti seperti komputer AIO, dan komputer riba yang hadir dengan sokongan skrin sentuh, selain lebih ramai pengeluar hadir dengan tablet Windows RT.
Windows Phone 8
Selain daripada sistem operasi untuk perkomputeran, platform operasi untuk mudah-alih daripada Microsoft, iaitu Windows Phone 8 turut sama diumumkan pada tahun ini, membawakan beberapa penambahan, seperti sokongan mikro-SD, sokongan NFC, dan pelbagai yang lain.
Windows Phone 8
Windows Phone 8 juga memberikan lebih kuasa kepada pengguna untuk mengubah bentuk skrin utama dipaparkan dengan kebolehan untuk mengubah saiz Tiles dan sebagainya.
Buat masa ini, untuk pasaran Malaysia, HTC dan juga Nokia telah melancarkan peranti Windows Phone 8 mereka, dan mungkin Samsung hanya akan melancarkannya di Malaysia pada tahun hadapan.
Surface
Bercakap mengenai pengenalan Windows 8, salah satu perkara yang tidak boleh dilupakan adalah tablet yang dibangunkan sendiri oleh Microsoft, iaitu Surface. Namun, sehingga kini ia masih tidak diketahui bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan.
Surface RT
Hasil pengenalan Surface, meja dengan sokongan sentuhan yang dikenali dengan nama biasa sebelum ini diubah untuk dikenali sebagai PixelSense.
Pelayar Web – Internet Explorer 10
Bersama-sama dengan pengenalan sistem operasi baru, Microsoft turut sama mengemaskini pelayar web mereka kepada versi terkini, iaitu Internet Explorer 10. Pada Windows 8, ia menerima pelbagai maklumbalas positif, dan Microsoft juga dilihat bakal memperkenalkan versi akhir untuk Internet Explorer 10 kepada pengguna Windows 7 tidak lama lagi.
Pengenalan Logo Baru
Logo Microsoft yang lama digantikan dengan logo baru, dimana kelihatan mengambil fokus kepada platform operasi mereka – Windows, disamping menampilkan rekabentuk yang lebih ceria.

Outlook.com
Selain daripada perkhidmatan emel sedia ada, iaitu Hotmail.com, Microsoft juga memperkenalkan sebuah perkhidmatan baru yang menampilkan ciri-ciri rekabentuk Metro, disamping memudahkan pengguna mengendalikan emel mereka, melalui Outlook.com.
Alamat baru juga disediakan, menggunakan akhiran @outlook.com, dimana pada masa yang sama membolehkan pengguna perkhidmatan emel Live sedia ada menggunakannya.
Skype
Skype dibawah Microsoft dilihat terus berkembang, dengan ia diintegrasikan dengan lebih mendalam pada Windows Phone 8, disamping membawakan ciri-ciri menarik pada sistem operasi Windows 8.
Microsoft juga mula menyeragamkan penggunaan ID pada Skype, dengan mengintegrasikan pengguna Live Messenger kepada Skype.
Kerjasama Pemetaan Dengan Nokia
Nokia Maps sememangnya salah satu perkhidmatan pemetaan yang terbaik di arena web, dan pada tahun ini, Nokia dan Microsoft mengumumkan kerjasama yang lebih baik, mengantikan penggunaan Bing Maps kepada Nokia Maps pada Windows Phone.
Pelbagai fungsi menarik, seperti sokongan trafik masa-nyata turut ditambah pada Bing dengan sokongan ini.
Lain-Lain
Microsoft dilihat bukan sahaja memfokuskan kepada platform mereka semata-mata, sebaliknya turut sama menawarkan pelbagai perkhidmatan dan aplikasi untuk pengguna platform yang lain.
Aplikasi pejabat mereka – Office 2013 turut menerima pelbagai kemaskini, dan telah pun didatangkan pada Windows RT dalam bentuk ujian. Versi akhirnya dijangka akan diumumkan oleh Microsoft pada awal tahun 2013 ini.
Sama seperti beberapa syarikat lain, Microsoft juga kelihatan kehilangan salah seorang kakitangan utama, iaitu presiden bahagian Windows – Steven Sinofsky.
Pada tahun hadapan, semestinya Microsoft akan hadir dengan pelbagai perkara menarik, apatah lagi dengan pelbagai ura-ura berkaitan tablet Surface baru, serta telefon Surface yang diperkatakan akan hadir daripada Microsoft.

Gambar Rekabentuk Konsep Untuk Tablet Dan Komputer Apple Pada 80-an Diperlihatkan


Rekabentuk peranti Apple sering dipuji ramai disebabkan beberapa ciri-ciri astetik padanya, dan semestinya ramai yang ingin mengetahui bagaimanakah rekabentuk konsep untuk peranti Apple ketika permulaan dulu.

Pada sekitar 80-an, Apple bekerjasama dengan Frogdesign dalam merekabentuk beberapa perkara, dan kini, pengasas Frogdesign- Hartmut Esslinger, melalui buku terbaru beliau, Design Forward berkongsi beberapa rekabentuk konsep awal untuk Apple, terdiri daripada tablet, telefon dan juga komputer.
Memandangkan ia hanya sekadar rekabentuk konsep sahaja, maka peranti ini tidak dipasarkan, dan hanya sekadar idea awal sahaja. Namun, daripada apa yang dikongsikan, kita boleh lihat yang mana rekabentuk awal ini telah menetapkan trend dan inovasi dalam nilai astetik rekabentuk Apple pada hari ini.
 
Sumber Rujukan: TechCrunch
Sumber Gambar: DesignBoom

Google Berkongsi Senarai Aplikasi Android Terbaik Sepanjang 2012

Dengan lebih 750,000 aplikasi yang dikatakan terdapat pada platform Android, semestinya ia agak sukar untuk mencari aplikasi terbaik dan popular yang digunakan ramai. Untuk memudahkannya, kini melalui halaman di Google Play, pihak Google sendiri mengeluarkan senarai aplikasi terbaik untuk Android sepanjang 2012.
Evernote
Daripada senarai yang dikeluarkan oleh Google, Evernote menduduki tangga pertama, dimana melaluinya, ia membolehkan untuk menyimpan nota berbentuk teks, mahupun nota interaktif termasuk gambar, audio dan sebagainya. Terdapat pada pelbagai platform, termasuk Android.
Selain daripada Evernote, yang tersenarai sama adalah termasuk:
  • Pinterest
  • GRIMM’s Snow White
  • Pocket
  • Expedia
  • Ancestry
  • Fancy
  • SeriesGuide Show Manager
  • Pixlr Express
  • TED
Jadi, bagi anda, sekiranya menggunakan Android, apakah aplikasi kegemaran anda sepanjang tahun ini?
Sumber Rujukan: Google Play

Samsung Teruskan Usaha Pembangunan Cip Pemproses Berskala 14 Nano Meter

iawani-samsung-14-nm-chip-set-processor-1
Cip pemproses masa kini sudah semakin maju. Peranti mudah alih semakin bertindak menyamai komputer. Tidak lama lagi pasti kita akan memiliki komputer riba pada saiz 5 inci sahaja. Samsung mengumumkan keputusan mahu meneruskan usaha membangunkan cip pemproses berskala 14nm (nano meter) hasil kerjasama ARM – ini merupakan spesifikasi cip pemproses jauh lebih bagus dari spesifikasi cip pemproses masa kini biasanya dibina pada skala 22 nano meter sahaja, banyak ditemui pada smartphone, tablet, komputer meja, komputer mudah alih juga peranti perkomputeran lain. Dengan kejayaan mencipta cip pemproses berskala 14nm, proses penghasilan System On A Chip (SoC) akan jadi lebih bagus membuatkan peranti mudah alih dapat berfungsi setaraf prestasi komputer biasa jika dipasang dengan cip 14nm. Tablet dan smartphone akan dapat melakukan kerja-kerja perkomputeran dengan lebih efisyen pada masa akan datang walau saiz fizikal peranti-peranti tersebut jauh lebih kecil dari peranti perkomputeran tradisional (desktop pc, laptop, netbook, nettop). Proses penghasilan cip pemproses berskala 14nm seakan nampak mustahil pada masa kini tapi saya percaya bakal terlaksana satu hari nanti.

Presiden Pemasaran Eksekutif Samsung Kini Bertugas Di Motorola Mobility

iawani-brian-wallace-0
Samsung selalu menyajikan kita dengan iklan-iklan tertentu dicipta seakan ‘menjolok’ Apple dengan slogan tertentu misalnya “The Next Big Thing”. Dalam iklan Galaxy S3, Samsung memperli ratusan peminat Apple yang setia beratur panjang berjam-jam lamanya menunggu ketibaan iPhone 5. Tiada siapa tahu idea untuk strategi pengiklanan ‘berani’ sebegitu datang dari seorang lelaki – Brian Wallace. Beliau merupakan Presiden Pemasaran Eksekutif di Samsung Amerika. Kini, Google berjaya menarik masuk Brian Wallace ke Motorola Mobility tapi tidak diumumkan besar-besaran. Matlamat membawa Brian Wallace bekerja di Motorola adalah untuk menjadikan produk Motorola atau produk-produk Google yang lain jadi laris dipasaran melalui pemasaran di iklan-iklan sepertimana dibuat oleh Samsung sebelum ini sehingga orang ramai jadi peka dengan peranti mudah alih berjenama Samsung. Tidak lama selepas ini, Google pasti mengeluarkan strategi serupa untuk produk fizikalnya seperti Nexus 4, Nexus 7, Nexus 7 juga Samsung Galaxy Nexus.

Friday 28 December 2012

Facebook Bakal Menggunakan Iklan Berbentuk Video Pada Tahun 2013 Kelak


iawani-facebook-video-advertisement-pop-up
Facebook bakal memperkenalkan video iklan menjelang tahun 2013 dipanggil sebagai Sponsored Video. Bila akan dimulakan dan berapa lama durasi video tersebut masih dirahsiakan sekarang ini. Namun yang pasti Facebook bakal mengimplementasi video dalam bentuk auto play saat anda mula masuk ke akaun Facebook milik anda. Oleh kerana video tersebut dimainkan secara automatik saat anda baru saja masuk ke Facebook, kesannya anda akan berhenti dulu dari membuat perkara lain kemudian menumpu perhatian seketika kepada video itu – kerana video akan muncul dalam bentuk pop up window di skrin seperti dalam contoh di atas (menampilkan Sir Richard Branson, pemilik Virgin Air). Strategi pengiklanan menggunakan “sponsored video” bakal digunakan di peranti perkomputeran terlebih dahulu kerana pelayar web di komputer mempunyai ruang yang luas berbanding di peranti mudah alih (tablet,smartphone). Pengguna Facebook sudah menjangkau angka billion. Anda boleh bayangkan berapa puluh ribu pasang mata yang akan melihat video iklan itu setiap saat.

Jurutera Toshiba Mencipta Robot Quadruped Untuk Misi Menyelamat Mangsa Di Pusat Janakuasa Nuklear


iawani-toshiba-quadruped-4-legs-robot-1
Jurutera robotik Toshiba telah berjaya mencipta sebuah robot berkaki empat (quadruped) sebagai pengesan dalam misi mencari dan menyelamat jika berlaku letupan berbahaya di pusat janakuasa nuklear. Robot Toshiba ini tidak diberikan apa-apa nama untuknya – yang mengagumkan ia boleh berjalan lurus, berpusing 360 darjah, menaiki tangga dan berjalan melepasi halangan di permukaan lantai. Keempat-empat kakinya bergerak lancar menggunakan tindak balas hidraulik serta memiliki berbagai sensor bagi memudahkannya meneliti kawasan sekitar. Bahagian tengah badan robot dicipta untuk memuatkan bateri serta CPU (Central Processing Unit). Bahagian depan dan belakang dipasang dengan lensa kamera digital untuk membolehkannya ‘melihat’. Bahagian atasnya pula memiliki kren kecil beserta sebuah lagi robot mini beroda empat dilengkapi kamera, dicipta sebagai kamera robot kedua yang mampu menyusup masuk ke ruang-ruang sukar atau ke mana-mana ruang sempit tidak dapat dicapai oleh robot quadruped tersebut. Keempat-empat hujung kaki robot Toshiba dipasang dengan pelapik getah. Anda boleh lihatvideo pengenalan robot nukler Toshiba di YouTube. Gambar robot saiz kecil itu adalah seperti di bawah ini.iawani-toshiba-quadruped-4-legs-robot-0

Kodak Setuju Jual Paten Fotografi Pada Nilai $525 Juta Dolar Selepas Mengisytihar Muflis


iawani-kodak-logo-0
Kodak, jenama gah dalam fotografi satu ketika dulu sudah jatuh bankrup kesan dari meningkatnya aktiviti fotografi di peranti mudah alih yang semakin popular ditambah lagi dengan populariti Instagram. Oleh kerana itu, segala aset, paten intelek, produk dan teknologi milik Kodak bakal dijual kepada pihak lain termasuklah teknologi yang dipelopori Kodak dalam industri fotografi. Apple, Google dan Research In Motion sedang dalam proses membeli paten milik Kodak, akhirnya paten tersebut bakal dijual pada harga $525 juta Dolar Amerika sepertimana dipersetujui Kodak. Mana-mana syarikat teknologi yang membeli hak ke atas paten milik Eastman Kodak Company (nama penuh syarikat Kodak) boleh mengaplikasikan teknologi tersebut ke dalam produk masing-masing pada masa akan datang – yakni ke dalam smartphone, tablet atau peranti perkomputeran model baru yang akan dikeluarkan kelak. Selain 3 syarikat besar itu, terdapat 8 lagi syarikat teknologi lain berminat mahu membeli paten teknologi digital Kodak iaitu Facebook, Amazon, Microsoft, Adobe, FujiFilm, Huawei Technologies, HTC dan Shutterfly Inc. Kodak telahmemfailkan status bankrup di Bankruptcy Court di Southern District of New York (Manhattan) selepas membuang 4,000 orang pekerja sepanjang tahun 2012 ini. Kodak telah memberi wang pampasan kepada semua 47,000 pekerja yang dibuang dari organisasi mereka sejak 2003 lagi. Yang saya perasan, Samsung dan Sony tidak menyertai perebutan untuk memiliki paten Kodak.

Sega Melancarkan Sonic Jump Untuk Peranti Android, Permainan Menyerupai Doodle Jump Di iOS


iawani-sonic-jump-android-google-play-store-1
Sega melancarkan Sonic Jump pada 21 Disember 2012, ini merupakan permainan baru dari Sega dengan 48 level. Cara memainkannya menyerupai Doodle Jump yang popular di peranti iOS. Dalam permainan ini, Sonic The Hedgehog akan melompat ke atas, mengumpul mata dan melepasi berbagai halangan sukar. Pemain dengan mata tertinggi yang berjaya dikumpul akan memenangi permainan. Sonic Jump cuma dapat dimainkan secara menegak sahaja apabila anda bermain di tablet Android ataupun di smartphone Android. Yang bestnya anda boleh bermain sebagai 3 karakter sama ada mahu memainkan karakter Sonic, Tails atau Knuckles – setiap satu mempunyai ‘kuasa’ masing-masing. Misi anda adalah untuk melompat tinggi-tinggi, mengumpul cincin emas sebanyak mungkin untuk memperoleh mata terbanyak juga untuk mendapat kuasa baru supaya dapat mengumpul mata dengan dua kali ganda lebih banyak. Untuk mencuba, anda boleh download Sonic Jump pada harga $2.99 Dolar dari Google Play Store sekarang juga.

Kemaskini Windows Phone 7.8 Bakal Diterima Peranti Lama Samsung Menjelang Awal Tahun 2013


iawani-samsung-windows-phone-7-8
Samsung bakal mengeluarkan kemaskini Windows Phone 7.8 khusus untuk model lama peranti Windows Phone mereka yang menggunakan sistem operasi Windows Phone 7.0 hingga Windows Phone 7.5 seperti Omnia 7, Omnia W, Omnia II, Omnia i900. Walau begitu, Samsung tidak memberitahu dengan jelas bilakah tarikh kemaskini tersebut bakal mereka keluarkan. Microsoft selaku pembuat Windows Phone memberitahu bahawa kemaskini naik taraf ke Windows Phone 7.8 bakal dikeluarkan pada awal tahun 2013 antara bulan Januari-Mac. Maka, dari situ peranti-peranti Samsung bakal menerimanya serentak bersama dengan peranti Windows Phone dari jenama lain misalnya Nokia juga HTC. Dengan pengenalan kemaskini itu, peranti Windows Phone model lama milik Samsung akan menikmati beberapa kelebihan milik Windows Phone 8 seperti saiz Live Tiles yang boleh diubah-ubah mengikut kehendak pemilik, warna theme yang pelbagai serta imej lock screen wallpaper yang menggunakan Bing Picture Of The Day.

1 Juta Aplikasi iOS Telah Dihantar Ke iTunes Sejak 2008, Sebanyak 736,247 Aplikasi Sudah Terhimpun Hingga Oktober 2012


iawani-itunes-app-store-malaysia-011
Sebanyak satu juta aplikasi telah dihantar ke iTunes App Store untuk kelulusan dari pihak Apple sejak tahun 2008 lagi. Daripada sejumlah satu juta aplikasi yang dihantar itu, sebanyak 493,289 aplikasi merupakan aplikasi berbayar, 158,848 buah aplikasi merupakan aplikasi permainan (berbayar dan percuma). Sejumlah 736,247 buah aplikasi merupakan aplikasi aktif yang sedia untuk di download bila-bila masa – inilah jumlah aplikasi dalam iTunes App Store setakat Oktober 2012 saat iPad Mini dan iPad 4 dilancarkan oleh Apple. iTunes kini memiliki jumlah pengguna aktif seramai 400 juta orang dengan pegangan akaun masing-masing termasuk pengguna di Malaysia. Purata setiap pemilik peranti iOS menggunakan 100 aplikasi di peranti mereka. Dalam setiap laman web jualan produk iOS, Apple menggunakan ayat “beratus ribu aplikasi” untuk membuat peranti-peranti iOS (iPad, iPhone, iPod Touch) nampak lebih hebat dari peranti lain seumpamanya terutama tablet Android juga smartphone Android.

Maghfirah Smart Pen Pembaca Al-Quran Dengan Terjemahan Audio Melayu


Maghfirah Smart Pen adalah pen pintar sebagai alat bantu mengaji khusus untuk Anda jika bertekad mahu belajar bagaimana untuk membaca ayat-ayat Al-Quran dengan bacaan tajwid yang betul dan lantunan suara yang lancar. Maghfirah Smart Pen mempunyai skrin berwarna dalam ukuran 2.8 inci, terdapat fungsiloud speaker untuk Anda dengari bacaan ayat-ayat Al-Quran. Cara menggunakannya – letakkan hujung Maghfrah Smart Pen pada mana-mana ayat Al-Quran kemudian tunggu lantunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dikeluarkan oleh gajet ini. Fungsi terjemahan ada disediakan dalam bahasa Inggeris, Cina, bahasa Indonesia. Setiap terjemahan ayat akan dilantukan dalam bentuk audio suara mengikut bahasa dipilih oleh Anda. Kami di iAwani tidak ada maklumat terperinci berapa harga Maghfirah Smart Pen di Malaysia begitu juga di mana Anda boleh mendapatkannya secara online mahupun secara walk in, namun kami akan keluarkan maklumat sedemikian di artikel lain setelah mendapat maklum balas dari syarikatnya. Buat masa ini Anda boleh lihat-lihat dahulu video Maghfirah Smart Pen di website mereka

LG Bakal Menampilkan Dua Model Baru Google TV Menjelang CES 2013


iawani-lg-google-tv-GA7900-GA6400-019
Google TV tidaklah popular sangat di Malaysia tapi amat popular di luar negara. Untuk tahun 2013 nanti, LG bakal memperkenalkan model Google TV terbaru keluaran mereka. Kedua-dua model Google TV tersebut adalah GA7900 dan GA6400 – kedua-duanya bakal ditampilkan dalam Consumer Electronic Show (CES 2013) pada 8-11 Januari 2013 kelak, harga kedua-dua model tidak didedahkan. Untuk menggunakan Google TV, anda perlu sambungkannya dengan talian internet sepanjang masa sebab kandungan Google TV kebayakannya bersumber program penstriman seperti NetFlix, Hulu, Napster, HBO . Kebanyakan program penstriman tersebut tidak membuka khidmat untuk rakyat Malaysia. Selain menikmati hiburan berbentuk penstriman dari internet, anda juga boleh melayari internet melalui Google TV dengan membuka pelayar web Chrome, selain itu anda boleh muat turun apa jua aplikasi dari Google Play Store lalu memasangnya di Google TV kerana peranti ini menggunakan Android sebagai sistem operasinya sepertimana di smartphone Android dan tablet Android.

Microsoft Melancarkan Wordament, Permainan Untuk Peranti iOS Dengan Skor Pencapaian Xbox


iawani-wordament-microsoft-xbox
Microsoft memperkenalkan Wordament, sebuah aplikasi permainan berasaskan pencarian perkataan khusus untuk peranti-peranti iOS (iPad, iPhone, iPod Touch) yang menggunakan iOS versi 4.3 dan ke atas. Wordament adalah permainan pertama dicipta oleh Microsoft untuk produk mudah alih Apple. Misi utama permainan ini adalah untuk mencari berbagai perkataan sebanyak mungkin dalam masa 2 minit. Saat memainkan Wordament, anda akan bersaing dengan pemain-pemain lain dari seluruh dunia secara online. Setelah Wordament di install dalam peranti iOS, anda boleh memulakan permainan dengan log masuk menggunakan Xbox ID. Jika tidak memiliki akaun Xbox, anda boleh mula bermain dengan menggunakan akaun Windows, alamat email Hotemail ataupun SkyDrive. Kenapa kena log masuk? Tujuannya untuk merekod skor pencapaian anda kemudian untuk melihat skor pencapaian orang lain yang bersaing anda dari seluruh dunia. Setiap skor yang diperolehi akan terpampang di Xbox Gamerscore. Andai kata anda mahu memainkan Wordament, download ke peranti iOS anda untuk merasai sendiri bagaimana cabarannya.

NASA Keluarkan eBook Interaktif Untuk iPad, Mengandungi Gambar Penemuan Teleskop Hubble


iawani-nasa-ebook-hubble-discoveries-itunes-0
NASA dikaitkan dengan penerokaan ruang angkasa manakala Hubble pula merupakan teleskop paling berkuasa pernah dicipta manusia semata-mata untuk aktiviti penerokaan angkasa lepas. Kini pihak NASA berkongsi rahsia penemuan mereka dengan anda melalui eBook interaktif diberi tajuk Hubble Space Telescope: Discoveries – sedia untuk anda download dari iTunes, khusus untuk iPad yang menggunakan iOS 5.1 dan ke atas. Anda boleh membaca eBook NASA melalui iBook versi 3.0 dan ke atas. Namun, masa untuk memuat turun eBook NASA ke iPad jadi agak panjang kerana saiz eBook ini yang besar (900MB) tapi penantian anda bakal berbaloi kerana eBook tersebut mengandungi gambar-gambar cantik beserta penerangan berbetuk teks yang informatif, menjadikan pengalaman membacanya sesuatu yang bernilai.

Sony Dedahkan Jadual Pengeluaran Kemaskini Android 4.1 Untuk Peranti Xperia Menjelang Awal Februari 2013


iawani-sony-xperia-android-4-1-update-2013
Sony bakal mengeluarkan kemaskini Android 4.1 Jelly Bean ke peranti-peranti Android di bawah jenama Xperia menjelang awal tahun 2013 kelak. Telefon pintar Xperia T, Xperia TX dan Xperia V akan menerima kemaskini tersebut antara Februari hingga Mac 2012 manakala telefon Xperia P, Xperia J dan Xperia Go dijadualkan untuk menerima kemaskini android 4.1 menjelang akhir Mac hingga pertengahan April. Apabila tiba penghujung bulan April nanti, Xperia S, Xperia SL, Xperia Ion dan Xperia Acro S akan menerima kemaskini tersebut. Kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich bakal dikeluarkan untuk model telefon pintar berikut sahaja – Xperia U, Xperia Miro, Xperia Tipo dan Xperia Sola. Jika anda merupakan pemilik salah satu peranti di atas, sila semak keberadaan kemaskini naik taraf itu nanti.

Apple Sedang Membangunkan Jam Tangan Pintar?


Jam Tangan Pintar AppleTerdapat beberapa jam tangan pintar di pasaran pada hari ini, yang mana menghubungkan pengguna dengan telefon pintar mereka, membolehkan mereka mengikuti pelbagai notifikasi dengan mudah. Melalui ura-ura terkini, ia kelihatan Apple turut sama akan menyertai industri ini tidak lama lagi.
Mengikut ura-ura yang kedengaran hari ini, ia dikatakan Apple dalam proses membangunkan telefon pintar mereka yang akan boleh dihubungkan dengan pelbagai peranti Apple melalui sokongan Bluetooth. Daripada apa yang dikongsikan, Apple dikatakan bekerjasama dengan Intel untuk membangunkan jam tangan pintar dengan paparan bersaiz 1.5-inci PMOLED.
Sebelum ini, ramai peminat Apple menggunakan iPod Nano yang disambungkan dengan tali tambahan khas untuk digunakan sebagai jam tangan. Namun, melalui kemaskini terbaru Apple untuk keluarga iPod Nano, ia menjadikan perkara ini mustahil.
Pada hari ini sendiri, ramai pengguna yang bergantung kepada telefon pintar masing-masing dalam melihat waktu semasa. Adakah jam tangan daripada Apple ini kelak akan mendapat perhatian ramai, ataupun hadir dengan sesuatu yang bakal merevolusikan industri?

Ragnarok 2 Sedia Dimainkan Semua Melalui Beta Terbuka


Setelah menguji untuk beberapa hari dalam bentuk beta tertutup tidak lama sebelum ini, kini nampaknya pihak penyedia pelayan tempatan telah bersedia, dan kini membuka Ragnarok Online 2 kepada umum dalam bentuk beta terbuka.
Buat masa ini, ketika artikel ini ditulis, pelayan mereka ditutup sementara disebabkan penerimaan trafik dan penyertaan pemain yang agak tinggi.
Walaubagaimanapun, ia mungkin akan kembali seperti biasa tidak lama lagi, dan sementara menantikannya, para pengguna boleh memuat-turun klien permainannya, secara percuma daripada pelbagai pautan rasmi mereka.
Ragnarok Online 2 membawakan kembali permainan yang popular pada suatu ketika dahulu dengan pelbagai pembaharuan dan bentuk permainan 3D padanya.

Thursday 27 December 2012

Ketahui Istilah Umum Internet & Bagaimanakah Internet Berfungsi?

server
Kini internet di guna pakai oleh semua golongan, sama ada tua mahupun yang muda. Tapi adakah anda kenal dan mengetahui bagaimana beberapa perkara berfungsi, seperti contohnya IP/TCP, DNS. Artikel ini ditujukan khas kepada mereka yang minat IT tapi tidak begitu memahami jargon tersebut dan juga secara bagaimana ia secara teknikal.
IP – Internet Protocol
IP ini boleh dikatakan seperti alamat rumah kita. IP ini mengumumkan kat dunia Internet dengan memberitahu siapakah kita, lokasi negara, serta apakah talian internet yang digunakan oleh kita. IP juga membolehkan beberapa penyedia kandungan seperti Tonton, Hulu, dan BBC untuk menawarkan kandungan yang ditujukan khas kepada mereka yang berada di sesebuah negara tertentu sahaja, dan tidak boleh dilihat oleh yang lain (IP Geo Restriction).
Selain itu , IP yang dibekalkan oleh pembekal Internet kita ini mempunyai dua jenis iaitu jenis statik dan juga dinamik.
Bezanya antara kedua-duanya mudah sahaja, dimana statik itu IP kita yang kekal dan tidak berubah. Walaupun kita connect/disconnect seribu kali jua, IP yang digunakan oleh kita akan kekal tetap sama tanpa berubah. Alamat IP kekal ini biasanya diguna-pakai oleh perniagaan untuk tujuan pengehosan laman web pada pelayan mereka.
Untuk para pengguna biasa seperti kita yang lebih mengakses internet dan melanggan menggunakan akaun rumah, pembekal Internet akan menawarkan Dynamic IP, iaitu alamat IP kita yang senantiasa berubah-ubah apabila kita connect/disconnect ke Internet.
Setiap kali kita berhubung ke internet, modem yang digunakan kita akan meminta alamat IP yang dinamik daripada penyedia internet. Setiap rekod akan di log oleh pihak penyedia internet seperti Telekom Malaysia, Maxis, P1 dan sebagainya, dimana sekiranya pihak bertanggungjawab ingin mengesan seseorang ianya mudah. Alamat IP juga merupakan medium utama yang digunakan pihak berkuasa dalam mengesan individu-individu yang melanggar undang-undang atau etika di alam maya ini.
Terdapat beberapa “mitos” yang mengatakan bahawa alamat IP dinamik ini jauh lebih selamat daripada alamat IP yang statik. Namun, sebenarnya, perkara ini tidak benar.
DNS
DNS ini boleh diibaratkan sebagai “Yellow Pages” yang digunakan kita. Contohnya jikalau saya ingin menghubungi pihak Amanz, maka saya akan mencari Amanz di Yellow Pages untuk mendapatkan beberapa maklumat, terutamanya nombor telefon.
Begitu juga DNS berfungsi. Sebagai contoh, sekiranya anda menaip alamat google.com ke bar alamat di pelayar web anda, ia akan “resolve” secara automatik kepada IP.
Perkara ini adalah kerana komputer hanya memahami penggunaan alamat IP sahaja (sama seperti nombor telefon kita, dimana melalui buku alamat, kita mendail mengikut penggunaan nama rakan-rakan dan bukannya menggunakan nombor telefon sepenuhnya).
DNS juga mempunyai fungsi yang lain. Contohnya, laman gergasi seperti Google, mempunyai ratusan alamat IP yang menghubungkan ia kepada pelbagai pelayan yang terdapat di merata dunia.
DNS akan terlebih dahulu mengambil alamat IP yang paling dekat dengan alamat IP pengguna dan menghubungkan ia, sekaligus menjadikan sambungan lebih pantas daripada biasa. Perkara ini adalah sama seperti kita keluar makan, biasanya kita akan makan atau keluar membeli-belah ke tempat yang berdekatan dengan rumah kita, melainkan tiada pilihan yang lain lain. Konsep ini digunakan pada penggunaan DNS juga, dimana sekiranya alamat IP pelayan berhampiran tidak dapat dihubungi, maka ia akan mencari alamat IP pelayan yang lain secara automatik.
Packet
Tujuan utama Packet ini adalah supaya dua pihak dapat berkomunikasi tanpa sebarang masalah, dimana penghantaran dan penerimaan data dilakukan dengan mudah dan pantas dalam keadaan yang selamat. Perkara ini boleh diibaratkan sebagai penggunaan sampul surat, yang mana melindungi surat dan membawa ia kepada penerima dengan mudah.
Ping Time
Ping Time ini lebih merujuk kepada berapakah lama masa yang diambil untuk menghantar dan menerima mesej. Dalam erti kata lain, ia seperti merujuk kepada – berapa lamakah masa yang diambil leh seseorang itu dalam menjawab telefon yang sedang berdering.
Ping Time ini penting bagi para pemain, kerana sekiranya masa Ping mereka melebihi 300 ms (1 saat = 1000 ms) maka sukarlah mereka untuk bermain permainan atas-talian. dan fenomena ini dikenali sebagai “Lag” (lengah masa) dikalangan mereka. 300 ms bermaskud ia memakan masa sehingga 0.3 saat untuk menghantar/menerima mesej.
Ping time ini tidak begitu penting apabila kita melayari laman web ataupun muat turun applikasi daripada internet, tetapi berbeza dengan penggunaan beberapa aplikasi, terutamanya sekiranya membuat panggilan VOIP melalui Skype ataupun sekiranya gemar memainkan permainan atas-talian.
….
Diharapkan istilah-istilah yang dikongsikan ini memberikan idea bagaimana ia berfungsi di arena internet dan teknologi pada hari ini.
Artikel dikongsi oleh Pradeesh, khas untuk pembaca Amanz. Beliau boleh dihubungimelalui Twitter di @Prasys ataupun anda turut boleh mengikuti perkongsian peribadi beliau di laman blog Prasys.info

Nexus 4 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Awal Januari – Berharga RM1599 Untuk 16GB?


Nexus 4 - PratempahanPelancaran peranti Nexus 4 adalah salah satu perkara yang dinantikan ramai. Ketika kami hubungi pihak LG, mereka mengatakan ia akan hadir pada bulan Januari, dan kini, stringfellowmelalui forum Lowyat, berkongsi beberapa info berkenaan dengannya.
Daripada apa yang dikongsikan, LG Nexus 4 dikatakan akan dilaporkan seawal 7 atau 8 Januari 2013 kelak, dan akan ditawarkan pada harga RM1599 untuk versi 16GB. Beliau turut berkongsi akan gambar daripada kedai Hotspot yang telah mula akan pra-tempahan untuknya.
Turut dikongsikan adalah dikatakan DiGi bakal turut menawarkan peranti tersebut, dimana seperti biasa, melalui pakej telekomunikasi, kita akan dapat melihat harga peranti yang lebih murah untuk komitmen bulanan. Apa pun, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut daripada pihak LG yang mungkin kita akan ketahui tidak lama lagi.
LG Nexus 4 merupakan peranti dengan sokongan rasmi daripada Google, membawakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan resolusi 1280×768 pixel (320PPI), cip pemprosesan Qualomm Snapdragon S4 Pro, memori sebanyak 2GB RAM, dan menggunakan Android 4.2 Jelly Bean padanya.

Pengguna Boleh Membuat Laporan Polis Melalui Portal Internet Khas Pada Tahun Hadapan


PDRM MalaysiaPada hari ini, untuk membuat laporan polis agak memakan masa disebabkan keperluan pengguna untuk hadir ke balai berdekatan untuk membuat laporan dan sebagainya. Namun, segalanya akan berubah pada tahun hadapan.
Menurut PDRM, mereka kini dalam peringkat akhir persediaan untuk memperkenalkan portal laporan atas-talian, sekaligus memudahkan para pengguna seluruh Malaysia dengan mudah dan pantas membuat laporan kepada pihak polis dari mana-mana dan bila-bila masa sahaja.
Daripada apa yang dikongsikan, portal tersebut sedang dibangunkan oleh MAMPU dan dijangka akan dapat digunakan bermula tahun hadapan.
Perkara ini juga dijangka akan menjadikan para pengguna tempatan lebih yakin dan berani dalam melakukan laporan salah laku kepada pihak berkuasa, apatah lagi dengan keperluan tidak perlu hadir ke balai polis dan sebagainya.
Jadi, apa kata anda?

Apple Boleh Bunuh Masa Depan Android Juga Masa Depan Telefon Pintar



0055-apple-android
Apple mahu mendominasi pasaran smartphone dengan ‘membunuh’ potensi Android untuk berkembang maju dengan lebih pesat. Apple ada harapan untuk menang kerana Apple terlebih dahulu telah mempatenkan fungsi multi touch (U.S. Patent No. 7,479,949) dan mana-mana pengeluar smartphone yang Apple lihat menampilkan fungsi itu pada telefon keluara mereka tanpa kebenaran Apple terlebih dahulu, maknanya pengeluar tersebut didapati meniru paten Apple lalu mereka boleh disaman atas dakwaan peniruan hak cipta. Inilah yang berlaku kepada smartphone Samsung.
Pada tahun 2005, Apple telah membeli FingerWorks, sebuah syarikat penyelidikan dan pembangunan (research and development) memfokus kepada penciptaan skrin berbagai sentuhan (multi-touch gestures), melalui penggunaan teknologi ini, Apple memperkenalkan iPhone (generasi pertama) pada tahun 2007.
Kesan dari populariti iPhone, jenama lain mula mengeluarkan telefon pintar dengan skrin multi sentuh buatan mereka sendiri, apabila Android mula popular pada 2008, Apple jadi tidak senang duduk hingga bertindak menyaman Samsung serta syarikat lain (seperti Motorola) untuk mengelak pesaingnya mengalahkan populariti iPhone. Perbalahan itu masih berlaku sehingga kini.
Apple dilihat tamak, dari prespektif Apple pula, Android dilhat meniru produk ciptaan Apple lalu menganggap Android hanya produk saduran, Steve Jobs sendiri bersumpah akan menentang kewujudan Android habis-habisan ketika beliau masih hidup. Legasi perjuangannya mentang Android diteruskan hingga ke hari ini.
Jika Apple menang dalam kes tersebut, ia bermakna Android, Google, Samsung, Motorola, Sony, HTC dan belasan syarikat pengeluar smartphone Android lain boleh gulung tikar kerana tiada hak sah dari segi undang-undang untuk terus menjual telefon bimbit Android.
Ia merupakan pengakhiran kepada perisian sumber terbuka bernama Android yang selama ini memberi manfaat kepada berbillion pengguna di seluruh dunia. Dengan Android, pengguna smartphone berbajet rendah mampu merasai keseronokan memiliki smartphone sendiri berbanding memliki iPhone yang sememangnya ditawarkan pada harga paras tinggi.
Paten dilihat sebagai satu-satunya cara sah di sisi undang-undang untuk Apple mendominasi pasaran telefon pintar pengguna di seluruh dunia. Syarikat lain bagaii tidak ada kuasa untuk menandingi Apple. Paten dilihat strategi Apple untuk ‘membunuh’ Android.
Jika tidak ada smartphone Android, apa akan jadi? Kita semua guna Windows Phone?
Andaikata Apple saman Windows Phone sebab tiru paten iOS pada iPhone, apa pula yang akan jadi? Satu-satunya smartphone yang akan wujud di dunia satu masa nanti hanyaah cuma iPhone (…dan BlackBerry..mungkin, jika terselamat).

Facebook Menguji Paparan Khas Untuk Profil Selebriti Dan Orang Terkenal


Dalam usaha untuk menawarkan lebih banyak info berkenaan seseorang yang terkenal ataupun selebriti dan juga artis, kini Facebook mula memperkenalkan beberapa perubahan pada halaman profil umum.
Facebook Najib
Facebook Anwar
Daripada apa yang kelihatan, Facebook menarik informasi daripada beberapa laman utama, termasuk WikiPedia dan juga Freebase dalam memaparkan maklumat yang berguna, disamping pada masa yang sama mengintegrasikan elemen sosial, seperti melihat gambar dari rakan-rakan mengenai seseorang, ataupun siapakah rakan-rakan anda yang “Like” akan halaman tersebut.
Buat masa ini, daripada apa yang kami lihat, perubahan ini diperkenalkan pada Community Page, dan bukannya halaman yang diuruskan oleh perseorangan.
TIPS DARIPADA OMAR DAN YUSUF

Google Sepanjang Tahun 2012


Google 2012Google sepanjang tahun ini telah membawa pelbagai perubahan dan penambahan pada produk-produk mereka, disamping hadir dengan beberapa inovasi, dan salah satunya adalah Project Glass. Pada masa yang sama juga, Google mematikan beberapa sokongan dan memfokuskan kepada teknologi terbuka.
Project Glass
Pada tahun ini, salah satu perkara yang menjadi bualan ramai adalah Google Glass, yang mana membawakan teknologi Augmented Reality dan mudah-alih setapak lagi ke hadapan dengan mengintegrasikannya pada kaca mata pintar.
Google turut sama telah mendemonstrasikannya pada Google I/O yang diadakan pada pertengahan tahun, selain berkongsi yang mana ia akan mula dijual kepada umum berkemungkinan seawal 2014 kelak.
Google+ Terus Berkembang
Laman sosial daripada Google terus berkembang dengan positif sepanjang tahun ini, dimana Google sendiri baru-baru ini berkongsi mengatakan mereka mempunyai lebih kurang 500 juta pengguna pada platform mereka.
Di Malaysia sendiri, sokongan Hangout yang terdapat pada Google+ dipergunakan dengan meluas, dimana turut digunakan oleh pemimpin politik, termasuk Anwar Ibrahim dan juga Najib Razak dalam berhubung dan berkomunikasi dengan rakyat.
Android Menjadi Lebih Popular
Android Gangnam StyleAndroid – platform mudah-alih daripada Google terus berkembang dengan pesat pada tahun ini. Peranti yang menggunakannya sahaja terdapat dalam pelbagai variasi membolehkan para pengguna seluruh dunia mendapatkannya dengan mudah, mengikut pilihan mereka.
Namun, seperti biasa, ia membawa kepada masalah yang lain, dimana kemaskini kepada platform baru adalah agak lambat, malah tidak disokong oleh beberapa pengeluar.
Versi terbaru Android yang dikeluarkan oleh Google adalah Android 4.2 Jelly Bean, yang mana membawakan beberapa fungsi baru padanya.
Google Now
Ketika pengenalan Android 4.1 Jelly Bean pada pertengahan tahun, salah satu fungsi yang menarik minat ramai pengguna adalah Google Now.
Google Now membawakan fungsi bantuan pintar kepada para pengguna Android, mencadangkan pelbagai perkara berguna ketika bergerak dan mengikut masa setiap hari.
Disamping itu, Google turut memperkenalkan sokongan carian suara yang interaktif kepada pelbagai platform, termasuk pada Android dan juga iOS.
Lebih Banyak Peranti Nexus Diperkenalkan
Seperti semua sedia maklum, Nexus merupakan peranti rasmi untuk Android daripada Google dan beberapa rakan kerjasama mereka. Pada tahun ini, salah satu peranti popular adalah Nexus 7 – tablet daripada Asus yang dijual pada harga sekitar RM899 di Malaysia. Disamping itu, Google juga mengumumkan beberapa peranti Nexus yang lain, termasuk Nexus 4 – telefon pintar daripada LG dan juga Nexus 10 – tablet bersaiz 10-inci daripada Samsung.
Disamping peranti-peranti popular, Google turut menguji peranti prototaip dinamakan sebagai Nexus Q, yang mana berfungsi sebagai medium untuk memainkan media di antara telefon pintar dan beberapa peranti yang lain.
Pengenalan Google Maps Trafik & Transit Di Malaysia
Sokongan Google Maps Trafik dan Transit bukanlah sesuatu yang baru, tetapi pada tahun ini, secara rasminya, sokongan tersebut diperkenalkan untuk para pengguna tempatan, membolehkan pengguna tempatan mendapatkan pelbagai data dan kemaskini semasa dengan mudah. Buat masa ini, di Malaysia, ia hanya disokong di Lembah Klang, Melaka, Ipoh dan juga Pulau Pinang sahaja.
YouTube Malaysia Dilancarkan Secara Rasmi
YouTube bukanlah sesuatu laman yang baru. Pada tahun ini, Google Malaysia secara rasminya melancarkan YouTube Malaysia, dimana selain menawarkan laman video terkemuka itu dalam pilihan bahasa Malaysia, ia juga kini memaparkan kandungan yang dibuat orang tempatan pada halaman utamanya. Bagi para penerbit kandungan tempatan, Google Malaysia turut memperkenalkan sokongan YouTube Partner Program, membolehkan sesiapa sahaja yang memuat-naik kandungan ke YouTube menjana pendapatan melaluinya.
Lebih Banyak Doodle Interaktif
Pada enjin carian utama Google, salah satu perkara yang menarik adalah penggunaan Doodle. Pada tahun ini, Google hadir dengan pelbagai bentuk Doodle yang menarik, daripada yang boleh memainkan lagu, sehingga yang membawakan permainan ringkas bersempena dengan Sukan Olimpik. Google untuk Hari Merdeka juga turut disediakan khas oleh Google.
Lain-Lain
Disamping pelbagai perkara baru, Google juga mematikan beberapa produk mereka, dan salah satu sokongan yang dimatikan mereka adalah sokongan ActiveSync, menjadikan pengguna beberapa platform lain hanya dapat mengakses perkhidmatan Google secara terhad. Untuk mengantikannya, Google mengalakkan pengguna menggunakan sokongan CardDAV dan lain-lain.
Chrome OS dan pelayar web Chrome terus berkembang dengan positif, dimana Chrome WebStore turut dilancarkan secara rasmi di Malaysia, membawakan lebih banyak aplikasi yang memfokuskan pengguna tempatan.
Beberapa pekerja utama Google juga turut meninggalkan syarikat dengan menyertai syarikat lain, mahupun hadir dengan beberapa projek yang baru. Google juga dalam memperluaskan perkhidmatan mereka dan pada masa yang sama membantu negara membangun, telah mengumumkan yang mana mereka akan memfokuskan pasaran tersebut pada tahun-tahun akan datang melalui beberapa produk, dan salah satunya adalah Google FreeZone.
Jadi, apakah yang dinantikan anda daripada Google untuk tahun hadapan?

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News