KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Friday 30 March 2012

[MALAY] #Tips : Pelajari Bahasa Pengaturcaraan Ruby Dengan Mudah Melalui Hackety Hack



Pada acara WebCampKL bulan Mac yang diadakan beberapa hari yang lepas, salah satu perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan bahasa pengaturcaraan. Memandangkan kini salah satu bahasa pengaturcaraan yang semakin meningkat popular dari hari ke hari adalah Ruby, mungkin kini para pembangun mahupun mereka yang terlibat dalam industri ini mempelajarinya sebagai salah satu keperluan semasa.



Untuk memudahkan mereka yang ingin mempelajari Ruby, salah satu program yang memudahkan anda mempelajarinya adalah Hackety Hack, yang menawarkan pembelajaran Ruby dengan mudah dan interaktif pada Windows, Mac dan juga Linux.

Hackety Hack juga turut menawarkan kemudahan bagi para pengguna yang tidak mempunyai sebarang latar belakang dalam dunia pengaturcaraan untuk turut mempelajari Ruby melaluinya. Buat masa ini, bilangan tutorial yang disediakan mungkin terhad, dan pembangunnya mensasarkan untuk menambahnya dari masa ke semasa.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun aplikasi Hackety Hack, dan mula mempelajari bahasa pengaturcaraan Ruby melalui desktop anda hari ini. Sekiranya anda sudah biasa dengan Ruby, anda juga boleh menyumbangkan tutorial dan sebagainya melalui laman GitHub yang disediakan.

[MALAY] Pesaing Dropbox Daripada Google Bakal Menawarkan Ruangan Percuma Sebanyak 5GB?



Bagi yang mengikuti perkembangan Google Drive, mungkin terbaca akan ura-ura mengatakan ia bakal dilancarkan pada awal April kelak. Dan hari ini, melalui lamanTalkAndroid, mereka telah pun mendapatkan paparan awal halaman muat-turun Google Drive, memperlihatkan beberapa informasi tambahan berkaitan dengannya.



Melalui apa yang diperlihatkan, Google Drive dilihat akan menawarkan ruangan percuma sebanyak 5GB, dan membolehkan para pengguna bukan sahaja mengakses melalui klien desktop, mahupun aplikasi pada tablet dan telefon pintar, tetapi turut sama melalui laman web, lebih kurang sama seperti Dropbox.

Percubaan memasuki laman Google Drive kini hanya sekadar memperlihatkan halaman 404, dan mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak info berkaitan dengannya sekitar minggu hadapan.

[MALAY] Laman Rasmi FAM Digodam Lagi – Peminat Mahu Presiden Letak Jawatan



Laman Rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia hari ini telah digodam oleh salah satu kumpulan pengodam tempatan. Perkara ini berlaku berikutan baru-baru ini timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin FAM kerana mengkritik prestasi skuad kebangsaan yang diterajui oleh Datuk K Rajagobal secara terbuka di media. Peristiwa ini dilihat sebagai pemangkin kepada penggodam untuk menggodam laman web FAM.



Ini bukanlah kali pertama laman FAM digodam kerana sebelum ini laman web FAM ini juga digodam berikutan harga tiket yang dinaikkan sebanyak RM50 pada Oktober 2011 yang lepas. Juga, beberapa bulan sebelumnya pada bulan Julai 2011 laman web mereka diserang oleh penggodam dari Tunisia.

Kami merasakan yang pihak FAM perlu memandang serius perkara ini kerana didalam tempoh kurang dari sembilan bulan ( Julai 2011 – Oktober 2011 – Mac 2012) laman web rasmi telah diserang dalam beberapa kali secara kerap, daripada pengodam tempatan mahupun antarabangsa. Tahap sekuriti jenama negara perlu diperkuatkan untuk mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Kemaskini 5.45PM: Kesemua isi kandungan gambar kritikan telah dibuang, dan website FAM sekarang memaparkan struktur isi kandungan website.

[MALAY] Pemenang Anugerah PC.COM 2011 Diumumkan – Samsung Dan Canon Menang Besar



Akhirnya, PCdotCOM telah pun mengumumkan pemenang-pemenang Anugerah PC.com 2011, memperlihatkan pelbagai jenama memenangi anugerah daripada pelbagai kategori berbeza, berdasarkan kepada pilihan pengguna. Antara syarikat yang menyerlah dan memenangi beberapa anugerah pada kategori berbeza tahun 2011 adalah Canon dan juga Samsung.


Anugerah PC.com 2011 – Telefon Pintar Terbaik : Samsung (Gambar : Diana)

Berikut merupakan senarai penuh pemenang untuk Anugerah PC.com 2011 Pilihan Pengguna berdasarkan kepada kategori masing-masing:

Aksesori Umum Komputer
  • Perisian Sekuriti Terbaik : Kaspersky
  • Speaker Komputer Terbaik : Edifier
  • Headphone Terbaik : Sonic Gear
  • Aksesori Komputer Terbaik : Logitech
  • GPS Terbaik : Garmin

Perkakasan Komputer
  • Pemprosesan Terbaik : Intel
  • Motherboard Terbaik : Asus
  • Cakera Keras Terbaik : Western Digital
  • Kad Grafik Terbaik : Gigabyte
  • Produk Wireless Terbaik : D-Link
  • Projektor Terbaik : Sharp
  • LCD TV Terbaik : Samsung
  • Monitor Desktop Terbaik : Samsung
  • PC Desktop Terbaik : HP
  • Laptop Perusahaan Terbaik : HP
  • Laptop Pengguna Terbaik : Acer
  • Ultrabook Terbaik : Asus

Kategori Berkaitan Kamera
  • DSLR Terbaik : Canon
  • Kamera Mirrorless Terbaik : Sony
  • Kamera Kompak Terbaik : Canon
  • Kamkoder Terbaik : Canon

Kategori Pencetak
  • Pencetak Inkjet Terbaik : Canon
  • Pencetak Pelbagai Fungsi Terbaik : Konica Minolta

Kategori Berkaitan Peranti Mudah-Alih
  • Tablet Terbaik : Samsung
  • Telefon Pintar Terbaik : Samsung
  • Telefon Pintar Terbaik Untuk Perusahaan : BlackBerry

Kategori Berkaitan Telekomunikasi
  • Telekomunikasi Pra-Bayar Terbaik : DiGi
  • Telekomunikasi Pascabayar Terbaik : Maxis
  • Jalur-Lebar Berwayar Terbaik : Unifi
  • Jalur-Lebar Tanpa Wayar Terbaik : Celcom

Anugerah Khas
  • Rising Star : UMobile
  • CSR Terbaik : Maxis
  • Syarikat Telekomunikasi Tahunan : Celcom
  • Produk Tahunan : Samsung Galaxy Note
  • CEO Tahunan : Shazali Ramly (Celcom)

Thursday 29 March 2012

[MALAY] Temple Run Dilancarkan Secara Percuma Untuk Pengguna Android



Temple Run merupakan salah satu permainan yang popular pada platform iOS, yang mana telah dimuat-turun sebanyak lebih 40 juta kali oleh pengguna seluruh dunia. Dan kini, hari ini pembangun Temple Run secara rasminya melancarkan permainan tersebut pada plaform Android.



Melalui Temple Run, ia membawakan permainan dengan latar permainan seumpama carian purba dan harta khazanah, dimana pemain memainkan watak untuk melarikan diri daripada Evil Demon Monkey, dan dalam melarikan diri pemain dikehendaki mengumpulkan markah dan pada masa yang sama menguji tindakan refleks anda dengan pantas.

Menariknya untuk pengguna Android adalah dimana permainan ini ditawarkan secara percuma melalui Google Play. Namun untuk mendapatkan kuasa tambahan, atau ingin menghabiskan permainan dengan lebih pantas, para pemain boleh membeli beberapa perkara tambahan untuk watak mereka melalui sokongan pembelian terus melalui permainan tersebut.

[MALAY] Galaxy Note Terjual Sebanyak Lebih Daripada 5 Juta Unit


Sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini, kita boleh lihat yang mana Samsung amat giat mempromosikan peranti Galaxy Note mereka kepada umum, dengan membuat pelbagai promosi dipelbagai lokasi seluruh negara mahupun dunia. Dan kini, melalui statistik semasa yang diumumkan mereka, Samsung mengatakan Galaxy Note telah terjual sebanyak lebih daripada 5 juta unit di seluruh dunia buat masa ini. 




Peranti yang bersaiz 5.3-inci dengan sokongan stylus dinamakan sebagai S Pen telah pun mendapat pujian ramai dari seluruh dunia, disamping pengguna yang menyukai akan skrin dan juga saiznya yang besar dan sedap untuk dipegang.

Buat masa ini, Samsung masih lagi belum mengumumkan bilakah ianya akan menerima kemaskini Ice Cream Sandwich. Selain daripada Galaxy Note bersaiz 5.3-inci, Samsung juga pada acara Mobile World Congress yang lepas, telah memperkenalkan Galaxy Note 10.1 yang membawakan tablet dengan sokongan S Pen. Namun ia tidak diketahui bilakah peranti tersebut akan mula dijual di Malaysia mahupun pasaran global.

[MALAY] Google Chrome 18 Mencapai Fasa Stabil – Membawakan Sokongan Grafik Lebih Baik



Pelayar web yang paling popular di Malaysia buat masa ini adalah Google Chrome. Hari ini, Google telah pun mengeluarkan kemaskini kepada pelayar web mereka, membawa Chrome 18 pada saluran stabil bersama-sama dengan beberapa perkara baru, termasuk sokongan grafik yang lebih pantas dan lebih baik berbanding sebelumnya.

Melaluinya, ia membolehkan para pengguna menikmati kandungan dalam bentuk 3D, mahupun bermain permainan berasaskan HTML5 seperti BrowserQuest dengan lebih mudah lagi.

Pada masa yang sama, Google turut menyertakan beberapa sokongan lain dari segi sekuriti dan keselamatan dan sebagainya. Seperti semua sedia maklum, bagi para pengguna Chrome sedia ada, mereka akan menerima kemaskini secara automatik, manakala pengguna yang ingin mencubanya, boleh memuat-turun dan menggunakan Chrome hari ini secara percuma.

Selain daripada Chrome, Mozilla juga sedang memfokuskan kepada pembangunan pelayar web mereka, Firefox, disamping mensasarkan untuk membawa pelbagai teknologi baru sepanjang tahun 2012 ini. Mungkin kita akan terus dapat melihat persaingan sihat antara Chrome dan Firefox sepanjang tahun ini, disamping Internet Explorer 10 yang bakal didatangkan bersama-sama sokongan Metro pada Windows 8.

[MALAY] (Video) Mengapa Android Lebih Baik Daripada iOS


Salah satu perkara yang sering ditanya oleh ramai pengguna adalah, adakah Android lebih baik ataupun iOS lebih baik. Semestinya kedua-dua mempunyai penggunanya yang tersendiri, dan ia masih bergantung kepada para pengguna itu tersendiri apakah pilihan peranti mereka, dan untuk apa mereka ingin gunakannya.





Melalui sebuah video ringkas yang dibangunkan oleh salah seorang pengguna Android, selepas menggunakan iOS selama 30 hari, beliau memperlihatkan beberapa perbandingan dengan platform iOS, memperlihatkan mengapa Android lebih baik dan menarik.

Antara perkara yang disokong termasuk sokongan pelayar web dan kawalan aplikasi yang lebih baik, membolehkan para pengguna membuat pilihan aplikasi utama mereka, samada dari segi pelayar web, pemetaan, dan sebagainya. Manakala pada iOS, ia kelihatan walaupun menggunakan pelayar web pihak ketiga seperti Dolphin, jikalau membuka pautan dan sebagainya, ia turut membawa pengguna kepada Safari.

Selain itu, sokongan widget yang terdapat pada Android memudahkan aplikasi diakses dengan mudah lagi. Android juga membawakan butang kawalan yang lebih konsisten sekiranya ingin menavigasi kebelakang pada sesuatu aplikasi. Ia dijayakan melalui butang yang terdapat pada peranti sendiri, berbanding untuk iOS yang mana bergantung kepada pembangun aplikasi, dimana mereka ingin meletakkan butang kebelakangan, menjadikannya kurang konsisten.

Beberapa perkara lain yang turut disentuh dalam ulasan yang dilakukan pada video tersebut, termasuklah sokongan multi-tasking, kemudahan untuk memadamkan aplikasi, dan juga sokongan ringtone dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, pilihan akhir masih pada pengguna, untuk memilih peranti berdasarkan kemampuan dan juga tujuan masing-masing untuk menggunakan aplikasi tersebut.

Layari laman Droid.my untuk lebih banyak artikel memfokuskan Android.

[MALAY] Yahoo! Mungkin Mengantikan Enjin Carian Microsoft Untuk Google?



Bing boleh dikatakan mendapat ramai pengguna hasil daripada kerjasama eksklusif mereka bersama dengan Yahoo!. Namun mungkin perkara tersebut berubah tidak lama lagi, dengan ura-ura awal mengatakan Yahoo! dalam perbincangan awal dalam mengantikan enjin carian mereka yang mana kini dijana oleh pihak Microsoft.

Bertambah menariknya lagi adalah dimana ia turut diperkatakan Yahoo! mungkin akan beralih kepada gergasi internet, Google dalam menjana enjin carian mereka. Perkara ini dikatakan dalam perbincangan secara dalaman, dan masih belum disahkan lagi buat masa ini.

Sebelum ini, Yahoo! dan Microsoft telah mengumumkan kerjasama selama lebih kurang 10 tahun dimana melaluinya Yahoo! akan menggunakan enjin carian daripada Microsoft dan juga perkongsian dari segi pengiklanan. Tetapi, dengan perubahan CEO pada Yahoo!, dan fokus utama lebih kepada kandungan, mungkin perkara ini berubah. Dan sekiranya benar mereka beralih kepada Google, ia akan memberikan impak yang serius kepada Microsoft.

[MALAY] Echelon Satellite 2012 Tiada Di Malaysia, Kenapa?



Echelon kelolaan E27 merupakan salah satu acara tahunan berkaitan startup yang berprestij di Singapura dan akan diadakan pada 11 & 12 Jun 2012. Acara ini membawakan ramai pakar-pakar industri internet dan web untuk berkongsi ilmu dan juga pada masa yang sama, menyediakan platform untuk syarikat baru memperkenalkan produk mereka. Dan pada tahun lepas terdapat acara Echelon Satellite Kuala Lumpur dimana syarikat start-up tempatan bertanding untuk mewakili Malaysia didalam Echelon 2011 dan berentap dengan syarikat dari negara lain.

Pada tahun lepas juga krew kami telah menghadiri acara tersebut di Singapura dan telahmembuat liputan langsung mengenainya. Kami juga telah merakamkan sesi pertandingan mereka dan dimuatnaikkan pada halaman video Facebook kami.

Namun begitu, untuk tahun ini, kami tidak pasti kenapa acara Echelon Satellite tidak diadakan di Malaysia berdasarkan senarai acara Echeclon Satellite dibawah.



Selain Malaysia, Hong Kong juga tidak tersenarai pada tahun ini. Mohan Belani, pengarah E27.sg menyatakan di Entrepreneurs.MY sebab tiada acara Echelon Satellite di Malaysia adalah kerana pihak E27 ingin memperkenalkan acara ini ke negara lain. Selain Indonesia, negara-negara yang lain didalam senarai diatas merupakan negara yang baru menyertai pertandingan ini.

Menariknya, komen-komen yang diberikan di Entrepreneurs.MY adalah kritikal dan menyatakan seolah-olah Malaysia dipandang enteng berbanding negara lain dikawasan Asia Tenggara ini didalam dunia Web Startup.

Apa pendapat anda?

Wednesday 28 March 2012

[ENGLISH] Big City Racer




Developer: Vanilla Live Games
Publisher: Vanilla Live Games
Genre: Racing

Big City Racer - this is a new multiplayer racing game. If you are looking for the sea of adrenaline, this game is for you! You will be competing inthe driving skills against thousands of competitors from Europe! Big City Racer will give you routes to Vienna, London, Paris, Berlin and other cities. The game also offers many opportunities that will enable you to participate in international tournaments. Prove that you're the fastest in Europe!

System Requirements :

OS: WinXP/Vista/7

Minimum requirements :

* Processor: 1.5 GHz
* Memory: 512 MB
* Video: NVIDIA Geforce 6200 or ATI Radeon 128 MB
* DirectX 9
* Broadband internet connection
* Free registration: Publisher's website

Recommended requirements :

* Processor: 2 GHz
* Memory: 1 MB
* Video: NVIDIA Geforce 7800 or ATI Radeon 128 MB


Instructions for running :

1. Install the game;

2. Register an *** http s: / / www. bigcityracer. com/registration/registration.aspx?barlang=en
3. Play!

Size : 345 MB

Download

http://www.filesonic.com/file/29955137/BIG.CITY.RACER.part1.rar
http://www.filesonic.com/file/29955153/BIG.CITY.RACER.part2.rar

Tuesday 27 March 2012

[ENGLISH] Overspeed: High Performance Street Racing




Genre: Racing
Developer: City Interactive
Publisher: City Interactive

Overspeed: High Performance Street Racing gives the player an opportunity of participating in illegal street-races in the USA - the tracks invite you to speed down the L.A. avenues at night-time. A wide scale of tuning options is one of the most important game elements.

Minimum System Requirements :

* Windows XP / Vista
* CPU: Pentium 2.8 GHz or Athlon XP 2800+
* RAM: 1.0 GB
* DirectX 9 Compatible Sound Card and Video Card

Size : 356MB

Download

http://hotfile.com/dl/68243134/3954fbf/Overspeed.2008.part1.rar
http://hotfile.com/dl/68243139/eb95c5b/Overspeed.2008.part2.rar
http://hotfile.com/dl/68243163/67a9527/Overspeed.2008.part3.rar
http://hotfile.com/dl/68243166/ad44a3e/Overspeed.2008.part4.rar

OR

http://www.fileserve.com/file/MKuCMn7/Overspeed.2008.part1.rar
http://www.fileserve.com/file/QYxucAt/Overspeed.2008.part2.rar
http://www.fileserve.com/file/jHWPHkt/Overspeed.2008.part3.rar
http://www.fileserve.com/file/e5XmNtn/Overspeed.2008.part4.rar

OR

http://uploading.com/files/392256c6/Overspeed.2008.part1.rar
http://uploading.com/files/23badd7d/Overspeed.2008.part2.rar
http://uploading.com/files/dm756b3f/Overspeed.2008.part3.rar
http://uploading.com/files/bbe95mde/Overspeed.2008.part4.rar

Monday 26 March 2012

[ENGLISH] Pirates of Black Cove (2011/ENG) Repack by R.G. Incognito



Developer: Nitro Games
Publisher: Paradox Interactive
Genre: Real-time Strategy

XVI century, the Caribbean Sea. Squadron of pirate ships and pirates ply the waters near the coast of America and the Caribbean islands, but there is no person capable of uniting them into a formidable force. Will you gain recognition and the title of the Pirate King, taking control of all trade routes, which are transported to Europe, lavish gifts to the American continent?

Features :

* Choose your hero from several pirate captains, each with unique skills and characteristics
* Clear the game world, learn it with my team
* Glory and fame brings you closer to the ultimate goal: The King of All Pirates
* Fight against pirates and other countries, both at sea and on land
* You can collect on your team famous pirates, but do not forget to supply them with rum, or they will go to competitors
* The game consists of three companies

System requirements :

* OS: Windows XP/Vista/7
* Processor: 2.0 GHz Core Duo or equivalent processor
* Ram: 2GB RAM (256 MB of dedicated memory with support for pixel shader 3.0)
* Video Card: GeForce 8600 or equivalent Video Card
* Sound Card: DirectX 9.0c compatible
* Free hard drive space: 4 GB

Features Repack :

* Do not cut \ is converted
* Installation time ~ 5 min
* Retrieved on Win7 x86
* RePack from R.G. Incognito

Size : 1.42 GB

Download :

http://www.filesonic.com/file/1605769681/BlackCove_Incognito.part1.rar
http://www.filesonic.com/file/1605769511/BlackCove_Incognito.part2.rar
http://www.filesonic.com/file/1605774251/BlackCove_Incognito.part3.rar
http://www.filesonic.com/file/1605742351/BlackCove_Incognito.part4.rar

OR

http://www.fileserve.com/file/5rNzxPx/BlackCove_Incognito.part1.rar
http://www.fileserve.com/file/4KShqTX/BlackCove_Incognito.part2.rar
http://www.fileserve.com/file/wKefsGa/BlackCove_Incognito.part3.rar
http://www.fileserve.com/file/EAfYE8V/BlackCove_Incognito.part4.rar

OR

http://www.wupload.com/file/79406486/BlackCove_Incognito.part1.rar
http://www.wupload.com/file/79406148/BlackCove_Incognito.part2.rar
http://www.wupload.com/file/79407884/BlackCove_Incognito.part3.rar
http://www.wupload.com/file/79393753/BlackCove_Incognito.part4.rar

[MALAY] Tahukah Anda?: Pertandingan berdasarkan ‘LIKE’ tidak sah dijalankan di Facebook

Beberapa hari yang lepas kami menerima berita dari salah seorang pengendali Facebook Page. Mereka melaporkan yang Facebook Page mereka telah dipadam tanpa sebarang notis. Facebook Page mereka dipadam dan menyebabkan mereka kehilangan lebih 4000 peminat dan Page mereka sendiri sudah tidak wujud dilaman Facebook.

Apa sebenarnya yang terjadi?

Dua minggu lepas, pengendali tersebut telah mengadakan pertandingan yang memerlukan peserta mengambil gambar dan gambar tersebut akan dimuat-naik ke album Facebook Page mereka dan pemenang dipilih berdasarkan LIKE yang diperoleh.

Untuk makluman para pembaca, pertandingan berdasarkan LIKE tidak sah dijalankan di Facebook. Mereka yang mengadakan pertandingan tersebut adalah melanggar terma dan syarat pertandingan yang boleh dijalankan di Facebook. Sekiranya didapati Page tersebut melanggar terma yang ditetapkan, pihak Facebook boleh memadam sesuatu Facebook Page tanpa perlu apa-apa budi bicara.

Contoh adalah seperti dibawah



Untuk senarai penuh terma dan syarat pertandingan di Facebook, boleh layari disini. Berikut adalah beberapa terma (yang telah diterjemahkan) yang perlu diambil perhatian bagi kita semua.
Promosi dijalankan di Facebook mesti dilakukan melalui Apps on Facebook, melalui Canvas Page atau App didalam Page Tab
Anda tidak boleh menggunakan Facebook sebagai salah satu syarat penyertaan.Dengan kata lain, tindakan untuk LIKE Page atau menetapkan lokasi tertentu tidak boleh dijadikan sebagai syarat penyertaan.
Anda tidak boleh menggunakan fungsi Facebook, sebagai contoh, LIKE Button sebagai salah satu mekanisme dalam pertandingan tersebut.
Anda juga tidak boleh menetapkan syarat (seperti cabutan bertuah akan dilakukan apabila memperoleh 5000 LIKE yang akan mendorong LIKE naik dengan banyak)

Banyak laman Facebook Page yang menggunakan teknik ini untuk mendapat lebih ramai pengikut tetapi tidak sedar akan kebahayaan ini. Oleh itu kami harap anda semua dapat mengambil iktibar dari kejadian sebegini dan sebarkan kepada rakan-rakan dan pemilik bisnes.

[MALAY] Facebook Membawakan Sokongan Paparan Skrin Penuh Untuk Gambar

Facebook merupakan salah satu platform yang digunakan dengan aktif untuk berkongsi gambar, dikalangan para jurugambar, mahupun mereka yang berkongsi grafik dan gambar melalui telefon mudah-alih mereka. Dan dalam usaha memudahkan para pengguna melihat gambar pada skrin penuh, kini dilihat Facebook mengintegrasikan sokongannya pada laman sosial terkemuka itu.



Kini, apabila anda melihat sesuatu gambar pada Facebook, sebuah pilihan khas akan diperlihatkan, membolehkan anda memaparkan dan melihat gambar pada skrin penuh, dan memfokuskan kepada gambar sepenuhnya. Namun, salah satu perkara yang mengejutkan adalah tiada sebarang integrasi iklan diperlihatkan padanya. Mungkin ianya kerana terlalu awal, ataupun mungkin pihak Facebook tidak ingin memperlihatkan iklan padanya.



Ia juga dipaparkan dalam bentuk slaid, membolehkan anda bergerak dari satu gambar ke gambar yang lain dengan mudah. Walaubagaimanapun, sokongan yang sama untuk video masih lagi belum diaktifkan buat masa ini, dan masih tidak diketahui samada adakah Facebook akan memperkenalkannya ataupun tidak.

Tuesday 20 March 2012

[ENGLISH] POWERDROME ( RELOADED/Full ISO/2004)




Publisher: Zoo Digital Publishing
Developer: Argonaut Games 699.45 MB
Genre:Racing

In addition to competing on a number of sanctioned tracks, players can also take to the streets for some "illegal" racing. Tricks are a part of the game as well, but pushing a "blade" racing vehicle beyond its driver's limits may result in a demonstration of the game's real-time damage modeling -- buckled panels, broken hydraulics, smoking engines, and worse can result from minor miscalculations at mach 1.3.
SYSTEM REQUIREMENTS
The PC version of Powerdrome has been developed on the Windows XP operating system and is designed to work best with either Windows 2000 or Windows XP. While the game can be run on earlier versions of Windows, no support can be provided for these operating systems.

Minimum system requirements :

* 1 GHz Intel Pentium 4 processor or AMD equivalent.
* Microsoft Windows 98 Second Edition operating system.
* Microsoft DirectX 9.0c (supplied) or later.
* 256 Mb System RAM.
* 1.5 Gb Hard Drive Space.
* 2x speed CDROM.
* Graphics card supporting Shader Model 1.1, e.g. NVIDIA GeForce3 and NVIDIA GeForce4 FX, or ATI
Radeon series card.
* Microsoft DirectSound compatible stereo sound card.
* Microsoft compatible keyboard.

Recommended system requirements :

* 2 GHz Intel Pentium 4 processor or AMD equivalent.
* Microsoft Windows XP (either edition) operating system.
* Microsoft DirectX 9.0c (supplied) or later.
* 512 Mb System RAM.
* 1.5 Gb Hard Drive Space.
* 8x speed CDROM or faster.
* NVIDIA 6800 graphics card.
* Microsoft DirectSound compatible 5.1 channel sound card.
* Microsoft compatible joypad.

Installation :

1- Unrar.
2- Mount or burn.
3- Install.
4. Play & Enjoy

Size : 699.45 MB

http://www.fileserve.com/file/wNNTRv7/Powe...OADED.part1.rar
http://www.fileserve.com/file/FUc9CcF/Powe...OADED.part2.rar
http://www.fileserve.com/file/K2Zqf9k/Powe...OADED.part3.rar
http://www.fileserve.com/file/5aTSspA/Powe...OADED.part4.rar
http://www.fileserve.com/file/mT7fkx9/Powe...OADED.part5.rar
http://www.fileserve.com/file/VkzFsSY/Powe...OADED.part6.rar
http://www.fileserve.com/file/df89x7T/Powe...OADED.part7.rar

OR

http://www.wupload.com/file/138842063/Powe...OADED.part1.rar
http://www.wupload.com/file/138842726/Powe...OADED.part2.rar
http://www.wupload.com/file/138842714/Powe...OADED.part3.rar
http://www.wupload.com/file/138842717/Powe...OADED.part4.rar
http://www.wupload.com/file/138842145/Powe...OADED.part5.rar
http://www.wupload.com/file/138842135/Powe...OADED.part6.rar
http://www.wupload.com/file/138842123/Powe...OADED.part7.rar

OR

http://www.filesonic.com/file/1850946674/P...OADED.part1.rar
http://www.filesonic.com/file/1850952091/P...OADED.part2.rar
http://www.filesonic.com/file/1850952031/P...OADED.part3.rar
http://www.filesonic.com/file/1850952081/P...OADED.part4.rar
http://www.filesonic.com/file/1850952041/P...OADED.part5.rar
http://www.filesonic.com/file/1850952021/P...OADED.part6.rar
http://www.filesonic.com/file/1850970161/P...OADED.part7.rar

[MALAY] Serangan Kumpulan DragonForce Tidak Beretika

Kini, mungkin semua sedia maklum berkenaan salah satu kumpulan pengodam tempatan yang dinamakan sebagai Dragon Force, yang mana telah tertulis didada-dada akhbar sepanjang tahun lepas. Melalui laman KenaHack.com, ianya diperkatakan yang mana kumpulan DragonForce merupakan pecahan daripada RileksCrew, yang mana membawakan ideologi berbeza dengan RileksCrew sendiri.

Ianya diperkatakan yang mana DragonForce lebih kepada melakukan serangan pada halaman utama sesebuah web (defacement), serta pada masa yang sama menyertakan mesej berkenaan isu SKMM yang mana telah menghalang akses ke beberapa laman-laman perkongsian terkemuka, dan sebaliknya, RileksCrew yang lebih kepada soal keselamatan sesuatu laman dan menyampaikan mesej kepada pemilik dan pentadbirnya.

Pada masa yang sama, sebuah video telah dimuat-naik pada laman YouTube, yang mana mengutuk serangan DragonForce sebagai memalukan para pengodam professional, serta mengatakan mereka sebagai salah satu pengodam baru belajar yang tidak beretika.



Sebelum ini, sepanjang minggu ini, lebih daripada 198 laman web kerajaan telah digodam, dan pelbagai laman-laman tempatan yang lain turut sama telah digodam, dan digantikan halaman utamanya, dan membawakan beberapa mesej sebagai tanda protes kepadahalangan kepada beberapa laman perkongsian terkemuka termasuk ThePirateBay.

Monday 19 March 2012

Infografik : Wikipedia Memberikan Nafas Baru Untuk Kajian Dan Rujukan

Wikipedia merupakan salah satu laman rujukan yang popular dalam melakukan sebarang kajian, kerja rumah, mahupun dirujuk untuk mendapatkan pelbagai maklumat daripadanya. Dengan laman tersebut yang berkembang dari hari ke hari, ia telah membuatkan Encyclopedia Britannica yang popular dengan versi cetak, berhenti dan memfokuskan kepada perkhidmatan atas talian sahaja.

Perkara ini mungkin disebabkan kini dikalangan pelajar, mereka lebih gemar menghabiskan masa pada Wikipedia dalam menjadi sumber utama untuk mereka, disamping ke perpustakaan ataupun sebagainya.

Hari ini, Wikipedia mempunyai lebih daripada 27 juta halaman dalam bentuk kandungan, dan ditawarkan dalam pelbagai bahasa. Dan dalam beberapa tahun akan datang lagi, Wikipedia terus mensasarkan untuk menambah-baik laman mereka yang bebas daripada iklan itu, dan terus menyumbang kepada dunia pendidikan dan terus menjadi sumber utama rujukan atas talian untuk semua.



Sumber : Open Site

Sunday 18 March 2012

[MALAY] Anonymous Melancarkan Sistem Operasi Tersendiri – Anonymous-OS

Anonymous merupakan salah satu kumpulan hacktivist yang tidak asing lagi di arena internet, dan terdiri daripada ribuan ahli dari seluruh dunia. Terkini, sebuah sistem operasi dilancarkan oleh ahli mereka, dinamakan sebagai Anonymous OS, yang mana dibangunkan berdasarkan kepada sistem operasi Ubuntu.





Menurut pembangunnya daripada halaman rasmi mereka pada Tumblr, sistem operasi ini dibangunkan untuk tujuan pembelajaran, membolehkan para pengguna menguji keselamatan sesuatu laman web itu dengan mudah. Pelbagai aplikasi berkaitan sekuriti dan keselamatan turut disertakan pada Anonymous-OS, termasuk Anonymous HOIC, Ddosim, Sqlmap, SqlPoison, Admin Fidner, dan banyak lagi.

Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun dan menggunakan distro tersebut daripada Anonymous, selain mana turut boleh mencuba BackTrack Linux yang turut membawakan beberapa fungsi berkaitan sekuriti padanya.

Kemaskini : Pihak Anonymous telah mengeluarkan kenyataan, supaya tidak memuat-turun fail tersebut.


The Anon OS is fake it is wrapped in trojans. RT

— AnonOps (@anonops) March 15, 2012

[MALAY] Langsung Dari Samsung Forum 2012 Di Bangkok, Thailand

Hari ini, merupakan permulaan untuk Samsung Forum 2012 di Bangkok, dimana Samsung dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti baru dari pelbagai keluarga, termasuk televisyen, telefon pintar, kamera, dan pelbagai peranti yang lain untuk rantau Asia Tenggara ini. Ikuti kemaskini langsung daripada acara ini melalui artikel ini.




11.59

Itu sahaja buat masa ini, dan kami akan membawakan pandang pertama perati dalam artikel seterusnya.



11.58





11.56

Galaxy Beam baru turut diumumkan oleh Samsung. Ke pasaran Asia Tenggara pada Mei ini.



11.54





11.53

Aplikasi ReadingHub bakal membawakan ribuan bahan bacaan, dari segi majalah, buku digital dan sebagainya. Ia dan juga Gamers Hub bakal dilancarkan pada bulan April ini.



11.51





11.49

GalaxyTab 2 merupakan tablet pertama daripada Samsung menggunakan Android ICS,dan bakal ditawarkan di rantau Asia Tenggara bermula daripada bulan ini.



11.47





11.46

Samsung memperkenalkan Galaxy Tab2



11.45





11.43

Galaxy Note telah terjual lebih 2 juta peranti seluruh dunia, dan Samsung mensasarkan untuk menjual lebih 10 juta unit menjelang penghujung tahun ini.



11.42





11.39





11.37





11.35

Samsung sedang mendemonstrasikan komputer riba mereka, Series 9



11.35

Sokongan perkongsian sosial ke laman Facebook, Picasa, Youtube dan sebagainya turut diintegrasikan pada keluarga generasi baru keluaran Samsung.



11.32

Sokongan wifi direct memudahkan anda berkongsi gambar yang diambil pada tablet, komputer, dan telefon pintar dengan mudah.



11.31

Samsung sekarang sedang bercakap berkenaan dengan kamera digital dengan sokongan wifi.



11.31

Kerjasama bersama Viki membawakan lebih banyak kandungan kepada SmaryTV




11.29

Beberapa aplikasi diperlihatkan, termasuk untuk keluarga dan kesihatan



11.28

Samsung turut memfokuskan kepada beberapa penawaran kandungan.



11.27

Bilanganaplikasi pada SmartTV turut telah meningkat kepada ribuan aplikasi(+25000) berbandng hanya 500 tahun lepas.



11.24

Aplikasi Angry Birds bakal didatangkan dengan terbina pada SmartTV




11.23





11.20

API bakal diperkenalkan, membolehkan pembangun membangunkan aplikasi dengan sokongan pintaru



11.19

Ia membolehkan anda mengawal tv, bukan sahaja menggunakan suara dan alat kawalan jauh,tetapi juga turut dengangerakan.



11.18

Didatangkan dengan kamera hadapan, dengan sokongan face recognition. Membolehkan tv kenali anda dengan mudah.



11.18

SmartTV turut didatangkan dengan sokongan motion.



11.17

Lpas nie takleh sembang kuat-kuat depan tv. Haha.e



11.16

Samsung mendemonstrasikan televisyen dengan sokongan suara.



11.14

Wakil Samsung sedang mendemonstrasikan dan bercakap mengenai SmartTV.



11.13

2011 menjadikan Samsung kekal sebagai pengeluar televisyen nombor satu di Malaysia dan beberapa negara lain di rantau ini.



11.12

Antara peranti dan peralatan elektronik yang dikatakan termasuk televisyen, mesin basuh, peti sejuk, telefon pintar, tablet dan sebagainya.



11.11

Samsung ingin memudahkan komunikasi antara satu sama lain peranti dengan mudah.



11.10





11.08

Jualan telefon pinta di Malaysia meningkat sebanyak 1000% sejak Galaxy S2 dilancarkan.



11.07

41% jualan di rantau Asia Tenggara.



11.04

Tengah mainkan video Galaxy Beam



11.02

Lagi seminit.



10.58

Lagi tiga minit.



10.50

Cubaan memuat-naik gambar.





10.45

Beberapa info tambahan berkaitandengan peralatan elektronik Samsung seperti peti sejuk,mesin basuh, TV dan sebagainya turut kelihatan.



10.43

Galaxy Beam dijangka akan memasuki pasaran Asia Tenggara bermula bulan Mei kelak.



10.42

Galaxy Tab 2 bakal memasuki pasaran Asia Tenggara bermula daripada bulan Mac ini.



10.37

Samsung Forum dijangka akan dimulakan dalam mungkin kurang sejam lagi, tapi kai telah menerima kit media untuknya.

[MALAY] Pandang Pertama : Samsung Galaxy Tab 2 (10.1) Dengan Ice Cream Sandwich

Bagi yang ikuti kemaskini kami pada awal pagi tadi, mungkin telah sedia ketahui yang mana Samsung secara rasminya telah pun mengumumkan pelancaran Galaxy Tab 2 untuk rantau Asia Tenggara ini. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bila akan mula dijual di Malaysia. Menurut jangkaan awal, ia disasarkan akan mula dijual bermula daripada suku tahun kedua kelak.



Melalui keluarga Galaxy Tab 2, Samsung menawarkan peranti bersaiz 7-inci dan juga 10-inci, dimana kedua-duanya menggunakan sistem operasi Android Ice Cream Sandwich padanya. Ia juga memfokuskan kepada hiburan dan memudahkan para pengguna menikmati kandungan terus pada tablet tanpa sebarang masalah. Speaker bahagian depan disediakan untuk memudahkan anda mendengar pelbagai perkara dengan jelas.







Seperti semua sedia maklum, ia membawakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich dengan antaramuka TouchWiz padanya. Beberapa aplikasi tambahan turut didatangkan, dan salah satunya adalah S Suggest, yang memberikan anda idea-idea berkenaan aplikasi menarik yang mungkin boleh dipasang oleh anda pada tablet Android tersebut.

Sokongan AllShare turut didatangkan pada keluarga Galaxy Tab 2, memudahkan anda berkongsi kandungan dengan pantas kepada pelbagai peranti dengan sokongannya, tanpa perlu melalui proses sukar seperti dahulu lagi, dimana memerlukan anda menghantar melalui Bluetooth, atau menukar kad memori dan sebagainya. Melalui AllShare, anda boleh berkongsi kandungan anda serta-merta, dalam bentuk masa-nyata.









Readers Hub dan juga Game Hub merupakan sesuatu yang baru, menawarkan para pengguna dengan kandungan eksklusif. Melalui Readers Hub, para pengguna boleh mendapatkan pelbagai buku digital, dan juga majalah dan sebagainya dengan mudah.





Dalam bermain dengannya untuk beberapa minit, kami sedikit tertarik dengan penawaran kandungan melalui tablet mereka, yang mana masih lagi tidak diketahui samada adakah tablet Samsung sedia ada akan menerima aplikasi seperti Reading Hub, Games Hub dan sebagainya.

Galaxy Tab 2 disasarkan untuk dilancarkan di Malaysia pada suku tahun kedua tahun ini.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News