KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Thursday 8 March 2012

[MALAY] Apple Memperkenalkan iPad Generasi Baru



iPad generasi baru merupakan salah satu perkara yang dinantikan oleh semua melalui acara khas yang diadakan oleh Apple hari ini. Dan dengan tidak mengecewakan semua pihak, Apple telah pun memperkenalkan iPad baru mereka, dengan sokongan paparan Retina padanya, membawakan resolusi skrin pada 2048×1536 dengan kadar PP1 pada 264.



Ia masih mengekalkan saiz skrin yang sama, iaitu 9.7-inci, dan dijana menggunakan cip pemprosesan A5X empat-teras grafik padanya, sekaligus membawakan sokongan permainan pada iPad baru ini ke tahap yang lebih tinggi lagi.



Apple iPad baru ini juga turut menyertakan kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, membolehkan para pengguna merakamkan gambar pada kualiti yang lebih baik, serta rakaman video HD padanya, sama seperti yang terdapat pada iPhone 4S.



Dari segi sokongan rangkaian, ia menyertakan sokongan LTE padanya, membawakan kepantasan internet yang lebih pantas, dan berkali ganda berbanding biasa. Sokongan 3G turut disertakan padanya, serta menariknya membawakan sokongan hotspot untuk berkongsi rangkaian bersama peranti yang lain.



Menariknya adalah, dengan semua sokongan yang menarik ini, ia tetap membawakan sokongan jangka hayat bateri yang serupa, iaitu selama lebih kurang 10-jam (9jam pada rangkaian LTE).

iPad generasi baru ini masih kekal akan harga jualannya seperti sebelum ini, dan didatangkan dalam dua pilihan warna, iaitu hitam dan juga putih.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News