KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Friday 9 March 2012

[MALAY] Setelah MegaUpload, Kini Hotfile Menjadi Sasaran



Setelah pada awal tahun ini, para pengguna seluruh dunia dikejutkan dengan penutupan laman perkongsian MegaUpload, kini nampaknya MPAA di Amerika Syarikat memfailkan perkara sama ke atas perkhidmatan Hotfile, sekaligus diperkatakan berkemungkinan Hotfile akan menerima nasib yang serupa seperti pada MegaUpload.

Hotfile seperti semua sedia maklum, merupakan salah satu laman yang menyediakan sokongan perkongsian fail di arena internet. Melalui dokumen yang difailkan ke atas pihak Hotfile, ia meminta Hotfile untuk ditutup secepat mungkin, memandangkan perkhidmatan utamanya memfokuskan kepada perkongsian fail-fail berhak cipta.

Melalui statistik yang dikeluarkan, dikatakan yang mana hampir 90% daripada fail-fail yang dimuat-turun daripada Hotfile setiap hari adalah fail berhak-cipta. Pada masa yang sama, Hotfile sebelum ini menawarkan komisyen kepada mereka yang memuat-naik fail untuk fail tersebut dimuat-turun daripada laman Hotfile. Tetapi, kemudiannya mereka mengemaskini polisi tersebut setelah MegaUpload ditutup secara mengejut pada awal tahun ini.

Apakah keputusan mahkamah masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Namun, apa jua keputusan yang diumumkan, ia akan memberikan kesan yang serius kepada laman-laman perkongsian fail lain yang terdapat di arena web pada hari ini.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News