KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Sunday 18 March 2012

[MALAY] Pandang Pertama : Samsung Galaxy Tab 2 (10.1) Dengan Ice Cream Sandwich

Bagi yang ikuti kemaskini kami pada awal pagi tadi, mungkin telah sedia ketahui yang mana Samsung secara rasminya telah pun mengumumkan pelancaran Galaxy Tab 2 untuk rantau Asia Tenggara ini. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bila akan mula dijual di Malaysia. Menurut jangkaan awal, ia disasarkan akan mula dijual bermula daripada suku tahun kedua kelak.



Melalui keluarga Galaxy Tab 2, Samsung menawarkan peranti bersaiz 7-inci dan juga 10-inci, dimana kedua-duanya menggunakan sistem operasi Android Ice Cream Sandwich padanya. Ia juga memfokuskan kepada hiburan dan memudahkan para pengguna menikmati kandungan terus pada tablet tanpa sebarang masalah. Speaker bahagian depan disediakan untuk memudahkan anda mendengar pelbagai perkara dengan jelas.







Seperti semua sedia maklum, ia membawakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich dengan antaramuka TouchWiz padanya. Beberapa aplikasi tambahan turut didatangkan, dan salah satunya adalah S Suggest, yang memberikan anda idea-idea berkenaan aplikasi menarik yang mungkin boleh dipasang oleh anda pada tablet Android tersebut.

Sokongan AllShare turut didatangkan pada keluarga Galaxy Tab 2, memudahkan anda berkongsi kandungan dengan pantas kepada pelbagai peranti dengan sokongannya, tanpa perlu melalui proses sukar seperti dahulu lagi, dimana memerlukan anda menghantar melalui Bluetooth, atau menukar kad memori dan sebagainya. Melalui AllShare, anda boleh berkongsi kandungan anda serta-merta, dalam bentuk masa-nyata.









Readers Hub dan juga Game Hub merupakan sesuatu yang baru, menawarkan para pengguna dengan kandungan eksklusif. Melalui Readers Hub, para pengguna boleh mendapatkan pelbagai buku digital, dan juga majalah dan sebagainya dengan mudah.





Dalam bermain dengannya untuk beberapa minit, kami sedikit tertarik dengan penawaran kandungan melalui tablet mereka, yang mana masih lagi tidak diketahui samada adakah tablet Samsung sedia ada akan menerima aplikasi seperti Reading Hub, Games Hub dan sebagainya.

Galaxy Tab 2 disasarkan untuk dilancarkan di Malaysia pada suku tahun kedua tahun ini.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News