KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Monday 12 March 2012

[MALAY] Hantar Mesej Yang Dipadam Secara Automatik Selepas Dibaca Melalui Burn Note



Pada kebanyakkan filem-filem bercirikan penyiasatan, mungkin anda pernah melihat adegan mengatakan yang mana sesebuah nota atau mesej itu akan dipadamkan dalam sekian saat. Mungkin anda kadang-kala ingin menghantar sesuatu sepertinya, mengelakkan sesuatu mesej itu disimpan pada arena web, dan hanya ditujukan untuk bacaan hanya sekali untuk pembaca yang anda ingini sahaja.

Untuk melaksanakan perkara ini, salah satu aplikasi berasaskan web yang mungkin boleh dicuba adalah Burn Note. Melalui Burn Note membolehkan anda menaip sesuatu mesej yang ditujukan kepada seseorang itu, dengan beberapa pilihan tetapan.



Salah satu tetapan yang boleh dipilih adalah pilihan masa sebelum sesuatu mesej itu dipadamkan. Anda juga boleh menetapkan supaya mesej dipaparkan dalam bentuk gambaran, mengelakkan ia disalin.

Selesai sahaja anda memilih semua tetapan, anda boleh memilih untuk menghantar, dan sebuah pautan ringkas akan disediakan untuk anda. Seterusnya anda boleh menghantar pautan tersebut untuk penerima atau rakan anda untuk dibaca.



Untuk mengelakkan orang lain membacanya, para pengguna turut sama boleh menyertakan sokongan kata-laluan untuk membuka nota tersebut.

Walaupun Burn Note ini tidak mungkin digunakan ramai dalam komunikasi, ia merupakan salah satu aplikasi web yang menarik sekiranya anda ingin menghantar mesej ala-ala penyiasat, mahupun tidak inginkan mesej anda disimpan didalam arena web ini.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News