KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...
20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News
20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News
Friday 2 March 2012
Browse » Home »
» [MALAY] Microsoft Memperkenalkan Windows 8 Consumer Preview
[MALAY] Microsoft Memperkenalkan Windows 8 Consumer Preview
Pada tahun lepas, Microsoft telah pun melancarkan Windows 8 Developer Preview kepada umum, membolehkan para pengguna menguji terlebih dahulu antaramuka Metro sebelum ia dilancarkan pada tahun ini. Menurut Microsoft hari ini, ketika Developer Preview, pelbagai perkara yang tidak disiapkan, dan melalui versi Windows 8 Consumer Preview, sebanyak lebih daripada 100,000 perubahan kod dibawakan padanya.
Pada acara yang diadakan pada hari ini, Microsoft mengatakan kali terakhir mereka membuat perubahan drastik adalah ketika Windows 95, dan kini melalui Windows 8 mereka sekali lagi membawakan perubahan besar, yang mana sesuai untuk pengguna dengan pelbagai skill dan pengetahuan, dan pada pelbagai jenis saiz peranti.
Beberapa penambahan yang turut dibawakan adalah termasuk sokongan aplikasi pada Windows 8. Kini, aplikasi telah menjadi salah satu komponen utama, pada sebarang platform, daripada sistem operasi kepada pelayar web dan sebagainya.
Integrasi awan juga turut sama memainkan peranan penting, membolehkan fail disimpan sebagai salinan pendua, disamping boleh diakses dari mana sahaja, menggunakan sebarang peranti atau komputer.
Internet Explorer padanya turut sama ditambah dengan sokongan mesra skrin sentuh, bersesuaian dengan pengguna tablet yang semakin bertambah dari hari ke hari. Sokongan HTML5 ditambah dan dioptimasikan sepenuhnya, membolehkan pelbagai aplikasi web berasaskan HTML5 dijalankan tanpa sebarang masalah.
Melalui Windows 8, para pengguna juga tidak perlu menutup sebarang aplikasi, dan boleh menjalankannya sepanjang masa tanpa sebarang masalah. Pada masa yang sama, salah satu fungsi yang disertakan adalah aplikasi People, membolehkan anda menguruskan senarai rakan-rakan anda dengan mudah.
Microsoft juga turut sama memperlihatkan sokongan untuk menonton video bersama-sama ketika sedang berhubung melalui IM, dimana kedua-dua aktiviti boleh dilakukan secara serentak, tanpa menganggu antara satu sama lain. Anda boleh dock tetingkap IM pada bahagian kiri atau kanan komputer anda, dan menikmati dan menggunakan aplikasi lain dengan mudah dan serentak.
Selain daripada pada tablet, Windows 8 juga bersesuaian untuk komputer riba, mahupun ultrabook yang semakin popular pada masa kini. Windows 8 juga turut sama menggunakan penjuru dalam memudahkan navigasi, dimana anda hanya perlu mengerakkan tetikus ke penjuru kiri bawah untuk kembali ke skrin utama. Jikalau ia digerakkan ke penjuru kanan bawah, ia akan zoom skrin anda. Anda juga boleh melihat aplikasi yang sedang dibuka dan memilih aplikasi kegemaran anda dengan mengerakkan tetikus ke bahagian penjuru kiri atas.
Pada masa yang sama, sekiranya anda menarik sesuatu aplikasi yang diletakkan pada halaman utama kebawah, anda akan dapat melihat keseluruhan skrin, dan menyusunnya dengan mudah mengikut citarasa anda.
Untuk mengakses sesuatu melalui komputer riba atau desktop dan sebagainya, para pengguna hanya perlu menaip perkataan, dimana sebagai contoh, menaip Internet Explorer akan memperlihatkan aplikasi Internet Explorer, dimana anda boleh memulakannya dengan menekan enter.
Perkongsian turut dipermudahkan, dimana selain daripada kepada Twitter, emel, para pengguna juga turut boleh menghantarnya kepada WordPress, SkyDrive dan sebagainya sebarang artikel yang mereka sedang baca.
Dari segi untuk memindahkan fail, Windows 8 membawakan sokongan Smart Copy, membolehkan anda mengawal pemindahan fail itu dengan mudah, seperti menghentikan sesuatu fail itu dipindahkan sementara menunggu yang lain dipindahkan dan sebagainya.
Seperti biasa, para pengguna masih boleh mengubah kepada antaramuka desktop dengan mudah, dan pada masa yang sama menggunakan aplikasi Metro pada masa yang serentak. Dan integrasi yang diperlihatkan antara kedua-dua antaramuka ini kelihatan amat menarik sekali.
Selain daripada penggunaan pada tablet dan juga ultrabook, Windows 8 juga sesuai digunakan pada AIO desktop PC dengan sokongan skrin sentuh. Para pengguna boleh bernavigasi menggunakan sentuhan dan juga gabungan tetikus dan papan kekunci dengan mudah, tanpa sebarang masalah.
Dari segi sokongan perkomputeran dan sokongan storan awan, Skydrive diintegrasikan pada Windows 8, dimana para pengguna hanya perlu log masuk menggunakan akaun Microsoft mereka, dan semuanya akan diselarikan pada peranti Windows 8 mereka.
Dari segi sokongan carian, ia boleh digunakan untuk melakukan pelbagai perkara, daripada mencari aplikasi yang dipasang, tetapan, fail-fail yang disimpan, sehinggalah pencarian dalam sesuatu aplikasi itu sendiri.
Salah satu perkara baru yang turut diperkenalkan adalah sokongan Windows Store, yang mana telah dikemaskini dan direkabentuk untuk memudahkan para pengguna mencari dan menemui aplikasi. Menariknya adalah dimana pada fasa Windows 8 Consumer Preview, semua aplikasi diberikan secara percuma oleh pihak Microsoft.
Bersama-sama dengan ini, Microsoft membawakan pelbagai perkara lagi melalui Windows 8 Consumer Preview, yang mana boleh dimuat-turun sekarang melalui halaman rasmi mereka.
Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen
HTML Comment Box is loading comments...
Popular Posts
-
Apple nampaknya telah pun memulakan pengiraan untuk menyambut angka muat-turun aplikasi yang ke 25 billion daripada Apple AppStore, seka...
-
Publisher: Zoo Digital Publishing Developer: Argonaut Games 699.45 MB Genre:Racing In addition to competing on a number of sanctioned...
-
Genre: First-Person Shooter Developer: Flying Wild Hog Publisher: Flying Wild Hog Men and machines - who wins Future. On Earth, ravag...
-
Genre: Action Publisher: Konami Developer: Hothouse Creations Developed by Hothouse Creations for Konami, this turf wars game follows...
-
Draw Something, an iOS/Android app that recently been downloaded up to 30 millions in 6 weeks has become an app that is actively discussed, ...
Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.