KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Monday 26 March 2012

[MALAY] Tahukah Anda?: Pertandingan berdasarkan ‘LIKE’ tidak sah dijalankan di Facebook

Beberapa hari yang lepas kami menerima berita dari salah seorang pengendali Facebook Page. Mereka melaporkan yang Facebook Page mereka telah dipadam tanpa sebarang notis. Facebook Page mereka dipadam dan menyebabkan mereka kehilangan lebih 4000 peminat dan Page mereka sendiri sudah tidak wujud dilaman Facebook.

Apa sebenarnya yang terjadi?

Dua minggu lepas, pengendali tersebut telah mengadakan pertandingan yang memerlukan peserta mengambil gambar dan gambar tersebut akan dimuat-naik ke album Facebook Page mereka dan pemenang dipilih berdasarkan LIKE yang diperoleh.

Untuk makluman para pembaca, pertandingan berdasarkan LIKE tidak sah dijalankan di Facebook. Mereka yang mengadakan pertandingan tersebut adalah melanggar terma dan syarat pertandingan yang boleh dijalankan di Facebook. Sekiranya didapati Page tersebut melanggar terma yang ditetapkan, pihak Facebook boleh memadam sesuatu Facebook Page tanpa perlu apa-apa budi bicara.

Contoh adalah seperti dibawah



Untuk senarai penuh terma dan syarat pertandingan di Facebook, boleh layari disini. Berikut adalah beberapa terma (yang telah diterjemahkan) yang perlu diambil perhatian bagi kita semua.
Promosi dijalankan di Facebook mesti dilakukan melalui Apps on Facebook, melalui Canvas Page atau App didalam Page Tab
Anda tidak boleh menggunakan Facebook sebagai salah satu syarat penyertaan.Dengan kata lain, tindakan untuk LIKE Page atau menetapkan lokasi tertentu tidak boleh dijadikan sebagai syarat penyertaan.
Anda tidak boleh menggunakan fungsi Facebook, sebagai contoh, LIKE Button sebagai salah satu mekanisme dalam pertandingan tersebut.
Anda juga tidak boleh menetapkan syarat (seperti cabutan bertuah akan dilakukan apabila memperoleh 5000 LIKE yang akan mendorong LIKE naik dengan banyak)

Banyak laman Facebook Page yang menggunakan teknik ini untuk mendapat lebih ramai pengikut tetapi tidak sedar akan kebahayaan ini. Oleh itu kami harap anda semua dapat mengambil iktibar dari kejadian sebegini dan sebarkan kepada rakan-rakan dan pemilik bisnes.

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News