KAMI MENGHADAPI MASALAH YANG AGAK BESAR DIANTARA KREW KAMI.......MASA DEPAN AZMIR NEWS TERUMBANG AMBING....TAPI APAKAN DAYA...KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA....KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG DIALAMI...

20/01/2013
Afnan Hairi
Co-Founder Azmir News











































Wednesday 7 March 2012

MALAY] Telefon Mewah Android Aston Martin Mula Dijual



Pengeluar telefon bimbit Mobiado telah pun mula menjual Grand Touch Aston Martin. Telefon pintar Android ini merupakan peranti kedua dikeluarkan oleh syarikat yang berasal dari Kanada ini untuk Aston Martin. Grand Touch sebelum ini, pertama kali dipertontonkan Ogos tahun lepas.



Grand Touch diperkasakan dengan pemproses 1GHz Cortex A8 satu teras, kamera 5 Megaixel serta skrin sesentuh SLCD 4″ dengan resolusi 480 x 800 pixel. Ia mempunyai muatan dalaman terbina sebanyak 16 Gigabyte dan RAM sebanyak 512 Megabyte. Dari segi spesifikasi Grand Touch jauh ketinggalan dengan apa yang terjual dipasaran sekarang.

Keunikan peranti ini terletak pada bahan binaan dan kemasannya. Terdapat lima pilihan rekaan yang boleh dipilih dan anda boleh memilih sama ada mahu Grand Touch versi aluminium atau emas serta kemasan ibu mutiara. Panel baterinya pula diukir dari kristal nilam. Pihak Mobiado tidak memberikan sebarang harga saranan. Ini bermakna lebih baik anda membeli peranti yang ada dijual di Low Yat daripada membazir membeli peranti berjenama tetapi mahal dan sampah ini. Mengapakah ianya sampah? Kerana Grand Touch sebenarnya sebuah Samsung Google Nexus S!

Jika Suka,Tidak Berpuas Hari, Tak Minat Sila Komen

HTML Comment Box is loading comments...

Popular Posts

Copyright © 2013 Azmir Zawawi. Powered by Blogger.
 
© Copyright 2013 Azmir News
Fully Design by Crew of Azmir News